Saturday, 22 July 2023

Free 5 Star Trip Percutian Shaklee


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Hari ni ana nak share dengan anda tentang Free 5 Star Trip Percutian Shaklee. Ana harap dapat membantu anda yang bercadang nak travel free tapi mewah.


Sebelum tu ana nak bagi tau, antara Insentif yang sangat best yang Shaklee tawarkan adalah Peluang 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Sesiapa pun berpeluang untuk dapatkan Insentif Shaklee ini. Best kan?


1) Cash Bonus

2) Car Bonus

3) Convention Trip ( Regional & International)



Pasal Hari ni ana nak share pasal free percutian shaklee, ana akan fokus pada convention trip yang mentor ana pernah join ya. Setiap tahun Shaklee akan menganjurkan Trip percutian bagi yang layak bertaraf 5 bintang.


Trip percutian Shaklee ni pun ada 2 jenis. International dan Regional. Regional tu bermaksud area ASEAN atau ASIA.




 

Istimewanya Percutian Mewah Shaklee:

 

  • Setiap tahun Shaklee offer trip mewah percuma ke luar negara Berdasarkan pencapaian bulan dan cycle tahun itu.

  • Kalau travel sendiri, biasanya memang kita akan pilih ikut budget. Tapi bila qualified untuk Shaklee Free Trip, semua kos flight, hotel 5 Stars, makan dan jalan-jalan semuanya ditanggung oleh Shaklee. Mereka hanya perlu bawa duit shopping je. Bestnya kannn.
  • Kadang-kadang tu Shaklee siap bagi duit pocket lagi as Meal Allowance bila Shaklee tak sediakan makanan waktu itu.

  • Kita memang akan dilayan macam VVIP. Beg luggage pun Shaklee tolong hantar sampai ke dalam bilik hotel tau! 

  • Siap ada photogpraher & videographer follow kita masa jalan-jalan. 


Alhamdulillah, ini adalah TRIP MEWAH SHAKLEE yang mentor ana, Master Maria dah qualified sejak tahun 2014:-

1) 2014 - USA (LOS ANGELES & SAN FRANCISCO)

2) 2015 - ITALY

3) 2016 - USA (LONG BEACH, FLORIDA)

4) 2017 - JAPAN

5) 2017 - STAR LIBRA CRUISE (PHUKET & LANGKAWI)

6) 2018 - WESTERN MEDITERRANEAN CRUISE (SPAIN, FRANCE, ITALY)

7) 2018 - BANGKOK, THAILAND

8)2019 - USA (LAS VEGAS & SAN FRANCISCO)

9) 2020 - SWITZERLAND

10) 2020 - SOUTH KOREA

11) 2021 - USA (LOS ANGELES)

12) 2021 - BALI, INDONESIA

13) 2022 - SWITZERLAND

14) 2022 - SOUTH KOREA

 

InsyaAllah, more FREE TRIPS to come!


Tahun 2024, Shaklee akan tawarkan PERCUTIAN MEWAH yang lebih hebat.

7H6M OSAKA, NARA, KYOTO

4H3M ROYAL CARIBBEAN CRUISE SINGAPURA, PULAU PINANG, PHUKET



Kalau anda nak mula bisnes Shaklee secara online boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Thursday, 20 July 2023

11 Tips Travel Bersama Anak Kecil

 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Sebelum tu ana nak ucap selamat tahun baru maal hijrah bagi pembaca yang beragama Islam. Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1 Muharram pada rabu lepas. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. 

Hari ni ana nak share dengan anda 11 Tips Travel Bersama Anak Kecil. Ana harap dapat membantu anda yang bercadang nak travel tu. 



11 Tips Travel Bersama Anak Kecil

Ini antara beberapa perkara yang perlu kita titik-beratkan sebelum bercuti dengan anak kecil.


1. Buat Research Tempat Yang Anda Ingin Kunjungi

Ini adalah langkah paling awal perlu anda lakukan. Sebelum pergi bercuti ke mana sahaja, pastikan anda melakukan serba sedikit carian mengenai tempat yang anda ingin kunjungi. Ini untuk memastikan percutian anda lebih lancar dan tempat yang anda kunjungi jugak terjamin keselamatannya.

