Thursday, 13 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Sebelum Raya

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamu'alaikum wbt. 


Hai. Terima kasih kerana membaca blog Ana ini. Sihat ke semua? Hari ni dah masuk 22 Ramadhan. Maksudnya lagi seminggu kita nak menyambut hari raya. 


Mesti ramai yang nak tampil lebih konfiden bila lebih kurus slim ramping bak kerengga kan. Ada seminggu lagi nak Raya, memang sempat sangat nak kurus pun. Jadi, hari ni Ana nak kongsi tentang tips Kurus Dengan Cepat sebelum raya.




PENGALAMAN KURUSKAN BADAN


Ana pernah beberapa kali berdepan siri usaha  menguruskan badan. Bila buat Bisnes Online ni, kuranglah bersenam, tiba-tiba berat pun naik lagi lagi masa mengandung. Antara pengalaman kurus ana:


  • Sebelum kahwin

Masa ni berat Ana paling berat tu dalam 80 lebih rasanya. Lepas diet macam-macam contohnya diet sayur rebus, bubur oat, dan bersenam, akhirnya berat stuck berbulan-bulan dekat 69 kg. Lepas ambil Set Kurus, berat turun 7kg dalam 2 bulan. Alhamdulillah kurus lah sikit masa nak kahwin. 😁




  • Selepas bersalin anak pertama
Waktu mengandung anak kedua berat 77kg sebelum bersalin. Sambil makan set menyusu, berat turun 22kg dalam masa 6 bulan lepas bersalin. Lebih kurus dari sebelum kahwin dan bukak buku pink.😊


  • Selepas bersalin anak ketiga

Anak ketiga ni paling dahsyat. Berat sebelum bersalin 84 kg. Berat sekarang 62kg. Dah turun 22kg jugak. Sekarang konsisten ambil Shaklee jugak.


Ini antara tips yang ana amalkan. Ana harap anda boleh amalkan jugak agar anda pun bolehlah kurus cepat sebelum raya ni. Dan boleh jugak amalkan selepas raya nanti.



TIPS KURUS DENGAN CEPAT



1) MINUM BANYAK AIR MASAK KOSONG


Kalau anda nak kurus dengan cepat. Minumlah air dengan cukup. Ramai orang tak kurus walau dah diet bagai sebab tak jaga air yang diminum.





Air sangat penting ye untuk tubuh. Lebih-lebih lagi semasa berdiet atau usaha nak kurus. Air berfungsi untuk membuang toksin dalam tubuh.



Ana sertakan gambar berapa liter air anda perlu minum untuk turunkan berat dengan cepat.



2) KURANGKAN GARAM DAN GULA



Diet tinggi gula boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Diet tinggi garam pula boleh menyebabkan darah tinggi. Tapi, kenapa bila nak kurus selalu kita diingatkan untuk elak garam dan gula? 



Ana terangkan gula dulu ya. Kalau anda nak tahu, makanan bergula ni akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Bila terlalu banyak gula dalam darah, sel-sel akan menyimpan gula tersebut sebagai lemak. Kesannya, berat badan kita pun meningkat.


Makanan bergula juga  berkalori tinggi tetapi tidak mempunyai apa-apa nutrisi kepada kita. Kiranya lebih kepada pembaziran jika kita ambil secara berlebihan.


Pengambilan garam boleh mengekalkan air dalam tubuh. Bila garam diambil secara berlebihan pula menyebabkan air tambahan yang disimpan meningkatkan tekankan darah. Air tambahan itu juga lah yang menyebabkan berat badan berlebihan.



3) KURANGKAN KALORI HARIAN



Antara salah satu cara untuk cepat kurus adalah mengambil kira pengambilan kalori harian. Untuk kurus kita perlu mengambil kalori kurang dari yang badan kita perlukan. Cara Kira kalori.

Sumber : harianpost.my



4) KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN AMBIL PROTEIN


Ada kajian membuktikan yang diet kurang karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang. Diet ini juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. 


Tapi pengambilan protein sebagai pengganti karbohidrat dapat mengurangakan lapar dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Contohnya dalam Shaklee kita ada ESP dan cinch Shake yang berfungsi sebagai protein yang boleh menjadi pengganti Menu Sahur.



5) MINUM TEH HIJAU


Teh hijau mengandungi flavonoids yang membantu tingkatkan kadar metabolism. Teh hijau juga dapat membakar lemak.





6) BERSENAM


Untuk kurus lebih cepat, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau kita tersangat kurang rajin bersenam, kita boleh amalkan aktiviti dengan intensiti tinggi seperti tabata yang dapat membakar kalori cepat.




7) AMBIL KAFEIN SEPERTI KOPI SEBELUM BERSENAM


Kafien ini berfungsi untuk mengaktifkan sel sel yang terdapat dalam tubuh badan kita. 



Bila kita ambil kafien sebelum bersenam, ia akan mempercepatkan pergerakan sel sel dalam badan. Maka, tubuh badan kita akan jadi lebih aktif dan kesannya, kita akan berpeluh dengan lebih banyak.


Tahukah anda, kafien dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolism badan. Apabila kadar metabolism badan meningkat, akan lebih banyak lemak yang terbakar secara automatik. Jadi, badan kita akan turun berat dengan lebih mudah.



8) BERPUASA


Berpuasa secara intermittent fasting jugak adalah salah satu cara turunkan berat badan atau kurus dengan cepat. Anda boleh amalkan Intermittent fasting nanti selepas raya nanti ya. Anda juga boleh baca penerangan ana yang lebih detail di Intermittent Fasting dan Keburukan Intermittent Fasting.




9) AMBIL SET KURUS SHAKLEE


Cara paling cepat turunkan berat badan bagi ana adalah dengan menambah suplemen di dalam diet. Kenapa?


Dengan pengambilan supleman kita seolah olah praktikal  semua tips di atas all in one. Contohnya dengan mengambil set kurus shaklee Premium Kita ada:



Cinch dan ESP: protein, meal replacement yang dapat kurangkan karbohidrat

Omega dan lecithin: Bantu bakar lemak dalam badan

Alfalfa dan Herb-lex: Bantu singkirkan lemak dari badan.

Vivix:  memusnahkan sel-sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi untuk ditukarkan kepada tenaga.




TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE











Nak kurus cepat, Jom cuba set kurus Shaklee. Nak tanya detail, meh risik dekat ana ya.😊


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleePasirPanjang


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047