Monday 28 November 2016

Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Teks: Nurfarhana Arsad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan tentang Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Lelehan faraj yang lebih dari biasa adalah normal bagi wanita termasuk ibu hamil. Lelehan yang sihat adalah cair dan berwarna seperti susu. Lelehan atau keputihan berfungsi untuk membersihkan dan melindungi vagina dari jangkitan kulat.

Namun, sesetengah ibu yang hamil akan mengalami masalah keputihan bila lelehan faraj itu menjadi pekat dan berwarna putih seperti krim. Kadang kala disertai bau yang kurang menyenangkan, rasa pedih dan gatal.

Keputihan juga boleh disertai dengan rasa sakit dan kemerah-merahan di bahagian dalam atau luar faraj. Ada juga yang mengalami rasa sakit setiap kali hendak membuang air kecil ataupun semasa bersama dengan suami.

Punca Keputihan

Keputihan terjadi disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dan peningkatan aliran darah ke vagina semasa hamil. Semasa hamil juga, faraj mengandungi glikogen iaitu sejenis gula yang tinggi.

Peningkatan hormon, aliran darah dan glikogen inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat. Ditambah pula kurangnya penjagaan kebersihan diri di kawasan vagina.


Masalah Jangkitan Berkaitan Keputihan

Keputihan jernih, putih tanpa bau, menunjukkan keadaan vagina yang normal dan sihat. Namun, perubahan keputihan adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (Bakteria Vaginosis-BV), jangkitan kulat (Yeast Infection), ataupun thrush.

Sesetengah jangkitan pada vagina juga boleh membawa kepada keguguran bayi , kelahiran bayi pramatang dan masalh kecatatan pada bayi. Berikut merupakn jenis-jenis jangkitan yang berkaitan dengan keputihan.


Bakteria Vaginosis-BV

  • Perubahan hormon menyebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan pada vagina.
  • Antara gejala akibat jangkitan adalah lelehan faraj berwarna putih rasa pedih dan gatal.

Jangkitan Kulat

  • Berpunca daripada peningkatan  kadar hormon estrogen dan progesterone.
  • Peningkatan  hormon  menyebabkan  peningkatan pertumbuhan sejenis bakteria yang mendiami vagina iaitu Candida secara berlebihan.
  • Antara gejalanya akiabt jangkitan adalah :
    • Keluarnya lelehan faraj yang  berwarna putih kekuningan, berbau ataupun tidak.
    • Sakit ketika melakukan hubungan seksual.
    • Vagina atau labia memerah dan bengkak serta sakit dan gatal pada vagina.
    • Rasa pedih semasa membuang air kecil.

Group B Strep (GBS)

  • Bakteria GBS menjangkiti kawasan salur air kencing, usus dan juga vagina wanita hamil.
  • Antara gejala yang dihidapi akibat jangkitan GBS ialah sama seperti penghhidap kencing kotor iaitui air kencing keruh, keputihan banyak, sakit semasa membuang air kecil, dan tidak dapt menahan  ketika terasa ingin buang air kecil.
  • Antibiotik untuk mencegah jangkitan biasanya diberikan kepada ibu semasa hamil, dan sebelum bersalin .Kepada anak pula selepas anak dilahirkan.

Trikomoniasis

  •  Parasit ini hidup dalam vagina dan berjangkit melalui hubungan seksual.
  • Antara gejala yang dihidapi akibat jangkitan adalah:

o   Keluarnya lelehan faraj berbuih yang berwarna kuning kehijauan.
o   Lelehan faraj berbau busuk.
o   Rasa gatal semasa melakukan hubungan seksual.
·      Untuk mencegah jangkitan, ubat antibiotik biasanya diberikan doktor.


Bagaimana Nak Elakkan Jangkitan Pada Vagina?

