Friday 30 June 2023

Bagaimana ResV Vivix Bantu Dapatkan Sel Yang Sihat


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Semalam ana dah share dengan anda tentang Vivix dan ResV yang merupakan vitamin nombor 1 shaklee.




Kalau anda nak tahu, Vivix ResV merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. #ResVShaklee #VivixShaklee juga adalah supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. 

Hari ni pulak ana nak share dengan anda tentang Bagaimana ResV Vivix dalam membantu sel yang sihat.



Kalau anda nak tahu, bila sel kita sihat, ia akan membantu hasilkan sel sel sihat yang lain dan dapat berfungsi dengan lebih baik.


Namun, ramai dari kita terdedah dengan penuaan, gaya hidup tidak sihat seperti stress, pemakanan tak seimbang, toksin, radikal bebas yang menyebabkan sel kita tidak sihat.



Ini antara kesan radikal bebas:



Tapiiii, Kita boleh dapatkan sel yang sihat melalui pengambilan polifenol.




Bagaimana ResV Vivix membantu Kita dapatkan sel yang sihat


Jom ana terangkan bagaimana polifenol dalam ResV Vivix membantu Kita dapatkan sel yang sihat.





1. Melindungi dan memperbaiki DNA





Polifenol melindungi DNA daripada tekanan oksidatif dan juga membaikinya. Sel-sel kita terdedah kepada pelbagai serangan radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA  setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel. Polifenol boleh membantu:

  • Melindungi kerosakan DNA.
  • Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.




2. Memberikan tenaga kepada sel



Sel-sel kita mengandungi “loji kuasa” tenaga dipanggil mitokondria yang menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Namun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat. Polifenol dapat:

  • Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.
  • Membantu meningkatkan pengeluaran mitokondria jadi badan mempunyai lebih banyak “loji kuasa” untuk menghasilkan tenaga.




3. Membantu mempertahankan sel

Badan mempunyai “suis induk” yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel. Gabungan polifenol dapat mengaktifkan “suis induk” supaya dapat:

  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.




4. Membantu meningkatkan fungsi sel

Polifenol memperlahankan pembentukan protein AGE atau merupakan produk akhir glikasi lanjutan  yang boleh menyebabkan kerosakan sel. AGE merupakan bahan buangan sel dan ia berkumpul seiring dengan peningkatan usia. AGE boleh terbentuk dalam makanan yang terdedah kepada suhu tinggi, seperti makanan bergoreng dan dibakar. AGE akan menyebabkan:

  • kerosakan sel
  • badan berisiko menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan lain-lain
  • pemendekan usia sel.



Polifenol
 dapat membantu sel:

  • Menghalang pembentukan sel: Quercetin merupakan sejenis polifenol yang terdapat dalam buah beri, terbukti berkesan dalam menghalang pembentukan A.G.E. sehingga 60%!
  • Melambatkan pembentukan AGE: Ujian makmal juga menunjukkan bahawa campuran unik polifenol dapat membantu melambatkan pembentukan A.G.E. setinggi 90% dibanding dengan hanya menggunakan resveratrol sahaja, yang cuma dapat melambatkan 30%. Sel-sel yang mengandungi protein A.G.E dapat menggalakkan kesihatan jantung dan mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat.



Penutup

Itu antara perkongsian ana tentang bagaimana ResV Vivix dalam membantu sel yang sihat. Kalau anda nak dapatkan ResV Vivix boleh contact ana. Ada promo tauuuu.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ResVShaklee 

#VivixShaklee

Vivix ResV Vitamin Nombor 1 Shaklee


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Salam Aidiladha untuk anda semua. Tahun ni Inshaa Allah ana beraya di kampung ana di Batu Pahat, Johor. 

Hari ni ana nak share dengan anda tentang Vivix dan ResV. Kalau anda nak tahu Vivix ResV vitamin nombor 1 shaklee.



Vivix ResV merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. #ResVShaklee #VivixShaklee juga adalah supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. 


Salah satu kandungan utama dalam Vivix dan ResV yang memberikan khasiat paling tinggi dari berbagai jenis polifenol ialah Anggur Muscadine. Jom ana jelaskan lagi berkenaan Anggur Muscadine yang ada di kedua-dua suplemen ini.


Anggur Muscadine


Anggur Muscadine bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa. Ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak.

