Thursday 20 April 2023

Meriah persiapan Hari Raya Dengan Shaklee


Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab singgah baca blog Ana.😊



Terasa cepat kan masa berlalu. Pejam pejam celik tinggal sehari dua lagi kita berpuasa di bulan Ramadhan. Maksudnya Ramadhan akan berlalu pergi berganti dengan Syawal. Sedih pula bila Ramadhan akan tinggalkan kita kan? Harapan Ana, moga tahun depan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan. Aamiin.🤲


Oh ya. Kalau anak bulan muncul petang ini, Inshaa Allah esok kita umat Islam akan berhari raya. Kalau tak, lusalah kita berhari raya. 



Anak bulan



PERSIAPAN HARI RAYA


Bila sebut pasal raya, mesti kita terbayang baju raya baru. Baju Melayu cekak musang untuk lelaki, kebaya dan Baju kurung untuk wanita. Selain itu, biskut raya terhidang atas meja, rumah dihias indah untuk lebaran.


Bila menjelang hari raya, kawasan halaman rumah pun dipenuhi pelita. Lagi meriah bila kanak-kanak bermain bunga api dan bergembira bila dapat duit raya.😁


Ok. Macam mana pula persiapan anda? Untuk ana, tahun ini lebih bersederhana tetapi meriah. Meriah sebab raya kali ni bertambah seorang lagi family ana. Kalau tahun lepas beraya berempat, tahun ni berlima dengan si kecil ini. Meriah juga bila tau Insentif Shaklee.




CHECKLIST PERSIAPAN HARI RAYA


Hari ni ana nak share dengan anda antara persiapan ringkas tapi penting hari raya yang boleh anda lakukan menjelang raya ni. Ini antara checklist persiapan Hari Raya Dengan Shaklee Ana. Tapi anda boleh ubah ikut kesesuaian anda ya.



✅ Turun berat badan

✅ Beli baju raya atau pakai baju yang masih elok

✅ Kulit Berseri di pagi raya 

✅ Kemas rumah


Turun berat badan.


Alhamdulillah puasa kali ni ana dah berjaya Kurus Dengan Cepat dan turun 7kg. 8 bulan lepas ana bersalin dengan berat terakhir 84 kg. Naik sebanyak 13 kg dari berat semasa buka buku pink 71kg.


Dan berat ana statik pada 67 kg beberapa bulan ni. Puasa kali ni dengan pengambilan vitamin Shaklee, berat turun banyak, lebih slim dari masa bernikah dulu. Kalau nak turun berat macam ana boleh wasap ana, ana consult anda.


Beli baju raya atau pakai baju yang masih elok.


Raya tahun ini ana ada satu baju baru. Dan selebihnya pakai baju mana yang masih elok. Untuk pengetahuan anda, berat ana biasa nya memang 65 kg ++. Bila berat banyak turun ni, banyak baju yang saiz lebih kecil yang tiba-tiba je muat. Dah jimat kat situ. Alhamdulillah.


Kulit Berseri di pagi raya.


Alhamdulillah sejak amal vitamin Rahmah, kulit nampak berseri dan parut kat muka mula pudar. Anda pun boleh dapatkan vitamin Rahmah ni. RM99 je dapat setong ESP dan vitamin C.


Set Rahmah A


Set Rahmah B


Nak lagi cantik boleh tambah Youth. Raya kan sebulan. Sempat lagi nak cantikkan kulit sampai hujung Syawal nanti.

Youth


Kemas Rumah.


Nak Raya ni, rumah kenalah kemas, bersih cantik untuk tetamu datang berhari raya. Kemas Rumah jadi lebih mudah dengan Basic H Shaklee. Sekarang pun tengah promo Basic H.

Basic H


Bila rumah dah kemas, bolehlah susun susun balang biskut raya, ketupat rendang yang ada atas meja untuk tetamu.


Balik Kampung.


