Monday 31 October 2016

Tahniah, Anda Hamil

                                 upt, upt positif, tanda hamil, tanda mengandung, ujian kehamilan, ujian hamil


Teks: Nurfarhana Arsad

Assalamualaikum. Semoga anda sihat semuanya.

Kehamilan, Hamil, Mengandung, Ibu Hamil, Ibu mengandung
Idaman wanita, menjadi ibu.
Sebagai seorang wanita, pasti kita nak merasa pengalaman mengandung. Membawa cinta hati kita dan suami di dalam rahim selama 9 bulan 10 hari.

Namun, tak semua wanita Allah kurniakan rezeki mengandung. Syukur Alhamdulillah kepada kita yang dapat merasa nikmat hamil. Kita termasuk golongan yang terpilih.

Hari ini Ana nak kongsikan cerita awal kehamilan Ana. Sebelum tahu yang Ana mengandung, banyak tanda-tanda mengandung yang Ana alami. Antara tanda-tanda kehamilan yang Ana alami ialah:
  •  Mual. Selalu rasa nak muntah bila naik kereta. Padahal sebelum tu tak pernah mual apabila naik kereta.
  •  Pening kepala. Ana selalu sangat pening kepala waktu pagi. Biasanya Ana jarang sakit kepala dan pening. Kalau ada pun tengahari sebab cuaca panas.
  • Sensitif. Ni memang tak dapat disangkal lagi. Benda kecik pun Ana boleh sedih. Alhamdulillah encik suami sangat bersabar dengan Ana ketika itu. 
  • Keletihan. Badan pun selalu letih macam buat kerja berat. Padahal tak da pun.


Sebab banyak sangat tanda kehamilan yang Ana alami, ada lah rasa macam dah mengandung. Lebih-lebih lagi haid dah lewat seminggu kalau ikut kitaran haid Ana.
Ana nak check guna upt, tapi risau pula kalau keputusan upt negatif.

Sebab Nampak kerisauan Ana, suami kata “Mengandung lah. Inshaa Allah.”

Ana kata “Abang ni macam bagi harapan, takut kecewa pulak kalau tak mengandung.”

Padahal dalam hati, Ana memang mengharap sangat yang Ana mengandung. Pada suami saja Ana kata macam tu. Hehe.

Suami sambung lagi “Jangan risau. Kalau Allah bagi rezeki anak awal pada kita, kita terima. Tapi, kalau belum rezeki kita, kita cuba lagi. Kita kan baru kahwin.”

Betul kata suami. Kami pun baru lagi mendirikan rumahtangga.

Suami pun ajak Ana beli UPT di farmasi. Masa tu memang teruja nak tengok keputusan upt. Tapi keputusan upt negatif.

Masa tu rasa kecewa sangat. Tanda-tanda kehamilan dah ada, tapi negatif pula. Tapi, apabila Ana fikir semula, tak pe lah belum rezeki Allah nak bagi anak.

Tapi biasalah orang perempuan, risau kalau tak boleh hamil. Kita nak juga mengandungkan anak untuk suami kita.

Tapi semua tu kuasa Allah. Isteri nabi Ayub yang dulu mandul pun boleh mengandung dengan kun fayakun Allah.

Usaha yang Ana mampu lakukan cuma banyakkan doa kepada Allah agar Allah kurniakan Ana dan suami anak kalau itulah yang terbaik untuk kami.

Beberapa hari selepas itu, Ana beli upt lagi. kali ini keputusan upt positif. Syukur Alhamdulillah.
upt, upt positif, upt hamil, tanda upt positif, tanda hamil, hamil, mengandung, ujian kehamialn, ujian hamil
Alhamdulillah, upt positif kali ini.

Suami pula mengajak Ana ke klinik untuk mengesahkan kehamilan Ana. Selepas ujian menggunakan upt, doktor mengesahkan Ana hamil 7 minggu. Masih teringat doktor mengatakan “Tahniah, anda hamil.”

