Thursday 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING YANG BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum. Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. aamiin.

Hari ini Ana nak share pasal intermittent fasting atau nama glamor nya IF. Mesti anda selalu nampak perkataan intermittent fasting ni di facebook, instagram dan lain-lain kan? kalau anda nak tahu, diet IF ni dah menjadi trend dalam kalangan selebriti dan masyarakat kita.

Persoalannya, apa sebenarnya itu IF?

IF, INTERMITTENT FASTING, TIPS KURUS, TIPS SLIM, TIPS TURUN BERAT BADAN
Intermittent Fasting menjadi trend


Apakah itu “intermittent fasting (IF)”?


“Intermittent” bermaksud selang masa dan “fasting” bermaksud berpuasa. 

Istilah intermittent fasting pula bermaksud kaedah berpuasa mengikut selang masa yang ditetapkan, atau  mengikut selang masa waktu makan yang ditetapkan. 

Contoh tempoh selang masa berpuasa dan masa makan bagi intermittent fasting:  
  • IF 12:12 12 jam tempoh puasa, 12 jam tempoh makan
  • IF 16:8 16 jam tempoh puasa, 8 jam tempoh makan
  • IF 20:4 20 jam tempoh puasa, 4 jam tempoh makan 


Kelebihan Buat IF


IF membolehkan perut dan usus berehat daripada makanan dalam tempoh 14 hingga 16 jam. maksudnya, jika kita amal IF 16:8,  kita hanya makan untuk 8 jam dan baki 16 jam lagi kita akan berehat dari makan.

Yang bestnya,  dalam tempoh ‘tak boleh makan’ tu, kita masih boleh minum air tau untuk mengelakkan dehidrasi.  Anda boleh minum air kosong, kopi kosong, teh hijau atau Cinch Tea (minuman tanpa kalori) dan minuman lain tanpa susu dan gula.

IF, Intermittent fasting, air, tips kurus, tips turun berat badan
Air kosong air yang wajib diambil ketika IF Intermittent fasting


Pada waktu makan pula, IF tidak memfokuskan soal jenis makanan perlu kita ambil seperti diet-diet yang lain. Yang dipenting hanya tentang selang waktu yang patut kita makan.

Diet, IF, INTERMITTENT FASTING, TIPS KURUS, TIPS TURUN BERAT, TIPS PEMAKANAN
Diet cara IF kurang ketat berbanding diet lain


Dan yang paling  bestnya, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF!



3 Cara buat IF

Bagi orang Islam, semasa bulan ramadan, kita akan berpuasa dalam tempoh berbelas-belas jam iaitu biasanya bermula sebelum subuh hingga masuk waktu maghrib. Inshaa Allah, If ini bukanlah terlalu sukar untuk dilakukan. Kannn?

Terdapat beberapa cara melakukan IF:

  • 16:8 (16 jam puasa, 8 jam makan)
Cara ini ialah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. 16 jam kemudiannya anda perlu berpuasa. 
  • Whole Day Fasting ( Puasa 24 jam)

Anda tidak boleh makan untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh berpuasa, hanya air tanpa kalori boleh diambil.

  •  5:2 fasting

Sebagai contoh anda berpuasa pada hari isnin dan khamis sahaja setiap minggu.


Bagaimana “intermittent fasting” berkesan bantu kita turun berat?

Dengan mengurangkan waktu makan, kita pun akan kurang mengunyah makanan. Oleh itu, kalori diambil pun akan berkurangan.

Bila kita mengamalkan IF , kita juga akan kurang mengambil gula. Kesannya, paras glukos terkawal dan paras hormone insulin menurun dari paras biasa. Apabila insulin menurun, badan akan terpaksa untuk buang air berlebihan.

selain itu, If berkesan dapat membetulkan dan meningkat metabolisme badan.

IF, INTERMITTENT FASTING, TURUN BERAT, SLIM, KURUS
IF yang berkenan dapat menurunkan berat badan



Bestkan buat IF, setakat ni Ana dengar ramai yang buat IF berjaya turunkan berat badan. Kalau belum try, meh kita cuba. sempat lagi sebelum masuk Ramadhan ni.  


Kalau nak IF yang lebih berjaya adalah dengan tambahan suplemen yang membantu menurunkan berat lebih cepat, meh risik dekat ana ya.

#shakleethrive23

#shakleetriump23

#megablogshaklee



1 comment:

zainab saleh said...

Ilmu yang bermanfaat tuk semua peringkat umor..

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047