Thursday 27 October 2016

NUTRIEN-NUTRIEN YANG DIPERLUKAN IBU HAMIL


Teks: Farhana Arsad
Foto : Simpanan Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan  Nutrien-nutrien  Yang Diperlukan Ibu Hamil.

Setiap ibu hamil memerlukan nutrient dan vitamin yang mencukupi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan untuk kesihatan ibu hamil sendiri.

Sekiranya kita tidak mendapat, nutrient yang mencukupi, pelbagai masalah kehamilan mungkin timbul. Antaranya, masalah kekejangan otot dan sakit gigi ketika hamil disebabkan kekurangan kalsium.

Ana ada kongsikan berkenaan masalah-masalah kehamilan yang mungkin akan timbul sekiranya kita kekurangan nutrisi yang lengkap di dalam tubuh badan.

Antara perkara yang ingin Ana ingin kongsikan di dalam Nutrien-nutrien  Yang Diperlukan Ibu Hamil ini ialah:
  • Nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi
  • Peranan nutrient untuk ibu hamil
  • Masalah yang timbul sekiranya kekurangan nutrien

NUTRIEN YANG DIPERLUKAN IBU HAMIL


Antara nutrient yang penting untuk bayi dan ibu hamil ialah protein, folik asid, kalsium, omega 3, zat besi, vitamin B dan vitamin C. Setiap nutrient mempunyai peranan tersendiri.

PERANAN NUTRIEN UNTUK IBU HAMIL


Nutrien
Peranan Nutrien
Protein
  • Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembinaan sel dan tisu di dalam tubuh bayi.
  • Protein juga diperlukan untuk pembentukan placenta, tisu amnion dan penghasilan susu ibu.
  • Protein juga diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, tisu, hormon dan enzim tubuh ibu hamil sendiri.

Asid folik
  • Asid folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi di dalam kandungan.
  • Asid folik juga mencegah kecatatan spina bifida bayi ketika lahir.

Kalsium
  • Kalsium diperlukan untuk menjamin pembentukan otot, otak, tulang dan organ-organ tubuh bayi.
  • Kalsium membantu bayi mendapat tulang dan gigi yang kuat.
  • Kalsium juga diperlukan oleh ibu untuk mencukupkan keperluan seharian dan menghalang kekejangan otot ibu hamil semasa mengandung.

Asid lemak Omega-3
  • Omega-3 diperlukan untuk sistem saraf dan retina bayi.
  • Omega-3 juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.

Zat besi
  • Zat besi diperlukan untuk membentuk haemoglobin dalam darah ibu dan bayi.
  • Zat besi yang mencukupi boleh mengelakkan ibu hamil keletihan dan mendapat anaemi.

Vitamin C
  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu hamil untuk melawan penyakit.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dalam tubuh ibu hamil.

Vitamin B
  • Vitamin B menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin B juga membantu ibu hamil terhindar dari stress dengan membantu kesihatan fungsi saraf ibu.


MASALAH YANG TIMBUL SEKIRANYA KEKURANGAN NUTRIEN


Nutrien
Kesan Kekurangan Nutrien
Protein
Pembentukan sel bayi tidak mencapai tahap optimum.
Folik asid
Anak berisiko mendapat kecatatan spina bifida ketika lahir.
Kalsium
Mudah mendapat kekejangan otot, sakit gigi semasa hamil.
Asid lemak Omega-3
Ibu mudah lupa kerana DHA diserap bayi di dalam kandungan.
Zat besi
Ibu mudah mendapat anaemia.
Vitamin C
Senang dijangkiti penyakit terutama demam, batuk dan selesema semasa hamil.
Vitamin B
Ibu mudah letih.

Kita dapat lihat pentingnya nutrient untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Kekurangan nutrient boleh menyebabakan pelbagai masalah kehamilan yang boleh mengganggu kesihatan ibu hamail dan bayi di dalam kandungan.

Oleh itu, ibu hamil perlulah menambah keperluan nutrient di dalam diet seharian. Antara cara termudah adalah melalui pengambilan set kehamilan Shaklee yang mengandungi nutrient-nutrien yang diperlukan ibu hamil.
                                                                       
Alhamdulillah, Ana merasakan kesihatan Ana meningkat sejak mengambil Set kehamilan Shaklee / set Mengandung Shaklee semasa hamil ini. Kesihatan kita dan anak dalam kandungan bagi Ana sangat penting.
Set Kehamilan Shaklee Set Mengandung Shaklee
Set Kehamilan Shaklee Set Mengandung Shaklee


Nikmat kesihatan adalah lebih penting berbanding wang ringgit. Kalau duit banyak tapi dihabiskan untuk membayar bil hospital, hilang lah nikmatnya. Betul, kan?

Ana sendiri sudah merasai kebaikan set ini sejak amalkannya beberapa bulan lepas semasa hamil. Ana mahu juga ibu hamil di luar sana menjalani kehamilan dengan bahagia tanpa apa-apa masalah kesihatan.

Untuk info lanjut, anda boleh baca perkongsian ana berkenaan, Bagamana set kehamilan Shaklee membantu ibu hamil sihat cergas?

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan yang terbuku di hati ibu hamil, boleh lah hubungi Ana ya. Insya Allah Ana cuba tolong mana yang boleh Ana tolong.


Buat ibu yang berhasrat nak memberi yang terbaik kepada bayi yang dikandungkan dan nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee yang paling lengkap, boleh hubungi Ana untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee yang terbaik.

Sekiranya ibu hamil mahu mencuba beberapa item, mengikut bajet anda, boleh juga hubungi Ana di 017-9376047.


Terima kasih kerana membaca Nutrien-nutrien  Yang Diperlukan Ibu Hamil.

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047