Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Monday, 5 February 2018

DILEMA GEMUK




Aku alami kegemukan. Masalah yang normal macam ramai orang bukan? Tapi, tak semua orang punya cabaran yang sama macam aku. Setiap hari aku stress, tertekan, serabut rasa nak guling-guling dengan kegemukan aku ni.
.
Paling menyeksakan, aku cepat penat. Lelah semput macam nak pengsan 44 hari kalau berjalan. Banyak aktiviti sukan yang aku terpaksa lupakan. Macam jogging ke naik basikal ke. Berlari apatah lagi. Bila bab mengejar adik-adik aku yang masih kecik, aku angkat bendera putih mengalah dulu.
.
Kalau berjalan pulak, aku selalu sakit-sakit tumit. Nak-nak bila celah peha berlaga masa berjalan. Peghhh. Melecet. Sakit wooo. Pedih dia Tuhan je yang tau. Nak jalan pun jadi payah.
.
Paling sakit hati rasa macam nak terjun laut dalam kalau nak beli baju. Susahnye lahai nak cari baju yang sesuai. Sesuai yang berkenan di hati. Dah la baju lama memang banyak yang tak muat da. Pilih punya pilih, dah berkenan sangat jatuh hati gedebuk-gedebuk da dengan design corak bunga-bunga memikat hati, tetiba tak muat la pulokk. Gerrr. Gerammmnye. Terpaksa la pilih baju yang tak berapa berkenan. Janji muat ngan badan. Redhoooo je lah.
.
Pandangan orang pulak. Mentang-mentang saiz ku cenggini, diaorang tengok sebelah mata je. Boleh pulak panggil aku makcik. Sedih pilu tak tertahan hati ni tau. Aku ni muda lagi tau. Nampak berumur sebab kegemukan je.
.
So, orang yang mengalami kegemukan ni memang kuat sangat dan tabah tau. Siapa yang pernah mengalami tu, memang faham sangat cabaran nye kan.
.
Kalau korang selim, bersyukur lah. Dan kalau kita gemuk, tak semestinya kita gemuk selamanya. Yang penting, kita usaha untuk lebih sihat, TAKDE YANG MUSTAHIL. Anaa doakan yang terbaik untuk korang.
.
FARHANA ARSAD,
Dilema gemuk suatu ketika dulu

Wednesday, 15 March 2017

CHECKUP WARDAH 3 BULAN DI KLINIK KESIHATAN HILIRAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini Ana ke Klinik Kesihatan Hiliran untuk checkup Wardah 3 bulan. Sepatutnya Ana ke klinik minggu lepas untuk checkup dan imunisasi. Tapi disebabkan balik kampung minggu lepas, terlewatlah checkup Wardah.

Alhamdulillah semua nya ok. Berat Wardah pun naik. Dah 5.1 kg dah Wardah. Jadi Wardah dah naik sebanyak 1.3kg sejak dilahirkan. Tinggi Wardah pun naik.

Alhamdulillah 3 bulan ni, banyak perkembangan wardah. Wardah dah boleh meniarap. Ketawa bila diagah-agah. Dah boleh memegang jari, mainan.


Semoga Wardah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah ibu dan ayah.

Wednesday, 8 February 2017

CHECKUP WARDAH 2 BULAN DI KLINIK KESIHATAN HILIRAN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah semalam Wardah genap 2 bulan. Besar dah anak ibu ni. Kebetulan hari ini merupakan hari checkup Wardah di Klinik Kesihatan Hiliran untuk 2 bulan.

Alhamdulillah semua nya ok sahaja. Berat Wardah pun naik. Dah 5.1 kg dah Wardah. Jadi Wardah dah naik sebanyak 1.3kg sejak dilahirkan. Tinggi Wardah pun naik jugak. Masa kena cucuk tadi pun Wardah tak nangis mana. Sama macam kena cucuk masa sebulan dulu.

Semoga Wardah membesar dengan sihat dan kuat fizikal mental serta menjadi anak solehah ibu dan ayah.

Checkup klinik kesihatan, klinik kesihatan hiliran, wardah sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah Sofiah 2 bulan

Wednesday, 11 January 2017

CHECKUP WARDAH SEBULAN DI KLINIK KESIHATAN HILIRAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini hari checkup Wardah di Klinik Kesihatan untuk sebulan. Maksudnya, dah sebulan dah Ana bersalin. Wardah pun dah sebulan dah. Besar dah anak ibu ni.

Alhamdulillah semua nya ok sahaja. Berat Wardah pun naik. Dah 4.1 kg dah Wardah. 


Semoga Wardah membesar dengan sihat dan kuat fizikal mental serta menjadi anak solehah ibu dan ayah 
                                                     
klinik kesihatan hiliran, checkup klinik kesihatan, klinik hiliran, wardah sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah Sofiah
                                               

Tuesday, 20 December 2016

ANAKKU NUR WARDAH SOFIAH

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah 2 minggu lepas, Ana selamat  melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2,8 kg pada 11.59 mlm 6 Disember 2016 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Syukur Allah beri Ana kekuatan untuk mengharungi proses bersalin dan berpantang seminggu di hospital. Cerita bersalin dan berpantang seminggu di hospital tu akan Ana kongsi di lain entri. Inshaa Allah.

Anak sulung Ana ni kami suami isteri namakan dengan nama Nur Wardah Sofiah. Cantik tak nama tu? Ni bukan  sebab penangan cerita Suri Hati Mr. Pilot ye. Itu Warda. Hihi. Ana tak tengok pun cerita tu. 

Sebenarnya dah lama Ana nak namakan ank perempuan Ana Wardah Sofia. Cuma tukar ejaan sedikit dan tambah Nur di hadapan. Maksud nama adalah Nur=cahaya, Wardah=bunga, Sofiah=menawan.
                                                   

Anakku. Wardah Sofiah, warda, wardah, sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah hari ke-6

Anakku. Wardah Sofiah, warda, wardah, sofiah, warda sofia, suri hati mr. pilot
Wardah hari ke-10
Semoga anak ibu, membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata ibu ayah. Amiin.
                                                

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047