Thursday 30 March 2023

7 Idea Menu Sahur Sihat Mudah Untuk Kekal Cergas Bertenaga

Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita berpuasa kan. Macam mana puasa anda? Ana harap anda semua dapat menjalani ibadah puasa ni dengan lancar.



Hari ni Ana nak share pasal idea menu sahur sihat memandangkan kita pun ada lagi 3 minggu di bulan puasa. Moga dengan perkongsian ana ini dapat memudahkan anda menyediakan menu sahur.


SAHUR


Tentu anda semua tahu kan yang amalan bersahur penting bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu kita berpuasa. Amalan bersahur semasa berpuasa adalah penting sehinggakan sangat dituntut dalam Islam seperti di dalam hadis di bawah. 




MENU SAHUR SIHAT

 

Makanan yang kita ambil semasa sahur amat penting ya. Menu sahur yang kita ambil perlu memenuhi keperluan tenaga seharian sepanjang kita berpuasa. Barulah kita cergas bertenaga tak lesu.

Sejak ana kecil, menu sahur kebiasaan keluarga ana adalah nasi putih, lauk sayur dan lauk bersumber protein seperti ayam, ikan atau telur. 

Tahukah anda, menu sahur sihat adalah seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein. Anda boleh mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.

Dengan pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat bantu anda kurangkan rasa lapar. Penambahan protein seperti ayam, daging, telur dan ikan pula bantu anda kenyang lebih lama.

Telur salah satu sumber protein.

Selain itu, pengambilan air juga perlu mencukupi sepanjang dari berbuka hingga sahur. Air yang cukup dapat mengelakkan kita dari dehidrasi semasa berpuasa.

Sebenarnya, pengambilan menu sahur sihat juga dapat membantu kita berpuasa dengan mudah tanpa gangguan masalah seperti lesu, mengantuk, cepat lapar dan juga masalah kesihatan seperti sembelit, pedih perut, makanan tak hadam dan sebagainya.



IDEA MENU SAHUR SIHAT


Disini ada 7 idea menu sahur sihat yang anda boleh cuba. Inshaa Allah 

dengan idea menu sahur yang sihat ini, anda dapat berpuasa dengan sihat, cergas bertenaga. Dan dapatlah memanfaat sepenuhnya kedatangan Ramadhan ini dengan melakukan amalan amalan yang memperbanyakkan pahala. 


1) Idea Menu Sahur sihat: Bubur oat

Bubur oat.

Bubur oat sangat sesuai untuk anda yang berpuasa kerana oat mempunyai khasiat yang menjadikan anda bertenaga sepanjang hari. Anda boleh tambah protein seperti ayam, daging, telur atau ikan bilis bagi melengkapkan keperluan protein dan sayur sebagai serat.



 2) Idea Menu Sahur sihat: Overnight oat

Overnight Oats.

Overnight oats adalah menu sahur sihat yang mudah dibuat. Anda hanya perlu campur oat, susu atau yogurt, buah-buahan seperti pisang, blueberry, strawberry dan bijiran seperti kacang, chia seeds.



3) Idea Menu Sahur sihat: Nasi, sayur dan protein.

Nasi dan lauk.

Gabungan nasi, sayur dan protein menjadi menu kebanyakan kita. Menu sahur ini memberikan tenaga yang cukup selama berpuasa karena mengandung protein dan karbohidrat dan serat yang seimbang.



4)  Idea Menu Sahur sihat: Sandwich telur 

Sandwich telur.


Anda hanya perlu merebus telur, meletakkan telur di roti bersama sayur seperti salad, tomato. Boleh juga tambah mayonis sebagai penambah rasa.


5) Idea Menu Sahur sihat: Omelette dengan sayur

Omelette dengan sayur.

Telur mempunyai kandungan protein tinggi yang boleh membantu menahan lapar. Resepi ini juga sangat menyihatkan kerana boleh ditambahkan serat seperti kacang pis, lobak merah dan kubis. 



6) Idea Menu Sahur sihat: Salad

Salad ayam.

Salad juga boleh menjadi menu sahur sihat yang praktikal. Anda boleh tambah kentang kepada salad sebagai sumber karbohidrat. Timun dan tomato juga boleh ditambah.

Anda juga boleh mendapatkan protein dari daging, ayam, tuna, keju atau telur. Mintak zaitun dan mayonis boleh juga ditambah sebagai sumber lemak.



