Friday 30 December 2016

TAWARAN SHAKLEE KEPADA SELURUH AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum semua.

Shaklee ada membuat tawaran menarik untuk anda yang berminat menjadi ahli shaklee. Berapa yg anda NAK, anda tentukan!

Peluang terbuka BUAT SEMUA. Tak pilih orang pon, tapi Shaklee memilih orang yang RAJIN dan KOMITED! Income 2,3,4, ANGKA itu TIDAK MUSTAHIL dalam Shaklee kerana dah ada yang
merasainya.

5 perkara yang Shaklee tawarkan adalah:

   1.  Dapat harga ahli untuk semua produk Shaklee
   2.  Dapat untung runcit
   3.  Dapat car bonus bila mencapai kelayakan yang Shaklee tawarkan
   4.  Dapat bonus kepimpinan bila anda menjadi leader dalam Shaklee
   5.  Dapat percutian ke luar Negara dan dalam Negara yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee , atau             umrah  mengikut kelayakan yang Shaklee tawarkan.

Point nombor 1 dan 2 boleh dinikmati oleh semua ahli Shaklee. 

Tapi, point 3,4,5 ini hanya boleh diperolehi oleh ahli-ahli Shaklee yang serius dalam bisnes Shaklee. Jadi anda pilih, nak dapatkan kelebihan daripada kelima-lima point ini atau hanya 2 point pertama sahaja. 

Jika anda serius untuk berbisnes dengan shaklee dan benrminat menjana income secara online dari rumah, boleh hubungi Ana di 017-9376047.

Tuesday 20 December 2016

ANAKKU NUR WARDAH SOFIAH

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah 2 minggu lepas, Ana selamat  melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2,8 kg pada 11.59 mlm 6 Disember 2016 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Syukur Allah beri Ana kekuatan untuk mengharungi proses bersalin dan berpantang seminggu di hospital. Cerita bersalin dan berpantang seminggu di hospital tu akan Ana kongsi di lain entri. Inshaa Allah.

Anak sulung Ana ni kami suami isteri namakan dengan nama Nur Wardah Sofiah. Cantik tak nama tu? Ni bukan  sebab penangan cerita Suri Hati Mr. Pilot ye. Itu Warda. Hihi. Ana tak tengok pun cerita tu. 

Sebenarnya dah lama Ana nak namakan ank perempuan Ana Wardah Sofia. Cuma tukar ejaan sedikit dan tambah Nur di hadapan. Maksud nama adalah Nur=cahaya, Wardah=bunga, Sofiah=menawan.
                                                   

Anakku. Wardah Sofiah, warda, wardah, sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah hari ke-6

Anakku. Wardah Sofiah, warda, wardah, sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah hari ke-10
Semoga anak ibu, membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata ibu ayah. Amiin.
                                                

Saturday 3 December 2016

KEPENTINGAN SUSU IBU DI DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum.

Hari ni Ana nak kongsi ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU. Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang SUSU IBU DALAM AL-QURAN.



“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?


PERINTAH ATAU SURUHAN MEMBERI SUSU IBU

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak. Bagi Ana ayat Al-Quran di atas lah yang telah MEMBERI MOTIVASI KEPADA ANA untuk menyusukan anak-anak Ana nanti dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. Inshaa Allah, lepas bersalin anak sulung nanti Ana akan berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak Ana.

Menyusukan bayi memang agak sukar pada mulanya. Tetapi Ana dah berazam, walau apa pun yang terjadi, Ana takkan sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun.

MANFAAT SUSU IBU

Susu ibu sememangnya mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk bayi. Sebab ia MAKANAN TERBAIK YANG ALLAH CIPTA KHAS UNTUK BAYI, berbanding  lain-lain makanan bayi. Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.
                   

Bayi susu ibu, kepentingan susu ibu, susu ibu dalam Al-Quran, kebaikan susu ibu, manfaat susu ibu,kelebihan susu ibu, susu ibu, breastfeeding, bf, full breast feed
Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi.



KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI DAN IBU

Jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita adalah yakin dan berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah. Sebenarnya, penyusuan susu ibu bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.


Susu Ibu, BF, breast feeding, penyusuan eksklusif,penyusuan susu ibu, kepentingan susu ibu
Susu ibu baik untuk bayi dan juga ibu.

   

Semoga perkongsian ini dapat member kesedaran kepada kita tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Semoga Ana dapat menyusukan anak-anak Ana dengan penyusuan penuh sehinggga 2 tahun. Ana doakan agar anda juga dapat memberi anak-anak anda penyusuan penuh sehinggga 2 tahun.

Terima kasih kerana membaca
 Kepentingan Susu Ibu di Dalam Al-Quran.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk menambah susu? Supplemen kesihatan untuk anda dan keluarga? Hubungi Ana. 




Thursday 1 December 2016

PENTING SANGATKAH KELAS ANTENATAL? APA YANG DIPELAJARI IBU HAMIL?

Teks: Nurfarhana Arsad

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Hari ini Ana nak berkongsi tentang kelas antenatal.

