Monday 21 August 2023

5 Vitamin Untuk Wanita 40-an Kekal Cergas Awet Muda

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Anda perasan tak, bila umur kita makin meningkat ni, badan kita dah tak macam masa umur 20-an dulu. Makin meningkat umur ni, tenaga makin kurang. Bila aktif sikit, habis sakit badan sakit kaki, lenguh sana sini. Kan?

Kalau anda nak tahu, badan kita mungkin tak berfungsi dengan cara yang sama pada umur 40-an seperti pada umur 20-an. Peningkatan usia, menyebabkan kita alami proses penuaan yang boleh dilihat pada hampir setiap bahagian tubuh. Bukan hanya pada kedutan di wajah tau.

Tambahan lagi kita golongan wanita ni, alami pelbagai fasa yang sangat banyak sepanjang usianya. Dari fasa remaja, dewasa, hamil, melahirkan anak, premenopous dan menopous.




Simptom 40-an

Kalau anda nak tahu, antara usia 30 ke 40 tahun, massa tubuh (body mass) tanpa lemak akan mula menurun. Ini bererti penghasilan sel otot tubuh akan mengecut. Ini lah tanda kehilangan otot. Kita pun mulalah kurang upaya nak angkat benda- benda berat.

Apabila usia bertambah juga, pereputan tulang boleh berlaku kerana kerosakan sel tulang lebih laju berbanding penghasilan sel tulang baru. Kita jugak berisiko menghadap penyakit kronik.

Selain itu, stamina kita jugak menurun. Proses pencernaan, keupayaan saraf, penghasilan kolagen pun sama menurun.



Tips Elak Dan Kurangkan Simptom 40-an

Untuk mengelakkan atau mengurangkan simptom 40-an ini berlaku, kita wanita disarankan agar cakna dan berjaga-jaga dengan kesihatan diri. Nak lagi baik berjaga-jaga sebelum masuk usia 40-an lagi.

Apa yang anda wanita yang bakal menjangkau 40-an atau dah berusia 40-an boleh lakukan adalah jangan abaikan pengambilan nutrisi harian anda. Ambil nutrisi yang secukupnya setiap hari agar anda kekal sihat bertenaga dalam menjalani aktiviti seharian.



5 Vitamin Untuk Wanita 40-an Kekal Cergas Awet Muda

Untuk anda kekal Sihat, Cergas dan awet muda, anda perlulah mengambil makanan seimbang dan cukup nutrisi. Untuk lebih mudah, adalah lebih baik anda ambil makanan tambahan dalam bentuk vitamin. Antara 5 Vitamin Untuk Wanita yang perlu anda ambil ialah

  • Vita-Lize
  • GLA
  • Omegaguard
  • Ostenutrix
  • Vivix



1. Vita-Lize


Kalau anda nak tahu, semua orang dewasa disarankan mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Makanan seharian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan badan kita. Lagi lagi bila mengandung, badan kita perlu extra vitamin dan mineral untuk bayi yang kita kandungkan.





Apabila kita mengambil multivitamin setiap hari, kita dapat:

  • Mengisi jurang nutrisi
  • Menambah baik mood
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Mengurangkan tekanan dan kebimbangan


Kelebihan Vita-Lize




2.GLA


Wanita memerlukan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Jadi, Asid Lemak GLA ini perlu diambil melalui pemakanan atau supleman harian. GLA Complex Shaklee ini adalah daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%) tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Dr


Manfaat GLA untuk Wanita 40-an



Ini adalah manfaat GLA kepada Wanita



3. Omega Guard


Dalam Shaklee Asid Lemak Omega-3 dikenali sebagai Omegaguard.Asid Lemak Omega-3 adalah lemak yang baik untuk kesihatan.



Omegaguard juga mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan kekejangan haid. Semasa fasa menopause, omega Guard membantu perubahan mood dengan meningkatkan fungsi otak.





4. Ostenutrix


Kalsium merupakan nutrien yang diperlukan untuk fungsi asas badan yang lain seperti pengecutan otot, saraf dan fungsi jantung, dan tindak balas biokimia lain. Kalsium diperlukan untuk Wanita 40-an bagi mengurangkan risiko osteopetrosis.







5. Vivix


Vivix merupakan suplemen yang sangat premium daripada Shaklee yang tinggi dengan kandungan antioxidant. Vivix juga adalah supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. 




Untuk Wanita 40-an, Vivix dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Jemput baca Keunikan Vivix Shaklee Yang Perlu Anda Tahu


Nak dapatkan vitamin untuk wanita sekarang? Wasap ana untuk info lebih lanjut.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023









Friday 4 August 2023

Kepentingan Vitamin E dan tips pilih

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera. Hari ni ana nak share dengan anda tentang vitamin E.



Apa Itu Vitamin E

Kalau anda nak tahu, Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin larut lemak dan jugak vitamin jantung. Vitamin E ni ada ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan. 

Walau vitamin E ini bukan vitamin essential yang kita kena ambil hari-hari, ia tetap penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.



Sumber Vitamin E


Ini antara sumber makanan yang mengandungi vitamin E.



Kenapa perlu ambil vitamin E?


Ini antara kenapa anda wajib ambil vitamin E:


1) Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:  

  • Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal  bebas.  
  • Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang  disebabkan oleh radikal bebas.


2) Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat

Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:

  • Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda. 
  • Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.  


3) Fungsi Otak Yang Lebih Baik

Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer 1. Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.


