Wednesday 13 September 2023

Set Mengandung Shaklee Ibu Aktif

Assalamualaikum. Didoakan anda yang melawat blog ana ini sentiasa dirahmati Allah.


Kali ni Ana nak berkongsi dengan anda tentang suplemen feveret ana iaitu Set Mengandung Shaklee.



Kalau anda sedang mencari set mengandung, terlebih dahulu tahniah diucapkan.  Ana pasti ini adalah masa yang sangat membahagiakan untuk anda suami isteri. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.


Untuk pengetahuan anda, set kehamilan shaklee ni memang Ana makan tau. Alhamdulillah berkat mengamalkan set ni, kandungan Ana sihat. Ana pon cerdas sepanjang 3 kali  kehamilan ni. 


Cabaran Yang Perlu Dihadapi Ibu Hamil


Lazim bagi wanita mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti seharian si ibu.  Kehamilan sememangnya satu proses yang mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung.

Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan kekuatan fizikal.

Namun anda tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja. Ana sendiri mengalami morning sickness beberapa bulan awal semasa kehamilan.


Antara cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil ialah:

  • Alahan teruk
  • Morning sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan loya
  • Anemia
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing


Hampir semua masalah di atas dapat diatasi dengan mendapatkan nutrisi lengkap di samping rehat yang cukup. Yang penting ibu hamil tidak boleh stress semasa mengalami cabaran dan masalah ketika hamil. Sokongan suami juga amat penting ketika itu.


Pemakanan Seimbang Semasa Hamil


Ibu boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa mengandung melalui pemakanan seimbang. Berikut merupakan makanan terbaik yang dapat membantu ibu hamil mendapat nutrisi lengkap semasa Mengandung:

•        Telur 

•        Ikan Laut Dalam (Salmon, Kod, Mackerel)

•        Kekacang

•        Sayur Berdaun Hijau


Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat yang baik untuk ibu hamil.Pemakanan ibu hamil juga perlulah mengikut cadangan piramid makanan seperti di bawah :



Namun, cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan nutrisi yang terkandung dalam makanan seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh. Penyediaan makanan seperti merebus terlalu lama menyebababkan kandungan zat di dalam makanan tinggal sedikit.


Justeru untuk membantu tubuh dan kandungan mendapat keperluan nutrisi lengkap, ibu hamil memerlukan suplemen atau vitamin. Jadi, pengambilan set mengandung shaklee dapat membantu kita menikmati detik indah mengandung.



Set Mengandung Shaklee



Manfaat Setiap Vitamin Dalam Set Hamil Shaklee








Jom hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya klik link di bawah.


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Tuesday 12 September 2023

Keperluan Nutrien Wanita Mengandung Kekal Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan dengan anda, Keperluan Nutrien Wanita Mengandung Kekal Sihat.



Setiap wanita mengandung memerlukan nutrient dan vitamin yang mencukupi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan untuk kesihatan ibu sendiri.

Sekiranya tidak mendapat nutrient yang mencukupi, pelbagai masalah kehamilan mungkin timbul. Antaranya, masalah kekejangan otot dan sakit gigi ketika mengandung disebabkan kekurangan kalsium.

Sakit gigi akibat kurang kalsium

Ana ada kongsikan berkenaan masalah-masalah kehamilan yang mungkin akan timbul sekiranya kita kekurangan nutrisi yang lengkap di dalam tubuh badan.

Antara perkara yang ingin Ana kongsikan di dalam Keperluan Nutrien wanita mengandung ini ialah:

✅Nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi

✅Peranan nutrien untuk ibu mengandung

✅Masalah yang timbul sekiranya kekurangan nutrien



NUTRIEN YANG DIPERLUKAN WANITA MENGANDUNG


Antara nutrient yang penting untuk bayi dan wanita mengandung ialah protein, folik asid, kalsium, omega 3, zat besi, vitamin B dan vitamin C. Setiap nutrient mempunyai peranan tersendiri.

Pelbagai vitamin untuk Keperluan Wanita mengandung

PERANAN NUTRIEN UNTUK WANITA DAN IBU MENGANDUNG


Protein

  • Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembinaan sel dan tisu di dalam tubuh bayi.
  • Protein juga diperlukan untuk pembentukan placenta, tisu amnion dan penghasilan susu ibu.
  • Protein juga diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, tisu, hormon dan enzim tubuh ibu mengandung sendiri.

Protein membantu pembentukan sel dan tisu bayi.

Asid folik

  • Asid folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi di dalam kandungan.
  • Asid folik juga mencegah kecatatan spina bifida bayi ketika lahir.


Kalsium

  • Kalsium diperlukan untuk menjamin pembentukan otot, otak, tulang dan organ-organ tubuh bayi.
  • Kalsium membantu bayi mendapat tulang dan gigi yang kuat.
  • Kalsium juga diperlukan oleh ibu untuk mencukupkan keperluan seharian dan menghalang kekejangan otot ibu mengandung semasa mengandung.


Asid lemak Omega-3

  • Omega-3 diperlukan untuk sistem saraf dan retina bayi.
  • Omega-3 juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.

