Saturday 25 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Dan Patut Jadi Pilihan Anda

 

Assalamualaikum. Apa khabar anda semua? Hari ini Ana nak berkongsi tentang komuniti bisnes shaklee yang sangat best. Faktor komuniti ni penting tau untuk keseronokan kita berbisnes dan masa depan kita dengan sesuatu bisnes itu. 

 

Blog, Farhana Arsad, Komuniti shaklee, Komuniti Bisnes Shaklee,

Pejam celik pejam celik tahun ke 8 Ana berada di dalam bisnes Shaklee. Walau ada bisnes lain yang Ana jalankan, Shaklee berbeza dan komuniti bisnes Shaklee sangat best ni bagi Ana takkan dapat dimana-mana bisnes lain.

 

9 SEBAB KOMUNITI BISNES SHAKLEE SANGAT BEST


 Ok. Ana share ya kenapa Komuniti Bisnes Shaklee ni sangat best hingga buat Ana terus setia dengan Shaklee ni. 


1) Adanya pengisian rohani. Bisnes Shaklee bukan lah bisnes yang hanya mengejar sales semata-mata. Untuk mendapat sales, marketing biasanya ditekankan. Tapi dalam Shaklee, marketing langit turut diutamakan. Marketing dengan Allah. Di sini, aspek pengisian rohani ditekankan.  Upline upline master mengingatkan pentingnya  mengamalkan tahajud, Dhuha, berselawat, berzikir. Program seperti selawat mahabbah pun turut diadakan bagi memupuk amalan berselawat.


Selawat, selawat mahabbah, Komuniti Bisnes Shaklee, Shaklee, Komuniti shaklee
Majlis Selawat Mahabbah

 

2) Saling mengingatkan. Semua ahli saling mengingatkan antara satu sama lain. Teringat setiap kali komisen masuk ke akaun, upline tidak lupa mengingatkan untuk berkongsi dengan ibu bapa, membayar zakat, dan bersedekah. Contoh nya bersedekah melalui tabung subuh.

Tabung subuh, Komuniti shaklee
Tabung subuh 

3) Upline yang baik dan banyak membantu. Pada pandangan Ana, upline bagi bisnes Shaklee semuanya baik baik. Semua nak lihat downline mereka berjaya. Mereka tidak lokek berkongsi ilmu, menujuk ajar apa yang mereka tahu untuk lihat downline turut sama berjaya seperti mereka. 

4) Dapat belajar dari yang pakar. Shaklee ada menyediakan kelas-kelas daripada pakar nutrisi seperti kelas Health & Wellness Talk secara fizikal dan online. Melalui kelas seperti ini, nutritionist shaklee dapat berkongsi maklumat dan info produk kepada kami agen shaklee.

Kelas Health & Wellness Talk, Health & Wellness Talk, H&W talk, bisnes shaklee
Kelas Health & Wellness Talk


Selain itu, master coordinator dari organisasi tertentu seperti Master Norita dan Master Salwa turut  mengadakan kelas bersama pakar-pakar contohnya  kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman (doktor perubatan), Dr Redza  (seorang saintis tempatan) dan yang  terbaru kelas bersama Doktor Haresh Kumar. Melalui kelas kelas ini, agen shaklee dapat menambahkan ilmu dan mengaplikasikannya semasa mengambil produk Shaklee dan memberi konsultasi kepada pelanggan.

Kelas Shaklee, Dr Hafiz Sulaiman
Kelas bersama Dr Hafiz Sulaiman


 

Kelas Shaklee, Dr Redza
Kelas bersama Dr Redza

Kelas Shaklee, Dr Haresh Kumar
Kelas bersama Dr Haresh Kumar


5)  Saling support. Walau berada dalam organisasi bisnes berbeza,semuanya saling support antara satu sama lain. Contohnya dalam projek blog semua saling membantu agar dapat sama-sama menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hasilnya 2 entry Intermittent fasting dan set kurus Shaklee dapat Ana hasilkan. Dalam team Ana pula, upline sideline jugak selalu berkongsi ilmu melalui kelas online secara percuma je.

 

Kelas Shaklee, bisnes Shaklee, Komuniti Shaklee, bisnes shaklee
Antara kelas yang dianjurkan oleh LAT family (team super upline Ana).

6)  HQ iaitu pihak Shaklee Malaysia turut  menyokong dengan menyediakan sistem yang menyokong semua agen. Malah, menyediakan web mesra pengguna yang memudahkan  capaian info produk serta mudah proses order sesuatu produk di website. 


www.shakleetoday.my, website Shaklee, Shaklee today, Shaklee, bisnes shaklee
Website www.shakleetoday.my yang memberi info produk.