Raya tahun ni ana beraya di Terengganu dahulu. Inshaa Allah Raya ketiga baru gerak balik ke kampung ana di Batu Pahat, Johor. Bergilir dengan suami sebab tahun lepas dah beraya pertama di Johor. Aduhai, tak sabar nak jumpa mama ayah ana. Huhu.


Nak elak mengantuk masa drive jauh, Inshaa Allah ana akan sediakan cinch tea untuk suami. Cinch tea ni boleh segarkan mats dan hilangkan ngantuk bila drive jauh.

Testimoni Cinch Tea


Sediakan Duit Raya Kanak-kanak.


Tak lupa jugak sediakan duit raya untuk anak-anak saudara. Raya setahun sekali. Apa salah nya gembirakan hati anak-anak. Moga asbab kita gembirakan mereka, Allah beri yang lebih baik untuk kita.


Kalau anda nak guna Duit Raya Awal Dari Shaklee untuk sediakan duit raya kanak-kanak raya tahun harapan, anda boleh mula Bisnes Shaklee sekarang. Contact ana untuk Ana guide. 



SELAMAT HARI RAYA


Di kesempatan ini ana nak mohon ampun maaf atas apa apa kesilapan ana pada anda. Maafkan Ana ya.

JIka anda berminat untuk dapatkan Shaklee dan muka bisnes Shaklee, boleh hubungi ana di 0179376047.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#SetRahmahShaklee2023





Tuesday 18 April 2023

Dapat Bonus Extra Dengan Insentif Shaklee Malaysia

Assalaamualaikum semua. Terima kasih ya sebab anda semua sudi singgah blog Ana. Moga anda sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Pejam celik pejam celik dah tinggal beberapa hari dah nak raya kan. Bila Raya dah dekat maksudnya, Ramadhan pun dah nak tinggalkan kita. Sedihhhh. Ana harap harap kita semua dapat lah jumpa Ramadhan tahun depan. Aamiin.

Insentif Shaklee




Sebenarnya hari ni Ana nak share kat anda kelas yang ana join Sabtu lepas. Kelas ni dibuat upline ana, Master Norita secara online bersama BDM  Shaklee, Puan Amalia. Kelas ni berkenaan dapat bonus extra dengan Insentif shaklee Malaysia.

Kelas shaklee


CABARAN EKONOMI


Sebelum tu, seperti yang ramai sedia maklum 2023 tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Kesan daripada pandemik covid-19 yang melanda dunia 3 tahun lalu, ekonomi dunia masih tidak menentu. Di tambah pula dengan gangguan rantaian bekalan makanan dunia kesan perang Russia-Ukraine. 


Ini secara langsung, turut memberi kesan pada ekonomi negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kebaikan kos sara hidup


Ramai rakyat turut terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat. Jadi, nak tak nak kita terpaksa menambah pendapatan walaupun kita sudah ada kerja hakiki. Kita boleh kerja part time, berbisnes atau buat Bisnes Online jika kita sudah bekerja.


INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA


Jadi apabila Shaklee Malaysia mengumumkan program Insentif dengan bonus sebanyak RM 600 kepada yang layak, kita boleh jadikan ini sebagai peluang untuk kita tambah pendapatan kita. 


Kita boleh mulakan bisnes Shaklee dan jadikan Insentif Shaklee sebagai motivasi untuk kita berbisnes. Jom Ana terangkan lebih lanjut tentang Insentif Shaklee ini.


Tujuan Insentif Shaklee


Tujuan Insentif Shaklee yang berfokus pada  rank Supervisor dan Senior Supervisor ini adalah untuk memastikan pengedar Shaklee dapat bina bisnes dan bertahan lama dengan bisnes Shaklee. Selain menggalakkan lebih ramai dapat bonus extra dengan Shaklee. 


Untuk pengetahuan anda, supervisor adalah rank pertama selepas seorang pengedar Shaklee berjaya membuat Jualan 3000 uv bersamaan RM 10 200. Senior Supervisor pula adalah rank kedua selepas supervisor.

