Assalamualaikum. Anda sihat? Ana doakan anda semua sihat di samping keluarga tercinta.
Alhamdulillah sedar tak sedar dah 16 Ramadhan hari ini. Jadi, tinggal tak berapa hari juga kita nak sambut hari raya kan.
Selain persiapan nak raya seperti baju raya, kuih raya, kelengkapan raya, tentu ramai antara kita terutama golongan wanita sedang sibuk mempersiapkan kulit muka yang cantik untuk hari raya nanti. Ya kulit yang cantik memberi kesan positif pada penampilan dan tahap keyakinan diri seseorang. Ana pun nak nampak cantik raya ni.😊
Selepas Entri Vitamin Rahmah, untuk bantu anda yang nak cantik ni, Entri kali ni ana nak share berkenaan cantik berseri raya dengan Vitamin Kulit cantik pada harga rahmah.
ANATOMI LAPISAN KULIT DAN SKIN BARRIER
Sebelum tu, ana nak cerita serba ringkas dahulu tentang anatomi lapisan kulit kita. Kulit kita ni ada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap lapisan kulit mempunyai ketebalan dan fungsi yang berbeza. Yang paling nipis adalah epidermis iaitu lapisan luar.
Lapisan paling atas pada lapisan epidermis iaitu skin barrier berfungsi sebagai pelindung kulit daripada sinar UVA, UVB, kotoran seperti debu, bahan Kimia berbahaya, bakteria. Skin barrier juga menyimpan kelembapan supaya kulit kekal lembap dan tak kering.
KEROSAKAN SKIN BARRIER
Skin barrier ni boleh jadi rosak bila kulit kita terkena pancaran matahari secara terus, salah pakai produk penjagaan kulit, pemakanan kurang berkhasiat seperti tiada sayur-sayuran dan buah-buahan serta amal gaya hidup tak sihat macam merokok, minum arak.
VITAMIN UNTUK KULIT
Oleh itu, ramai yang telah cakna dengan KEROSAKAN skin barrier dan mula memakai sunscreen, berhati-hati memilih produk penjagaan kulit dan mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula dengan produk pencuci muka, pelembap, toner, serum, esen, sunscreen dan juga memakai make up.
Tetapi, ramai yang mengutamakan hanya penjagaan kulit luaran tetapi tidak dalaman bila mana mereka mengabaikan pengambilan suplemen atau vitamin kulit.
Ini adalah antara vitamin kulit yang ,kita perlukan untuk dapat kulit sihat cantik berseri:
- Omega 3 secukupnya untuk bantu kulit mengekalkan kelembapannya, tegang dan anjal.
- Protein juga berperanan dalam membantu pembentukan sel-sel kulit yang baru serta membuat protein lain termasuklah kolagen dan keratin.
- Vitamin B dapat mengurangkan kekeringan, membantu melawan masalah kulit termasuk ekzema dan membuat kulit lebih lembut dan licin.
- Vitamin C kaya dengan sifat antioksidan yang mampu membantu menghasilkan lebih banyak kolagen.
- Vitamin D yang bersumberkan cahaya matahari pula penting untuk kulit agar kekal sihat serta cantik.
- Vitamin E mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksidan penting bagi membantu melawan radikal bebas serta menjadikan kulit awet muda.
- Vitamin K membantu dalam menghilangkan kesan stretch mark parut, tompokan gelap.
- Omega 3 bantu mengekalkan kelembapan dan ketegangan kulit.
- Vitamin A dapat menghentikan proses penguraian kolagen sekaligus dapat mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari.
VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH
Seperti ramai antara kita maklum, menu Rahmah diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan makan pada harga murah. Sempena raya yang bakal menjelang tiba, Shaklee pun tidak ketinggalan menawarkan vitamin kulit cantik pada harga rahmah.
Ini adalah set vitamin kulit cantik Shaklee harga rahmah. Set ini mengandungi ESP yang terdiri daripada protein soya dan juga vitamin C sustained release. Jom Ana share kepentingan ESP dan vitamin C ni pada kulit.
KEPENTINGAN ESP PADA KULIT
1) Memberikan Struktur Kulit
Kolagen, elastin dan keratin adalah protein yang sangat penting dalam tubuh badan anda untuk membentuk sebahagian besar daripada semua tisu penghubung bagi memberikan sokongan struktur kepada kulit, rambut dan kuku anda.
Protein soya ESP membantu:
- Meningkatkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel kulit yang sihat.
- Membantu membaiki keanjalan kulit dan meningkatkan sintesis kolagen.
2) Melindungi Kulit daripada Kerosakan Radikal Bebas
Radikal bebas boleh menyebabkan tekanan oksidatif kepada kulit dengan merosakkan membran sel kulit, protein dan DNA, yang mengakibatkan penuaan kulit pramatang seperti kedutan.
Isoflavon dalam protein soya membantu untuk:
- Mengurangkan tekanan oksidatif, keradangan dan kerosakan sel kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV kerana ia kaya dengan antioksida.
3) Melembap dan Melicinkan Kulit
Kulit kita terdiri daripada faktor pelembap semula jadi (NMF) dengan asid amino sebagai komponen utamanya.
Asid amino dalam protein soya membantu:
- Menguatkan lapisan kulit yang paling luar, sekali gus mengekalkan kelembapan pada kulit supaya ia tidak mudah kering.
- Kulit anda kekal terhidrat, melengahkan kemunculan tanda-tanda penuaan dan untuk memastikan kelicinan kulit.
4) Menyembuh dan Membaiki Kulit
Asid amino adalah penting untuk menyembuh dan membaiki tisu dan kulit yang rosak.
Protein soya membantu untuk:
- Bertindak sebagai blok binaan untuk sel dan mempercepatkan proses penyembuhan sel supaya kulit anda lebih cepat pulih.
- Meningkatkan proses pusing-ganti sel (cell turnover) yang bermakna menyingkirkan sel kulit/ rambut/kuku yang lama untuk memberi ruang kepada sel baharu.
KEPENTINGAN VITAMIN C PADA KULIT
Vitamin C berperanan penting dalam kesihatan tubuh badan kita terutama kulit. Vitamin C ini membantu:
- Bertindak sebagai antioksida.
- Melindungi kulit daripada sinaran UV.
- Bertindak sebagai agen depigmentasi.
- Berfungsi sebagai agen antikeradangan yang kuat untuk membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.
- Menggalakkan penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit.
ESP dan vitamin C adalah vitamin kulit yang paling basic untuk bantu anda dapat kulit cantik berseri raya ini.
Harga asal:-
🟢 ESP : Non Member = RM173.75, Member = RM139
🟢 VITAMIN C : Non Member = RM115, Member = RM92
PROMOSI 1-30 APRIL 2023!
Anda boleh dapatkan vitamin kulit cantik pada harga rahmah. Harga Rahmah maksudnya Inshaa Allah harga mampu milik untuk semua.
1. Set A
Dengan harga cuma RM99 sahaja, anda akan mendapat:
- Sebotol Sustained Release Vita-C Plus + satu canister ESP Soy Protein Powder
- Free Membership
2. Set B
Dengan harga cuma RM188 sahaja, anda akan mendapat:
- 2 Botol Sustained Release Vita-C Plus + 2 canister ESP Soy Protein Powder
- Free Membership
- Free Shipping
3. Set C
Dengan harga cuma RM376 sahaja, anda akan mendapat:
- 4 Botol Sustained Release Vita-C Plus + 4 canister ESP Soy Protein Powder
- Free Membership
- Free Shipping
4. Set D
Dengan harga cuma RM564 sahaja, anda akan mendapat:
- 6 Botol Sustained Release Vita-C Plus + 6 canister ESP Soy Protein Powder
- Free Membership
- Free Shipping
TESTIMONI VITAMIN KULIT HARGA RAHMAH
Boleh hubungi ana terus atau whatsapp jika anda berminat nak cuba set ni. Ana akan bantu anda dapatkan set vitamin kulit cantik Rahmah dari shaklee ni.
#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
No comments:
Post a Comment