Sunday, 9 April 2023

7 Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee

Assalamualaikum. Hai korang. Hari ni ana nak sembang sembang pasal Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia.



Sebelum tu nak cakap sekejap je dah bulan April. Rasanya macam baru hari tu kita masuk tahun 2023 kan. Sepanjang 2023 ni apa pendapat korang?


Walaupun kita baru masuk suku kedua 2023, dah terasa dah peritnya. Bagi ana tahun 2023 ni tahun getir bagi rakyat Malaysia. Harga barang dan kos sara hidup makin meningkat tak kira sama ada di bandar dan di luar bandar. Semua barang mahal dan naik harga.



Kebetulan pulak tahun ini bulan sekolah dibuka tahun ini, berdekatan dengan bulan puasa dan Hari raya. Jadi ramai ibu bapa perlu membelanjakan keperluan sekolah, serentak dengan keperluan Ramadan dan sambutan Hari Raya. 


Alhamdulillah Ana banyak membeli barang-barang keperluan sikit-sikit. Jadi kita tak perlu tanggung perbelanjaan yang besar sekaligus dan tak terasa besar nya duit yang dikeluarkan. Huhu. 


Untuk Ramadhan dan Syawal kali ni pun ana sekeluarga memilih bersederhana dan banyak amalkan jimat jermat. Beli mengikut keperluan. Inshaa Allah.


KENAPA BISNES?


Ok pasal tahun 2023 ni dikirakan tahun getir hampir semua rakyat Malaysia, bagi ana kita semua ada keperluan untuk lebih berjimat cermat dan mula tambah pendapatan. Kalau berjimat sahaja tidak cukup, apa kata kita tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki kita contoh nya dengan mula kerja part time, berbisnes atau melakukan bisnes online.


BISNES ONLINE


Zaman sekarang, bisnes online atau perniagaan dalam talian menjadi semakin popular dalam kalangan rakyat untuk tambah pendapatan. Bisnes Online menjadi pilihan kerana fleksible dari segi masa dan tempat.

Bisnes online boleh dilakukan di mana-mana selagi ada capaian internet


Nak mulakan bisnes online cukup mudah, hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Namun, bukan semua jenis bisnes sesuai untuk semua, lagi-lagi newbie.

Mula Bisnes dengan smartphone, internet dan extra laptop.


IDEA BISNES ONLINE


Sebenarnya terdapat banyak jenis bisnes online yang boleh kita jalankan, antaranya ialah:


1) E-dagang: 

Memasarkan dan menjual barangan fizikal secara online melalui platform seperti Shopee, Lazada, Instagram, facebook dan tiktok. Banyak barang yang boleh kita jual seperti baju, tudung, makanan, suplemen dan sebagainya.


2) Blogging:

Blogging ni nampak macam idea lama sebab ramai dah beralih ke media sosial seperti til tok, instagram, facebook. Sebenarnya blog lebih evergreen. Walau Entri blog ditulis bertahun lamanya, masih boleh dicari di google.

Blog boleh dimulakan secara berbayar dan percuma. Blog ana ni Ana buat free menggunakan blogspot. Anda boleh jugak mulakan dengan blogspot, wordpress, wix.

Jana duit di blog dengan menjua produk di blog, review, iklan dan collaboration dengan pihak tertentu.



3) Menjadi agen Affiliate: 

Anda sebagai affiliate, mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain. Apabila ada orang membuat pembelian dari link anda, anda akan menerima komisyen.

Boleh  mencari peluang affiliate di marketplaces onpay.


4) Dropship:

Menjual produk tanpa perlu memegang stok atau menguruskan penghantaran. Hanya perlu melakukan kerja kerja marketing.


5) Penulisan Konten: 

Menawarkan perkhidmatan menulis artikel atau kandungan blog, website, artikel untuk pelanggan. Ada juga yang perlu menulis untuk konten sosial media pelanggan.

Sekarang semuanya perlukan content.


6) Jual produk digital seperti kursus secara online dan ebook:

Menawarkan kursus dalam talian tentang topik tertentu yang anda minat atau mahir seperti kelas memasak, kelas memasang paip, kelas teknik didik anak dan sebagainya. Semua ni anda boleh pakejkan dalam satu bentuk panduan atau course online. Kalau mahir menulis anda boleh jual dalam bentuk ebook. 

Kursus online boleh dimulakan dengan video simple menggunakan smart phone.


7) Jual makanan secara online:

Anda boleh mempromosikan Makanan yang anda jual secara online contohnya di facebook, instagram.