 

7)  Ukhwah lah yang paling best. Ukhwah sesama kami terasa akrab seperti keluarga. Walaupun berlainan susur galur organisasi, kami semua seperti keluarga. Alhamdulillah.

Ukhwah, family, keluarga, love
Ukhwah antara kami terasa bagai keluarga.



8)  Circle orang-orang yang positif. Di dalam komuniti Shaklee adanya orang-orang yang saling menyokong dan membantu satu sama lain. Semuanya positif untuk bangkit bersama-sama dan berjaya bersama dalam Shaklee. 

 

Support, sokongan, family, team, Komuniti
Semua saling menyokong antara satu sama lain.


9)  Bisnes Shaklee membantu lebih ramai orang terutama dari segi kesihatan. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Walau sekadar  tips atau konsultasi produk, ia sangatlah memberi impak kepada kesihatan dan kehidupan seseorang.

Tangan memberi, tangan menerima, membantu
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.


Bagi Ana, Komuniti Bisnes Shaklee sangat best. Moga Ana terus setia dan berjaya dengan Shaklee. Aamiin. Doakan ana ya.🤲

Semoga perkongsian Ana ini dapat membuka minda anda berkenaan komuniti Shaklee. Terima kasih kerana membaca 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best Dan Patut Jadi Pilihan Anda.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

 #shakleetriumph2023


Thursday 23 February 2023

Review & Feedback Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Dan Kenapa Nak Lagi Blogmegashaklee 2.0

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua. Moga anda semua sihat sahaja hendaknya.


Hari ni ana nak berkongsi kisah berkenaan Blog Mega Shaklee yang Ana sertai pada awal bulan Februari 2023. Ia bermula bila Ana terlihat super super upline Ana dalam Shaklee, Master Norita membuat posting berkenaan projek blog di Group WhatsApp Shaklee Terengganu dan mempelawa ahli group untuk turut serta.

Blog, blog mega shaklee, shaklee, euphoria, mfms
Projek Blog Mega Shaklee Euphoria


Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mencipta semula wave dalam Shaklee. Wave shklee melalui carian google lebih cepat dapat dicapai apabila dibuat beramai-ramai. Dan yang paling best, hadiah yang ditawarkan untuk pemenang dn peserta pun cukup lumayan iaitu Vivix Shaklee produk premium, Collagen powder Shaklee dan Nutriferon Shaklee. Semuanya bernilai ratusan ringgit.

Vivix Shaklee, collagen powder Shaklee, nutriferon shaklee, shaklee
Hadiah berupa Vivix Shaklee, Collagen powder Shaklee dan Nutriferon Shaklee


Fikir punya fikir, Ana rasa penyertaan dalam projek ini sangat baik untuk Ana. Ana dah lama berniat untuk aktif semula menulis blog. Cuma selalu ada sahaja kekangan yang menghalang ana untuk menulis di blog. Alasan kan. Adeiiii.

Ok. Ana pun daftar. Seramai 220 peserta yang turut serta dalam projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni. Ramai  sangat kan? Berdebar ada. Rasa kerdil pun ada. Macam macam rasa ada. Bercampur baur. Semua peserta hebat hebat belaka. Ada yang dah jadi leader Shaklee, ada juga yang dah tahap tertinggi dalam  Shaklee iaitu Master Coordinator. Walau masih SID, ana redah saja join projek ni berbekalkan semangat juang yang tinggi. Cewahhh.


REVIEW & FEEDBACK BLOGMEGASHAKLEE 1.0


Macam ana katakan sebelum ni, memang niat asal masuk projek ni sebab nak aktif semula berblog. Nak ikutkan kali terakhir menulis di blog ni pada tahun 2019. Sekarang dah 2023. Memang dah naik bersawang sangat dah blog. Alhamdulillah bila join projek blogmegashaklee 1.0 ni, dapat lah kemas kemas blog bagi cantik, buang sawang sawang.


Hasil dari join projek ni, ana berjaya hasilkan dua entri iaitu

1) Intermitten Fasting

2) Set Kurus Shaklee


Bila join projek blogmegashaklee 1.0 jugak, Ana lebih bersemangat untuk buat artikel blog.  Semangat lain macam sangat tau bila kita buat beramai ramai. Berbeza sangat dengan kalau kita buat sorang sorang. Kalau sorang sorang, semangat sekejap turun sekejap naik dah macam naik roller coster kat fun fair masa kecik kecik dulu. Bila ramai-ramai, kita rasa nak cepat siapkan task.

