Wednesday 24 May 2023

CARA MUDAH RENEWAL SHAKLEE


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda semua sihat? Ana doakan anda sihat dan dipermudahkan segala urusan.





Hari ni ana nak share pasal Renewal Shaklee Membership. Untuk pengetahuan anda, keahlian Shaklee ni memang perlu diperbaharui setiap tahun walaupun anda seorang yang aktif menggunakan produk Shaklee sama ada makan sendiri atau berbisnes.

Kalau anda belum daftar ahli Shaklee, Jom register sini.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Jom renew.


Kenapa Perlu Renew Keahlian Atau Membership?


Shaklee atau mana-mana syarikat yang ada pengguna, memang lazimnya punya keahlian yang akan luput pada tempoh tertentu. Renew Shaklee itu adalah syarat yang ditetapkan Shaklee untuk setiap ahli dapat menikmati pelbagai kelebihan dan manfaat yang Shaklee tawarkan.

Sebelum tu ana nak bagi tau dulu apa kelebihan jadi ahli shaklee. Anda dah tau ke?


Kelebihan Jadi Ahli shaklee


Bila anda menjadi ahli shaklee, anda juga berpeluang menerima manfaat keahlian shaklee. Ini antara kelebihan anda join Shaklee di bawah team ana. Inshaa Allah Ana guide korang. Meh lah join team ana.


Kelebihan Jadi Ahli dengan MFMS.


Peluang 3C dari Shaklee


Antara Insentif yang sangat best yang Shaklee tawarkan adalah Peluang 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Anda jugak berpeluang untuk dapatkan Insentif Shaklee ini. Best kan?

1) Cash Bonus

2) Car Bonus

3) Convention Trip ( Regional & International)


Peluang 3C.



Insentif Insentif lain dari Shaklee


Untuk pengetahuan anda, supervisor adalah rank pertama selepas seorang pengedar Shaklee berjaya membuat Jualan 3000 uv bersamaan RM 10 200. Supervisor adalah langkah pertama untuk menjadi leader Shaklee.


Bonus Shaklee.


Sebagai pengedar Shaklee bonus atau Cash Rebate hanya terhad pada 5% sehingga 21%. Tapi dengan bermula langkah sebagai leader Shaklee, anda boleh mendapat lebih banyak Insentif lain terutamanya leadership bonus.


Tangga income yang unlimited.


Ada 7 RANKS dalam bisnes Shaklee.

1. SUPERVISOR

2. SENIOR SUPERVISOR

3. COORDINATOR

4. SENIOR COORDINATOR

5. KEY COORDINATOR

6. SENIOR KEY COORDINATOR

7. MASTER COORDINATOR


Rank dalam Shaklee.


Semakin tinggi rank, semakin banyak Insentif shaklee yang boleh anda peroleh.


Insentif Shaklee.



Cara Mudah Renew Shaklee


Meh ana share cara mudah nak renew Shaklee Membership atau keahlian Shaklee.


Cara 1: Renew ahli bagi ahli Shaklee yang aktif atau ahli yang keahlian luput kurang dari satu tahun tarikh akhir pembelian.

Cara nak renew:

  • Bayar yuran renew membership RM35 atau
  • Pembelian apa-apa produk Shaklee (tiada harga minima) walau sebotol vitamin dan anda dapat FREE MEMBERSHIP.

Renew shaklee.


Cara 2: Renew ahli bagi keahlian luput lebih daripada 1 tahun daripada tarikh akhir pembelian.

Jika tarikh terakhir anda membeli produk Shaklee (dengan menggunakan ID anda sendiri) telah melebihi 1 tahun, anda boleh check semula ID anda di Shaklee. Biasanya jika lebih dari setahun tidak aktif, ID telah terpadam.

Anda boleh register semula keahlian shaklee dengan upline anda atau mana mana pengedar Shaklee lain. 


Kalau anda nak daftar ahli Shaklee dengan ana, Jom register sini.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



Nak Renew Kat Mana?


Ok mari ana tunjukkan langkah mudah untuk renew membership. Ada 3 cara:

  • Semua ahli boleh renew secara online sahaja melalui akaun keahlian masing-masing di website Shaklee https://www.shaklee.com.my atau
  • Minta upline anda buatkan atau
  • Walk in ke HQ Shaklee atau mana-mana branch Shaklee yang berdekatan dengan anda.