7) Idea Menu Sahur sihat: Smoothie

Smoothie rashberry.

Anda hanya perlu mencampurkan susur Segar,oat, buah buahan pilihan dan kisar. Selepas itu, anda boleh menikmati menu sahur sihat ini.



SET PUASA SHAKLEE


Untuk idea menu sahur sihat yang paling mudah, saya cadangkan anda boleh mencuba Set Puasa Shaklee. 


Set puasa shaklee ini ada cinch Shake yang berperanan sebagai meal replacement, protein yang Bantu kenyang lebih lama. Ada ESP kaya serat dan protein. Serta Cinch tea yang bantu anda segar sepanjang hari.




Semoga idea menu sahur sihat yang saya kongsikan dapat bantu anda semasa bersahur. Selamat mencuba.


Nak set puasa Shaklee, meh ketuk pintu wasap Ana.



#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Friday 24 March 2023

Seronok Dan Meriahnya Shaklee Fun Day

 

Assalamualaikum semua. Ana doakan anda semua sihat sejahtera.



Tahu tak, pada hari sabtu, 18 mac 2023, Shaklee ada mengadakan Shaklee Fun Day di  Shaklee Home Office PJ, dan di beberapa cawangan Shaklee iaitu di Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Johor Bharu.

Pada hari itu, Shaklee menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk ahli baru yang ingin mendaftar dan juga untuk ahli Shaklee yang sedia ada.

 

 

UNTUK AHLI BARU

 

1. Ahli baru yang mendaftar dengan RM35 atau belian produk Shaklee bernilai 100 uv anggaran RM450 , akan mendapat percuma Payung Shaklee.

2. Belian untuk 150 uv dalam satu resit pula, akan mendapat percuma payung shaklee dan buku nota  Shaklee.

3. Belian untuk 200 uv dalam satu resit pula, akan mendapat percuma paying Shaklee, buku nota shaklee dan City Bag Shaklee.

4. Belian untuk 300 uv dalam satu resit pula, akan mendapat  percuma payung Shaklee, buku nota shaklee, city bag shaklee dan D’daun bag

5. Yang paling best, ahli baru yang mendaftar dengan belian 500 uv dalam satu resit,  akan mendapat percuma 5 barang iaitu payung shaklee, buku nota shaklee, city bag shaklee, D’daun bag dan Alfalfa Complex (L)

 

 

Antara barang percuma untuk ahli baru.


UNTUK AHLI SEDIA ADA 

 

1. Belian 100 uv dalam satu resit, layak untuk mendapat Pouch & Ceramic Mug with Lid 400 ml

2. Belian 150 uv dalam satu resit pula, layak mendapat Pouch, ceramic mug with lid 400 ml dan buku nota Shaklee.

3. Belian 200 uv dalam satu resit pula, layak mendapat pouch, ceramic mug with lid 400 ml, buku nota Shaklee dan blue shimmer cosmetic case.

4. Kalau beli 300 uv dalam satu resit pula, layak mendapat pouch, ceramic mug with lid 400 ml, buku nota Shaklee, blue shimmer cosmetic case, YOUTH Cleanse dan Firm Device.

5. Yang paling best, ahli Shaklee sedia ada yang membeli 500 uv dalam satu resit pula, layak mendapat lagi banyak barang percuma. Antaranya, pouch, ceramic mug with lid 400 ml, buku nota Shaklee., blue shimmer cosmetic case, YOUTH cleanse, firm device, Alfalfa Complex (L) dan Shopping Grocery Bag.

 

Antara barang percuma untuk ahli sedia ada.



PROMO YOUTH ISTMEWA PADA SHAKLEE FUN DAY

 

Promo Youth

Promo set Youth



BESTNYA SHAKLEE FUN DAY






Antara master dan leader Family Duta Vivix yang menghadiri Shaklee Fun Day.



Bila ada promo Youth memang wajib grab.


Ramai yang tak lepaskan peluang grab promo di Shaklee Fun Day


Aktiviti seumpama Shaklee Fun Day ini  sedikit sebanyak dapat membantu pengedar Shaklee dalam mengembangkan Bisnes Shaklee mereka. Bila bisnes Shaklee mengembang, jualan meningkat, bonus pun meningkat. Ini tangga bonus yang boleh dicapai oleh pengedar Shaklee sehingga menjadi leader.


Bonus yang boleh diperoleh pengedar Shaklee


Kalau anda tak berpeluang untuk join Shaklee Fun Day ini,  anda boleh join Shaklee fun Day yang akan datang. Kalau anda bersedih sebab tak dapat grab apa apa promo Shaklee Fun Day, jangan risau. 

Promosi Shaklee untuk bulan Mac 2023 ini masih lagi ada. Boleh wasap Ana untuk tanya lebih lanjut tentang promo Shaklee Mac.

Kalau dan nak  buat duit  dengan bisnes Shaklee, ana  jemput anda turut sama join  dalam team ana Jom.

 

#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Wednesday 22 March 2023

Keburukan Intermittern Fasting Yang Ramai Tak Tahu

 


Assalamualaikum hai semua. Sihat?

Minggu ni ramai yang busy dengan anak baru mula sekolah. Anak sulung Ana, kakak Wardah mula naik darjah 1. Kelam kabut jugak lah. Huhu. Lepas ni kita sibuk persediaan puasa pulak. Banyak manfaat berpuasa sebenarnya selain menyihatkan badan.

Firman Allah di dalam Al-Quran berkaitan puasa.

 

PUASA, INTERMITTENT FASTING

Selain berpuasa Ramadhan, kita mesti pernah dengar dengar tentang puasa intermittent fasting kan? Ana sebenarnya nak cerita pasal keburukan Intermittent Fasting yang ramai tak tahu. Eh? Intermittent fasting ada keburukan?

Selalunya kita banyak dengar yang indah indah sahaja tentang intermittent fasting je kan? Antaranya bantu berat turun lebih cepat sehingga kan intermittent fasting atau singkatannya IF menjadi trend dan diet yang popular dalam kalangan selebriti dan orang ramai.


Ok ya sebelum tu, baru-baru ni Master Norita upline master Ana ada menganjurkan satu kelas Nutraceutical secara offline dan online yang disampaikan oleh Dr. Redza Benjamin, seorang Saintis lulusan Harvard Medical School yang berkepakaran dalam bidang Nutrigenomics.

 

Kelas bisnes Shaklee dan juga kelas Dr Redza.

Dr Redza yang kini sembuh dari kanser tanpa chemotherapy.


Dr. Redza ni seorang bekas pesakit kanser tahap 4. Alhamdulillah beliau sembuh dan masih mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau ada berkongsi ilmu tentang kelebihan berpuasa dalam menurunkan berat badan.

 

AUTOPHAGY

Kebaikan berpuasa pada badan kita mengikut jam.


Rajah di atas menunjukkan bagaimana sistem badan kita bertindak semasa kita berpuasa. Selepas 18 jam, proses autophagy bermula. Proses autophagy ni proses yang sangat penting untuk kita ada sel-sel yang sihat.

 

KAITAN AUTOPHAGY DENGAN INTERMITTENT FASTING


Autophagy ini adalah cara sel-sel membersihkan dirinya yang rosak, untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat. Mekanisme autophagy memberi peluang badan memelihara badan di mana ia boleh keluarkan sel yang rosak dan kitar semula bahagian-bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.


Proses autophagy di mana sel diperbaharui.


Dengan intermittern fasting, kita dapat mencapai autophagy. Tapi, dengan berpuasa kita dapat mencapai tahap autophagy 3x lebih cepat berbanding intermittent fasting.

 

Kelebihan sistem autophagy.

KEBURUKAN INTERNMITTERN FASTING YANG RAMAI TIDAK TAHU



Ok ini adalah antara keburukan intermittern fasting yang ramai tak tahu. Mari ana terangkan lebih lanjut. 😊


  1. TIADA PANDUAN KHUSUS PELAN PEMAKANAN HARIAN.


Salah satu keburukan intermittent fasting ialah tiada kaedah atau panduan pengambilan pemakanan yang tertentu yang dapat digunakan sebagai rujukan bagi orang yang baru nak memulakan intermittent fasting. Kaedah yang boleh dijadikan panduan hanya lebih kepada kaedah menghadkan tempoh makan. Iaitu contoh intermittent fasting yang paling ramai buat ialah feeding window; makan selama 8 jam, dan fasting window; berpuasa selama 16 jam.


Apabila tiada panduan kaedah pemakanan untuk intermittent fasting yang betul, kita berisiko untuk makan berlebihan dari kalori yang diperlukan dan mengambil makanan mengandungi lebihan gula garam. Kesannya, kejayaan untuk menurunkan berat badan agak sukar dicapai.

 

2.TAHAP COLLAGEN BERKURANGAN SEBANYAK 90%.

 

Antara keburukan Intermittent Fasting juga ialah menyebabkan penuaan kulit. Apabila kulit kekurangan collagen sebanyak 90% melalui internmittent fasting, kulit akan jadi kering dan hilang keanjalan.

Kadang kala ada orang yang mengamalkan intermittent fasting turun berat badan, kurus tetapi kulit pun turut kendur. Kenapa?


Apabila berat badan berubah, kolagen yang dapat dihasilkan badan turut berubah. Jadi, apabila kolagen semakin berkurangan dalam badan, kulit pun akan jadi kurang elastik, kering dan tidak anjal. Kesannya kulit kendur dan berlaku kedutan.

Jadi, untuk elakkan kulit kulit kendur dan kedut, adalah lebih baik jika kita turut mengambil kolagen sebagai supleman pekengkap bila buat intermittent fasting atau kita berpuasa. Jadi kita pun dapat kurus dengan kulit yang cantik dan anjal.

Dan semestinya anda boleh ambil Collagen Powder Shaklee antara kolagen terbaik bagi mencantikkan dan menganjalkan kulit serta pelabagai manfaat lain.

 

Manfaat collagen Powder Shaklee yang membantu semasa berpuasa atau intermittent fasting.

3. KULIT GATAL.

 

Antara lain keburukan Intermittent Fasting ialah menyebabkan kulit gatal. Kulit kering, menggelupas sehingga menjadi gatal dan menyakitkan boleh terjadi semasa intermittent fasting dan berpuasa Ramadhan atau sunat. Kulit gatal ini berpunca dari kesan dehidrasi atau kekurangan air semasa berpuasa.

Kulit gatal-gatal.


Untuk mengelakkan kulit anda daripada gatal semasa melakukan intermittent fasting, anda boleh:

Minum air secukupnya. Ambil air 1 liter bagi setiap 25kg berat badan.

Mengambil air Performance Drink Shaklee. Performance Drink mengandungi elektrolit yang dapat membantu keseimbangan cecair tubuh disamping mengelakkan daripada berlakunya dehidrasi. Bila terhidrat, kegatalan kulit dapat dielakkan.

 

Manfaat performance Drink Shaklee yang membantu dalam berpuasa atau Intermittent fasting.



4. MUDAH MOODY.

 

Cepat moody juga merupakan salah satu keburukan intermittent fasting. Bila berdiet dengan intermittent fasting, kita akan selalu murung, diganggu rasa cepat rasa lapar dan pening, penat, lesu, lenguh-lenguh.

Moody atau mood tidak stabil bila berpuasa atau intermittent fasting.


Walau bagaimanapun, kita boleh elakkan keadaan ini dengan mengambil suplemen. Contoh nya dengan pengambilan B complex, kita dapat mengawal mood kita. Untuk elak lenguh-lenguh kita boleh ambil pula suplemen kalsium Shaklee iaitu osteonutrix Shaklee.

 

5. GANGGUAN TIDUR ATAU INSOMNIA.

 

Tidur terganggu juga merupakan keburukan Intermittent Fasting. Rasa lapar yang keterlaluan semasa melakukan intermittent fasting boleh menyebabkan tahap kortisol kita meningkat. Kortisol ini ada lah sejenis hormon yang dihasilkan ketika badan stress dan gula dalam badan rendah.

Keadaan lapar berpuasa malam  semasa intermittent fasting, menyebabkan peningkatan hormon kortisol. Apabila paras hormon kortisol tinggi dalam badan, hormon melatonin akan rendah. Hormon melatonin ini amat diperlukan oleh badan untuk buat kita mengantuk dan mendapatkan tidur yang lena. Jadi, bila hormon kortisol yang tinggi ini akan menyebabkan Kita insomnia dan sukar tidur malam.

Insomnia atau masalah tidur akibat lapar.


Namun, anda boleh mengambil ESP Shaklee atau cinch Shake Shaklee sebagai meal replacement bagi memberi kesan kenyang yang lebih lama semasa melakukan intermittent fasting. Anda jugak boleh mengambil ResV yang mengandungi polifenol yang dapat bantu tidur lena.


CARA MENINGKATKAN PROSES AUTOPHAGY


Untuk membantu meningkatkan proses autophagy, Kita boleh mengambil perkara-perkara yang membantu kita dalam berpuasa seperti set puasa Shaklee.

