Assalamualaikum. Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. aamiin.
Hari ini Ana nak share pasal intermittent fasting atau nama glamor nya IF. Mesti anda selalu nampak perkataan intermittent fasting ni di facebook, instagram dan lain-lain kan? kalau anda nak tahu, diet IF ni dah menjadi trend dalam kalangan selebriti dan masyarakat kita.
Persoalannya, apa sebenarnya itu IF?
Intermittent Fasting menjadi trend |
Apakah itu “intermittent fasting (IF)”?
Istilah intermittent fasting pula bermaksud kaedah berpuasa mengikut selang masa yang ditetapkan, atau mengikut selang masa waktu makan yang ditetapkan.
- IF 12:12 12 jam tempoh puasa, 12 jam tempoh makan
- IF 16:8 16 jam tempoh puasa, 8 jam tempoh makan
- IF 20:4 20 jam tempoh puasa, 4 jam tempoh makan
Kelebihan Buat IF
IF membolehkan perut dan usus berehat daripada makanan dalam tempoh 14 hingga 16 jam. maksudnya, jika kita amal IF 16:8, kita hanya makan untuk 8 jam dan baki 16 jam lagi kita akan berehat dari makan.
Yang bestnya, dalam tempoh ‘tak boleh makan’ tu, kita masih boleh minum air tau untuk mengelakkan dehidrasi. Anda boleh minum air kosong, kopi kosong, teh hijau atau Cinch Tea (minuman tanpa kalori) dan minuman lain tanpa susu dan gula.
Air kosong air yang wajib diambil ketika IF Intermittent fasting
Pada waktu makan pula, IF tidak memfokuskan soal jenis makanan perlu kita ambil seperti diet-diet yang lain. Yang dipenting hanya tentang selang waktu yang patut kita makan.
Diet cara IF kurang ketat berbanding diet lain |
Dan yang paling bestnya, waktu tidur
malam pun dikira waktu berpuasa IF!
3 Cara buat IF
Bagi orang Islam, semasa bulan ramadan, kita akan berpuasa dalam tempoh berbelas-belas jam iaitu biasanya bermula sebelum subuh hingga masuk waktu maghrib. Inshaa Allah, If ini bukanlah terlalu sukar untuk dilakukan. Kannn?
Terdapat beberapa cara melakukan IF:
- 16:8 (16 jam puasa, 8 jam makan)
Cara ini ialah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. 16 jam kemudiannya anda perlu berpuasa. - Whole Day Fasting ( Puasa 24 jam)
Anda tidak
boleh makan untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh berpuasa, hanya air tanpa kalori boleh
diambil.
- 5:2 fasting
Sebagai contoh
anda berpuasa pada hari isnin dan khamis sahaja setiap minggu.
Bagaimana “intermittent fasting” berkesan bantu kita turun berat?
Dengan mengurangkan waktu makan, kita pun akan kurang mengunyah makanan. Oleh itu, kalori diambil pun akan berkurangan.
Bila kita mengamalkan IF , kita juga akan kurang mengambil gula. Kesannya, paras glukos terkawal dan paras hormone insulin menurun dari paras biasa. Apabila insulin menurun, badan akan terpaksa untuk buang air berlebihan.
selain itu, If berkesan dapat membetulkan dan meningkat metabolisme badan.
IF yang berkenan dapat menurunkan berat badan |
Bestkan buat IF, setakat ni Ana dengar ramai yang buat IF berjaya turunkan berat badan. Kalau belum try, meh kita cuba. sempat lagi sebelum masuk Ramadhan ni.
#shakleethrive23
#shakleetriump23
#megablogshaklee
1 comment:
Ilmu yang bermanfaat tuk semua peringkat umor..
Post a Comment