4) Meningkatkan Kualiti Sperma

Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian anda! Ia menggalakkan: 

  • Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
  • Pergerakan sperma dalam arah yang betul. 
  • Pengurusan andropaus yang lebih baik.


5) Meningkatkan Kesuburan Wanita

Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk: 

  • Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur. 
  • Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama. 
  • Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.



6) Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Vitamin E antara bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk: 

  • Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
  • Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Ok itu manfaat vitamin E. Jadi sekarang ana nak share tips untuk anda pilih vitamin E yang terbaik untuk anda.


Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik



Menurut hasil penulisan Dr Bruce Miller iaitu salah seorang saintis Shaklee, antara panduan memilih vitamin E terbaik ialah:

  • Pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi. Biasanya sumber boleh ditentukan berdasarkan pada label sesuatu makanan (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan). Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia.
  • Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. Ini menunjukkan campuran yang baik antara alfa-tocopherol dengan lain-lain tocopherol.
  • Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium. Ini antara fungsi selenium.





Itu tips pilih vitamin E yang terbaik. Kalau anda nak vitamin E terbaik, apa kata anda cuba vitamin E Shaklee. Ramai dah dapat testimoni positif. Sebelum tu ana share dulu keistimewaan vitamin E Shaklee.


Keistimewaan vitamin E Shaklee

1 kapsul Vitamin E Complex mengandungi:

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

  • 38mg ekstrak biji Anggur, mengandungi proantosianidin iaitu sebatian yg mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.


Ini manfaat Vitamin E shaklee



Siapa yang perlu ambil vitamin E Shaklee?

Ini antara golongan yang memerlukan vitamin E Shaklee.



Testimoni Vitamin E Shaklee

Ini antara testimoni vitamin E shaklee







Ini sahaja perkongsian ana tentang vitamin E. Diharapkan dapat membantu anda memilih vitamin E terbaik untuk anda.


Nak dapatkan Vitamin E sekarang?  Wasap ana untuk info lebih lanjut.

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya




#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023




Tuesday 1 August 2023

Kenapa Anda Wajib Ambil CoQ Trol Plus Shaklee

 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. 

Hari ni ana nak share tentang CoQ Trol Plus Shaklee yang wajib anda ambil. CoQ Trol Plus Shaklee ini mengandungi coenzyme Q10.



Apa Itu coenzyme Q10?

Coenzyme Q10 ialah antioksida yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga supaya kita kekal aktif dan bertenaga.

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.



5 Manfaat Pengambilan Coq10

Antara manfaat pengambilan Coq10 ialah:


1. Tenaga Berterusan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu:

  • Meningkatkan kekuatan otot.
  • Mempercepatkan pemulihan luka


2. Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.


3. Sistem Reproduksi yang Sihat 

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoO10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan Coal° membantu: 

  • Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
  • Meningkatkan pergerakan sperma.
  • Meningkatkan kualiti ovum. 


4. Kulit Yang Berseri 

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. la juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoO10 membantu: 

  • Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • Meningkatkan tekstur 


5. Meningkatkan Fungsi Kognitif 

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, Coo10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid,9 salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoOlo yang juga membantu: 

  • Menjana fungsi otak yang sihat.
  • Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.


Berapa Banyak CoQ10 Anda Perlukan

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk memastikan anda mendapat 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:




Keistimewaan Coq-Trol Plus Shaklee


  • CoQ-Trol merupakan adalah kombinasi Coq10 dengan resveratrol.
  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.
  • Selamat, Terbukti, 100% Dijamin.



Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee


  • Membantu kekal bertenaga 
  • Memperbaiki Jerawat dan kesan parut pada kulit 
  • Membaiki peredaran darah yang sihat 
  • Mengekalkan kolesterol yang sihat
  • Menguatkan otot Jantung 
  • Memberi tenaga untuk penghasilan dan pembaikan sel kulit 
  • Meningkatkan pergerakan sperma 
  • Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit 
  • Melambatkan proses penuaan kulit dan badan 
  • Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran



6 Sebab Anda Perlu Ambil CoQ10


1. Generator Tenaga Utama


Berada di dalam6 mitokondria - kilang tenaga anda, CoQ10 memulakan proses penghasilan tenaga, menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan anda.


2. Duo Tenaga dengan Polifenol


Inginkan tenaga yang berpanjangan? Ambil kombinasi CoQ10 dan polifenol. Polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk menghasilkan lebih banyak tenaga!


3. Sumber Antioksida yang Berkuasa

Merupakan antioksida yang kuat, CoQ10 bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.


 4. Nutrisi penting untuk Jantung


Secara semulajadi, CoQ10 banyak berada di jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi Jantung Anda. Ambil CoQ10!


5. Kekal Remaja


Pada usia 20-an, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usia 20-an! Dan anda akan mula mudah rasa letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 anda dengan suplemen CoQ10.


6. Adakah Anda mengambil Statins? Anda Perlukan CoQ10!

Statin menurunkan tahap kolesterol, ia merupakan perkara yang baik. Adakah anda tahu ia juga menurunkan tahap CoQ10? Berdasarkan kajian, ia berkurangan sebanyak 40%. Periksa tahap kolesterol anda dan kekalkan tahap CoQ10, dengan suplemen CoQ10 dalam diet harian anda.


Nak dapatkan CoQ Trol Plus sekarang? Wasap ana untuk info lebih lanjut.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya



https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047