Thursday 27 October 2016

NUTRISI TERBAIK UNTUK IBU HAMIL, SET KEHAMILAN SHAKLEE ATAU SET MENGANDUNG SHAKLEE


Teks: Farhana Arsad
Foto : Simpanan Peribadi

Assalamualaikum.

Kali ni Ana nak berkongsi tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee

Terlebih dahulu tahniah kerana berjaya mengandung. Ana pasti ini adalah masa yang sangat membahagiakan untuk anda suami isteri. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

Ana akan berkongsi tentang persoalan-persoalan Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee yang biasanya menjadi tanda tanya ibu hamil. Semoga dapat membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, set kehamilan shaklee ni memang Ana makan tau. Alhamdulillah berkat mengamalkan set ni, kandungan Ana sihat. Ana pon cerdas sepanjang kehamilan ni. Boleh naik tingkat 5 office guna tangga masa lif rosak (lif selalu rosak. huhu).Alhamdulillah, sampai ramai kata mengandung tapi tak nampak macam mengandung sebab cerdas sangat.

Ehhh. Panjang pulak Ana cerita pengalaman kehamilan dengan Set Kehamilan Shaklee ni. Jom sambung pasal set kehamilan ni.

Entri ini terdiri dari 8 bahagian untuk membantu anda menjawab persoalan tentang:
·                     Review Set Kehamilan Shaklee
·                     Cabaran yang perlu dihadapi ibu hamil
·                     Pemakanan seimbang semasa hamil
·                     Set Mengandung Shaklee
·                     Manfaat setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee
·                     Testimoni pengguna Set Mengandung Shaklee
·                     Harga Set Mengandung Shaklee
·                     Cara makan Set Kehamilan Shaklee

Review Set Kehamilan Shaklee


Kami sekeluarga memang telah menggunakan produk Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Semasa di awal kehamilan, Ana mempunyai morning sickness yang teruk. Kejap-kejap duk uwek-uwekk. Apa yang dimakan, keluar semua. Manalah anak dalam kandungan nak dapat makanan yang berkhasiat.

Perjalanan ke universiti setiap hari pula amat meletihkan. Ditambah pula dengan sakit kepala setiap hari. Nak buat apa-apa kerja pun, terasa letih.

Alhamdulillah dengan pengambilan Set Kehamilan Shaklee yang konsisten setiap hari, sangat membantu Ana.  Apa yang Ana boleh share, dengan izin Allah, memang ianya memberi kesan yang sangat baik untuk diri Ana.

Cabaran Yang Perlu Dihadapi Ibu Hamil


Lazim bagi ibu mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti seharian si ibu.  Kehamilan sememangnya satu proses yang mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung.

Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan kekuatan fizikal.

Namun anda tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja. Ana sendiri mengalami morning sickness beberapa bulan awal semasa kehamilan.

Antara cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil ialah:
  • Alahan teruk
  • Morning sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan loya
  • Anemia
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing

Hampir semua masalah di atas dapat diatasi dengan mendapatkan
 nutrisi lengkap di samping rehat yang cukup. Yang penting ibu hamil
 tidak boleh stress semasa mengalami cabaran dan masalah ketika hamil. Sokongan suami juga amat penting ketika itu.

Pemakanan Seimbang Semasa Hamil


Ibu boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa mengandung melalui pemakanan seimbang. Berikut merupakan makanan terbaik yang dapat membantu ibu hamil mendapat nutrisi lengkap semasa Mengandung:
•        Telur 
•        Ikan Laut Dalam (Salmon, Kod, Mackerel)
•        Kekacang
•        Sayur Berdaun Hijau

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat yang baik untuk ibu hamil.Pemakanan ibu hamil juga perlulah mengikut cadangan piramid makanan seperti di bawah :
                                                                                   

Piramid Makanan Keperluan Ibu Hamil

Namun, cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan nutrisi yang terkandung dalam makanan seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh. Penyediaan makanan seperti merebus terlalu lama menyebababkan kandungan zat di dalam makanan tinggal sedikit.

Justeru untuk membantu tubuh dan kandungan mendapat keperluan nutrisi lengkap, ibu hamil memerlukan suplemen atau vitamin. Jadi, pengambilan
set mengandung shaklee dapat membantu kita
menikmati detik indah mengandung.


Set Mengandung Shaklee


Set Kehamilan Shaklee terbahagi kepada dua iaitu untuk trimester 1 dan trimester 2 dan 3. Set kehamilan Shaklee untuk setiap trimester adalah berbeza dari segi vitamin di dalam setiap set. Bagi trimester 1, omegaguard tidak diperlukan lagi.