Di sini ada beberapa jenis Supplemen Terbaik yang dapat membantu kita mengaktifkan autophagy:

  • resveratrol (iaitu sejenis polifenol)a
  • staxantin (juga sejenis polifenol)
  • Berberine
  • Citrus Bergamot
  • Turmeric

Dalam Shaklee ada resveratrol yang dapat membantu proses autophagy iaitu Vivix Shaklee.

Bahan utama dalam vivix.


Manfaat vivix.


Dengan pengambilan suplemen atau makan tambahan yang mengaktifkan autophagy, tubuh kita dapat mencapai proses autophagy secara maksimum. Ibarat puasa sikit hari je tapi proses autophagy yang dicapai macam berpuasa banyak hari. Best kan?

KESIMPULAN


Kesimpulannya, Intermittent Fasting membantu proses autophagy atau proses memperbaharui sel dalam tubuh kita. Walau bagaimanapun puasa Ramadhan 3 kali lebih cepat capai autophagy berbanding Intermittent fasting. 


Tapi untuk capai maksimum autophagy dan menurunkan berat badan dengan lebih sihat semasa intermittent fasting, serta kurangkan kesan buruk semasa berpuasa atau Intermittent fasting, lebih baik jika ditambah suplemen atau vitamin yang sesuai dengan anda untuk kelengkapan nutrien dalam badan kita.


Antara suplemen Shaklee.





Nak turunkan berat badan dengan sihat, nak puasa dengan sihat, meh wasap Ana. 😊


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Thursday 16 March 2023

Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

 Assalamualaikum. Hai semua. Sihat ke? Harap anda semua sihat di samping keluarga tercinta. 

Hari ni Ana nak berkongsi dengan anda tentang kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia.


MULA AMBIL SHAKLEE


Ana mula-mula terjebak dengan Shaklee sejak tahun 2015 semasa sedang mencari produk untuk turunkan berat badan untuk nampak lebih ramping semasa majlis perkahwinan Ana. Dan Ana telah mengambil Set Kurus Shaklee sebagai permulaan.

Sejak turun berat banyak dengan set kurus shaklee lah, Ana menjadi pengguna Shaklee sehingga hari ini. Walau pun kadang kala ada masanya culas dengan pengambilan supplement, Alhamdulillah hati tetap pada Shaklee. Cewahhh. Huhu.


KENAPA SHAKLEE SUPPLEMENT TERBAIK DI MALAYSIA


Untuk anda yang tercari cari supplement untuk kekal sihat, anda mesti nak supplement yang terbaik kannn? Selain berkesan, mesti anda nak yang tak berisiko dan tak berbahaya kepada kesihatan anda kan?

Bagi Ana anda kena pilih Shaklee sebagai supplement pilihan anda. Kenapa? Jom Ana terangkan.


Shaklee komited menghasilkan produk yang natural.


Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.

Produk Shaklee adalah berstatus semulajadi dan mesra alam. 

Semua produk Shaklee adalah bebas gluten.

Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.


Untuk makluman anda Slogan Shaklee adalah: Safe, Proven, Effective.



PRODUK SHAKLEE ADALAH SELAMAT.


Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk semua pengguna.


Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. 


Shaklee juga menjalankan lebih 300 ujian ke atas bahan pestisid mengikut kehendak United States Pharmacopeia (USP). Semuanya untuk memastikan supplement Shaklee selamat untuk semua.



PROVEN. SUPLEMEN SHAKLEE ADALAH TERBUKTI.


Lebih daripada 125 jurnal saintifik telah berjaya Shaklee terbitkan. Produk Shaklee dengan sokongan  125 jurnal saintifik menunjukkan ia mampu memberikan kesihatan terbaik untuk anda.


Salah satu kajian adalah Landmark Study yang menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mendapat kesan kesihatan yang lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.


Kajian Telomere pula menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).

DR. ELIZABETH BLACKBURN
2009 Nobel Prize Winner in Medicine

Dr. Blackburn saintis Shaklee yang mengkaji kajoan berkaitan telomere.


EFEKTIF. SUPLEMEN SHAKLEE ADALAH EFEKTIF.


Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik lepas menggunakan Shaklee. Ini menunjukka anda pun mampu hidup lebih sihat dengan Shaklee.


Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.


Produk Shaklee pun turut digunakan world-class Shaklee Pure Performance Team athletes hingga ke angkasawan NASA.



