Assalamualaikum.
Semoga anda sihat semuanya.
![]() |
Idaman wanita, menjadi ibu. |
Namun, tak semua wanita Allah kurniakan rezeki mengandung. Syukur Alhamdulillah
kepada kita yang dapat merasa nikmat hamil. Kita termasuk golongan yang
terpilih.
Hari ini Ana nak kongsikan cerita awal kehamilan Ana. Sebelum tahu yang Ana mengandung, banyak tanda-tanda mengandung yang Ana
alami. Antara tanda-tanda kehamilan yang Ana alami ialah:
- Mual. Selalu rasa nak muntah bila naik kereta. Padahal sebelum tu tak pernah mual apabila naik kereta.
- Pening kepala. Ana selalu sangat pening kepala waktu pagi. Biasanya Ana jarang sakit kepala dan pening. Kalau ada pun tengahari sebab cuaca panas.
- Sensitif. Ni memang tak dapat disangkal lagi. Benda kecik pun Ana boleh sedih. Alhamdulillah encik suami sangat bersabar dengan Ana ketika itu.
- Keletihan. Badan pun selalu letih macam buat kerja berat. Padahal tak da pun.
Sebab banyak sangat tanda kehamilan yang Ana alami, ada lah rasa macam
dah mengandung. Lebih-lebih lagi haid dah lewat seminggu kalau ikut kitaran
haid Ana.
Ana nak check guna upt, tapi risau pula kalau keputusan upt negatif.
Sebab Nampak kerisauan Ana, suami kata “Mengandung lah. Inshaa Allah.”
Ana kata “Abang ni macam bagi harapan, takut kecewa pulak kalau tak
mengandung.”
Padahal dalam hati, Ana memang mengharap sangat yang Ana mengandung. Pada
suami saja Ana kata macam tu. Hehe.
Suami sambung lagi “Jangan risau. Kalau Allah bagi rezeki anak awal pada
kita, kita terima. Tapi, kalau belum rezeki kita, kita cuba lagi. Kita kan baru
kahwin.”
Betul kata suami. Kami pun baru lagi mendirikan
rumahtangga.
Suami pun ajak Ana beli UPT di farmasi. Masa tu memang teruja nak tengok
keputusan upt. Tapi keputusan upt negatif.
Masa tu rasa kecewa sangat. Tanda-tanda kehamilan dah ada, tapi negatif
pula. Tapi, apabila Ana fikir semula, tak pe lah belum rezeki Allah nak bagi
anak.
Tapi biasalah orang perempuan, risau kalau tak boleh hamil. Kita nak
juga mengandungkan anak untuk suami kita.
Tapi semua tu kuasa Allah. Isteri nabi Ayub yang dulu mandul pun boleh
mengandung dengan kun fayakun Allah.
Usaha yang Ana mampu lakukan cuma banyakkan doa kepada Allah agar Allah
kurniakan Ana dan suami anak kalau itulah yang terbaik untuk kami.
Beberapa hari selepas itu, Ana beli upt lagi. kali ini keputusan upt positif.
Syukur Alhamdulillah.
Suami pula mengajak Ana ke klinik untuk mengesahkan kehamilan Ana.
Selepas ujian menggunakan upt, doktor mengesahkan Ana hamil 7 minggu. Masih
teringat doktor mengatakan “Tahniah, anda hamil.”
Syukur Alhamdulillah. Besar kurniaan Allah kepada Ana.
Akan Ana jaga amanah Allah ini sebaiknya.
Bagimana pula cerita awal kehamilan anda? Boleh
kongsi?
Terima kasih kerana membaca Tahniah Anda Hamil.
No comments:
Post a Comment