Rank dalam Shaklee


BONUS EXTRA DENGAN INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA


Mesti anda dah tak sabarrr nak dengar pasal Insentif Shaklee kan? Ajommm sekarang ana cerita teruslah ya. Insentif ni terbahagi kepada 3 kategori :


1) Untuk yang belum pernah rank up Supervisor. 

  • Perlu rank up Supervisor dalam bulan April, May atau Jun 2023, dan KEKAL EFFECTIVE 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


2) Bagi yang dah pernah rank up Supervisor/Senior Supervisor. Tapi tak effective pada Januari-Mac 2023.

  • Effektif sebagai Supervisor/Senior Supervisor dalam bulan April dan KEKAL EFFECTIVE sebagai Supervisor/Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


3) Bagi yang dah pernah rank up Supervisor/Senior Supervisor. Dan effective supervisor/Senior Supervisor pada Januari -Mac 2023.

  • Supervisor rank up ke Senior Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600. 

  • Senior supervisor rank up ke Coordinator dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


Anda jugak berpeluang untuk dapatkan bonus RM 600 ini tau. Nak tahu macam mana? Meh dekat sikit ana nak bisik. 🤭



MACAM MANA NAK DAPATKAN INSENTIF SHAKLEE


Untuk berpeluang dapat Insentif bonus RM 600 ni, anda semestinya wajib menjadi ahli shaklee yang sah.


Cara Jadi Ahli shaklee


Ada 3 pilihan untuk menjadi ahli Shaklee:-


✅ PILIHAN 1

Yuran Pendaftaran hanya RM35. Anda terus layak mendapat semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee, antaranya belian dengan HARGA AHLI (DISKAUN 20%).

Jadi ahli shaklee dengan RM 35


ATAU


✅ PILIHAN 2

Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 100 UV (lebih kurang RM350 Harga Ahli), anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


ATAU


✅ PILIHAN 3

Buat pembelian Set Promo April Vitamin Rahmah (setong ESp dan Vitamin C Sustained Release) pada harga RM99 dan anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


set Rahmah Shaklee hanya 99 henggit 






Kelebihan ahli shaklee


Bila anda menjadi ahli shaklee, anda juga berpeluang menerima manfaat keahlian shaklee. Ini antara kelebihan anda join Shaklee di bawah team ana. Inshaa Allah Ana guide korang. Meh lah join team ana. 


Kelebihan jadi ahli shaklee dengan team Ana.


Peluang 3C


Antara INSENTIF SHAKLEE yang sangat best yang Shaklee tawarkan adalah 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Anda jugak berpeluang untuk dapatkan Insentif Shaklee ini. Best kan?


Peluang 3C yang Shaklee tawarkan


1) Cash Bonus

Cash bonus yang boleh anda target sebelum bergelar supervisor.


Tangga bonus daripada rank Supervisor sehingga Master Coordinator.



2) Car Bonus

Kereta upline Ana yang menggunakan bonus Shaklee sepenuhnya.


3) Convention Trip ( Regional & International)

Trip Shaklee untuk cycle 2024. Letak kat goal dan jom kita kejar. Kejar point dan boleh honeymoon dengan pasangan.




JOM MULA BISNES SHAKLEE DAN GRAB EXTRA BONUS INSENTIF SHAKLEE


Jom kita mula Bisnes Shaklee. Lagi cepat lagi bagus. Lagi cepat anda bermula, lagi tinggi peluang anda dapat Extra bonus RM 600 ni. 


Apa yang perlu anda buat adalah:

1) jadi ahli shaklee.

2) Dapatkan kelebihan dan manfaat sebagai ahli shaklee.

3) Jadi Supervisor Shaklee.

4) Kekal effektif selama 2 bulan berturut- turut.

5) Terima bonus extra RM 600.



JIka anda berminat untuk dapat bonus extra, boleh hubungi ana di 0179376047.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Thursday 13 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat Sebelum Raya

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamu'alaikum wbt. 