Masalah keputihan boleh dicegah dan dikawal dengan cara seperti:

  1. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas membersihkan faraj.
  2. Basuh kemaluan dari depan ke belakang setelah buang air kecil untuk mencegah penyebaran jangkitan dari anus ke faraj.
  3. Jangan gunakan sabun untuk membasuh kemaluan kerana ia akan mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa kepada jangkitan faraj.
  4. Buang air kecil secara teratur dan jangan tahan kerana menyebabkan jangkitan kuman di pundi kencing.
  5. Pastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering.
  6. Gunakan pakaian yang longgar dan seluar dalam daripada kapas.
  7. Gunakan sabuh basuh organik untuk membasuh pakaian dalam anda.
  8. Gunakan panty liner.
  9. Minum cukup air untuk membuang kekotoran dari tubuh akibat jangkitan kuman yang disebabkan keputihan.


Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Dengan mengamalkan tips-tips diatas, Inshaa Allah keputihan boleh dikawal. Namun, jika anda mengalami keputihan yang banyak semasa hamil, berjumpalah dengan doktor. Selalunya doktor akan membuat ujian dengan mengambil sedikit cairan daripada faraj dan dihantar ke makmal untuk memastikan jangkitan yang berlaku pada faraj.

Oleh itu, keputihan yang serius bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kadangkala boleh membahayakan bayi di dalam kandungan. Apa pun, dapatkanlah nasihat dari yang pakar.

Untuk pastikan badan anda sentiasa sihat dan kuat untuk melawan sebarang jangkitan semasa hamil, amalkan pemakanan yang dapat meningkatkan antibodi ibu hamil. Anda boleh baca perkongsian ana dalam Makanan Tingkatkan antibodi Ibu Hamil dan dapatkan Set Kehamilan Shaklee.

Semoga dapat membantu anda. Terima kasih kerana membaca tentang Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Sunday 27 November 2016

11 AMALAN IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan  
11 Amalan Ibu Mengandung.


  •      Banyak membaca Al-Quran
  •     Solat 5 waktu
  •      Kawal emosi dan akhlak
  •     Memperbanayakkan zikir
  •     Banyak berdoa
  •     Mengamalkan pemakanan sunnah
  •     Menjaga tutur kata
  •     Berpuasa sunat
  •     Mengambil pemakanan seimbang
  •     Memperbanyakkan puasa sunat
  •     Mengelakkan udara dan bahan tercemar



Ibu-ibu hamil, jom amalkan malan di atas. Semoga perkongsian Ana ini memberi manfaat kepada anda. 


    Terima kasih kerana membaca 11 Amalan Ibu Mengandung.
    

    Wassalam.




8 Surah Amalan Semasa Mengandung Mengikut Islam

Teks: Nurfarhana Arsad


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum.


Hari ini Ana nak berkongsi tentang 8 Surah Amalan Semasa Mengandung Mengikut Islam. sebagai ibu yang mengandung, memang Ana amalkan surah-surah yang elok dibaca. Inshaa Allah baik untuk kita sebagai ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan kita.


Sebenarnya, sewaktu kita hamil, amalan rohani juga sangat penting diamalkan. Amalan rohani akan membantu kita untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah yang mudah dibentuk akhlaknya dan menyenangkan hati ibu dan ayah. Selain itu, amalan rohani juga membantu emosi ibu hamil agar tenang semasa menghadapi kehamilan.


Bukan ibu sahaja yang perlu mengamalkan surah-surah ini, ayah juga sangat digalakkan. Ayah boleh  membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghembuskan ke perut ibu sambil didengari oleh anak di dalam kandungan.


Antara 8 Surah Amalan Semasa menagandung yang perlu ibu hamil amalkan ialah:

1.Surah Al-Fatihah

2. Surah Maryam

3. Surah Luqman

4. Surah Yusuf

5. Surah Hujurat

6. Surah Yaasin

7. Surah Taubah

8. Surah An-Nahl


Jom kita amalkan surah-surah di atas. Inshaa Allah ada manfaatnya yang akan kita dapat. Semoga bermanfaat,


Terima kasih kerana membaca 8 Surah Amalan Semasa Mengandung Mengikut Islam.


