Saturday, 15 July 2023

Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Minggu lepas ana dah share dengan anda tentang Vivix dan ResV. Hari ni ana nak share dengan anda tentang Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah.



Sejak kemunculan pandemik Covid-19 pada 2020, budaya kerja dari rumah yang diamalkan kebanyakan tempat kerja untuk mengekang pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Kalau dulu kita agak janggal dengan budaya kerja dari rumah, sekarang ia sudah jadi trend dan biasa kita dengar.



Bagi seorang ibu pula, kerja dari rumah itu memang suatu pilihan yang tepat jika keinginan anda nak besarkan anak-anak sendiri dalam masa yang sama ada income sendiri. Macam ana sendiri, ana memilih berhenti kerja dan bekerja sendiri dari rumah demi melihat anak-anak membesar depan mata.

Ana berhenti kerja ketika usia Wardah 2 tahun. Ada banyak masa dengan anak masa tu. Lagi-lagi anak sorang je masa tu. 😁




Kenapa Seronok Jadi Ibu Kerja Dari Rumah?


1. Bonding time anak dengan ibu sangat lama

Dari si anak bangun tidur awal pagi hinggalah dia tidur semula malam nanti, kita ada di samping anak. Gembira sedih mereka ada dipangkuan kita. 

Makan, pakai anak kita urus sendiri. Kita jugak dapat uruskan anak, ajar anak tentang pelbagai adab, rutin, sebagainya. Kita lah yang mencorakkan kehidupan anak-anak.


Ana dan anak bongsu. Sentiasa nak melekat.😁

2. Quality time dengan family banyak.

Banyak aktiviti yang dapat dibuat bersama suami dan anak-anak setiap hari tanpa tunggu waktu malam atau hujung minggu. Contohnya masak dan makan bersama, bercuti, beriadah dan sebagainya.



3. Always be there.

Sumber kekuatan berbisnes atau kerja dari rumah ialah dapat lihat anak-anak di depan mata. Jadi, kita sentiasa ada dengan mereka. Anak membesar, anak mula berjalan, anak mula bercakap pun kita dapat lihat dulu berbanding hantar ke pengasuh atau taska.

Kita juga dapat didik anak terus. Kita boleh tegur kesilapan anak dan baiki  salah silap anak untuk anak jadi orang yang berguna nanti.


4. Flexible buat apa sahaja.

Bila kerja dari rumah, kita lebih flexible. Anak sakit, perlu balik kampung, perlu urus hal sekolah anak, kita boleh buat bila-bila masa.



Contoh Kerja Dari Rumah


Antara kerja dari rumah yang anda boleh cuba untuk tambah income adalah dengan menjual produk digital, buat Bisnes Online, menjadi dropship, menjadi pengurus social media, menjadi content creator.

Macam ana, suami berniaga sendiri. Tapi ana hanya membantu suami untuk penyediaan bahan di rumah. Sambil itu ana menjadi affiliate produk digital dan fizikal serta berbisnes Shaklee. Kiranya ana kerja dari rumah sahaja. 😊




Kekangan Kerja Dari Rumah


Walau kerja dari rumah nampak best, hakikatnya kerja dari rumah semuanya tidak selalu indah. Antara perkara yang terpaksa dihadapi ibu kerja dari rumah ialah:

  • Melalui rutin yang sama setiap hari. Berdepan dengan tekanan kerja atau bisnes,
  • Kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis.
  • Terpaksa menghadap kerenah anak-anak yang kadang-kadang sangat memeningkan kepala sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Kurang sokongan suami
  • Burn out atau gagal urus emosi dengan baik.
  • Penat mental dan fizikal

Ibu stress.


Tips Produktif Ibu Kerja Dari Rumah


Rumah kemas, anak-anak terjaga elok, kerja on track, kita tenang sentiasa memang agak susah tapi tidak mustahil bagi ibu yang bercadang kerja dari rumah. Ini antara tips anda boleh buat.


1. Kena decide apa kita nak fokus atau target dalam hidup

Contohnya untuk ketuhanan, kita fokus nak selawat 1000x sehari, berapa muka surat Al-Quran nak baca sehari. Untuk family kita nak anak-anak kita macam mana, pandai mengira membaca umur berapa. Untuk bisnes pulak kita target nak capai sekian sekian masa bila.


2. Planning 

Yang penting kena ada planning yang baik. Bila sesuai buat planning? Seeloknya sebelum tidur dah rancang untuk apa yang bakal berlaku esoknya. Jika tak sempat, seeloknya awal pagi sebelum mulakan kerja.

  • Bangun pukul berapa.
  • Apa nak buat.
  • Apa fokus esok.

Teknik merancang pun kena smart supaya berimpak positif dan dapat bantu kita lebih terurus.


1️⃣  Brain Dump

- keluarkan semua to do list yang ada dalam kepala di sekeping kertas atau buku to do list.


2️⃣  Eisenhower Matrix

- susun tugasan-tugasan ikut prioriti (keutamaan) supaya kita tak bazirkan masa berkualiti dengan perkara kurang berimpak.


3️⃣  Eat That Frog.

- selesaikan tugasan paling penting / paling sukar dalam kotak pertama dalam Eisenhower Matrix tadi (urgent+important).


4️⃣  Time block.

- buat jadual yang fleksible untuk siapkan tugasan² yang ada.


Untuk ibu yang bekerja, boleh juga amal planning ni supaya lebih terurus dan membantu anda daripada menjadi kelam kabut.



3.  Bina rutin sendiri.

Orang berjaya menjadikan good habit sebagai rutin. Contohnya planning. Sangat beza orang yang ada planning dalam hidup dia berbanding orang yang just keep rotate the cycle dalam kehidupan dia. Tetapkan rutin yang anda buat setiap hari. Yang penting flexible.

Untuk ulang rutin positif setiap hari, awalnya susah. Bila anda dah biasa buat rutin setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun Inshaa Allah impian yang nak, kita akan dapat.


4. Bangun awal pagi

Bangun lebih awal dari kebiasaan. Kalau anda biasa bangun pukul 6 pagi, cuba bangun 5.45 pagi pula. Then 5.30, 5.15, 5.00 hingga 4.00 pagi. Optimum sangat dah tu 4.00 pagi. Banyak benda boleh settle waktu itu. 'Me time' pun lebih lama & berkualiti. 


5.  Disiplin.

aalod rumah dipengaruhi besar oleh mood kita, si ibu. Sama juga dengan pengurusan rumah & hidup kita. Jika kita sendiri berdisiplin, anak² akan ikut contoh yang mereka nampak melalui kita. 


6. Sediakan ruang untuk bekerja

Ruang bekerja juga penting kerana kadang-kala kita perlu fokus melakukan kerja tanpa gangguan daripada si kecil. Jadi, pastikan terdapat tempat untuk anda berkerja khas walaupun hanya meja belajar.



7. Circle positif

Positive circle sangat penting untuk kita ibu yang kerja dari rumah. Walaupun kita sibuk urus anak-anak, keluarga, rumah, bisnes, masih ada kawan-kawan yang bantu beri sokongan pada kita. Sama ada nasihat, teguran atau tempat curahan masalah. 😁



8. Tenang

Bila Tenang, fikiran lebih lapang sebenarnya. Pastinya lebih positif insyaAllah. Tu yang cepat bergeliga je otak selesaikan apa-apa masalah. 


Penutup

Itu antara perkongsian ana tentang  Keseronokan, kekangan dan tips produktif ibu bekerja dari rumah. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


==========================================================================================================

Kalau anda nak mula kerja dari rumah melalui bisnes Shaklee, boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047