Bagi ana. Shaklee adalah terbaik untuk anda pilih sebagai supleman untuk tingkat kesihatan anda. Untuk seberang pertanyaan berkaitan supleman yang sesuai dengan anda, boleh wasap Ana di 0179376047.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Tuesday 14 March 2023

KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

 

Assalamualaikum.Hai semua!


Tinggal berapa hari lagi kita nak berpuasa. Lepas puasa, mesti lah raya kannn. Masa raya nantilah masanya  kita nak melawa, nak nampak slim, kurus ramping bila pakai baju raya baru. Jadi, Ana nak kongsikan dengan korang cara mudah nak kurus sebelum raya.



CARA MUDAH NAK KURUS SEBELUM RAYA


Pertama, korang kena banyak minum air masak. Cukupkan pengambilan air dari berbuka hingga bersahur. Untuk 25kg berat badan, korang kena ambil 1 liter air. Jadi, kalau berat korang 75 kg, korang kena ambil 3 liter air. Kenapa kena ambil air banyak? Air ni berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Bila kurang toksin, lemak dapat disingkirkan., berat korang akan cepat dapat turun.

Ambil air secukuonya.


Kedua, korang kena kurangkan garam dan gula. Kenapa? Gula dan garam ni berfungsi sebagai perasan dalam makanan dan minuman. Namun, gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Garam berlebihan pula boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, bila berlebihan garam dan gula, ia akan menghalang proses penurunan berat badan dengan cepat.

Kurangkan gula dan dan garam untuk turun berat.


Ketiga, korang kena ambil makanan yang kurang kalori dari keperluan korang. Kalau pemakanan tinggi kalori, kita akan senang naik berat. Kalau kurang kalori pula, kita lagi mudah kurus. Begittu. Untuk itu korang kena amik tahu berkenaan pengiraan kalori. Antara hidangan yang kurang kalori adalah pengambilan makanan secara suku suku separuh semasa berbuka dan bersahur.

Pemakanan suku suku separuh.

Kalau anda nak cara yang lebih mudah kurus ramping sebelum raya adalah dengan mengambil Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You.


𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢 𝗦𝗘𝗧 𝗛𝗘𝗟𝗟𝗢 𝗡𝗘𝗪 𝗬𝗢𝗨𝗦𝗘𝗧 𝗞𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗦𝗛𝗔𝗞𝗟𝗘𝗘 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗦


Untuk pengetahuan anda set Hello New You ini adalah set kurus Shaklee paling laris. Ramai yang dah kurus dan turun berat dengan set ni.

Namun yang sedihnya, ini bulan terakhir untuk promo Set Hello New You ni. Jadi pastikan korang grab ya.

Set Hello New You


Fungsi Set Kurus Shaklee:

1. Meningkatkan metabolisme supaya lemak lebih cepat terbakar

2. Memecahkan lemak, menghalang pengumpulan lemak & mengeluarkan toksin 

     dari hati.

3. Memberi rasa kenyang lebih lama dan mengawal craving

4. Membina otot supaya tak menggeleber apabila lemak terbakar.

5. Memudahkan pelawasan & mengeluarkan lemak dan toksin dari badan



Kini dengan SET KURUS SHAKLEE HELLO NEW YOU, korang akan dapat:

1. Nutrisi penting bantu turunkan berat badan dengan sihat : 2 tin Cinch Shake 

    Choc, 1 Omegaguard, 1 Lecithin, 1 Herblax.

2. FREE Membership (worth RM35)

3. FREE Postage (worth RM10

4. FREE Green Shaker (worth RM15) - For New Registration Only

Oh ya. 1 tin cinch shake coklat itu percuma juga ya.




Yang lagi best, apabila anda dapatkan Set Hello New You dengan Ana ni, secara automatik anda akan dapat GROUP SUPPORT PERCUMA PROGRAM IFLAT yg akan membantu anda dalam proses kurus dan turunkan berat badan.


Ini antara testimoni peserta yang mengambil set Hello New You yang jugak turut serta dalam program IfLAT.

 












Sebelum tu korang, suka Ana ingatkan. Walaupun korang nak kurus dengan set kurus Shaklee, jangan lupa jugak untuk ambil Set Puasa Shaklee. Set puasa Shaklee ni boleh bantu korang berpuasa dengan sihat, cergas dan bertenaga. Takdalah korang letih lesu melepek tepi katil sepanjang berpuasa. Huhu.

 

Oh ya. Kalau korang nak grab Set Kurus Shaklee Hello New You ni, boleh wasap Ana ya.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047