Showing posts with label Shaklee Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Kuala Terengganu. Show all posts

Tuesday, 3 October 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ni ana cuma nak share dengan anda tentang vitamin C. Rasa ramai dah tau kebaikan vitamin C untuk kesihatan. Tapi ramai belum tahu tentang kepentingan Vitamin C Shaklee yang banyak manfaatnya untuk kita. 






Vitamin C penting untuk pelbagai kebaikan kepada tubuh dengan fungsi utamanya sebagai sumber antioksidan yang baik. Walau bagaimanapun, ia tidak dihasilkan atau disimpan di dalam badan. Oleh itu kita perlu mengambil vitamin penting ini melalui diet.




JOM MULAKAN HARI YANG BAIK DENGAN VITAMIN C



Anda dah tau ke kebaikan Vitamin C? Ini antara kebaikannya:

  • Sistem Imun yang Sihat

Menyokong ketahanan terhadap jangkitan sehingga anda merasa lebih sihat setiap hari!

  • Menyokong Penyerapan Zat Besi

Perlu untuk pembentukan normal sel darah merah dan hemoglobin.

  • Menghalang Tanda-tanda Penuaan

Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tompok penuaan serta membantu memberikan tona kulit yang lebih cantik.

  • Penyembuhan

Nutrien utama untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat.


MANFAAT KESIHATAN VITAMIN C


Ini antara manfaat vitamin C



BAGAIMANA VITAMIN C BERFUNGSI UNTUK KESIHATAN?


Jom tengok bagaimana vitamin C berfungsi pada sistema imun kita.






KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

Ok meh ana share apa kelebihan vitamin C



  • Dihasilkan dari ekstrak jagung yang amat sesuai untuk perut sensitif 


  • Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (sustained release) - 1 tablet mempunyai 500gm. dengan pelepasan ini, vitamin c akan dilepaskan cara berperingkat selama 5 jam sebanyak 1 jam sekali. Jadi tiada pembaziran vitamin di terjadi kerana badan kita boleh menerima 100 - 200gm sahaja dalam masa sejam.


  • Mengandungi 120mg Bioflavonoid sitrus - Bioflavonoid ni bertujuan memberi lebih keberkesanan vitamin c dalam badan kita. Ia juga membantu melegakan inflamasi dan serangan dari radikal bebas. 


  • 1 tablet vitamin C bersamaan dengan 500mg - ia juga bersamaan 7.5 biji oren, 6 cawan brokoli dan 119 biji lobak merah.


  • Mempunyai ujian klinikal yang telah membuktikan 2 tablet vitamin c dalam jarak masa 5 jam mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam


MANFAAT VITAMIN C


Ini adalah manfaat Vitamin C




SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C?


  • Sesiapa yang selalu jatuh sakit dan selsema
  • Sesiapa yang mengalami kekejangan waktu pagi
  • Ibu yang sedang hamil
  • Ibu yang menyusu
  • Sesiapa yang mempunyai kulit yang kusam
  • Sesiapa yang mengalami luka/ kecederaan




TESTIMONI VITAMIN C


Ini antara testimoni positif pengguna Vitamin C Shaklee


Vitamin C bantu redakan tonsil


Vitamin C bantu redakan resdung

Kulit Makin berseri dengan vitamin c


Vitamin C bantu kulit peloles, jarang demand dan selesema

Vitamin C bantu kulit makin licin


Jom hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023











Monday, 21 August 2023

5 Vitamin Untuk Wanita 40-an Kekal Cergas Awet Muda

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Anda perasan tak, bila umur kita makin meningkat ni, badan kita dah tak macam masa umur 20-an dulu. Makin meningkat umur ni, tenaga makin kurang. Bila aktif sikit, habis sakit badan sakit kaki, lenguh sana sini. Kan?

Kalau anda nak tahu, badan kita mungkin tak berfungsi dengan cara yang sama pada umur 40-an seperti pada umur 20-an. Peningkatan usia, menyebabkan kita alami proses penuaan yang boleh dilihat pada hampir setiap bahagian tubuh. Bukan hanya pada kedutan di wajah tau.

Tambahan lagi kita golongan wanita ni, alami pelbagai fasa yang sangat banyak sepanjang usianya. Dari fasa remaja, dewasa, hamil, melahirkan anak, premenopous dan menopous.




Simptom 40-an

Kalau anda nak tahu, antara usia 30 ke 40 tahun, massa tubuh (body mass) tanpa lemak akan mula menurun. Ini bererti penghasilan sel otot tubuh akan mengecut. Ini lah tanda kehilangan otot. Kita pun mulalah kurang upaya nak angkat benda- benda berat.

Apabila usia bertambah juga, pereputan tulang boleh berlaku kerana kerosakan sel tulang lebih laju berbanding penghasilan sel tulang baru. Kita jugak berisiko menghadap penyakit kronik.

Selain itu, stamina kita jugak menurun. Proses pencernaan, keupayaan saraf, penghasilan kolagen pun sama menurun.



