Thursday 27 October 2016

7 CABARAN IBU HAMIL SEMASA MENGANDUNG


Teks: Farhana Arsad


Assalamualaikum

Apa khabar anda di sana?

Ana doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Terlebih dahulu tahniah ya atas kandungan anda. Kehamilan merupakan detik yang indah bagi seorang ibu.

Alhamdulillah jika kita dikurniakan rezeki mengandung. Bukan semua wanita dapat merasai pengalaman mengandung. Jadi, jaga kendungan anda baik-baik ya.

Jemput baca entri berkaitan Kehamilan, Pemakanan Seimbang Semasa Hamil, dan Makanan Perlu Elak Semasa Hamil. Semoga perkongsian itu, sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana berkenaan kehamilan.

Kali ni Ana nak berkogsi tentang 7 Cabaran Ibu Hamil Semasa Mengandung. Semoga dapat membantu anda.

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar. Terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung. Ana pun pertama kali mengandung juga.

Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin
dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

Apakah cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil?

·         Alahan teruk
Ada ibu hamil yang mengalami alahan pada nasi, makanan, bau, masakan, alahan sakit kepala. Ada yang lebih teruk lagi, alahan pada suami. Semasa awal kehamilan Ana alami alahan pada bau masakan. Kalau bau goreng-goreng atau tumisan, memang keluar isi perut.

·         Morning sickness
Perkara pertama yang majoriti ibu hamil akan lalui adalah morning sickness iaitu rasa pening, loya dan muntah-muntah sepanjang hari. Ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan ada yang biasa-biasa sahaja.

·         Muntah dan loya
Muntah dan Loya
Muntah Dan Loya Ketika Hamil
Ini memang biasa lebih-lebih lagi di awal kehamilan. Tetapi, ada juga ibu hamil yang masih muntah dan loya sehingga bersalin. Muntah dan loya juga menjadi penyebab kurang selera makan sehingga ibu hamil kurang makan dan minum. Lalu, keletihan sepanjang hari.


·         Kurang selera makan
Biasanya ketika awal kehamilan, ibu hamil sering kurang selera makan. Semuanya makanan rasa tak sedap, sampai tak tau nak makan apa. Kadang-kadang makanan yang tak berbau pun, boleh jadi berbau bagi wanita hamil. Itu yang menyebabkan selera makan pun menurun.

·         Anemia
Anemia adalah disebabkan paras haemoglobin dalam darah yang rendah. Punca nya adalah kurang zat besi untuk penghasilan darah yang berkualiti. Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin. Sebab tulah ibu hamil dibekalkan pihak klinik dengan pil zat besi dan digalakkan makan makanan tinggi zat besi seperti bayam, ikan bilis, kerang dan sebagainya.

·         Keletihan dan rasa malas
Yang ni memang macam Ana rasa masa di awal kehamilan. Faktor kehamilan menyebabkan rasa letih. Semasa di akhir kehamilan, rasa keletihan tu lagi banyak berbanding awal kehamilan. Tapi ibu hamil kena lawan ya rasa malas tu.

·         Sensitif dan mood tidak stabil (mood swing)
Ada orang kata sebab pembawaan budak. Sebanarnya faktor hormon tidak stabil semasa mengandung menyebabkan mood ibu hamil selalu berubah-ubah. Sekejap gembira sekejap sedih. Kadang-kadang sebab bentuk badan yang membesar semasa hamil pun, boleh membuatkan ibu hamil sensitif. Sebab tulah, ibu hamil perlukan B complex untuk mengawal mood dan stress ibu hamil.

Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun, jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja ya.

Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan suplemen tambahan bagi menambah tenaga dan membantu mengurangkan masalah-masalah ketika hamil.

Macam ana sendiri, di awal kehamilan ana mengalami loya dan muntah-muntah yang teruk sehinggakan turun 4kg semasa di awal kehamilan. Untuk mengurangkan masalah-masalah kehamilan ana mengambil Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.


Untuk info lanjut, jemput baca Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee dan Bagaimana Set Kehamilan Shaklee Membantu Ibu Hamil Sihat Cergas?

Terima kasih kerana membaca 7 Cabaran Ibu Hamil Semasa Mengandung.


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047