Dengan melakukan research berkaitan tempat itu, anda dapat menyediakan bajet dan yang bersesuaian, mengetahui keadaan komuniti di sana, selok-belok tempat itu dan kesesuaian anda bercuti di sana.


2. Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Untuk percutian dengan dengan anak-anak, anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Waktu cuti sekolah atau hujung tahun mungkin boleh diperuntukkan untuk percutian bersama anak.

Tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti mungkin boleh disertakan dalam itinerari nanti. Anak anda mesti suka sangat sepanjang percutian itu.


3. Buat Tempahan Awal

Anda haruslah membuat tempahan seperti Hotel lebih awal lagi. Bila anda buat tempahan awal, anda mungkin akan berpeluang untuk dapat harga yang murah giler berbanding harga asal. Selain Itu, tempahan awal juga membolehkan anda mendapat tempat penginapan yang memenuhi citarasa anda.

   

4. Buat Checklist Barang Yang Anda Nak Bawa

Dengan membuat checklist barang yang perlu dibawa semasa travel, risiko ada barang anda yang tertinggal adalah rendah. Pastikan anda bawa barang anda dan anak-anak yang perlu sahaja semasa travel. 



5. Bawa  Backpack Dan Jangan Terlalu Banyak Beg

Bila travel, kita biasanya akan bawa banyak baju untuk ootd ditempat menarik sambil sibuk nak mengambil gambar kenangan. Jadi banyaklah barang dan beg yang dibawa.

Bila dah jadi mak orang ni lupakan la nak bawak banyak beg terutamanya hand luggage. Mana nak bawak beg, mana nak dukung anak lagi. Lebih baik bawak 1 backpack dan 1 beg luggage besar. Bila bagasi atau barang yang terlalu banyak kita bawa ketika bercuti, risau tertinggal pulak dikala kita sibuk mendukung anak.



6. Bawa Snek Atau Biskut

Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan. Bila anak kelaparan, mereka mungkin tantrum. Ini mungkin mengganggu mood bercuti kita jugak.


7. Bawa Stroller Atau Baby Carrier

Ibu dan ayah boleh membawa stroller atau baby carrier untuk memudahkan percutian. Lebih baik bawak salah satu dari bawa kedua-duanya. fikir kesesuaian umur anak sebelum memilih. 



8. Bawa Baby Wipes

Bagi ana, macam-macam kegunaan baby wipes ni tau. Sangat berguna di waktu yang tak disangka-sangka. Walau anak dah besar, baby wipes ni boleh digunakan bila anak tertumpahkan air sedikit, lap tangan anak yang kotor dan sebagainya.


9. Urus masa travel dengan baik

Ibu dan ayah kena urus masa travel dengan baik. Lagi-lagi kalau kena naik flight. Kalau kita kelam kabut, emosi anak akan terganggu. Bila emosi anak terganggu, emosi kita pon terganggu juga. Jadi, cubalah bertolak lebih awal dari rumah bagi elak kelam kabut.


10. Bertenang dan Positif

Sebagai ibu ayah, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi diri sendiri dan emosi anak anda. Travel dengan anak kecil tak mudah ya. Pelbagai ragam. Huhu. Bila anda tenang, anak-anak tenang Inshaa Allah percutian bersama anak adalah menyeronokkan!



11. Nikmati Percutian Anda

Just enjoy masa percutian bersama keluarga. Nikmati setiap moment. Inshaa Allah anda sekeluarga akan mendapat pengalaman bercuti yang luar biasa.


Itu antara perkongsian ana tentang 11 Tips Travel Bersama Anak Kecil. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Sunday, 16 July 2023

Tips Bisnes Online Untuk Newbie

 Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.


Semalam ana share dengan anda tentang Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah. Hari ni ana nak share pulak tentang Tips Bisnes Online Untuk Newbie.


