Thursday, 20 July 2023

11 Tips Travel Bersama Anak Kecil

 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sebelum tu ana nak ucap selamat tahun baru maal hijrah bagi pembaca yang beragama Islam. Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1 Muharram pada rabu lepas. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. 

Hari ni ana nak share dengan anda 11 Tips Travel Bersama Anak Kecil. Ana harap dapat membantu anda yang bercadang nak travel tu. 



11 Tips Travel Bersama Anak Kecil

Ini antara beberapa perkara yang perlu kita titik-beratkan sebelum bercuti dengan anak kecil.


1. Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda melakukan serba sedikit carian mengenai tempat yang anda ingin kunjungi. Ini untuk memastikan percutian anda lebih lancar dan tempat yang anda kunjungi jugak terjamin keselamatannya.

Dengan melakukan research berkaitan tempat itu, anda dapat menyediakan bajet dan yang bersesuaian, mengetahui keadaan komuniti di sana, selok-belok tempat itu dan kesesuaian anda bercuti di sana.


2. Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Untuk percutian dengan dengan anak-anak, anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Waktu cuti sekolah atau hujung tahun mungkin boleh diperuntukkan untuk percutian bersama anak.

Tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti mungkin boleh disertakan dalam itinerari nanti. Anak anda mesti suka sangat sepanjang percutian itu.


3. Buat Tempahan Awal

Anda haruslah membuat tempahan seperti Hotel lebih awal lagi. Bila anda buat tempahan awal, anda mungkin akan berpeluang untuk dapat harga yang murah giler berbanding harga asal. Selain Itu, tempahan awal juga membolehkan anda mendapat tempat penginapan yang memenuhi citarasa anda.

   

4. Buat Checklist Barang Yang Anda Nak Bawa

Dengan membuat checklist barang yang perlu dibawa semasa travel, risiko ada barang anda yang tertinggal adalah rendah. Pastikan anda bawa barang anda dan anak-anak yang perlu sahaja semasa travel. 



5. Bawa  Backpack Dan Jangan Terlalu Banyak Beg

Bila travel, kita biasanya akan bawa banyak baju untuk ootd ditempat menarik sambil sibuk nak mengambil gambar kenangan. Jadi banyaklah barang dan beg yang dibawa.

Bila dah jadi mak orang ni lupakan la nak bawak banyak beg terutamanya hand luggage. Mana nak bawak beg, mana nak dukung anak lagi. Lebih baik bawak 1 backpack dan 1 beg luggage besar. Bila bagasi atau barang yang terlalu banyak kita bawa ketika bercuti, risau tertinggal pulak dikala kita sibuk mendukung anak.



6. Bawa Snek Atau Biskut

Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan. Bila anak kelaparan, mereka mungkin tantrum. Ini mungkin mengganggu mood bercuti kita jugak.


7. Bawa Stroller Atau Baby Carrier

Ibu dan ayah boleh membawa stroller atau baby carrier untuk memudahkan percutian. Lebih baik bawak salah satu dari bawa kedua-duanya. fikir kesesuaian umur anak sebelum memilih. 



8. Bawa Baby Wipes

Bagi ana, macam-macam kegunaan baby wipes ni tau. Sangat berguna di waktu yang tak disangka-sangka. Walau anak dah besar, baby wipes ni boleh digunakan bila anak tertumpahkan air sedikit, lap tangan anak yang kotor dan sebagainya.


9. Urus masa travel dengan baik

Ibu dan ayah kena urus masa travel dengan baik. Lagi-lagi kalau kena naik flight. Kalau kita kelam kabut, emosi anak akan terganggu. Bila emosi anak terganggu, emosi kita pon terganggu juga. Jadi, cubalah bertolak lebih awal dari rumah bagi elak kelam kabut.


10. Bertenang dan Positif

Sebagai ibu ayah, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi diri sendiri dan emosi anak anda. Travel dengan anak kecil tak mudah ya. Pelbagai ragam. Huhu. Bila anda tenang, anak-anak tenang Inshaa Allah percutian bersama anak adalah menyeronokkan!



11. Nikmati Percutian Anda

Just enjoy masa percutian bersama keluarga. Nikmati setiap moment. Inshaa Allah anda sekeluarga akan mendapat pengalaman bercuti yang luar biasa.


Itu antara perkongsian ana tentang 11 Tips Travel Bersama Anak Kecil. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047