Hai. Terima kasih kerana membaca blog Ana ini. Sihat ke semua? Hari ni dah masuk 22 Ramadhan. Maksudnya lagi seminggu kita nak menyambut hari raya. 


Mesti ramai yang nak tampil lebih konfiden bila lebih kurus slim ramping bak kerengga kan. Ada seminggu lagi nak Raya, memang sempat sangat nak kurus pun. Jadi, hari ni Ana nak kongsi tentang tips Kurus Dengan Cepat sebelum raya.




PENGALAMAN KURUSKAN BADAN


Ana pernah beberapa kali berdepan siri usaha  menguruskan badan. Bila buat Bisnes Online ni, kuranglah bersenam, tiba-tiba berat pun naik lagi lagi masa mengandung. Antara pengalaman kurus ana:


  • Sebelum kahwin

Masa ni berat Ana paling berat tu dalam 80 lebih rasanya. Lepas diet macam-macam contohnya diet sayur rebus, bubur oat, dan bersenam, akhirnya berat stuck berbulan-bulan dekat 69 kg. Lepas ambil Set Kurus, berat turun 7kg dalam 2 bulan. Alhamdulillah kurus lah sikit masa nak kahwin. 😁




  • Selepas bersalin anak pertama
Waktu mengandung anak kedua berat 77kg sebelum bersalin. Sambil makan set menyusu, berat turun 22kg dalam masa 6 bulan lepas bersalin. Lebih kurus dari sebelum kahwin dan bukak buku pink.😊


  • Selepas bersalin anak ketiga

Anak ketiga ni paling dahsyat. Berat sebelum bersalin 84 kg. Berat sekarang 62kg. Dah turun 22kg jugak. Sekarang konsisten ambil Shaklee jugak.


Ini antara tips yang ana amalkan. Ana harap anda boleh amalkan jugak agar anda pun bolehlah kurus cepat sebelum raya ni. Dan boleh jugak amalkan selepas raya nanti.



TIPS KURUS DENGAN CEPAT



1) MINUM BANYAK AIR MASAK KOSONG


Kalau anda nak kurus dengan cepat. Minumlah air dengan cukup. Ramai orang tak kurus walau dah diet bagai sebab tak jaga air yang diminum.





Air sangat penting ye untuk tubuh. Lebih-lebih lagi semasa berdiet atau usaha nak kurus. Air berfungsi untuk membuang toksin dalam tubuh.



Ana sertakan gambar berapa liter air anda perlu minum untuk turunkan berat dengan cepat.



2) KURANGKAN GARAM DAN GULA



Diet tinggi gula boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Diet tinggi garam pula boleh menyebabkan darah tinggi. Tapi, kenapa bila nak kurus selalu kita diingatkan untuk elak garam dan gula? 



Ana terangkan gula dulu ya. Kalau anda nak tahu, makanan bergula ni akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Bila terlalu banyak gula dalam darah, sel-sel akan menyimpan gula tersebut sebagai lemak. Kesannya, berat badan kita pun meningkat.


Makanan bergula juga  berkalori tinggi tetapi tidak mempunyai apa-apa nutrisi kepada kita. Kiranya lebih kepada pembaziran jika kita ambil secara berlebihan.


Pengambilan garam boleh mengekalkan air dalam tubuh. Bila garam diambil secara berlebihan pula menyebabkan air tambahan yang disimpan meningkatkan tekankan darah. Air tambahan itu juga lah yang menyebabkan berat badan berlebihan.



3) KURANGKAN KALORI HARIAN



Antara salah satu cara untuk cepat kurus adalah mengambil kira pengambilan kalori harian. Untuk kurus kita perlu mengambil kalori kurang dari yang badan kita perlukan. Cara Kira kalori.

Sumber : harianpost.my



4) KURANGKAN KARBOHIDRAT DAN AMBIL PROTEIN


Ada kajian membuktikan yang diet kurang karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang. Diet ini juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. 