Banyak kan jenis bisnes online yang boleh kita pilih. Sekarang an nak cerita bisnes online yang pernah ana buat.



PENGALAMAN BUAT BISNES ONLINE


Ana mula berbisnes ketika sedang melanjutkan pengajian di universiti dulu. Saje nak ambil pengalaman sambil tambah pendapatan. Banyak bisnes online yang pernah ana lakukan dulu antaranya:

  • Biskut raya coklat chip dan popiah nestum
  • Coklat homemade
Ana pernah jual coklat homemade dulu.

  • Panduan FB Ads
  • Kelas FB ads
  • Buku Bisnes facebook dan copywriting
  • Affiliate
Antara affiliate yang pernah ana join dulu

Dan sekarang ana melakukan bisnes online Shaklee dari rumah beserta beberapa affiliate. Dah bertahun ana dengan Shaklee tau.



BAGAIMANA MEMILIH BISNES ONLINE TERBAIK


Tadi kan ana cerita pasal bisnes online kan. Ni ana nak share pulak kat anda cara pilih bisnes online yang terbaik untuk anda. Semuanya bergantung pada minat dan kebolehan anda. 


Banyak faktor jugak perlu dipertimbangkan seperti kos, masa dan usaha yang diperlukan untuk mekakukan bisnes online itu.



BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA: BISNES SHAKLEE


Sepanjang ana buat pelbagai bisnes, bagi ana, Shaklee adalah bisnes online terbaik di Malaysia. Jom Ana share kenapa.


1) Modal yang rendah

  • Dengan bayaran serendah rm35 atau percuma (jika membeli produk bernilai lebih 100uv), anda berpeluang menjalankan perniagaan Shaklee. Anda jugak boleh memulakan bisnes tanpa simpan stok yang banyak.

Modal yang rendah


2) Sistem Sokongan Syarikat

  • Pihak Shaklee ada menyediakan sistem sokongan dari segi latihan atau kelas yang berterusan kepada pengedarnya. Samada berkenaan produk, bisnes seperti kelas Health & Wellness Talk dan lain-lain secara online dan juga offline.

Antara kelas yang Shaklee sediakan


3) Shaklee adalah syarikat MLM yang kukuh dan bereputasi.

  • Shaklee adalah sebuah syarikat yang bereputasi dan sah. Telah ditubuhkan pada tahun 1956. Walaupun bisnes Shaklee ini dikategorikan sebagai bisnes Multilevel Marketing (MLM), tetapi di Shaklee mengamalkan Marketing Plan yang adil.


4) Shaklee menawarkan peluang 3 C 

  • Shaklee menawarkan cash bonus, car bonus dan convention trip kepada pengedar yang layak.

3 C yang Shaklee tawarkan


5) Shaklee Adalah Patuh Syariah.

  • Sistem Shaklee sangat adil. Tiada penindasan untuk downline. Kita buat, kita dapat. Downline yang berusaha buat sales pun boleh mengatasi upline.

Income Shaklee


6) Bisnes Shaklee Bertahan Lama dan Boleh Diwarisi

  • Semakin lama kita dirikan bisnes Shaklee kita, semakin ramai ahli team kita. Bisnes Shaklee bukanlah seperti bisnes viral yang cepat meletup dan cepat jugak habis viralnya. 

  • Bisnes Shaklee juga boleh diwarisi kepada keturunan kita. Bermakna selepas kita meninggal dunia, anak-anak Kita boleh meneruskan bisnes Shaklee kita.


7) Shaklee beri kesihatan yang baik

  • Bila buat bisnes Shaklee, Kita diajar untuk menjadi pengguna produk dahulu. Shaklee kan terjebak dengan Suplemen Terbaik, mestilah kita kena cuba dulu kan. Huhu. Setelah dapat effect barulah boleh berkongsi dengan orang lain. Macam ana dulu bermula dengan set kurus shaklee.



Kesan Shaklee ana selepas ambil set kurus Shaklee pada 2015. Berjaya turun 7 kg masa tu.

  • Dan kebanyakan pengedar Shaklee telah mendapat kesan positif setelah mengambil suplemen sehingga jatuh cinta dengan Shaklee. Macam ana sekarang fall in love dengan Vitamin Kulit cantik. Jadi bila buat bisnes shaklee memang auto dapat sihat sekali.

HARAPAN ANA


Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda yang masih mencari-cari bisnes online untuk menambah pendapatan anda. Moga anda jumpa bisnes online terbaik untuk anda dan dapat Jana pendapatan tambahan darinya.


Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama ana, boleh Wasap Ana.


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023



No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047