Anda boleh pilih mana mana cara yang memudahkan anda. 


JIka anda berminat dengan Shaklee atau nak mula bisnes dengan Shaklee, boleh hubungi ana di 0179376047.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Tuesday 23 May 2023

Happy Birthday To Me




 

Assalamualaikum semua. Ana doakan anda semua sihat sentiasa.

Hari ni 22 Mei adalah birthday ana. Ke 33 dah. Huhu. Ya Allah rasa cam dah dewasa nya. Mohon anda semua doakan ana dipanjangkan umur dalam keberkatan dan berjaya dunia akhirat ya. 😊

Dan Alhamdulillah di usia 33 tahun ni, ana dah ada family kecil ana. Suami, ana, anak-anak (kakak, abang dan adik). Cuma ana perlu lebih kuat semangat untuk capai impian ana untuk diri ana sendiri dan family ana ni.💪💪💪 Doakan ana ya.



Sambut Birthday 🎂

Kalau ikutkan ana dikala usia 33 tahun, macam kurang rajin nak sambut birthday sendiri. Tapi mengenangkan kakak (anak sulung ana umur 7 tahun)  beriya nak makan kek, usaha jugak lah cari kek pagi tadi.

Duka cita kek yang di cari takda. Ingat nak cari kek kecik je, sebab ana tau anak anak bukanlah penggemar kek. Cuma diorang suka suasana sambut birthday tu. 

Disebabkan kekangan masa pagi tadi, akhirnya ana decide untuk buat je kek sendiri. Auto terus cari2 resepi dan cara deco.







Tapi akhirnya ana buat kek oreo design suka suki. Lebih kurang gambar kat atas. Cuma kek nipis sikit. Boleh asalkan boleh dimakan. 😆

Malam pulak tak sangka suami buat makan makan special belanja sate feveret. Nyummmm. Yang bestnya, boleh gantung kuali. Jadi makan makan lah kami sekeluarga termasuk ngan mak mertua. 

Hadiah Birthday 🎉


Hadiah Birthday yang paling best mestilah suami belanja sate feveret ana. Lepas tu kakak bagi kad birthday untuk ibu. 

Dan yang istimewa group blog ana iaitu MFMS Blog Mega dapat no 3 untuk entry Insentif Shaklee Malaysia. Alhamdulillah.



 Ini entry ana tulis yang group ana dapat nombor 3. 


 


Sunday 21 May 2023

Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Anda semua sihat ke? Ana doakan ana sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sejak habis raya baru ni, ana lihat ramai yang mula mencari peluang untuk tambah pendapatan. Ye extra income selain kerja hakiki melalui kerja tambahan di luar waktu kerja dan berbisnes.

Ana tahu ramai yang berhabis banyak untuk hari raya. Mana nak beli kelengkapan raya seperti baju raya, biskut raya. Itu belum lagi langsir baru, perabot baru dan persediaan balik kampung serta duit raya untuk ibu bapa dan sanak saudara.


Extra Income = Cash Rebate




Anda tahu tak ada cara untuk anda dapat extra income berbentuk Cash Rebate melalui Shaklee. Nak lagi best melalui cash rebate anda dapat tulah anda berpeluang dapat makan vitamin/suplemen secara percuma. Kira 2 dalam 1 lah ya. Duit dapat, sihat pun dapat.





Keperluan Vitamin /suplemen


Sebelum cerita pasal cash rebate tu anda tau kan kenapa kita perlu ambil vitamin sekarang?


Kalau anda nak tahu, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral, zat-zat surih dan anti oksidan tubuh kita. Untuk cukupkan keperluan vitamin mineral, kita perlu ambil vitamin. Baru lah kita sihat, cergas bertenaga jalani aktiviti seharian.

Aktif menjalani aktiviti seharian


Selain itu, banyak kajian juga membuktikan pengambilan vitamin membantu mencegah penyakit-penyakit kronik. Kiranya bantu kita elak dapat penyakit kronik. Mencegah kan lebih baik dari mengubati. Jadi, dengan pengambilan vitamin, Inshaa Allah kita dapat jauhkan penyakit kronik dari diri kita.