Tapi pengambilan protein sebagai pengganti karbohidrat dapat mengurangakan lapar dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama. Contohnya dalam Shaklee kita ada ESP dan cinch Shake yang berfungsi sebagai protein yang boleh menjadi pengganti Menu Sahur.



5) MINUM TEH HIJAU


Teh hijau mengandungi flavonoids yang membantu tingkatkan kadar metabolism. Teh hijau juga dapat membakar lemak.





6) BERSENAM


Untuk kurus lebih cepat, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau kita tersangat kurang rajin bersenam, kita boleh amalkan aktiviti dengan intensiti tinggi seperti tabata yang dapat membakar kalori cepat.




7) AMBIL KAFEIN SEPERTI KOPI SEBELUM BERSENAM


Kafien ini berfungsi untuk mengaktifkan sel sel yang terdapat dalam tubuh badan kita. 



Bila kita ambil kafien sebelum bersenam, ia akan mempercepatkan pergerakan sel sel dalam badan. Maka, tubuh badan kita akan jadi lebih aktif dan kesannya, kita akan berpeluh dengan lebih banyak.


Tahukah anda, kafien dapat membantu untuk meningkatkan kadar metabolism badan. Apabila kadar metabolism badan meningkat, akan lebih banyak lemak yang terbakar secara automatik. Jadi, badan kita akan turun berat dengan lebih mudah.



8) BERPUASA


Berpuasa secara intermittent fasting jugak adalah salah satu cara turunkan berat badan atau kurus dengan cepat. Anda boleh amalkan Intermittent fasting nanti selepas raya nanti ya. Anda juga boleh baca penerangan ana yang lebih detail di Intermittent Fasting dan Keburukan Intermittent Fasting.




9) AMBIL SET KURUS SHAKLEE


Cara paling cepat turunkan berat badan bagi ana adalah dengan menambah suplemen di dalam diet. Kenapa?


Dengan pengambilan supleman kita seolah olah praktikal  semua tips di atas all in one. Contohnya dengan mengambil set kurus shaklee Premium Kita ada:



Cinch dan ESP: protein, meal replacement yang dapat kurangkan karbohidrat

Omega dan lecithin: Bantu bakar lemak dalam badan

Alfalfa dan Herb-lex: Bantu singkirkan lemak dari badan.

Vivix:  memusnahkan sel-sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi untuk ditukarkan kepada tenaga.




TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE











Nak kurus cepat, Jom cuba set kurus Shaklee. Nak tanya detail, meh risik dekat ana ya.😊


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#ShakleePasirPanjang


Sunday 9 April 2023

7 Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee

Assalamualaikum. Hai korang. Hari ni ana nak sembang sembang pasal Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia.



Sebelum tu nak cakap sekejap je dah bulan April. Rasanya macam baru hari tu kita masuk tahun 2023 kan. Sepanjang 2023 ni apa pendapat korang?


Walaupun kita baru masuk suku kedua 2023, dah terasa dah peritnya. Bagi ana tahun 2023 ni tahun getir bagi rakyat Malaysia. Harga barang dan kos sara hidup makin meningkat tak kira sama ada di bandar dan di luar bandar. Semua barang mahal dan naik harga.



Kebetulan pulak tahun ini bulan sekolah dibuka tahun ini, berdekatan dengan bulan puasa dan Hari raya. Jadi ramai ibu bapa perlu membelanjakan keperluan sekolah, serentak dengan keperluan Ramadan dan sambutan Hari Raya. 


Alhamdulillah Ana banyak membeli barang-barang keperluan sikit-sikit. Jadi kita tak perlu tanggung perbelanjaan yang besar sekaligus dan tak terasa besar nya duit yang dikeluarkan. Huhu. 


Untuk Ramadhan dan Syawal kali ni pun ana sekeluarga memilih bersederhana dan banyak amalkan jimat jermat. Beli mengikut keperluan. Inshaa Allah.