Tips Elak Dan Kurangkan Simptom 40-an

Untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom 40-an ini berlaku, kita wanita disarankan agar cakna dan berjaga-jaga dengan kesihatan diri. Nak lagi baik berjaga-jaga sebelum masuk usia 40-an lagi.

Apa yang anda wanita yang bakal menjangkau 40-an atau dah berusia 40-an boleh lakukan adalah jangan abaikan pengambilan nutrisi harian anda. Ambil nutrisi yang secukupnya setiap hari agar anda kekal sihat bertenaga dalam menjalani aktiviti seharian.



5 Vitamin Untuk Wanita 40-an Kekal Cergas Awet Muda

Untuk anda kekal Sihat, Cergas dan awet muda, anda perlulah mengambil makanan seimbang dan cukup nutrisi. Untuk lebih mudah, adalah lebih baik anda ambil makanan tambahan dalam bentuk vitamin. Antara 5 Vitamin Untuk Wanita yang perlu anda ambil ialah

  • Vita-Lize
  • GLA
  • Omegaguard
  • Ostenutrix
  • Vivix



1. Vita-Lize


Kalau anda nak tahu, semua orang dewasa disarankan mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Makanan seharian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan kita. Lagi lagi bila mengandung, badan kita perlu extra vitamin dan mineral untuk bayi yang kita kandungkan.





Apabila kita mengambil multivitamin setiap hari, kita dapat:

  • Mengisi jurang nutrisi
  • Menambah baik mood
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Mengurangkan tekanan dan kebimbangan


Kelebihan Vita-Lize




2.GLA


Wanita memerlukan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Jadi, Asid Lemak GLA ini perlu diambil melalui pemakanan atau supleman harian. GLA Complex Shaklee ini adalah daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%) tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Dr


Manfaat GLA untuk Wanita 40-an



Ini adalah manfaat GLA kepada Wanita



3. Omega Guard


Dalam Shaklee Asid Lemak Omega-3 dikenali sebagai Omegaguard.Asid Lemak Omega-3 adalah lemak yang baik untuk kesihatan.



Omegaguard juga mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan kekejangan haid. Semasa fasa menopause, omega Guard membantu perubahan mood dengan meningkatkan fungsi otak.





4. Ostenutrix


Kalsium merupakan nutrien yang diperlukan untuk fungsi asas badan yang lain seperti pengecutan otot, saraf dan fungsi jantung, dan tindak balas biokimia lain. Kalsium diperlukan untuk Wanita 40-an bagi mengurangkan risiko osteopetrosis.







5. Vivix


Vivix merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix juga adalah supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. 




Untuk Wanita 40-an, Vivix dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Jemput baca Keunikan Vivix Shaklee Yang Perlu Anda Tahu


Nak dapatkan vitamin untuk wanita sekarang? Wasap ana untuk info lebih lanjut.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023









Friday, 4 August 2023

Kepentingan Vitamin E dan tips pilih

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera. Hari ni ana nak share dengan anda tentang vitamin E.



Apa Itu Vitamin E

Kalau anda nak tahu, Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin larut lemak dan jugak vitamin jantung. Vitamin E ni ada ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. 

Walau vitamin E ini bukan vitamin essential yang kita kena ambil hari-hari, ia tetap penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.



Sumber Vitamin E


Ini antara sumber makanan yang mengandungi vitamin E.



Kenapa perlu ambil vitamin E?


Ini antara kenapa anda wajib ambil vitamin E:


1) Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:  

  • Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal  bebas.  
  • Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang  disebabkan oleh radikal bebas.


2) Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat

Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:

  • Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda. 
  • Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.  


3) Fungsi Otak Yang Lebih Baik

Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer 1. Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.


4) Meningkatkan Kualiti Sperma

Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian anda! Ia menggalakkan: 

  • Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
  • Pergerakan sperma dalam arah yang betul. 
  • Pengurusan andropaus yang lebih baik.


5) Meningkatkan Kesuburan Wanita

Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk: 

  • Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur. 
  • Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama. 
  • Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.



6) Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Vitamin E antara bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk: 

  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
  • Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ok itu manfaat vitamin E. Jadi sekarang ana nak share tips untuk anda pilih vitamin E yang terbaik untuk anda.


Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik



Menurut hasil penulisan Dr Bruce Miller iaitu salah seorang saintis Shaklee, antara panduan memilih vitamin E terbaik ialah:

  • Pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi. Biasanya sumber boleh ditentukan berdasarkan pada label sesuatu makanan (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan). Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia.
  • Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. Ini menunjukkan campuran yang baik antara alfa-tocopherol dengan lain-lain tocopherol.
  • Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium. Ini antara fungsi selenium.





Itu tips pilih vitamin E yang terbaik. Kalau anda nak vitamin E terbaik, apa kata anda cuba vitamin E Shaklee. Ramai dah dapat testimoni positif. Sebelum tu ana share dulu keistimewaan vitamin E Shaklee.