Ana pergi kelas antenatal pada khamis lepas di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Hiliran, Kuala Terengganu. Agak lewat sebenarnya Ana pergi sebab kandungan dah 38 minggu. Lebih baik lewat daripada Ana tak pergi langsung. Ana juga yang rugi. Huhu.
Kelas Antenatal, KK Hiliran, KK, Klinik Kesihatan Ibu dan anak,Klinik Kesihatan Ibu dan anak Hiliran, Hamil, Mengandung, Klinik Kesihatan, Klinik Kuala Terengganu
Kelas antenatal di Klinik Kesihatan Hiliran


Sebenarnya kelas tu ambil masa 2 jam sahaja dari pkul 9:00 ke 11:00 pagi. Kelas antenatal ni percuma pulak tu. Jadi memang la Ana tak sabar-sabar nak pergi dan menuntut ilmu.

Kelas antenatal ni sangat penting. Kelas antenatal mengajar ibu hamil mencegah kesakitan semasa bersalin dan juga senaman sepanjang kehamilan. Kelas antenatal juga memberi keyakinan kepada ibu hamil untuk menghadapi sakit bersalin yang bakal tiba.

Jadi, bakal ibu yang baru pertama kali hendak menerima cahayamata sangatlah digalakkan untuk menghadiri kelas antenatal ini. Kelas ini akan dikendalikan oleh pakar yang mampu memberikan informasi dan pengetahuan yang lengkap kepada kita.

APAKAH YANG AKAN DIPELAJARI DI KELAS ANTENATAL?

  • Perubahan sepanjang kehamilan
        -Perubahan sepanjang kehamilan daripada bermula kehamilan hingga beberapa               minggu akhir kehamilan dijelaskan di dalam kelas.
  • Senaman yang sesuai dilakukan semasa kehamilan
        -Tidak semua senaman boleh dilakukan ibu hamil terutamanya senaman berisiko               seperti menunggang kuda, melompat dan sebagainya.
        -Senaman yang sesuai sepanjang kehamilan perlu dilakukan untuk menguatkan               otot,kekuatan dan ketahanan ibu hamil.
  • Senaman untuk mengelakkan sakit bahagian belakang
       -Sakit bahagian belakang adalah biasa bagi ibu hamil kerana tulang belakang yang          bengkok semasa hamil.
        -Senaman tertentu yang dapat menghilangkan sakit belakang turut diajar.
  • Nasihat pemakanan seimbang
        -Nasihat pemakanan seimbang turut diberikan kepada ibu hamil.
        -Pengambilan suplemen turut digalakkan bagi menampung kekurangan nutrien 
         bagi ibu hamil kerana nutrien banyak diambil oleh bayi dalam kandungan.
  • Informasi mengenai sakit bersalin dan proses kelahiran
      -Ibu didedahkan tentang sakit bersalin dan perbezaan antara sakit bersalin
       sebenar dengan yang palsu iaitu Braxton Hicks.
  • Cara pernafasan semasa bersalin
        -Ibu didedahkan tentang cara pernafasan semasa  proses bersalin.
        -Cara pernafasan adalah berbeza bagi setiap tahap kesakitan iaitu ketika                        contraction biasa hinggalah contraction semakin kuat.
        -Cara pernafasan yang betul, memudahkan proses bersalin dan kelahiran bayi                 serta menjimatkan tenaga ibu ketika meneran.
  • Senaman lantai pelvis
        -Senaman lantai pelvis ini adalah untuk menguatkan rahim.
        -Selepas kelahiran, senaman lantai pelvis akan membantu memulihkan luka di                dalam rahim dan menaikkan peranakan.
  • Pengurusan kesakitan bersalin
       -Teknik urutan untuk menghilangkan lenguh, sakit sepanjang kehamilan turut 
        diajar dalam kelas antenatal.
       -Urutan seperti gosokan tertentu boleh membuatkan ibu hamil rasa lebih tenang             dan selesa.
  • Hilang berat badan selepas bersalin
        -Pemakanan sihat dan senaman ringan secara sederhana untuk menurunkan 
          berat badan turut diajar.
Bagi Ana, kelas antenatal adalah sangat penting dihadiri oleh ibu hamil. Lebih-lebih lagi ibu yang hamil anak pertama. Info berguna  dapat digunakan sepanjang kehamilan dan semasa serta selepas bersalin. Kalau anda ada peluang untuk pergi, pergilah. Tidak rugi.

Untuk menjalani kehamilan dan berpantang  dengan selesa, Ana cadangkan ambillah Set Kehamilan Shaklee dan Set Berpantang Shaklee. Inshaa Allah, masalah-masalah kehamilan dapat dikawal, luka bersalin juga cepat sembuh, proses berpantang juga lebih menyeronokkan. Boleh hubungi Ana untuk sebarang pertanyaan.

Semoga perkongsian Ana ini dapat memberi maklumat berguna kepada anda. Terima kasih kerana membaca Penting Sangatkah Kelas Antenatal? Apa Yang Dipelajari?





Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047