Anggur Muscadine

Kelebihan kromosom dalam Anggur Muscadine


Ok itu serba sedikit tentang Anggur Muscadine. Ana terang dulu ya berkenaan kandungan Vivix dan ResV.



Kandungan Vivix Shaklee


Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee adalah:

  • Purple carrot
  • Muscadine grape
  • European Elderbery
  • Japanese Knotweed

Kandungan Vivix


Di dalam tumbuh-tumbuhan di atas terdapat campuran 16 jenis polifenol dan salah satu bahan utamanya adalah Resveratrol yang mempunyai antioxidant yang jauh lebih tinggi.


1. Anggur Muscadine 


  • Anggur Muscadine atau Muscadine grape sejenis anggur yang lain daripada anggur lain kerana mempunyai extra kromosom. Extra kromosom ini membantu menyihatkan sel-sel manusia yang rosak serta betulkan kerosakan genetik.
  • Muscadine grape ini baik untuk kesihatan jantung. Membantu salur darah sentiasa sihat & tidak tersumbat.
  • Kaya dgn antioksidan yang melawan radikal bebas.
  • Kaya dengan RESVERATROL. Resveratrol membantu melindungi badan daripada kolestrol melekat di badan.



2. Purple Carrot


  • Merupakan salah satu daripada superfood
  • Mempunyai Astaxanthin dan Anthocyanin dan kaya dgn antioksidan.
  • Warna ungu pada carrot mempunyai pytochemical yang sgt bagus utk kesihatan manusia.
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat
  • Meningkatkan keanjalan salur darah


3. Japanese Knotweed


  • Mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kesihatan perut.
  • Melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
  • Bantu merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Bantu menyihatkan sel pankreas pesakit diabetes dan bantu penghasilan insulin semulajadi.


4. European Elderberry


  • Sangat bagus utk kesihatan pernafasan
  • Meningkatkan kesihatan sistem imun badan
  • Bantu lawan selesema, demam dan serangan influenza.
  • Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak membantu melawan kanser dan jankitan virus/bakteria.


Kandungan ResV Shaklee


Ok sekarang ana ceritakan dulu berkenaan kandungan ResV. ResV Shaklee mengandungi tujuh bahan utama, iaitu:

Kandungan ResV


1. Anggur Muscadine 

Muscadine grape adalah bahan utama ResV mengandungi sifat antioksidan dan asid ellagic dan ellagitannis yang tinggi, polifenol yang terkenal.


2. Japanese Knotweed

Knotweed Jepun atau juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum merupakan bahan utama ResV. Kontweed Jepun mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, yang mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif.


3. Purple Carrot

Purple carrot atau lobak ungu adalah bahan utama ResV, mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan untuk kesihatan yang baik.


4. Chebulic  Myrobalan

Chebulic  Myrobalan yang juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda", ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallic dan asid ellagic.


5. Pomegranate 

Pomegranate atau buah delima ramuan utama ResV mengandungi dengan nutrien penting termasuk ellagitannis, asid ellagic dan flavonoid.


6. Black currant

Anggur Hitam adalah bahan utama ResV, makanan yang kaya dengan nutrien dan berkhasiat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.


7. Grape pomace and red grape

Anggur Pomace dan Anggur Merah adalah bahan utama ResV, mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proanthocyanidins yang menawarkan antioksidan.


Kelebihan Vivix dan ResV


Kalau anda anak tahu Vivix dan ResVmempunyai banyak kelebihan. Antaranya:

Kebaikan Vivix untuk kulit


Kebaikan Vivix ResV


Promo Vivix dan ResV


Bulan ni ada promo best tau iaitu:



A) 1 RESV + 1 VIVIX @ 5% OFF = RM785.70 

🎁 Free Red Gift Box

🎁 Cash Back RM36


B) 3 VIVIX @ 10% OFF = RM1,077.30

🎁 Cash Back RM82


Setiap pembelian, anda dapat:

🎁 Free Membership

🎁 Free Postage

🎁 Berpeluang dapat lucky draw


Promo bulan ini



Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ResVShaklee 

#VivixShaklee

Wednesday 21 June 2023

3 Petua Berkesan Hilangkan Jeragat


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.


Kebelakangan ini, ramai sahabat handai dan ahli keluarga berumur 30-an yang bersuara muka mereka mula ditumbuhi jeragat. Jadi hari ni ana nak berkongsi dengan anda tentang 3 Petua Hilangkan Jeragat yang berkesan.