Keistimewaan vitamin E Shaklee

1 kapsul Vitamin E Complex mengandungi:

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

  • 38mg ekstrak biji Anggur, mengandungi proantosianidin iaitu sebatian yg mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.


Ini manfaat Vitamin E shaklee



Siapa yang perlu ambil vitamin E Shaklee?

Ini antara golongan yang memerlukan vitamin E Shaklee.



Testimoni Vitamin E Shaklee

Ini antara testimoni vitamin E shaklee







Ini sahaja perkongsian ana tentang vitamin E. Diharapkan dapat membantu anda memilih vitamin E terbaik untuk anda.


Nak dapatkan Vitamin E sekarang?  Wasap ana untuk info lebih lanjut.

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya




#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Sunday, 16 July 2023

Tips Bisnes Online Untuk Newbie

 Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.


Semalam ana share dengan anda tentang Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah. Hari ni ana nak share pulak tentang Tips Bisnes Online Untuk Newbie.


Walaupun kita baru masuk pertengahan tahun 2023, dah terasa dah peritnya. Bagi ana tahun 2023 ni tahun getir bagi rakyat Malaysia. Harga barang dan kos sara hidup makin meningkat tak kira sama ada di bandar dan di luar bandar. Semua barang mahal dan naik harga.



Bisnes 


Ok pasal tahun 2023 ni dikirakan tahun getir hampir semua rakyat Malaysia, bagi ana kita semua ada keperluan untuk lebih berjimat cermat dan mula tambah pendapatan. Kalau berjimat sahaja tidak cukup, kita boleh tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki kita contoh nya dengan mula kerja part time, berbisnes atau melakukan bisnes online.


Bagi seorang ibu pula, kerja dari rumah atau berbisnes online itu memang suatu pilihan yang tepat jika keinginan anda nak besarkan anak-anak sendiri dalam masa yang sama ada income sendiri. Jemput baca perkongsian ana Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Terus Kuat. Macam ana sendiri, ana memilih berhenti kerja dan bekerja sendiri dari rumah demi melihat anak-anak membesar depan mata.

Sekarang anak dah 3 orang. Wardah pun dah 7 tahun.


Ana berhenti kerja ketika usia Wardah 2 tahun. Ada banyak masa dengan anak masa tu. Lagi-lagi anak sorang je masa tu. Sekarang ana sendiri melakukan kerja bisnes dari rumah termasuklah affiliate dan juga Shaklee secara online dari rumah.


Tips Bisnes Online Untuk Newbie


1. Mulakan dengan apa yang ada.


Zaman sekarang, nak mulakan bisnes online cukup mudah. Hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Hampir semua orang ada dua benda ni. Cukup ada dua ini, dah boleh buat duit. Inshaa Allah.



2. Mulakan dengan bisnes yang anda minat dan suka.


Jual benda yang anda minat dan suka. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai passion atau semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Anda pun tak mudah putus asa apabila ada cabaran dalam bisnes.


3. Mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah


Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes. Anda boleh mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah atau tanpa modal. Banyak bisnes tanpa modal yang ada sekarang contohnya bisnes affiliate.





Seperti Shaklee sendiri anda hanya memerlukan modal RM35 untuk join sebagai ahli dan anda boleh terus mulakan bisnes tanpa simpan stok. Kalau anda beli vitamin Shaklee lebih kurang RM300, anda terus dapat keahlian percuma. Ibarat mula bisnes tanpa modal.




4. Manfaatkan platform percuma media sosial 


Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog adalah percuma. Rugi kalau anda tak guna sebaiknya.

Platform Marketing & Bisnes Online 2023. Tak larat tapaw semua, at least tapaw 2-3 platform yang ada. 

1. FB wall peribadi, FB Page, FB group, FB marketplace

2. Insta/IG

3. Whatsapp Status

4. Insta Story & FB Story 

5. Shopee 

6. Twitter

7. Tik tok

8. Youtube 

9. Telegram




5. Belajar ilmu bisnes.


Antara imu penting untuk newbie mula bisnes online ialah:

  • ILMU MARKETING -  satu teknik proven untuk kukuhkan branding bisnes anda & besarkan empayar bisnes anda. Tanpa marketing, orang lain tak tahu produk ala yang anda jual.
Marketing ibarat hebahan bisnes anda.


  • ILMU Copywriting -adalah satu skil khas yang penting untuk digunakan semasa aktiviti brand awareness, marketing & close sale. Anda wajib tahu beberapa formula copywriting untuk memujuk prospek anda. Anda kena tahu apa ayat nak cairkan hati prospek sehingga mereka sudi membeli.
  • ILMU CLOSE SALE - Close sales adalah aktiviti bawa masyuk duit ke dalam syarikat. Proses pertama adalah menukarkan prospek kepada kastemer. Proses kedua adalah membuatkan kastemer membeli lagi & lagi dengan anda. 


Itu antara perkongsian ana tentang tips Bisnes Online Untuk Newbie. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca perkongsian ana ini sebagai panduan.


7 Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee


======================================================

Kalau anda nak mula bisnes Shaklee secara online boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047