Penyakit jantung boleh dicegah dengan mengamalkan suplemen.


Ok itu pasal keperluan vitamin. Ni ana nak share semula berkenaan cash rebate Shaklee tadi.



Siapa Yang Layak Dapat Cash Rebate Shaklee?


Untuk dapat cash rebate ni, syarat anda mestilah ahli Shaklee. Bila anda menjadi ahli shaklee, anda akan mendapat ID anda sendiri. Dengan ID Itu, anda buat pembelian suplemen.


Bila anda beli Shaklee dengan ID anda, anda akan diberikan ganjaran Cash Rebate atau bonus daripada Shaklee. Kalau guna ID orang lain, anda tak dapatlah cash rebate tu.


Anda belum daftar ahli Shaklee? Register sini


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



Cara Jadi Ahli Shaklee


Ada 3 pilihan untuk menjadi ahli Shaklee:-


PILIHAN 1

Yuran Pendaftaran hanya RM35. Anda terus layak mendapat semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee, antaranya belian dengan HARGA AHLI (DISKAUN 20%).

Jadi ahli shaklee dengan RM 35


ATAU


PILIHAN 2

Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 100 UV (lebih kurang RM350 Harga Ahli), anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


ATAU


PILIHAN 3

Buat pembelian Set Promo April Vitamin Rahmah (setong ESp dan Vitamin C Sustained Release) pada harga RM99 dan anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35).





PILIHAN 4

Buat pembelian Set Kurus Set Hello New You dan anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35).





Kelebihan Ahli Shaklee


Ini antara kelebihan menjadi ahli:



Dengan menjadi ahli shaklee anda berpeluang mendapat Insentif Shaklee yang Shaklee berikan kepada ahlinya.


Cara Beli Sendiri Dengan ID Sendiri


Bila anda dah ada ID, anda boleh beli vitamin dengan cara:

  • Order sendiri melalui website Shaklee
  • Order melalui upline anda 
  • Beli di branch Shaklee 



Cash Rebate


Cash rebate yang biasa dipanggil bonus ni biasanya akan masuk ke akaun bank pada pertengahan bulan. Macam-macam boleh dibuat dengan bonus Shaklee antara boleh digunakan untuk keperluan keluarga kita termasuklah pembelian vitamin kita sendiri. Kira kita boleh makan secara percuma.

Ini adalah bonus yang bakal kita peroleh mengikut pembelian vitamin kita. Pembelian vitamin menggunakan ID kita bukan lah bermaksud Kita makan sorang sorang vitamin tu. Kita boleh berkongsi kebaikan dengan kawan dan keluarga kita. Dan boleh kumpul kumpul order sahaja. 


Cash rebate atau bonus


Bonus boleh meningkat mengikut usaha anda


Jom jadi ahli shaklee dan dapatkan cash rebate untuk extra income. Nak tahu lebih detail boleh wasap ana. 😁




#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023



Friday 12 May 2023

SET KURUS SHAKLEE SET HELLO NEW YOU TERBAIK TURUNKAN BERAT

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana.


Dah 3 minggu kita beraya, macam mana berat anda? Naik ke maintain atau turun? Syukurlah kalau masih terkawal. 




Ana berat naik masa awal-awal Syawal. Mana tak naik kalau asyik makan masa beraya, lagi-lagi masa balik kampung ana di Johor. Habis makanan yang payah nak cari di Terengganu, ana cari. 


Sedih sekejaplah sebab penat turunkan 7kg masa bulan Ramadhan, tup tup raya terus naik berat. Adeiii. Lepas balik rumah, makan macam biasa, buat tips Kurus Dengan Cepat Alhamdulillah berat turun balik ke berat asal.



LEPAS RAYA BERAT NAIK


Ramai yang mengadu berat naik penangan Hari Raya Open House, jadi ana nak share dengan anda beberapa tip mudah supaya anda dapat turunkan berat badan lepas raya ni.


Oh ya. Bulan depan kita nak menyambut Raya Aidiladha pula kan. Nak balik jumpa family, kawan-kawan dan saudara mara pula. Jomlah kita pakat pakat slim. Huhu.