Apa Itu Jeragat


Jeragat atau term dermatologi nya "hyperpigmentation" bermula dengan penghasilan melanin berlebihan. Bila kulit dah tak boleh meneutralkan melanin berlebihan, tompok-tompok kecil muncul di bahagian muka di dahi, pipi, hidung dan sekitar mulut. 

Jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan menyebabkan tona kulit tidak sekata. Walau bagaimanapun, jeragat ini sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. 

Untuk pengetahuan anda, jeragat ini perlu dirawat dari dalam. Penggunaan pencuci muka dan krim muka hanya mampu merawat lapisan kulit luaran sahaja tidak dapat merawat lapisan dalam kulit. Sebab itulah jeragat tidak hilang.


Jenis-jenis Jeragat


Epidermal

Jeragat bahagian atas lapisan sel kulit atau lapisan luar. Jeragat biasanya berwarna coklat cair. Jeragat epidermis ini boleh dirawat dan dicegah menggunakan produk penjagaan kulit wajah seperti krim muka dan pencuci muka.


Dermal

Jeragat ini terjadi dbawah lapisan sel kulit. Jeragat ini tidak dapat dicegah dengan mengguna krim dan pencuci muka. Tetapi berkesan dengan pemakanan sihat dan produk penjagaan wajah kursus jeragat.


Campuran

Jeragat yang terjadi ni gabungan kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.



Punca Jeragat

Antara punca jeragat ialah masalah hormon, ubat-ubatan, terkena cahaya matahari dan tersilap memilih skincare.



Petua Hilangkan Jeragat

Antara petua hilangkan jeragat ialah:


1. Gunakan perahan jus lemon 

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Jadi, ia mat berkesan untuk memudarkan jeragat. Selain memudarkan jeragat dan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.


Caranya:

Ambil 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukan ke atas kawasan berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.


2. Gunakan Baking Soda

Baking soda atau soda penaik bagus untuk pengelupasan minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit secara lembut. Sambil ia mengekalkan keseimbangan pH kulit. 


Caranya:

Buat pes tebal dengan cara campurkan satu sudu teh baking soda dengan sedikit air. Sapukan pada kawasan yang terjejas. Lepas beberapa minit, barulah cuci muka. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan yang terbaik.


3. Gunakan serbuk kunyit

Kunyit merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat secara tradisional. Kajian menunjukkan, curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.


Caranya:

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk pes yang pekat. Sapukan pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Ulang untuk kesan yang terbaik.



Vitamin Hilangkan Jeragat


Vitamin E

kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan, jeragat ataupun pigmentasi. 



Vitamin C

Vitamin C dapat melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat. 



GLA

Antara punca jeragat ialah masalah hormon yang tidak seimbang. GLA membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.



Vivix

jeragat berlaku disebabkan oleh kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas yang terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal. Apabila melanin terlalu banyak, belakunya jeragat.



Vivix tinggi antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan. Vivix juga mengandungi resveratrol yang menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku.





Skincare Hilangkan Jeragat


Jeragat juga boleh dihilangkan dengan menggunakan skincare Shaklee iaitu youth. Boleh tengok testimoni di bawah.










Kalau anda nak tahu, sekarang tengah ada promo untuk vivix. Kalau anda nak hilangkan Jeragat several, ana suggest ambillah vivix. Vivix boleh baiki jeragat hingga ke bahagian sel. Dengan menjadi ahli, anda dapat jimat banyak.




PROMO VIVIX BULAN INI



A) 1 RESV + 1 VIVIX @ 5% OFF = RM785.70 

🎁 Free Red Gift Box

🎁 Cash Back RM36


B) 3 VIVIX @ 10% OFF = RM1,077.30

🎁 Cash Back RM82


Setiap pembelian, anda dapat:

🎁 Free Membership

🎁 Free Postage

🎁 Berpeluang dapat lucky draw



Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801

Boleh tengok Testimoni Shaklee ana. Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Tuesday 20 June 2023

5 Amalan Gaya Hidup Sihat

 

Assalamualaikum semua. Didoakan anda sihat dan ceria selalu. 

Sejak suami memulakan bisnes minggu lepas ana dah mula super busy. Ana jugalah yang mula menggalas tanggungjawab mengambil akak (anak sulung) balik sekolah yang sebelum ni tugas suami. Doakan urusan ana dipermudahkan ya anda semua.




