Friday, 2 June 2023

Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Terus Kuat


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda semua sihat? Ana doakan anda ceria berbahagia di samping keluarga tercinta.


Sekarang kan tengah musim cuti sekolah. Bila anak-anak bercuti ni, tentu sibuk ibu ibu berganda ganda sibuk di rumah kan. Sekejap sekejap ada order makan dari anak anak, berasap lah dapur selalu. Belum lagi riuh rendah anak berkelahi. Bertabahlah ibu ibu. Adeiii. 


Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Ibu



Hari ni ana nak share pasal Kata-kata Motivasi untuk ibu ibu. Semua kita tahu kan penting nya kata-kata motivasi dalam kehidupan kita ni. Kata kata motivasi yang berkesan boleh buat hati tersentap, terkesan hingga mampu memberi impak kepada diri dan hidup seseorang.

Oh ya baru teringat dulu masa zaman belajar, ana suka sangat baca buku motivasi tau. Nak memotivasi diri lah kata kan. Sampai naik lusuh buku tu bila ujung-ujung zaman belajar tu.

Sebagai seorang isteri dan ibu, kita ibu ibu ni memang penat uruskan keluarga, anak anak. Orang kata kita ibu ibu ni kita kena utamakan diri kita jugak contohnya ada me time, makan minum kena jaga jangan sampai tak makan minum, ada circle untuk kita berkawan dan sebagainya. 


Me time ibu ibu bila anak anak dah tidur. Tengok movie sambil makan minum.


Berehat sebenar dari tugas sebagai ibu.


Kesihatan Mental 


Tetapi yang paling selalu diabaikan kebanyakan ibu ialah kesihatan mental. Sebagai ibu, ada fasa yang kita akan down, putus asa, hilang sabar dengan anak-anak, tertekan dengan kerja, overwhelmed dan sebagainya. Jadi, kesihatan mental amat penting untuk kita ibu ibu ni. 


Pelbagai perkara difikirkan ibu.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih 450 juta individu di seluruh dunia mengalami masalah penyakit mental sepanjang kehidupan mereka.


Menurut Harian Metro Online, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti 2015 mendapati masalah kesihatan mental dilaporkan berada pada kadar 29.2 peratus, dibandingkan pada laporan pada 2005 berada pada kadar 11.2 peratus dan pada 1996 dilaporkan berada pada kadar 10.7 peratus.


Jadi, Kita kenalah amik cakna berkenaan kesihatan mental ni. Bila wujud je perasaan dan fikiran yang negatif ni, cepat-cepat minta tolong atau cari  teman untuk meluahkan masalah sebelum membawa kepada kemurungan dan depressed. Paling senang dan cepat, tengok kata-kata yang boleh menaikkan semula semangat dan bangkit menjadi yang lebih baik. 


Cari pertolongan jika tidak mampu selesaikan masalah.


Kata-Kata Motivasi Yang Boleh Digunakan


Jadi hari ni ana nak share dengan anda beberapa kata-kata motivasi untuk ibu ibu yang boleh diamalkan dan digunakan untuk menaikkan semangat untuk terus kuat meneruskan tugas sebagai isteri, ibu.


Kata-Kata Motivasi Kejayaan dan Kebahagiaan Ibu


  • Jangan terlalu menangis dengan apa yang hilang sehingga terlupa untuk tersenyum dengan apa yang masih ada.
  • Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan perkara yang anda mahukan.
  • Sakit dalam perjuangan itu hanya sementara, namun jika menyerah, rasa sakit itu akan terasa selamanya.
  • Ada ketikanya hidup kita ini terlalu jauh daripada apa yang kita harapkan. Tapi, jangan jadikan itu sebagai penghalang untuk kita mencari bahagia.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Kunci kebahagiaan hidup sederhana ialah dengan menjalaninya, menikmatinya dan mensyukuri setiap perihal yang ada.
  • Kesedihan dan dugaan yang kita rasakan hari ini akan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hari esok. Jangan putus asa, tentu ada hikmah yang manis dibalik semua kejadian yang menimpa kita yang kita tidak mengetahuinya.
  • Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.




Di sini Ana share kan juga Kata-Kata motivasi di dalam Al-Quran sebagai Motivation ibu ibu.


Kata-Kata Motivasi Di Dalam Quran


  • Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar. – (Ar-Rum: 60)

  • Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” – Al hadid [57:20
  • Allah berfirman“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath Thalaaq: 2-3)
  • Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. – (Al-Baqarah: 286)
  • Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. – (Az-Zumar: 10)
  • Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. – (At-Talaq: 4)
  • Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. – (Al-Baqarah: 286)
  • Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. – (Ibrahim: 39)
  • Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. – (Az-Zumar: 10)



Tips


Sebagai muslim, walau kita ibu ibu ni berada di fasa paling bawah hidup kita, tertekan, kecewa, kita disuruh kembali kepada Allah. Dekatkan diri dengan Nya dan kitab Nya, Al-Quran. 

Kembali kepada Allah. Dekatkan diri dengan Nya.


Jaga hubungan dengan Allah dengan melakukan suruhan dan tinggalkan larangannya. Mohonlah Allah beri kekuatan dan bantu. 


Penutup


Ana doakan ibu ibu yang sedang bermasalah di dalam hidup dapat menggunakan Kata-Kata Motivasi Di atas sebagai sumber kekuatan untuk hangout kembali. Ana doakan anda berjaya.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047