KENAPA BISNES?


Ok pasal tahun 2023 ni dikirakan tahun getir hampir semua rakyat Malaysia, bagi ana kita semua ada keperluan untuk lebih berjimat cermat dan mula tambah pendapatan. Kalau berjimat sahaja tidak cukup, apa kata kita tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki kita contoh nya dengan mula kerja part time, berbisnes atau melakukan bisnes online.


BISNES ONLINE


Zaman sekarang, bisnes online atau perniagaan dalam talian menjadi semakin popular dalam kalangan rakyat untuk tambah pendapatan. Bisnes Online menjadi pilihan kerana fleksible dari segi masa dan tempat.

Bisnes online boleh dilakukan di mana-mana selagi ada capaian internet


Nak mulakan bisnes online cukup mudah, hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Namun, bukan semua jenis bisnes sesuai untuk semua, lagi-lagi newbie.

Mula Bisnes dengan smartphone, internet dan extra laptop.


IDEA BISNES ONLINE


Sebenarnya terdapat banyak jenis bisnes online yang boleh kita jalankan, antaranya ialah:


1) E-dagang: 

Memasarkan dan menjual barangan fizikal secara online melalui platform seperti Shopee, Lazada, Instagram, facebook dan tiktok. Banyak barang yang boleh kita jual seperti baju, tudung, makanan, suplemen dan sebagainya.


2) Blogging:

Blogging ni nampak macam idea lama sebab ramai dah beralih ke media sosial seperti til tok, instagram, facebook. Sebenarnya blog lebih evergreen. Walau Entri blog ditulis bertahun lamanya, masih boleh dicari di google.

Blog boleh dimulakan secara berbayar dan percuma. Blog ana ni Ana buat free menggunakan blogspot. Anda boleh jugak mulakan dengan blogspot, wordpress, wix.

Jana duit di blog dengan menjua produk di blog, review, iklan dan collaboration dengan pihak tertentu.



3) Menjadi agen Affiliate: 

Anda sebagai affiliate, mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain. Apabila ada orang membuat pembelian dari link anda, anda akan menerima komisyen.

Boleh  mencari peluang affiliate di marketplaces onpay.


4) Dropship:

Menjual produk tanpa perlu memegang stok atau menguruskan penghantaran. Hanya perlu melakukan kerja kerja marketing.


5) Penulisan Konten: 

Menawarkan perkhidmatan menulis artikel atau kandungan blog, website, artikel untuk pelanggan. Ada juga yang perlu menulis untuk konten sosial media pelanggan.

Sekarang semuanya perlukan content.


6) Jual produk digital seperti kursus secara online dan ebook:

Menawarkan kursus dalam talian tentang topik tertentu yang anda minat atau mahir seperti kelas memasak, kelas memasang paip, kelas teknik didik anak dan sebagainya. Semua ni anda boleh pakejkan dalam satu bentuk panduan atau course online. Kalau mahir menulis anda boleh jual dalam bentuk ebook. 

Kursus online boleh dimulakan dengan video simple menggunakan smart phone.


7) Jual makanan secara online:

Anda boleh mempromosikan Makanan yang anda jual secara online contohnya di facebook, instagram.

Banyak kan jenis bisnes online yang boleh kita pilih. Sekarang an nak cerita bisnes online yang pernah ana buat.



PENGALAMAN BUAT BISNES ONLINE


Ana mula berbisnes ketika sedang melanjutkan pengajian di universiti dulu. Saje nak ambil pengalaman sambil tambah pendapatan. Banyak bisnes online yang pernah ana lakukan dulu antaranya:

  • Biskut raya coklat chip dan popiah nestum
  • Coklat homemade
Ana pernah jual coklat homemade dulu.

  • Panduan FB Ads
  • Kelas FB ads
  • Buku Bisnes facebook dan copywriting
  • Affiliate
Antara affiliate yang pernah ana join dulu

Dan sekarang ana melakukan bisnes online Shaklee dari rumah beserta beberapa affiliate. Dah bertahun ana dengan Shaklee tau.



