Sunday 26 March 2017

PANTANG LARANG DALAM PENULISAN DI FESBUK

Assalamualaikum.

Ana cuma nak kongsi. Ramai kawan Ana di fesbuk dan telegram berkongsi tentang pantang larang dalam penulisan di Fesbuk. Jadi Ana kongsikan untuk anda yang belum tahu.


                                 Pantang Larang Penulisan, Facebook,Pantang Larang Penulisan di Facebook

1. Meroyan  dan berleter di status.

2. Menulis tentang salah silap orang lain atau pihak-pihak tertentu.

3. Menulis cerita berbentuk perli atau sindiran.

4. Menulis dengan niat untuk mempermainkan sesuatu isu semasa.

5. Perasan diri lebih bagus dari orang lain.

6. Menulis post syok sendiri.

7. Tiada engagement atau interaksi dengan pembaca.

8. Menulis dengan diikuti dot dot dot (.....) sebanyak 20 ke 30 kali dalam satu perenggan.

9. Nada penulisan sekata.

10. Ayat terlalu panjang meleret.

11. Terlalu hendak mengajar-ngajar atau  memperbetulkan orang lain.

12. Penggunaan kata seru yang berlebihan (!!!!)

13. Menulis dengan ejaan singkatan atau bahasa sms.

14. Pengunaan bahasa rojak yang ketara – Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

15. Menggunakan semua HURUF BESAR.

16. Elakkan penggunaan bahasa tak senonoh dan kasar.

17. Kurangkan penggunaan jargon (ayat teknikal) dan ayat bombastik.

19. Jarang menulis.

20. Elakkan memperjuangkan sesuatu yang tidak berfaedah.


Kredit kepada Cikgu June Mohd Som dan lain-lain.
.


 Penulisan kita ni memang TAK  SEMPURNA seperti kita. Namun. ia kata-kata yang mencerminkan diri kita. Oleh itu, cubalah buat yang terbaik dalam penulisan kita. Jom patuhi dan jauhi pantang larang dalam penulisan di fesbuk.

Wednesday 15 March 2017

CHECKUP WARDAH 3 BULAN DI KLINIK KESIHATAN HILIRAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini Ana ke Klinik Kesihatan Hiliran untuk checkup Wardah 3 bulan. Sepatutnya Ana ke klinik minggu lepas untuk checkup dan imunisasi. Tapi disebabkan balik kampung minggu lepas, terlewatlah checkup Wardah.

Alhamdulillah semua nya ok. Berat Wardah pun naik. Dah 5.1 kg dah Wardah. Jadi Wardah dah naik sebanyak 1.3kg sejak dilahirkan. Tinggi Wardah pun naik.

Alhamdulillah 3 bulan ni, banyak perkembangan wardah. Wardah dah boleh meniarap. Ketawa bila diagah-agah. Dah boleh memegang jari, mainan.


Semoga Wardah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah ibu dan ayah.

Monday 13 March 2017

BALIK KE TERENGGANU SEMULA

Pejam celik, pejam celik dah seminggu Ana di kampung. Sekejap sahaja rasanya. Kalau seronok, memang tak terasa lah kan.

Hari ini Ana, suami dan Wardah dah kembali semula ke Terengganu. Dan esok bermulalah rutin seperti biasa.

Saturday 4 March 2017

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah, selamat kami bertiga sampai ke kampung Ana di Batu Pahat, Johor. Rindu sangat kat mama ayah dan adik Ana di kampung.

Ana, suami dan Wardah bertolak 8.30 pagi dari Kuala Terengganu. Sampai di sini lebih kurang pukul 6 petang. Jauh betul perjalanan. Syukurlah Wardah tak banyak kerenah dan banyak tidur di dalam kereta.

Inshaa Allah seminggu kami di sini. Banyak aktiviti yang kami dah rancang sepanjang kami di sini. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amiin.

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047