KENAPA PERLU TURUNKAN BERAT


Bukan sahaja untuk nampak langsing, slim, dapat pakai baju idaman, menurunkan berat badan jugak dapat kurangkan risiko penyakit berbahaya akibat obesiti, seterusnya mendapat kesihatan terbaik. Untuk pengetahuan anda, Malaysia tersenarai antara negara orang gemuk. Jadi marilah kita elakkan dari menjadi salah seorang darinya.

Malaysia negara orang gemuk


Apabila kita berjaya menguruskan dan mengekalkan berat badan, secara tidak langsung, kita dapat tingkatkan tenaga dan kecergasan. Best nya lah kan kalau Kita ni ibu yang cergas. Senang nak kejar anak. Lagi lagi anak yang baru dapat kaki. Aktif ya ampun. Haha.

Jadi ibu yang aktif



TIPS MUDAH TURUN BERAT


Untuk turunkan berat badan bermula saat ini, paling mudah anda boleh amal je 2 tips ni.

  1. Banyak minum air masak. Untuk 25kg berat badan, anda kena ambil 1 liter air. Jadi, kalau berat anda 75 kg, anda kena ambil 3 liter air.
  2. Kurangkan garam dan gula. Gula berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Garam berlebihan pula boleh menyebabkan dehidrasi. Keduanya menghalang proses penurunan berat badan.


Kalau anda nak cara yang lebih mudah kurus ramping selepas raya ni adalah dengan mengambil Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You.



TURUN BERAT MUDAH DENGAN SET HELLO NEW YOU


Untuk pengetahuan anda set Hello New You ini adalah set kurus Shaklee paling laris. Ramai yang dah kurus dan turun berat dengan set ni.


Bagaimana Set Kurus Shaklee Set Hello New You Terbaik Turunkan Berat


Fungsi Set Kurus Shaklee Set Hello New You:

1. Meningkatkan metabolisme supaya lemak lebih cepat terbakar

2. Memecahkan lemak, menghalang pengumpulan lemak & mengeluarkan toksin dari hati.

3. Memberi rasa kenyang lebih lama dan mengawal craving

4. Membina otot supaya tak menggeleber apabila lemak terbakar.

5. Memudahkan pelawasan & mengeluarkan lemak dan toksin dari badan



Set Kurus Shaklee Set Hello New You


Set kurus Shaklee hello New You terdiri daripada Herb-lax, omega guard, Lecithin dan juga cinch.




Herb-lax mengandungi daun senna. Daun senna ini digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia membantu melancarkan proses percernaan dan memudahkan proses pembuangan dengan menggalakkan pergerakan usus. 


Omega guard mengandungi asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas. Ia meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan.


Lecithin pula bertindak mempercepatkan proses pemecahan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati. Lecithin bertindak sebagai agent yang melarutkan lemak dan membantu badan memproses lemak secara berkesan.


Cinch mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting, mudah diambil pada bila-bila masa. Cinch membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing. Cinch juga dapat mengurangkan rasa lapar. Badan akan lebih fit dan tidak menggeleber.




Kini dengan SET KURUS SHAKLEE HELLO NEW YOU, anda akan dapat:

1. Nutrisi penting bantu turunkan berat badan dengan sihat : 1 tin Cinch Shake Caffe Latte, 1 Omegaguard, 1 Lecithin, 1 Herblax.

2. FREE Membership (worth RM35)

3. FREE Postage (worth RM10

4. FREE Green Shaker (worth RM15) - For New Registration Only

Oh ya. 1 tin cinch shake vanilla itu percuma juga ya. Jom dapatkan sekarang.



Testimoni Kurus Dengan Set kurus Shaklee Set Hello New You


Ini antara testimoni peserta yang mengambil set Hello New You.

















PROMO SET HELLO NEW YOU


Jom dapatkan set Hello New You pada harga jimat.

Harga asal 441.25
Sekarang RM 353





Jom hubungi Ana sekarang untuk dapatkan Promosi SET HELLO NEW YOU SHAKLEE untuk ana bantu anda turun berat.


#NextLevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#ShakleeThrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#BlogmegaShaklee



Wednesday 10 May 2023

Kenangan Dan Keronokan Hari Raya Open House


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat di samping keluarga tercinta. Aamiin.🤲


MOOD RAYA 




Hari ini 10 Mei 2023 bersamaan 19 Syawal 1444H. Kalau ikutkan masih  mood raya. Tapi di Ganu ni Ana tengok kemeriahan raya pada seminggu awal raya sahaja berbanding di kampung Ana di Johor. 

