Sunday 24 March 2019

PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK SYURGA SEHINGGA DUA TAHUN






Alhamdulillah, dah  lama sebenarnya Ana ingin coretkan di sini kisah ini. Syukurlah hari ini baru berkesampaian. Ana ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman peribadi Ana berkenaan bersalin dan menyusukan anak syurga Ana Nur Wardah Sofiah selama dua tahun.




Ana melahirkan Wardah pada 6 disember 2016 yang kini sudah berusia hampir 2 tahun 4 bulan. Alhamdulillah Ana bersalin normal. Sepanjang membesarkan Wardah dalam masa 2 tahun pertama, Ana memang hanya memberikan Wardah susu Ana sendiri, tanpa campuran formula. Memang Ana nekad, semua anak Ana mesti dibesarkan dengan susu Ana sendiri tanpa campuran susu lembu. Sekurang-kurangnya cukup hak penyusuan anak sehingga dua tahun.





Semua ibu ada impian ini kan. Namun bukan senang untuk berjaya menyusukan anak sehingga dua tahun. Sama ada berjaya atau tidak adalah kita bernekad betul-betul disamping pertolongan Allah . Alhamdulillah, Ana berjaya kerana Allah yang bantu Ana.




Ye memang banyak cabaran menyusukan anak sepanjang tempoh penyusuan. Seperti ibu kurang waktu rehat, kurang waktu tidur, penat, kurang me-time. Itulah cabarannya. Demi anak syurga kita.





Sepanjang menyusukan Wardah, Ana masih menyambung pengajian. Walau banyak menghabiskan penulisan tesis di rumah dan hanya berjumpa supervisor sekali sekala, Ana tetap mengepam susu untuk stok susu wardah selain bagi secara direct.  Alhamdulillah berkat menjaga nurisi dan pengambilan set menyusu, susu Ana mencukupi untuk Wardah dan juga untuk stok. Syukur.




Mungkin disebabkan ibu sentiasa di depan mata dan stok susu pon meriah, lama kelamaan wardah menolak susu direct dari botol. Disini banyaklah berlaku pembaziran stok susu. Namun Alhamdulillah Wardah masih menyusu direct.


                       



Di kala Wardah berusia 2 tahun Ana disahkan mengandung anak kedua. Sekarang wardah pon dah berhenti menyusu kerana usianya memnag dah lebih dari 2 tahun.

Sekian saja sharing Ana. Akhir sekali, Ana ingin mengajak ibu-ibu di luar sana untuk teruskan usaha untuk menyusukan anak-anak kita dengan susu kita sendiri. Semuanya ada jalan insyaallah.


Farhana Arsad


Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047