BAGAIMANA MEMILIH BISNES ONLINE TERBAIK


Tadi kan ana cerita pasal bisnes online kan. Ni ana nak share pulak kat anda cara pilih bisnes online yang terbaik untuk anda. Semuanya bergantung pada minat dan kebolehan anda. 


Banyak faktor jugak perlu dipertimbangkan seperti kos, masa dan usaha yang diperlukan untuk mekakukan bisnes online itu.



BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA: BISNES SHAKLEE


Sepanjang ana buat pelbagai bisnes, bagi ana, Shaklee adalah bisnes online terbaik di Malaysia. Jom Ana share kenapa.


1) Modal yang rendah

  • Dengan bayaran serendah rm35 atau percuma (jika membeli produk bernilai lebih 100uv), anda berpeluang menjalankan perniagaan Shaklee. Anda jugak boleh memulakan bisnes tanpa simpan stok yang banyak.

Modal yang rendah


2) Sistem Sokongan Syarikat

  • Pihak Shaklee ada menyediakan sistem sokongan dari segi latihan atau kelas yang berterusan kepada pengedarnya. Samada berkenaan produk, bisnes seperti kelas Health & Wellness Talk dan lain-lain secara online dan juga offline.

Antara kelas yang Shaklee sediakan


3) Shaklee adalah syarikat MLM yang kukuh dan bereputasi.

  • Shaklee adalah sebuah syarikat yang bereputasi dan sah. Telah ditubuhkan pada tahun 1956. Walaupun bisnes Shaklee ini dikategorikan sebagai bisnes Multilevel Marketing (MLM), tetapi di Shaklee mengamalkan Marketing Plan yang adil.


4) Shaklee menawarkan peluang 3 C 

  • Shaklee menawarkan cash bonus, car bonus dan convention trip kepada pengedar yang layak.

3 C yang Shaklee tawarkan


5) Shaklee Adalah Patuh Syariah.

  • Sistem Shaklee sangat adil. Tiada penindasan untuk downline. Kita buat, kita dapat. Downline yang berusaha buat sales pun boleh mengatasi upline.

Income Shaklee


6) Bisnes Shaklee Bertahan Lama dan Boleh Diwarisi

  • Semakin lama kita dirikan bisnes Shaklee kita, semakin ramai ahli team kita. Bisnes Shaklee bukanlah seperti bisnes viral yang cepat meletup dan cepat jugak habis viralnya. 

  • Bisnes Shaklee juga boleh diwarisi kepada keturunan kita. Bermakna selepas kita meninggal dunia, anak-anak Kita boleh meneruskan bisnes Shaklee kita.


7) Shaklee beri kesihatan yang baik

  • Bila buat bisnes Shaklee, Kita diajar untuk menjadi pengguna produk dahulu. Shaklee kan terjebak dengan Suplemen Terbaik, mestilah kita kena cuba dulu kan. Huhu. Setelah dapat effect barulah boleh berkongsi dengan orang lain. Macam ana dulu bermula dengan set kurus shaklee.



Kesan Shaklee ana selepas ambil set kurus Shaklee pada 2015. Berjaya turun 7 kg masa tu.

  • Dan kebanyakan pengedar Shaklee telah mendapat kesan positif setelah mengambil suplemen sehingga jatuh cinta dengan Shaklee. Macam ana sekarang fall in love dengan Vitamin Kulit cantik. Jadi bila buat bisnes shaklee memang auto dapat sihat sekali.

HARAPAN ANA


Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda yang masih mencari-cari bisnes online untuk menambah pendapatan anda. Moga anda jumpa bisnes online terbaik untuk anda dan dapat Jana pendapatan tambahan darinya.


Anda berminat join bisnes Online Shaklee bersama ana, boleh Wasap Ana.


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023



Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047