Sekiranya anda ingin mendapatkan Set Kehamilan Premium dan Set Berpantang Premium boleh hubungi Farhana hari ni juga.
Farhana Arsad
Shaklee ID 1180801
017-9376047


Amalan Murah Rezeki Ustaz Yusof Mansur

                                

Teks: Nurfarhana Arsad

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini Ana nak berkongsi berkenaan Amalan Murah Rezeki Ustaz Yusof Mansur .

Amalan murah rezeki ini adalah daripada seorang ustaz dari Indonesia, Ustaz Yusof Mansur. Ada tak antara anda yang mengenalinya?

Ustaz Yusof Mansur, Petua murah rezeki, amalan murah rezeki, murah rezeki, rezeki, tips murah rezeki
Ustaz Yusof Mansur

Beliau merupakan seorang pemimpin di pesantren Daarul Quran di Indonesia. Beliau banyak memberi ceramah-ceramah di seluruh Indonesia. Beliau juga banyak memberi jaminan murah rezeki kepada mereka-mereka yang mengamalkan sedekah.

Ana sering mengikuti rakaman ceramah beliau di youtube. Di dalam ceramah-ceramah beliau, beliau banyak menekankan konsep bersedekah. Malah, menekankan konsep kebergantungan kepada Allah dengan meminta kepada Allah apa-apa sahaja yang kita mahukan.


Berbalik kepada amalan murah rezeki yang dikongsi beliau ialah:
  1. Solat Awal Waktu
  2. Membaca Surah Al-Waqiah Selepas Solat Subuh Dan Asar
  3. Mengamalkan Surah Al-Waqiah,Al-Rahman, Al-Mulk Dan Yassin Setiap Hari
  4. Memperbanyakkan Sedekah
  5. Membaca 100 Kali Selawat, Istiqfar, Subhanallahi Wa Bihamdihi Dan La Ilaha Illallah.
  6. Membaca  Ya Fattah, Ya Razaq 11 atau 3 Kali Setiap Lepas Solat.

Mari kita cuba ikuti amalan-amalan ini. Peringatan ini untuk diri Ana juga. Inshaa Allah, Allah akan murahkan rezeki untuk kita.

Terima kasih kerana membaca Amalan Murah rezeki Ustaz Yusof Mansur



5 Rahsia Mulakan Perniagaan Mengikut Richard Branson

Richard Branson, tips bisnes, tips perniagaan, tips mula niaga, rahsia Richard Branson, tips kaya berjaya


Teks: Nurfarhana Arsad




Bismillahirrahmanirrahim.  


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamu'alaikum wbt.  


Apa kahabar anda di sana? Sihat kah?


Ana harap semuanya sihat-sihat ya.


Ada kah antara anda yang baru nak memulakan bisnes tapi masih blur-blur lagi tentang bisnes?
                                                                                   

Hari ini Ana nak berkongsi tentang 5 rahsia memulakan perniagaan mengikut Richard Branson.


1. Buat Yang Kita Suka

Buat apa yang kita suka akan memudahkan kita untuk mencapai kejayaan. Tahap fokus kita akan semakin tinggi kerana kita akan menjiwai setiap apa yang kita lakukan.

                               Do Wahat You Love, Love What you Do, passion, buat yang kita suka




2. Cipta Kelainan

Jangan takut untuk jadi berbeza. Cipta kelainan dengan cuba berfikir di luar kotak dan lakukan sampai habis. Ilmu yang luar biasa akan melahirkan keputusan yang luar biasa.


Robert Kiyosaki, Think Different, Fikir Luar Kotak, tips kaya, kaya, Cipta kelainan, kreatif




3. Pasukan Atau Team

Bisnes akan kosong jika tiada team kerana team kita adalah aset bisnes kita. Team yang merangkumi bisnes partner dan anak didik bisnes yang akan menentukan pendapatan kita.


Teamwork, bisnes partner, rahsia bisnes, rahsia perniagaan, mula perniagaan, tips bisnes
                                                               


4. Mendengar

Ketua yang hebat sanggup mendengar kritikan orang lain. Ambil kritikan dengan cara positif.  Dengar, ambil tahu, ubah, perbetulkan diri dan teruskan melangkah ke arahn kejayaan.

