Teks:
Nurfarhana Arsad
Assalamualaikum.
Apa khabar anda semua? Hari ini Ana nak berkongsi tentang kelas antenatal.
Ana pergi kelas
antenatal pada khamis lepas di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Hiliran, Kuala
Terengganu. Agak lewat sebenarnya Ana pergi sebab kandungan dah 38 minggu.
Lebih baik lewat daripada Ana tak pergi langsung. Ana juga yang rugi. Huhu.
![]() |
Kelas antenatal di Klinik Kesihatan Hiliran |
Sebenarnya kelas tu
ambil masa 2 jam sahaja dari pkul 9:00 ke 11:00 pagi. Kelas antenatal ni
percuma pulak tu. Jadi memang la Ana tak sabar-sabar nak pergi dan menuntut
ilmu.
Kelas antenatal ni
sangat penting. Kelas antenatal mengajar ibu hamil mencegah kesakitan semasa
bersalin dan juga senaman sepanjang kehamilan. Kelas antenatal juga memberi
keyakinan kepada ibu hamil untuk menghadapi sakit bersalin yang bakal tiba.
Jadi, bakal ibu
yang baru pertama kali hendak menerima cahayamata sangatlah digalakkan untuk
menghadiri kelas antenatal ini. Kelas ini akan dikendalikan oleh pakar yang
mampu memberikan informasi dan pengetahuan yang lengkap kepada kita.
APAKAH
YANG AKAN DIPELAJARI DI KELAS ANTENATAL?
- Perubahan sepanjang kehamilan
-Perubahan sepanjang kehamilan daripada bermula kehamilan hingga beberapa minggu akhir kehamilan dijelaskan di dalam kelas.
- Senaman yang sesuai dilakukan semasa kehamilan
-Tidak semua senaman boleh dilakukan ibu hamil
terutamanya senaman berisiko seperti menunggang kuda, melompat dan sebagainya.
-Senaman yang sesuai sepanjang kehamilan perlu
dilakukan untuk menguatkan otot,kekuatan dan ketahanan ibu hamil.
- Senaman untuk mengelakkan sakit bahagian belakang
-Sakit bahagian belakang adalah biasa bagi ibu hamil
kerana tulang belakang yang bengkok semasa hamil.
-Senaman tertentu yang dapat menghilangkan sakit
belakang turut diajar.
- Nasihat pemakanan seimbang
-Nasihat pemakanan seimbang turut diberikan kepada ibu
hamil.
-Pengambilan suplemen turut digalakkan bagi
menampung kekurangan nutrien
bagi ibu hamil kerana nutrien banyak diambil oleh bayi dalam kandungan.
bagi ibu hamil kerana nutrien banyak diambil oleh bayi dalam kandungan.
- Informasi mengenai sakit bersalin dan proses kelahiran
-Ibu didedahkan tentang sakit bersalin dan perbezaan
antara sakit bersalin
sebenar dengan yang palsu iaitu Braxton Hicks.
sebenar dengan yang palsu iaitu Braxton Hicks.
- Cara pernafasan semasa bersalin
-Ibu didedahkan tentang cara pernafasan semasa
proses bersalin.
-Cara pernafasan adalah berbeza bagi setiap tahap
kesakitan iaitu ketika contraction biasa hinggalah contraction semakin kuat.
-Cara pernafasan yang betul, memudahkan proses bersalin
dan kelahiran bayi serta menjimatkan tenaga ibu ketika meneran.
- Senaman lantai pelvis
-Senaman lantai pelvis ini adalah untuk menguatkan
rahim.
-Selepas kelahiran, senaman lantai pelvis akan membantu
memulihkan luka di dalam rahim dan menaikkan peranakan.
- Pengurusan kesakitan bersalin
-Teknik urutan untuk menghilangkan lenguh, sakit
sepanjang kehamilan turut
diajar dalam kelas antenatal.
diajar dalam kelas antenatal.
-Urutan seperti gosokan tertentu boleh membuatkan ibu
hamil rasa lebih tenang dan selesa.
- Hilang berat badan selepas bersalin
-Pemakanan sihat dan senaman ringan secara sederhana
untuk menurunkan
berat badan turut diajar.
berat badan turut diajar.
Bagi Ana, kelas
antenatal adalah sangat penting dihadiri oleh ibu hamil. Lebih-lebih lagi ibu
yang hamil anak pertama. Info berguna dapat digunakan sepanjang kehamilan
dan semasa serta selepas bersalin. Kalau anda ada peluang untuk pergi,
pergilah. Tidak rugi.
Untuk menjalani
kehamilan dan berpantang dengan selesa, Ana cadangkan ambillah Set
Kehamilan Shaklee dan Set Berpantang Shaklee. Inshaa Allah, masalah-masalah
kehamilan dapat dikawal, luka bersalin juga cepat sembuh, proses berpantang
juga lebih menyeronokkan. Boleh hubungi Ana untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment