Wednesday 10 May 2023

Kenangan Dan Keronokan Hari Raya Open House


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat di samping keluarga tercinta. Aamiin.🤲


MOOD RAYA 




Hari ini 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444H. Kalau ikutkan masih  mood raya. Tapi di Ganu ni Ana tengok kemeriahan raya pada seminggu awal raya sahaja berbanding di kampung Ana di Johor. 

Di kampung Ana, Batu Pahat, Johor raya masih meriah. Mama ayah masih beraya dan saudara mara pun masih datang beraya ke rumah. Majlis marhaban dari rumah ke rumah pun masih ada. 

Untuk pengetahuan anda, marhaban ni adalah dari perkataan  Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Marhaban ni dalam bentuk syair memuji nabi Muhammad yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian.


HARI RAYA OPEN HOUSE


Biasanya bila raya Aidilfitri, tak lari dari open house kan. Sana sini buat open house. Dan kita pun sibuk memenuhi untuk Hari Raya Open House. Seronoknya berjumpa kawan Dan saudara mara. Kalau tak jaga pemakanan masa open house, habis Syawal, berat pun naik ke berat sebelum puasa. Adeiii.

Bagi Ana pulak hari raya rumah ana memang open untuk tetamu. Jadi hari-hari memang open house. Haha.  Tapi datang kena bagitau dulu. Bolehlah ana sediakan makanan air tangan ana. Kalau tak, datang dapat makan biskut raya dan air sahaja lah. Huhu.


Hidangan Raya


Biasanya di sesuatu open house, tuan rumah biasanya akan menyediakan hidangan raya contohnya nasi himpit, rendang,lontong, nasi minyak, sate dan sebagainya. Macam macam pilihan ada. Kadang tu rambang mara sampai tak tahu nak makan yang mana satu dahulu.




Bagi ana kalau ana pergi ke sesuatu open house tu, ana akan makan hidangan berat yang ada dulu macam Nasi atau Mee. Bukan apa, bila dah kenyang, kuranglah ana ambil hidangan manis dan kurang sihat.

Ana jugak ambil hidangan secara sederhana. Ambil cukup-cukup yang mampu dimakan seorang. Kalau tak, yang cukup dikongsi bersama anak-anak. Kalau di ambil banyak, risau terlebih pula, tak habis, kan dah jadi membazir. Macam yang kita tahu, membazir kawan s#@$&#$.



Selain itu, kalau boleh elakkan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu makan memang semua makanan yang ada kita nak rasa dan makan. Ana lah tu. Adeiii. Tapi sebaiknya ikutlah kemampuan. Sebaiknya ambil secara sederhana dan berhenti sebelum kenyang. Sayangi perut kita. Gittu. Haha.



Kenangan Open House Best


Cerita tentang open house ni teringat ana tentang open house arwah Pak Cik Ana yang ana panggil Wak Kon (Nama sebenar beliau Miskon). Dulu arwah Wak Kon akan buat open house setiap kali raya. Sehari open house dari pagi sampai ke petang.

Memang busy lah kami anak saudara dan adik beradik arwah tolong family arwah menjayakan open house tu. Dan hidangan yang signature dengan open house arwah adalah sate. 




Arwah Wak Kon ni  dulu pernah berniaga sate di  masa zaman muda. Beliau berniaga untuk keluar dari hidup susah zaman dahulu dan bantu adik-adik arwah yang masih kecil masa tu sambil mengumpul duit untuk sambung belajar.

Alhamdulillah berkat jual sate, Wak Kon pun berjaya sambung belajar dan menjadi seorang guru. Sate arwah Wak Kon memang sedap sangat. Kalau di padankan dengan kuah kacang, Nasi himpit memang ummm sangat.

Tapi sejak arwah takda, isteri dan anak anak arwah pun dah tak buat open house macam dulu. Rindu suasana tu. Rindu arwah. Boleh anda tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah Miskon Bin Kasmat. 


Kenangan Open House Unik


Teringat ana pernah dapat jemputan open house Syawal tapi bukan pada bulan Syawal. Haaa camna tu. Open house ni diadakan selepas habis Syawal iaitu bulan Zulkaedah. Dah dijemput, kami datang ajelah memenuhi undangan. Huhu.


KEKAL SIHAT RAYA


Open house, open house jugak, kesihatan kena jaga. Untuk kekal sihat Raya ni, ana cadangkan anda ambil Shaklee untuk kekal sihat dan cergas. Macam ana yang Hari Raya Dengan Shaklee.











Nak cuba Shaklee boleh wasap ana ya.


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee



No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047