Sebenarnya hari ni ana nak share dengan anda tentang Amalan Gaya Hidup Sihat yang merupakan task projek blog ana. Anda biasa dengar? Kalau anda perasan amalan gaya hidup sihat ni selalu dah jadi tajuk penulisan karangan kita masa sekolah dulu.



Apa Itu Amalan Gaya Hidup Sihat?


Menurut kamus Dewan, gaya hidup ialah cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan. Amalan Gaya Hidup Sihat pula membawa maksud cara hidup yang sangat mengutamakan kesihatan.


 "Amalan Gaya Hidup Sihat" juga merupakan slogan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat di seluruh negara kita. 



Pentingnya Amalan Gaya Hidup Sihat


Menurut hmetro.com.my, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, serangan jantung mengejut yang berlaku ke atas golongan muda berusia lingkungan 40-an dan ke bawah kebelakangan ini adalah berkait amalan gaya hidup tidak sihat. Gaya hidup tidak sihat jugak menyebabkan ramai mengidap penyakit 3 serangkai iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.



Penyakit 3 serangkai ni memang menjadi antara pembunuh nombor satu rakyat negara ini. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut.



Jadi untuk elakkan kita dapat penyakit 3 serangkai ni, Kita kenalah mulakan amalan gaya hidup sihat. Macam mana? Ajom ana share 5 amalan gaya hidup sihat 



5 amalan gaya hidup sihat


1. Minum air secukupnya


Anda kena banyak minum air masak. Cukupkan pengambilan air bermula banging tidur hinggalah waktu sebelum tidur. Untuk 25kg berat badan, anda kena ambil 1 liter air. Jadi, kalau berat anda 75 kg, anda kena ambil 3 liter air. Kenapa kena ambil air banyak? Air ni berfungsi untuk membuang toksin dalam badan.




2. Bersenam


Untuk gaya hidup sihat, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 3 kali seminggu. Kalau kita tersangat kurang rajin bersenam, kita boleh amalkan aktiviti beriadah untuk mengeluarkan peluh seperti bermain bola dengan anak-anak.




3. Makan makanan seimbang


Berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita digalakkan untuk memakan hidangan yang tinggi kandungan karbohirat, syaur-sayuran dan buah-buahan dengan banyak. Manakala makanan protein daripada ikan, ayam, daging serta produk tenusu pula diambil kadar sederhana. Makanan yang terandung lemak, minyak, gula dan garam yang tinggi dikurangkan.



Nak paling mudah adalah dengan cara pengambilan makanan secara suku suku separuh. Senang untuk kita ukur kuantiti nasi, protein, sayur dan buah.


4. Tidur berkualiti secukupnya


Tidur ni adalah masa berehat lepas sehari kerja. Setuju? Tapi ramai yang tak ambik berat waktu tidur. Sebenarnya tidur sebelum pukul 12 lebih berkualiti tau. Sejam ibarat 2 jam waktu tidur. Tak caya? Cubalah dulu.



Ni 7 kebaikan tidur lebih awal:

  • Berat badan yang seimbang
  • Kurangkan risiko kanserK
  • Kuatkan daya ingatan
  • Jantung lebih sihat
  • Lebih produktif sepanjang hari. Badan lebih fresh dan bertenaga (kerana anggota dalaman melalui proses detox semasa tidur) 
  • Mudah bangun tahajud
  • Awet muda!


5. Bijak mengawal stress dan berfikiran positif


Gaya hidup sihat bukan sahaja pada fizikal, tetapi juga mental dan emosi. Setiap hari kita ni ada fasa yang kita akan down, putus asa, stress dengan anak-anak, stress dengan kerja, overwhelmed dan sebagainya. Ya stress perlu untuk improve kerja dan kehidupan kita. Namun stress yang keterlaluan berbahaya dan boleh memberi kesan penyakit mental.



Kalau anda nak tahu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih 450 juta individu di seluruh dunia mengalami masalah penyakit mental sepanjang kehidupan mereka. Ramai kan? Anda boleh gunakan Kata-kata Motivasi ni untuk menaikkan semangat bagi elak stress dan terus berfikiran positif.



Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda untuk amalkan gaya hidup sihat. Semoga bermanfaat.



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Monday 12 June 2023

PENGEDAR SHAKLEE PASIR PANJANG, KUALA TERENGGANU



Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda sihat? Ana doakan anda semua sihat sejahtera dismping keluarga tercinta.