Set Kehamilan Shaklee Trimester 1 Set Mengandung Shaklee Trimester 1
Set Kehamilan Shaklee Trimester 1

Set Asas untuk trimester 1 (kandungan 1~3 bulan) terdiri dari:
·         Vita-Lea
·         B Complex
·         Vitamin C
·         Ostematrik

Set Kehamilan Shaklee Trimester 2&3 Set Mengandung Shaklee Trimester 2&3
Set Kehamilan  Shaklee Trimester 2 dan 3 
Set asas untuk trimester 2 dan 3 (kandungan 4~9 bulan) terdiri dari:
·         Vita-Lea
·         B-Complex
·         Vitamin C
·         Ostematrix
·         Omega Guard
·         Protein(Energy Soy Protein)



Manfaat Setiap Vitamin Dalam Set Hamil Shaklee

ESP Shaklee
ESP Shaklee
  • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu, enzim, hormon, antibodi dan otot ibu serta bayi dalam kandungan
  • Membantu penyerapan optimum zat dan vitamin dari makanan
  • Mengurangkan risiko janin menjadi cacat
  • Memberi tenaga berkekalan untuk ibu
  • Kulit ibu dan bayi menjadi lebih gebu dan anjal

Vita-Lea Shaklee
Vita-Lea Iron Formula 120 biji

  • Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • Zat besi dalam Vita-Lea membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan pitam, lesu, anemia, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi
  • Wajah tidak kelihatan pucat 

B Complex Shaklee
 B Complex 120 biji

• Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Membantu tubuh badan bertenaga dengan membantu pembebasan tenaga dari makanan 
  • Menjadikan otak lebih fokus
  • Vitamin anti stress yang membantu emosi ibu lebih stabil
  • Membantu kelembapan kulit ibu dan wajah berseri

Vitamin C Shaklee
Vitamin C 180 biji
  • Membantu membekalkan keperluan vitamin c
  • Bertindak sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi
  • Membantu penyerapan iron di dalam badan
  • Menjadikan kulit ibu hamil lebih cantik

Omega Guard Shaklee
Omega Guard 90 biji

  • Membekalkan DHA untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri
  • Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak


Ostematrix Shaklee
Ostematrix 120 biji

  • Membekalkan kalsium untuk membina darah, tulang dan sel bayi
  • Mengelakkan kekejangan otot, lenguh dan sakit badan semasa hamil
  • Senang membuang dan mengelakkan sembelit

Testimoni Pengguna Set Mengandung Shaklee


Menurut pengguna ESP, berat beliau hanya naik 4kg ketika hamil. Malah, tidak mengalami kencing manis dan darah tinggi semasa hamil.

Testimoni ESP Set Kehamilan Shaklee Set Mengandung Shaklee
Testimoni Pengguna Set mengandung Shaklee

Untuk testimony yang lebih banyak lagi, jemput baca Testimoni Set Kehamilan Shaklee atau Testimoni ESP Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil.


Harga Set Mengandung Shaklee


Buat ibu yang berhasrat nak memberi yang terbaik kepada bayi yang dikandungkan dan nak dapatkan Set Mengandung Shaklee yang paling lengkap, boleh hubungi Ana untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee yang terbaik.

Sekiranya ibu hamil mahu mencuba beberapa item, mengikut bajet anda, boleh juga hubungi Ana di 017-9376047.

  Cara Makan Set Kehamilan Shaklee


Cara makan set kehamilan Shaklee adalah berbeza bagi setiap ibu hamil. Pengambilan setiap vitamin adalah mengikut keperluan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu hamil itu sendiri. Sukatan adalah berlainan.

Contohnya pengambilan vitamin Ibu Hamil yang menghidapi anaemia tentulah berbeza dengan sukatan vitamin Ibu hamil yang menghidapi kekejangan otot.

Cara makan exclusive akan disertakan berserta consultation dalam setiap pembelian Set Kehamilan Shaklee.

Terima kasih kerana membaca Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.



Ingin dapatkan set ini sekarang?
Boleh hubungi nombor di bawah ye. Ana sedia membantu anda. Cepat sebelum makin ramai grab dan habis pakej istimewa bersama konsultasi ni. Atau tekan link wasap:
http://farhanaarsad.wasap.my/

Salam sayang,
Farhana Arsad
0179376047




No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047