Walaupun kita baru masuk pertengahan tahun 2023, dah terasa dah peritnya. Bagi ana tahun 2023 ni tahun getir bagi rakyat Malaysia. Harga barang dan kos sara hidup makin meningkat tak kira sama ada di bandar dan di luar bandar. Semua barang mahal dan naik harga.



Bisnes 


Ok pasal tahun 2023 ni dikirakan tahun getir hampir semua rakyat Malaysia, bagi ana kita semua ada keperluan untuk lebih berjimat cermat dan mula tambah pendapatan. Kalau berjimat sahaja tidak cukup, kita boleh tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki kita contoh nya dengan mula kerja part time, berbisnes atau melakukan bisnes online.


Bagi seorang ibu pula, kerja dari rumah atau berbisnes online itu memang suatu pilihan yang tepat jika keinginan anda nak besarkan anak-anak sendiri dalam masa yang sama ada income sendiri. Jemput baca perkongsian ana Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Terus Kuat. Macam ana sendiri, ana memilih berhenti kerja dan bekerja sendiri dari rumah demi melihat anak-anak membesar depan mata.

Sekarang anak dah 3 orang. Wardah pun dah 7 tahun.


Ana berhenti kerja ketika usia Wardah 2 tahun. Ada banyak masa dengan anak masa tu. Lagi-lagi anak sorang je masa tu. Sekarang ana sendiri melakukan kerja bisnes dari rumah termasuklah affiliate dan juga Shaklee secara online dari rumah.


Tips Bisnes Online Untuk Newbie


1. Mulakan dengan apa yang ada.


Zaman sekarang, nak mulakan bisnes online cukup mudah. Hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Hampir semua orang ada dua benda ni. Cukup ada dua ini, dah boleh buat duit. Inshaa Allah.



2. Mulakan dengan bisnes yang anda minat dan suka.


Jual benda yang anda minat dan suka. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai passion atau semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Anda pun tak mudah putus asa apabila ada cabaran dalam bisnes.


3. Mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah


Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes. Anda boleh mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah atau tanpa modal. Banyak bisnes tanpa modal yang ada sekarang contohnya bisnes affiliate.





Seperti Shaklee sendiri anda hanya memerlukan modal RM35 untuk join sebagai ahli dan anda boleh terus mulakan bisnes tanpa simpan stok. Kalau anda beli vitamin Shaklee lebih kurang RM300, anda terus dapat keahlian percuma. Ibarat mula bisnes tanpa modal.




4. Manfaatkan platform percuma media sosial 


Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog adalah percuma. Rugi kalau anda tak guna sebaiknya.

Platform Marketing & Bisnes Online 2023. Tak larat tapaw semua, at least tapaw 2-3 platform yang ada. 

1. FB wall peribadi, FB Page, FB group, FB marketplace

2. Insta/IG

3. Whatsapp Status

4. Insta Story & FB Story 

5. Shopee 

6. Twitter

7. Tik tok

8. Youtube 

9. Telegram




5. Belajar ilmu bisnes.


Antara imu penting untuk newbie mula bisnes online ialah:

  • ILMU MARKETING -  satu teknik proven untuk kukuhkan branding bisnes anda & besarkan empayar bisnes anda. Tanpa marketing, orang lain tak tahu produk ala yang anda jual.
Marketing ibarat hebahan bisnes anda.


  • ILMU Copywriting -adalah satu skil khas yang penting untuk digunakan semasa aktiviti brand awareness, marketing & close sale. Anda wajib tahu beberapa formula copywriting untuk memujuk prospek anda. Anda kena tahu apa ayat nak cairkan hati prospek sehingga mereka sudi membeli.
  • ILMU CLOSE SALE - Close sales adalah aktiviti bawa masyuk duit ke dalam syarikat. Proses pertama adalah menukarkan prospek kepada kastemer. Proses kedua adalah membuatkan kastemer membeli lagi & lagi dengan anda. 


Itu antara perkongsian ana tentang tips Bisnes Online Untuk Newbie. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca perkongsian ana ini sebagai panduan.


7 Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee


======================================================

Kalau anda nak mula bisnes Shaklee secara online boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047