Sejak dua menjak ni ana agak sibuk sebab adik semakin aktif. Dah mula melangkah selangkah dua. Dah pandai melambai-lambai(bubye). Merangkak pun semakin laju. Alhamdulillah perkembangan positif.

Tapiiii, asyik mintak didukung pun ya jugak. Asyik menangis bila tak nampak ibu depan mata semasa dijaga kakak. Jadi banyak tugasan rumah perlu dilakukan sambil mendukung adik. Adeiii. Pengorbanan seorang ibu. Doakan ana dipermudahkan ya.


Hari ni ana nak share dengan anda berkenaan ana sebagai seorang Pengedar Shaklee Pasir Panjang, Kuala Terengganu.



Pengenalan


Nama penuh ana ialah Nurfarhana Binti Arsad. Berumur 33 tahun. Ana berasal dari Batu Pahat Johor. Dulu menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dan kini menetap di Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu.



Pasir Panjang, Kuala Terengganu.


Kat Mana Pasir Panjang ni? Pasir Panjang ni terletak berdekatan Bukit Besar Kuala Terengganu. Lebih kurang 2 minit perjalanan ke kedai Eco Bukit Besar dan 5 minit ke Mydin Mall Kuala Terengganu.


Bagaimana Bermula Dengan Shaklee?


Ana tercari-cari produk yang boleh menurunkan berat badan ana sebelum kahwin. Dan Alhamdulillah ana bertemu dengan set Kurus Shaklee. Berat ana turun banyak. 


Lepas berkahwin pula ana ambil set hamil dan set menyusu. Alhamdulillah Ana dapat jadi Ibu yang aktif dan sihat. Anda boleh baca di Testimoni Shaklee yang merupakan testimoni ana sendiri ya. 


Pengedar Shaklee


Disebabkan produk shaklee memberi kesan positif pada ana, ana rasa ada baiknya ana menjadi Pengedar Shaklee berkongsi kebaikan dengan orang lain. Contoh produk shaklee yang mendapat sambutan ramai.



Produk Shaklee yang Paling Best iaitu Vivix dan Res-V.






Inshaa Allah ana akan berikan Konsultansi terbaik produk manakah yang sesuai dengan anda. Untuk yang jauh, Ana boleh pos melalui Hq.


Untuk yang berminat dengan produk shaklee biasanya kami akan cadangkan untuk anda terus jadi ahli shaklee. Banyak manfaat jika menjadi ahli shaklee.


Kelebihan Jadi Ahli Shaklee


Peluang 3C


Insentif yang sangat best yang Shaklee tawarkan adalah Peluang 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Anda jugak berpeluang untuk dapatkan Insentif Shaklee ini. Best kan?


1) Cash Bonus

2) Car Bonus

3) Convention Trip ( Regional & International)



10 Kelebihan Menjadi AHLI SHAKLEE Bersama MFMS EMPIRE!




1. Yuran Keahlian hanya RM35 atau KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk 100 UV Point (~RM350) dalam 1 Resit.

2. DISKAUN 20% Harga Ahli.

3. PROMOSI BULANAN untuk Penjimatan Hebat.

4. CASH BONUS Bulanan (Layak apabila cukup point, walaupun makan sendiri saja)

5. Jemputan ke Group Exclusive Facebook & Telegram untuk Ahli di bawah MFMS Empire.

6. Peluang JANA INCOME 2-3-4-5 Angka setiap bulan.

7. Peluang Mendapat Pelbagai REWARDS Menarik (Car Bonus, Free Trip Local & Overseas).

8. Kelas Bimbingan NUTRISI oleh PAKAR NUTRISI secara Online & Offline. 9. Kelas Bimbingan BISNES oleh SHAKLEE LEADERS secara Online & Offline.

10. Marketing Plan yang Adil dan menarik. Semestinya bukan Sistem Piramid.




Cara Jadi Ahli Shaklee


Untuk Tahun 2023 anda boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Percuma melalui pembelian produk melebihi 100uv atau melaui Daftar Ahli Shaklee RM35 sahaja. Untuk Renewal Shaklee Membership pula adalah setahun sekali Namun boleh diaktifkan dengan membeli mana-mana produk Shaklee.

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . 


Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya:

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Bagi yang berada di Pasir Panjang, Kuala Terengganu atau yang berada di sekitar dan berminat menjadi ahli Shaklee juga di alu-alukan. Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047