Semangat turun naik, roller coaster
Semangat turun naik macam roller coaster ni


Lagi satu, bila join projek blogmegashaklee 1.0 ni jadi sangat produktif siapkan entry blog. Mula cari idea pagi, tengahari dah boleh siap 1 entry. Cepat je dapat idea bila blog walking dengan tengok entry kawan kawan yang turut serta projek ni. Kalau buat sendiri, seminggu tu baru siap 1 entry. Jenuhhhh. Huhu

Dengan projek Blog Mega Shaklee 1.0 ni jugak Ana dapat ramai kenalan baru. Kalau sebelum ni kita lebih kenal upline sideline downline organisasi kita. Kalau di luar organisasi kita mungkin kita hanya kenal nama sahaja. Alhamdulillah di projek ini kami lebih kenal mengenali.

Yang paling best sokongan yang berterusan. Sparring partner, upline, moderator projek Blog Mega Shaklee ni banyak membantu dalam projek ni. Semua saling membantu untuk kami semua peserta peserta berjaya hantar tugasan. Best sangat.

Oh ya. Ana juga berjaya mendapat hadiah utama kedua iaitu Collagen Powder Shaklee. Alhamdulillah. Moga lebih berseri-serilah kulit Ana lepas ni. Aamiin. Upline master Ana, Master Kam Maria dan sideline Kak Sakinah berjaya mendapat vivix. Master Afni pula mendapat kolagen seperti ana.

Collagen powder shaklee, memang Collagen
Ana antara pemenang Collagen Powder Shaklee


Collagen powder Shaklee, cantik, kulit cantik, kulit berseri
Inilah Collagen Powder Shaklee yang Ana menang. Banyak manfaatnya kan.

Terima kasih tak terhingga kepada Master Norita selaku penaja utama projek BlogaMega Shaklee 1.0 ni yang sudi menaja semua  hadiah.

 

KENAPA NAK LAGI #BLOGMEGASHAKLEE 2.0?

 

Projek Blog Mega Shaklee, blog, projek Blog, blog mega shaklee
Projek Blog Mega Shaklee 2.0

InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan ada pula sambungan dari projek blogmegashaklee 1.0 iaitu Blog Mega Shaklee 2.0. Bagi Ana projek blog ni sangat baik kerana dapat melatih kami para peserta untuk mula menulis dengan konsisten. Projek ini jugak dapat menjadi perintis kepada wave Shaklee seperti tujuan asal projek ini dijalankan.

Blog, kedai online 24 jam, kedai online
Blog yang menjadi kedai online 24 jam sehari.


Diharapkan dengan penyertaan Ana dalam projek ini, Ana lebih istiqamah untuk menulis  blog. Semoga blog Farhana Arsad ini berjaya menjadi kedai online yang dapat membantu ana mendapatkan sales dan membina bisnes shaklee. Semoga blog ini menjadi platform ana berkongsi ilmu bermanfaat  serta  menjadi ladang pahala yang berterusan. Aamin. Doakan ana ya.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023


Tuesday 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE TERBAIK BERKESAN TURUNKAN TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua. Ana harap anda semua sihat.😊 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat,
Kucing stress

Ok kat atas ni gambar kucing stress. Saje share sebab dekat dekat nak raya ni ana dengar ramai stress nak kurus. 

Stress sangat kan bila badan banyak spare tyre kat pinggang, perut buncit macam mengandung tunggu hari nak bersalin. Bertambah stress bila susah nak cari baju idaman hati. Sobssss. Lagi bertambah tambah stress kalau nak kuruskan badan, berat tak turun-turun. Diet-diet tapi berat makin naik. Risau obesiti pulak kannn?

Obesiti ni atau  kita panggil gemuk berlebihan boleh berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan umur tau. Kalau anda nak tahu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 16.8 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan dan sebilangan besar pula menghadapi obesiti. 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat,
Malaysia negara orang gemuk

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat,
16.8 juta rakyat Malaysia alami obesiti


Kenapa Perlu Turunkan Berat Badan

 

Situasi ini agak membimbangkan kerana  gemuk berlebihan boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami banyak masalah kesihatan. Contohnya tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, strok, diabetes, osteoarthritis, apnea tidur dan sebagainya.