Tips Bisnes, Ketua yang baik, Tips niaga,




5. Menonjol

Orang tidak akan tahu kewujudan diri kita jika sentiasa menutup diri kita buat selamanya. Serlahkan diri kita dengan penuh keyakinan kerana kita adalah bisnes kita.


Ana harap perkongsian ini dapat membantu anda untuk memulakan bisnes anda.


Wassalam.


Kisah Inspirasi Natasha Anil Pelajar Sifufbads

Tips Kaya, tips bisnes, pelajar sifufbads, tips berjaya, inspirasi, motivasi

Teks: Nurfarhana Arsad

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamu'alaikum wbt.
                                                                                   
Untuk kita berjaya, kita perlu baca kisah kejayaan orang lain. Kisah bagaimana mereka MENGUBAH HIDUP MEREKA MENJADI SEORANG YANG BERJAYA.

Untuk motivasi hari ini, Ana nak berkongsi tentang KISAH INSPIRASI NATASHA ANIL. Seorang pelajar sifufbads yang telah mencapai kejayaaan dalam bisnes.

Ana dapat perkongsian ini dari website sifufbads (Di sini).

“Rase Nak Nangis Bile Teringat Jual Air Tin di Stadium Dulu, Tak Sanggup Nak Ingat Balik…”
                           Tips Kaya, tips bisnes, pelajar sifufbads, tips berjaya, inspirasi, motivasi
“Assalamualaikum fans SifuFBAds! Nama saya Natasha Helwa bt Ramlee,berumur 25 tahun saya adalah Founder Garsa Kitchen- iaitu Premium Homemade Sandwiches Deliver.. ”
“Tigt lg Seminar MISING CHAPTER kt KL mse 1st time sy g thun 2015 dlu.. Sifu ada bg idea byk giler, mmg Sifu bgtau scara general, sbb ada mcm2 bisnes dan niche kat situ.. Tp sy cuba relatekan dgn bussines saya. Alhmdullilah, sy boleh grab.. Balik jer, saya terus apply apa yg disuruh..”
“Seriously, dulu mmg fokus pd Instagram shj. Tapi tk lme tu, rse mcm dah ‘tepu’ IG ni. Tak leh gi dah… Panik gak! Jd sebab tu sy nak mula fokus 100% di Fb.. Lps buat tu. Rupanya, ternyata FBads ni lg gempak dia punya pukulan brbanding di IG!”
“No wonderlah.. Rmi budak IG pindah ke FBAds.. Dah hijrah bkn nak bgtahu.. hehe..”
“Dulu…. Saya seorg surirumah.. Kahwin awal. Tak ada pengalaman bekerja.. Habis jer Praktical semester 6 (Diploma Nursing UiTM Puncak Alam) terus kahwin..Husband tak suka kerja jd nurse. Jd, sy tak pernah pun bekerja.. Duduk aje dkt rumah.. Husband kerja sorg. Kerja makan gaji..”
“Hujung bulan husband dpt gaji, bayar itu ini. Habissss… Biasalah..”