Di kampung Ana, Batu Pahat, Johor raya masih meriah. Mama ayah masih beraya dan saudara mara pun masih datang beraya ke rumah. Majlis marhaban dari rumah ke rumah pun masih ada. 

Untuk pengetahuan anda, marhaban ni adalah dari perkataan  Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Marhaban ni dalam bentuk syair memuji nabi Muhammad yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian.


HARI RAYA OPEN HOUSE


Biasanya bila raya Aidilfitri, tak lari dari open house kan. Sana sini buat open house. Dan kita pun sibuk memenuhi untuk Hari Raya Open House. Seronoknya berjumpa kawan Dan saudara mara. Kalau tak jaga pemakanan masa open house, habis Syawal, berat pun naik ke berat sebelum puasa. Adeiii.

Bagi Ana pulak hari raya rumah ana memang open untuk tetamu. Jadi hari-hari memang open house. Haha.  Tapi datang kena bagitau dulu. Bolehlah ana sediakan makanan air tangan ana. Kalau tak, datang dapat makan biskut raya dan air sahaja lah. Huhu.


Hidangan Raya


Biasanya di sesuatu open house, tuan rumah biasanya akan menyediakan hidangan raya contohnya nasi himpit, rendang,lontong, nasi minyak, sate dan sebagainya. Macam macam pilihan ada. Kadang tu rambang mara sampai tak tahu nak makan yang mana satu dahulu.




Bagi ana kalau ana pergi ke sesuatu open house tu, ana akan makan hidangan berat yang ada dulu macam Nasi atau Mee. Bukan apa, bila dah kenyang, kuranglah ana ambil hidangan manis dan kurang sihat.

Ana jugak ambil hidangan secara sederhana. Ambil cukup-cukup yang mampu dimakan seorang. Kalau tak, yang cukup dikongsi bersama anak-anak. Kalau di ambil banyak, risau terlebih pula, tak habis, kan dah jadi membazir. Macam yang kita tahu, membazir kawan s#@$&#$.



Selain itu, kalau boleh elakkan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu makan memang semua makanan yang ada kita nak rasa dan makan. Ana lah tu. Adeiii. Tapi sebaiknya ikutlah kemampuan. Sebaiknya ambil secara sederhana dan berhenti sebelum kenyang. Sayangi perut kita. Gittu. Haha.



Kenangan Open House Best


Cerita tentang open house ni teringat ana tentang open house arwah Pak Cik Ana yang ana panggil Wak Kon (Nama sebenar beliau Miskon). Dulu arwah Wak Kon akan buat open house setiap kali raya. Sehari open house dari pagi sampai ke petang.

Memang busy lah kami anak saudara dan adik beradik arwah tolong family arwah menjayakan open house tu. Dan hidangan yang signature dengan open house arwah adalah sate. 




Arwah Wak Kon ni  dulu pernah berniaga sate di  masa zaman muda. Beliau berniaga untuk keluar dari hidup susah zaman dahulu dan bantu adik-adik arwah yang masih kecil masa tu sambil mengumpul duit untuk sambung belajar.

Alhamdulillah berkat jual sate, Wak Kon pun berjaya sambung belajar dan menjadi seorang guru. Sate arwah Wak Kon memang sedap sangat. Kalau di padankan dengan kuah kacang, Nasi himpit memang ummm sangat.

Tapi sejak arwah takda, isteri dan anak anak arwah pun dah tak buat open house macam dulu. Rindu suasana tu. Rindu arwah. Boleh anda tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah Miskon Bin Kasmat. 


Kenangan Open House Unik


Teringat ana pernah dapat jemputan open house Syawal tapi bukan pada bulan Syawal. Haaa camna tu. Open house ni diadakan selepas habis Syawal iaitu bulan Zulkaedah. Dah dijemput, kami datang ajelah memenuhi undangan. Huhu.


KEKAL SIHAT RAYA


Open house, open house jugak, kesihatan kena jaga. Untuk kekal sihat Raya ni, ana cadangkan anda ambil Shaklee untuk kekal sihat dan cergas. Macam ana yang Hari Raya Dengan Shaklee.