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat,
Gemuk berlebihan membahayakan kesihatan


Sebab itulah pentingnya kita dapat berat ideal. Bukan sahaja untuk nampak langsing, slim, dapat pakai baju idaman, tapi jugak untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya akibat obesiti, seterusnya mendapat kesihatan terbaik. Apabila kita berjaya menguruskan dan mengekalkan berat badan, secara tidak langsung, kita dapat tingkatkan tenaga dan kecergasan.

 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, cergas, bola sepak
Badan lebih sihat dan cergas seleps berat turun

Cara Mudah Turunkan Berat Badan
 

Cara paling mudah turunkan berat badan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori dan mengambil air yang mencukupi. Setiap lelaki dan perempuan dewasa memerlukan jumlah kalori yang berikut:

Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari

Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari

 

Untuk mengurangkan berat badan, kalori makanan dan minuman perlu kurang daripada kalori harian yang diperlukan. Kita juga perlu cukup minum air. Setiap 25kg berat badan memerlukan kita minum 1 liter air setiap hari. Air berfungsi untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat,
Minum cukup air untuk mudah turun berat


Walau bagaimanapun, cara ini agak mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggiii. Untuk turunkan berat badan dengan lebih memudahkan kita adalah dengan menambah set kurus Shaklee semasa kita dalam proses menurunkan berat badan. Anda juga boleh baca tentang intermittent fasting di sini.

 

Bagaimana Set Kurus  Shaklee Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan

 

Set Kurus  Shaklee berkesan membantu  anda sihat dan pembuangan lemak secara semulajadi. Set Kurus  Shaklee dapat:

1) Memecahkan lemak dan kolestrol  

2) Mendetox atau membuang membuang lemak dan toksin dalam badan 

3) Membina otot agar lemak tak terjadi semula dan mengelakkan kulit menggeleber 

 

Set Kurus Shaklee Hello New You 

 

Set kurus Shaklee hello New You terdiri daripada Herb-lax, omega guard, Lecithin dan juga cinch coklat.

 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, air, mineral  water

 

Herb-lex mengandungi daun senna. Daun senna ini digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia membantu melancarkan proses percernaan dan memudahkan proses pembianm5 dengan menggalakkan pergerakan usus. Set kurus shaklee

Omega guard  mengandungi asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas. Ia meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan.

Lecithin  pula bertindak mempercepatkan proses pemecahan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati. Lecithin bertindak sebagai agent yang melarutkan lemak dan membantu badan memproses lemak secara berkesan.

Cinch  mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting, mudah diambil pada bila-bila masa. Cinch membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing. Cinch juga dapat mengurangkan rasa lapar. Badan akan lebih fit dan tidak menggeleber.

 

Set Kurus Shaklee Hello New You + Vivix

 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, set hello new you, hello new you

Set kurus Shaklee Hello New You berkesan dalam menurunkan berat badan. Dengan penambahan vivix di dalam set kurus Shaklee dapat membantu anda turun berat badan dengan lebih cepat dan berkesan. Inshaa Allah.

 

Kenapa Set Kurus Shaklee Hello New You + Vivix

 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, Vivix, Vivix untuk kurus

Vivix bertindak memusnahkan sel-sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi untuk ditukarkan kepada tenaga. Vivix juga mengandungi  pholiphenol yang  menghalang badan menyimpan lemak berlebihan dengan menyekat pertambahan melampau hormon estrogen.

Resveratrol di dalam vivix set kurus shaklee juga berfungsi menaikkan metabolisma badan, serta menghalang pengumpulan lemak dengan cara memusnahkan deposit lemak dalam badan dan memutuskan salur darah lemak di dalam badan.

Oleh itu, pengambilan vivix di dalam set kurus shaklee sangat membantu anda turun berat badan dengan lebih berkesan dan sihat.

 

Testimoni Kurus Dengan Set kurus Shaklee

 

Ini antara testimoni pengguna set kurus Shaklee yang mendapat penurunan berat badan.

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, testimoni set kurus
Kurus selepas pengambilan set kurus 

 

Kurus, set kurus, shaklee, set kurus shaklee, turun berat badan, tips kurus, tips turun berat, testimoni set kurus shaklee, testimoni set kurus,
Kurus selepas pengambilan set kurus Shaklee


Nak kurus jugak. Nak cuba set kurus shaklee meh wasap ana.😊


#shakleethrive23

#shakleetriump23

#megablogshaklee


Thursday 9 February 2023

INTERMITTENT FASTING YANG BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum. Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan. aamiin.