“Susah jugak dulu.. Tk pernah rse beli baju baru.. Selipar baru.. Pakai je apa ada masa sebelum kahwin yg parents belikan tu.. Mmg tkde nk hidup mewah-mewah.. Tk pernah terfikir!”
“Tigt lg time pregnant dlu, mse tu teringin ssgt nk makan ais krim cone mekdi yg RM0.99sen tu.. RM0.99sen je okay, tapi serius.. Rse takut sggt nak minta husband.. Sbb tau, mesti xdpt.. Time tu kami tgh berjimat ssgt, bli mana yg penting sahaja.. Sy simpan je rasa kmpunan tu.. Sdih ssgt, tp sy sdar thp kmampuan kami..”
“Smpi stu mase tu, kita tgk kawan-kawan lain pregnant pakai baju pregnant. Kita.. Pakai t shirt besar2 je. Seluar pun ketat kt perut.. Sesak nafas.. Bknnya tknk beli bru, tp tak mampu! Mmg tk mmpu! Mmpu tgk je…”
“Sy cuba cri inisiatif sndri, aku tkleh duduk diam nih! So, sy cuba nk tlg husband…Sy mula ambil popia 1kg dr org.. Dan jual… Adala sikit2 dpt..”
“Yg bestnya, sy pernah TERJOIN MLM… Namun.. hmm.. Fhm-fhmlah..”
“Tu tkpe lagi, yg ni mmg sedih klu tgigt balik.. Sy prnah jual air tin kt stadium bila ada musim bola.. Time tu perut tgh sarat…Tggu time nk teberanak jer.. Dahla keadaan kt situ sesak ssgt.. Urgh.. Tkut nk bygkan balik.. Tp trpks buat utk SURVIVE!”
“Plg sedih.. Husband Simpan duit sebulan RM100 sbb nak bersalin nnt baby first, perlukan byk duit. Ada lah simpan dalam RM600.. Masa di hospital tgh checkup 8 bulan mengandung, ada org tiba2 dtg. Nak jual iphone 6 dia! Baru je keluar lg Iphone 6 mse tu. Dia kata dia desperate. Nak jual RM800 je! Harga asal RM2500. Kalau jual balik dpt untung banyak!”
“Tawar2.. Dapat RM600. terus pergi ATM keluarkan duit simpanan.. Takpelah. Keluar RM600 nanti jual balik HP tu, dptlah rm1800++”
“Jumpa org tu, beri RM600, dia bg kite iPhone 6!
HAPPY!”
“Nnt jom pergi trade in. Boleh beli brg dapur sikit” kata suami.. Masuk kereta terus.. seronok! Belek IPhone 6. Tapi… Rupanya… Iphone Palsu!!”
“Dapat iphone dalam ada bateri. RM600 melayang.”
“Yg dapat.. Resit ATM ‘Baki Wadiahsa RM2.70”
Sedih..
“3 hari 2 malam tunggu di hospital tu. Mana tau? Lelaki jual HP tu ada dtg lg. Nak mintak balik RM600. Itu duit nak beli barang baby. Nak berpantang nanti.lama simpan duit tu. Itu je yg ada…”
“Tapi…. Selepas hari ke 7 cari di hospital.. Takda. Org tu tkde dtg lg… Sy redha, kami akui tu kesilapan kami, kecuaian kami.. “
 “kisahnya brmula cmni, saya mmg suka memasak. Masak adalah Hobi tegar sy…. Serius ni!”
Tips Kaya, tips bisnes, pelajar sifufbads, tips berjaya, inspirasi, motivasi, Zizan

