Saturday 5 November 2016

Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

 Teks: Nurfarhana Arsad



Assalamualaikum. Ana doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Hari ini ana nak berkongsi tentang Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.

Sebagai seorang ibu hamil. Menjadi kerisauan bagi Ana sekiranya bacaan tekanan darah naik ketika checkup di  klinik kesihatan. Semasa awal-awal hamil, bacaan tekanan darah Ana selalu tinggi. Biasa sangat 140/80 mmHg atau 130/80 mmHg.

Punca bacaan tekanan darah Ana tinggi bukanlah disebabkan penyakit darah tinggi, tetapi disebabakan darah gemuruh. Apabila nama Ana dipanggil jururawat untuk pemeriksaan tekanan darah, automatik jantung Ana berdegup kencang. Selepas itu, bacaan tekanan darah pun tinggilah. Tapi tu masa awal-awal kehamilan. Selepas itu, ok sahaja. Alhamdulillah biasanya 120/70 mmHg, 110/80mmHg.

Berbalik kepada tekanan darah tinggi semasa hamil, ia dikenali sebagai hipertensi gestasi atau pregnancy-induced hypertension (PIH). Tekanan darah tinggi semasa hamil ini dialami kira-kira 6 hingga 8 peratus wanita hamil.


Jenis-jenis Hipertensi
  • Hipertensi Kronik-Tekanan darah melebihi140/90 mmHg sebelum mengandung, pada peringkat awal kelahiran iaitu sebelum 20 minggu kehamilan dan selepas bersalin.
  • Hipertensi Gestasi-Tekanan darah tinggi yang bermula pada minggu ke 20 kehamilan dan hilang selepas bersalin.
  • Praeklampsia-Kedua-dua  tekanan darah tinggi berpotensi berubah menjadi praeklamsia, dan menjadi teruk selepas minggu ke-20 kehamilan. Gejalanya termasuklah tekanan darah tinggi dan  protein dalam urin.



Siapa Yang Berisiko Mendapat Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil?
  • Wanita yang pertama kali hamil.
  • Wanita yang berumur kurang dari 20 tahun atau lebih dari 35 tahun.
  • Wanita yang mempunyai sejarah hipertensi semasa kehamilan lalu.
  • Wanita yang ibu dan saudara-saudaranya mempunyai sejarah hipertensi gestasi.
  • Wanita yang mengandungkan bayi kembar.
  • Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesity sebelum hamil
  • Wanita yang menghidapai hipertensi atau diabetis


Tanda-Tanda Awal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur
  • Rasa tidak sihat
  • Sakit ulu hati
  • Loya dan muntah
  • Bengkak seluruh badan
  • Sesak nafas.


Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Kandungan
  • Bayi yang dilahirkan kurang berat kerana tidak mendapat oksigen dan makanan mencukupi di dalam kandungan.
  • Bayi juga tidak sihat sekiranya tekanan darah tinggi si ibu gagal dikesan awal.


Mencegah lebih baik dari mengubati. Usaha mencegah tekanan darah tinggi boleh dibaca di entri seterusnya. Semoga perkongsian Ana ini dapat memberi informasi kepada ibu-ibu hamil berkenaan tekanan darah tinggi.



 Terima kasih kerana membaca Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil.


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047