Ana cuma nak kongsi. Ramai kawan Ana di fesbuk dan telegram berkongsi tentang pantang larang dalam penulisan di Fesbuk. Jadi Ana kongsikan untuk anda yang belum tahu.

1. Meroyan dan berleter di status.
2. Menulis tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu.
3. Menulis cerita berbentuk perli atau sindiran.
4. Menulis dengan niat untuk mempermainkan sesuatu isu semasa.
5. Perasan diri lebih bagus dari orang lain.
6. Menulis post syok sendiri.
7. Tiada engagement atau interaksi dengan pembaca.
8. Menulis dengan diikuti dot dot dot (.....) sebanyak 20 ke 30 kali dalam satu perenggan.
9. Nada penulisan sekata.
10. Ayat terlalu panjang meleret.
11. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau memperbetulkan orang lain.
12. Penggunaan kata seru yang berlebihan (!!!!)
13. Menulis dengan ejaan singkatan atau bahasa sms.
14. Pengunaan bahasa rojak yang ketara – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
15. Menggunakan semua HURUF BESAR.
16. Elakkan penggunaan bahasa tak senonoh dan kasar.
17. Kurangkan penggunaan jargon (ayat teknikal) dan ayat bombastik.
19. Jarang menulis.
20. Elakkan memperjuangkan sesuatu yang tidak berfaedah.
Kredit kepada Cikgu June Mohd Som dan lain-lain.
.
Penulisan kita ni memang TAK SEMPURNA seperti kita. Namun. ia kata-kata yang mencerminkan diri kita. Oleh itu, cubalah buat yang terbaik dalam penulisan kita. Jom patuhi dan jauhi pantang larang dalam penulisan di fesbuk.