“Satu hari, sepupu nak buat majlis harijadi anak dia. Dia tanya, apa makanan ringkas yg senang nak dimakan, nak diambil. Saya kata ‘sandwiches!'”
“Dia beri duit utk beli bahan, berserta upah RM20. Dalam hati.. ‘Wah, tlg buatkan sandwich je pn, dpt RM20. Bestnye!'”
“Sampai di parti harijadi. Semua tny sepupu.. ‘kt mana beli sandwiches ni? Sedap sangattt!'”
“Igt lgi, time tu mcm2 soalan yg dtg.. Dorg tny.. ”
“Kat mana tempah sandwich ni? Saya tak suka sandwich tp sy dh mkn 5 keping!”
“Terror nye u buat sandwich! U ada cafè ke?”
“U mmg ada ambil tempahan buat sandwich ke? Sedap sangat sangattt!”
“Cuba u try masukkan dlm FB/IG! Sure meletop! Sbb sekarang ni susah nak cari finger food mcm ni. Yg ada online kenanyakkan cake cake cake aja!”
“Peh time tu mmg berkobar2, mmg semangat gler, masuk jer dlm kereta terus cerita kat husband. Dan minta izin dan restu, kalau boleh try meniaga sandwiches online..”
“Husband bg green light! Parents bg kata2 semangat!”
“Balik rumah saya Terus cari satu nama brand. Saya jumpa perkataan Garsa. Bahasa Latvian yg bermaksud Kesukaan! Terus download apps di HP. Design logo sendiri.”
“Duit nafkah husband beri setiap bulan, pergi kedai printing. Print logo yg design dr HP tadi. Balik gunting. Dan tampal di kotak. Singgah Giant, beli 3 buku roti. 1 papan telur. 1 botol mayonis..”
“Malam tu tk boleh tidur. Sebab esok pagi nak bangun, nak siapkan 5 kotak sandwich utk bagi kawan2 rasa di ofis mereka. Hantar di ofis makcik sekotak. Hantar ke ofis kakak ipar sekotak. Hantar kt ofis husband sekotak…”
“Igt lg.. Sy ade pesan.. Bagi kawan2 rasa.. Kalau suka, nombor ada di kotak. Boleh order anytime!”
“Esok tu… Ada 3 kotak tempahan! Hoorayy! Happy ssgt!”
 “Time tu sayalah ke pasar pagi 3am setiap hari beli bahan.. Sayalah balik rumah prepare bahan..Sayalah yg membuat sandwiches.. Sayalah yg menghantar sandwiches..Mmg penat! Tp seronok…”
“Semuanya SAYA lakukan sendiri. Sambil dukung anak 11bulan.. ”
“Kini makin betmbah.. Alhamdulillah.. Dari 10 kotak sehari.. Hinggalah 15.. Hinggalah 30 kotak….”
“Time tu tibe2 demand tinggi.. Org dh mula nmpk.. Mse tu mmg sibuk ssgt.. Mmg pnat giler.. Smpikan sy prnah accident, sebab terlelap masa balik dr pasar.. Prnh juga jatuh tergolek dgn baby semasa naik tangga nak deliver sandwich ke ofis.. Tak larat sgt time tu.. Habis sandwich suma terbalik. Kaki terseliuh. Baby lebam di mulut..”
“Lama lama.. Husband tlg deliver sebelum ke tempat kerja.. Hari hari punch kad merah.. Boss dah warning….”
“Takut kerja tak berkat.. Husband berhenti kerja dan tolong saya… Ye, husband sy yg dh kerja 11 tahun tu berhenti kerja. Sbb nak sama sama buat Garsa Kitchen ni sampai berjaya.. Kami percaya rezeki Allah tu 9/10 dri perniagaan..”
“Sehinggalah sekarang… Kami berdua tag team naikkan Garsa Kitchen. Dari tiada staff. Kini ada lebih 15 org staff… Husband fokus pda production.. Saya pd marketing.. Alhamdulillah, syukur ssgt.. Tk pernah jangka smua ni akan brlaku.. Sy tahu rezeki sy pasti ada, Allah akan tunaikan, yg pnting jgn give up.. “

Pesanan Natasha Anil buat Fans Sifufbads…
1. BIG WHY
Tetapkan apa Big Y kita. Bila kita dh ada idea utk sesuatu benda tu, terus buat! Buat sampai jadi!
2. JANGAN BERTANGGUH
Terus buat bila dah dpt idea-idea yg ohsem.. because it is now or NEVER!
3. TETAPKAN MATLAMAT & GOALS
Nyatakan matlamat anda, dan apa goals yg nak dicapai.. Kmudian follow step by step apa yg dah dipelajari..
4. NEVER GIVE UP
Jgn senang give up. Igt balik Big Why kita. Kenapa kita start ni semua. Buat dgn konsisten.
5. CARI ILMU & MENTOR
Sentiasa timba ilmu. Ilmu takkan habis utk kita belajar. Cari mentor…. Dah jumpa, dah dapat, dah belajar… BUAT SAMPAI JADI!

Bagaimana? Terinspirasi?

Semoga kisah beliau menjadi inspirasi untuk kita. Ana harap anda juga jadikan kisah kak Nora sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam bisnes.
Terima kasih kerana membaca KISAH INSPIRASI NATASHA ANIL PELAJAR SIFUFBADS.
Wassalam.




Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047