Hari ini Ana nak share pasal intermittent fasting atau nama glamor nya IF. Mesti anda selalu nampak perkataan intermittent fasting ni di facebook, instagram dan lain-lain kan? kalau anda nak tahu, diet IF ni dah menjadi trend dalam kalangan selebriti dan masyarakat kita.

Persoalannya, apa sebenarnya itu IF?

IF, INTERMITTENT FASTING, TIPS KURUS, TIPS SLIM, TIPS TURUN BERAT BADAN
Intermittent Fasting menjadi trend


Apakah itu “intermittent fasting (IF)”?


“Intermittent” bermaksud selang masa dan “fasting” bermaksud berpuasa. 

Istilah intermittent fasting pula bermaksud kaedah berpuasa mengikut selang masa yang ditetapkan, atau  mengikut selang masa waktu makan yang ditetapkan. 

Contoh tempoh selang masa berpuasa dan masa makan bagi intermittent fasting:  
  • IF 12:12 12 jam tempoh puasa, 12 jam tempoh makan
  • IF 16:8 16 jam tempoh puasa, 8 jam tempoh makan
  • IF 20:4 20 jam tempoh puasa, 4 jam tempoh makan 


Kelebihan Buat IF


IF membolehkan perut dan usus berehat daripada makanan dalam tempoh 14 hingga 16 jam. maksudnya, jika kita amal IF 16:8,  kita hanya makan untuk 8 jam dan baki 16 jam lagi kita akan berehat dari makan.

Yang bestnya,  dalam tempoh ‘tak boleh makan’ tu, kita masih boleh minum air tau untuk mengelakkan dehidrasi.  Anda boleh minum air kosong, kopi kosong, teh hijau atau Cinch Tea (minuman tanpa kalori) dan minuman lain tanpa susu dan gula.

IF, Intermittent fasting, air, tips kurus, tips turun berat badan
Air kosong air yang wajib diambil ketika IF Intermittent fasting


Pada waktu makan pula, IF tidak memfokuskan soal jenis makanan perlu kita ambil seperti diet-diet yang lain. Yang dipenting hanya tentang selang waktu yang patut kita makan.

Diet, IF, INTERMITTENT FASTING, TIPS KURUS, TIPS TURUN BERAT, TIPS PEMAKANAN
Diet cara IF kurang ketat berbanding diet lain


Dan yang paling  bestnya, waktu tidur malam pun dikira waktu berpuasa IF!



3 Cara buat IF

Bagi orang Islam, semasa bulan ramadan, kita akan berpuasa dalam tempoh berbelas-belas jam iaitu biasanya bermula sebelum subuh hingga masuk waktu maghrib. Inshaa Allah, If ini bukanlah terlalu sukar untuk dilakukan. Kannn?

Terdapat beberapa cara melakukan IF:

  • 16:8 (16 jam puasa, 8 jam makan)
Cara ini ialah yang paling popular di mana anda boleh makan antara jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. 16 jam kemudiannya anda perlu berpuasa. 
  • Whole Day Fasting ( Puasa 24 jam)

Anda tidak boleh makan untuk tempoh 24 jam. Dalam tempoh berpuasa, hanya air tanpa kalori boleh diambil.

  •  5:2 fasting

Sebagai contoh anda berpuasa pada hari isnin dan khamis sahaja setiap minggu.


Bagaimana “intermittent fasting” berkesan bantu kita turun berat?

Dengan mengurangkan waktu makan, kita pun akan kurang mengunyah makanan. Oleh itu, kalori diambil pun akan berkurangan.

Bila kita mengamalkan IF , kita juga akan kurang mengambil gula. Kesannya, paras glukos terkawal dan paras hormone insulin menurun dari paras biasa. Apabila insulin menurun, badan akan terpaksa untuk buang air berlebihan.

selain itu, If berkesan dapat membetulkan dan meningkat metabolisme badan.

IF, INTERMITTENT FASTING, TURUN BERAT, SLIM, KURUS
IF yang berkenan dapat menurunkan berat badan



Bestkan buat IF, setakat ni Ana dengar ramai yang buat IF berjaya turunkan berat badan. Kalau belum try, meh kita cuba. sempat lagi sebelum masuk Ramadhan ni.  


Kalau nak IF yang lebih berjaya adalah dengan tambahan suplemen yang membantu menurunkan berat lebih cepat, meh risik dekat ana ya.

#shakleethrive23

#shakleetriump23

#megablogshaklee



Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047