Nak cuba Shaklee boleh wasap ana ya.


#NextLevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#ShakleeThrive2023

#SetRahmahShaklee2023

#BlogmegaShaklee



Thursday 4 May 2023

Simpan Sini Memori Aidilfitri 2023

 

Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab singgah baca blog Ana.😊


Pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu kita berhari raya kan. Macam mana Aidilfitri anda? Yang Bestnya tahun ni ramai kata Ana dah kurus. Alhamdulillah asbab Hari Raya Dengan Shaklee juga.😊 Tahun ni raya berlima dah.





BERDEBAR TUNGGU RAYA


Mesti berdebar tunggu hari raya kan? Tahun lepas kita raya mengejut. Tahun ni pulak raya tak pasti Jumaat ke Sabtu kan. Adeiii. 

Raya mengejut tiba-tiba pada 2022

Raya tak pasti 2023. Tak pasti Raya jatuh Hari Jumaat atau Sabtu.


RAYA 


Alhamdulillah tahun ini dapat beraya di Terengganu dan Johor. Suami ana berasal dari Terengganu. Ana pula berasal dari Johor. 

Raya pertama kedua, ana beraya di Terengganu. Raya ketiga baru balik ke Johor. Alhamdulillah adik beradik suami suami 11 orang, 10 orang dapat beraya di kampung bersama mak mertua.


Menu setiap tahun Raya Aidilfitri keluarga kami seperti tempat lain juga, ada nasi himpit, rendang dan kuah kacang. Tapi tahun ini ada sedikit kelainan, adik ipar menyediakan soto ayam. Siap pakej bergedil spicy disediakan anak saudara.


Lepas solat hari raya dan bergambar bersama keluarga, kami makan dan makan. Ya Allah macam balas dendam puasa sebulan pulak. Astaqfirullah. 😣 

Rumah mak


Lepas tu kami sekeluarga gerak ke rumah mak Cik mak cik, adik beradik belah mak mertua. Kat sana bukan je disediakan sate, Nasi minyak dan Nasi impit rendang, siap disediakan tempat photoshoot keluarga. Apa lagi, amik gambar ramai-ramai jawabnya. Haha

Raya Rumah Che De

Raya rumah Kak Mek


Masa ni makan sikit-sikit je, sebab perut dah terlebih muatan. Adeiii. Rumah nak pergi banyak lagi. Rumah Seterusnya pun hanya mampu makan sikit je. Walaupun lontong tu favorite ana. Huhu.

Raya ketiga pagi-pagi lagi memang kami dah gerak balik Batu Pahat. Alhamdulillah laluan LPT lancar. Jamed ada di beberapa tempat di jalan Gambang-Segamat. Tu pun di sebabkan excident. Sampai di Baru Pahat pada 4.30 petang.

Lepas asar tu, family ana ajak beraya di rumah Mak Cik Mak Cik belah mama. Alhamdulillah dapat jugak 2 rumah. Huhu. Esok tu pulak kami ada photoshoot 1 keluarga. Ni gambar photoshoot kami sekeluarga. 









Habis photoshoot, kami sempat beraya di rumah saudara. Raya kali ni banyak ana dan keluarga kecil ana habiskan masa dengan mama ayah. Tak beraya mana sangat.

Kalau ikutkan Ana patut balik ke Terengganu Hari Jumaat pagi. Tengah kemas barang masuk kereta, tiba-tiba, kawan ayah datang inform pasal marhaban di rumah ana malam tu. Kesian pulak mama ayah berdua susah payah berdua untuk marhaban. 


Suami pun kata takpelah kita balik esok je. Bayangkan korang, tinggal kitorang masuk kereta dan gerak balik je. Tiba-tiba tak jadi balik. Huhu. Memang Kenangan sungguh lah. 


Ok korang. Alang-alang tu Ana share sikit promo bulan ni. Mesti ramai nak usaha nak turunkan berat badan lepas makan banyak masa Raya ni kan? Nak Raya Haji pulak bulan depan. 













Nak detail promo bulan ni boleh wasap Ana ya. Selamat Hari Raya Semua.😊

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#SetRahmahShaklee2023







Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047