Omega 3 untuk saraf dan retina bayi

Zat besi

  • Zat besi diperlukan untuk membentuk haemoglobin dalam darah ibu dan bayi.
  • Zat besi yang mencukupi boleh mengelakkan ibu mengandung keletihan dan mendapat anaemi.


Vitamin C

  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu mengandung untuk melawan penyakit.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dalam tubuh ibu mengandung.


Vitamin B

  • Vitamin B menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin B juga membantu ibu mengandung terhindar dari stress dengan membantu kesihatan fungsi saraf ibu

Vitamin B bantu ibu bertenaga dan aktif


MASALAH YANG TIMBUL SEKIRANYA KEKURANGAN NUTRIEN


Kesan Kekurangan Nutrien mengikut jenis nutrien:


Protein

Pembentukan sel bayi tidak mencapai tahap optimum.

Folik asid

Anak berisiko mendapat kecatatan spina bifida ketika lahir.

Contoh kecatatan spina bifida akibat kekurangan asid folio
Sumber: wikipedia


Kalsium

Mudah mendapat kekejangan otot, sakit gigi semasa hamil.

Asid lemak Omega-3

Ibu mudah lupa kerana DHA diserap bayi di dalam kandungan.

Zat besi

Ibu mudah mendapat anaemia.

Vitamin C

Senang dijangkiti penyakit terutama demam, batuk dan selesema semasa hamil.

Vitamin B

Ibu mudah letih.

Ibu mudah letih bila tak cukup nutrisi


Penutup


Kita dapat lihat pentingnya nutrient untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Kekurangan nutrient boleh menyebabkan pelbagai masalah kehamilan yang boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan.

Oleh itu, ibu mengandung perlulah menambah keperluan nutrient di dalam diet seharian. Antara cara termudah adalah melalui pengambilan set mengandung Shaklee yang mengandungi nutrient-nutrien yang diperlukan ibu hamil.         

                       

Alhamdulillah, Ana merasakan kesihatan Ana meningkat apabila mengambil Set kehamilan Shaklee / set Mengandung Shaklee semasa mengandung ini. Jemput baca testimoni ana. Testimoni Shaklee Saya: Set Hamil Menyusu Bantu Jadi Ibu Sihat Dan Aktif

Kesihatan kita dan anak dalam kandungan bagi Ana sangat penting. Nikmat kesihatan adalah lebih penting berbanding wang ringgit. Kalau duit banyak tapi dihabiskan untuk membayar bil hospital, hilang lah nikmatnya. Betul, kan?


Jom hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023









Saturday 2 September 2023

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Hari ni ana nak kongsikan Doa Yang Bagus Untuk Wanita sebagai amalan dan rutin seharian.




Tahulah anda, doa adalah senjata orang mukmin. Orang mukmin boleh minta apa sahaja ketika berdoa.

Antara salah satu doa yang mustajab tidak kira lelaki ataupun perempuan adalah dalam kalangan orang yang dianayai, dizalimi, tidak diberikan nafkah dan sebagainya.

Hadis Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda, “Hendaklah seseorang muslim memanjatkan doa kepada Allah selama mana tidak ada pada doa tersebut dosa dan memutuskan silaturahim antara kerabat melainkan Allah akan memberikan kepadanya 3 perkara. Pertama, Allah segera makbulkan doanya, Allah simpan doanya untuk dimakbulkan di akhirat dan Allah gantikan pula dengan sesuatu yang lebih baik.


Antara 4 doa yang bagus diamalkan dan saya juga sering amalkan di dalam kehidupan seharian ini.


Doa Untuk Amalan Wanita Selepas Subuh


Ini adalah doa yang baik untuk dibaca. Pagi-pagi, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan segala yang baik pada hari tu. Rutinkanlah untuk kita selalu bacakan doa ini selepas solat Subuh.  Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita di sepanjang hari.





Doa Nabi Yunus dalam mulut ikan Nun


Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.

Disebabkan doa zikir Nabi Yunus ini, Allah SWT telah menyelamatkannya dan akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan nun yang menelannya itu.

Bukan hanya sebagai doa untuk memohon ampunan dan taubat, doa Nabi Yunus yang dibaca di dalam perut ikan mempunyai keutamaan sebagai doa mohon wafat dalam keadaan syahid, doa dimakbulkan hajat, mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.



Doa ini elok diamalkan apabila ibu ibu ada masalah besar atau kecil, ditimpa musibah, berada dalam kesedihan.



Doa Mohon Dapat Keluarga Yang Baik


Keluarga adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Allah telah memberikan perintah kepada umat Muslim untuk menjaga dirinya dan keluarganya agar terhindar dari api neraka.

Doa-doa ini boleh diamalkan setiap hari secara istiqamah. Insyaallah, Allah akan mengabulkan dan menjadikan keluarga Muslim selalu bahagia dan selamat di dunia maupun di akhirat kelak.




Doa Agar Dicukupkan Keperluan Dunia Dan Akhirat


kita kena selalu memohon kepada Allah agar dicukupkan segala keperluan dunia dan akhirat kita. Kita tak mampu sekiranya bergantung pada kudrat diri kita. Inshaa Allah rezeki untuk kita sentiasa cukup.



Diharapkan perkongsian ana ini dapat membantu anda yang sedang mencari doa harian sebagai amalan. Moga dipermudahkan untuk anda.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023








Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047