Syukur Alhamdulillah. Besar kurniaan Allah kepada Ana. Akan Ana jaga amanah Allah ini sebaiknya.

Bagimana pula cerita awal kehamilan anda? Boleh kongsi?

Terima kasih kerana membaca Tahniah Anda Hamil.









Bisnes Bermentor


Teks: Nurfarhana Arsad



                       Bisnes, Business, Mentor, Tips Bisnes, Petua Bisnes, Cara berjaya dalam bisnes


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt.
                                       
                                            
Hari ini Ana nak berkongsi tentang pengalaman Ana dengan anda berkaitan bisnes. Selepas belajar banyak teknik  perniagaan online dan marketing melalui internet secara percuma dan berbayar, pergi ke bebarapa kursus, meningkatkan pembacaan berkaitan perniagaan online, mentaliliti Ana terhadap bisnes berubah.


Bisnes Mudah Jika


Bisnes lebih mudah jika kita ada mentor. Malangnya, ramai yang buat bisnes tapi tak belajar daripada pakar bisnes. Bila ditanya siapa mentor? Jawapan mereka, tiada mentor.



Mentor bisnes, bisnes, mentor, tips bisnes, cara bisnes, cara berjaya dalam bisnesMentor

Langkah pertama untuk buat bisnes adalah mencari MENTOR. Dengan adanya mentor, kita tak perlu melanggar banyak dinding dan melakukan banyak kesilapan. Tanpa mentor, mungkin boleh berjaya. Tapi agak sukar dan lambat untuk berjaya.


Fungsi Mentor

Mentor sebenarnya amat penting untuk kejayaan bisnes seseorang. Mentor ibarat tangan di atas yang menarik tangan kita untuk turut berjaya sepertinya. Mentor membantu kita berjaya dengan memberi sokongan dan nasihat serta panduan dalam bisnes. Mentor juga memberi tunjuk ajar selok belok dalam bisnes agar kita lebih cepat mencapai kejayaan.

Mentor bisnes, M.E.S.T.I, mentor, berjaya dalam bisnes, bisnes, tips bisnes, cara bisnes

  
Pengalaman bisnes tanpa mentor    

Dulu Ana juga buat bisnes tanpa mentor. Apabila lihat ada orang jual coklat homemade, Ana pun cuba jual coklat homemade sempena Hari Guru. Segala barang keperluan untuk membuat coklat Ana beli. Contohnya, acuan, plastik dan lain-lain. Stok coklat beryl pun yang Ana beli. Padahal harga sekilo coklat beryl agak mahal harganya.


Semua keperluan untuk membuat coklat itu, Ana ketahui daripada blog-blog perniagaan coklat dan blog menjual barang keperluan coklat. Ana ingat kalau Ana ada semua kelengkapan untuk buat coklat, Ana boleh berjaya dalam perniagaan coklat.


Tapi Ana silap, Tanpa mentor yang betul, Ana sukar berjaya. Tanpa mentor, Ana tidak tahu cara penghasilan coklat dengan betul dan tepat. Apa-apa berkenaan pemasaran coklat juga Ana tidak tahu. 


Ana sekadar cuba-cuba dan perlu melanggar banyak dinding jika ingin berjaya dalam perniagaan coklat. Hasilnya, Ana mengalami kerugian modal kerana membeli banyak barang kelengkapan dan stok coklat tapi tiada keuntungan yang masuk.


Mentor bisnes, M.E.S.T.I, mentor, berjaya dalam bisnes, bisnes, tips bisnes, cara bisnes, mentoring,peranan mentor, fungsi mentorBisnes Bermentor

Alhamdulillah sekarang Ana pun dah ada mentor untuk Shaklee dan Blog Ana. Mentor Ana juga selalu memberi coaching dan sudi membantu apabila Ana memrlukan bantuan mereka.


Pengajaran

Kalau nak buat bisnes, carilah mentor yang betul. Bisnes kedai makan  ke atau bisnes tuisyen ke, tidak kira apa sekali pun bisnes anda. Carilah mentor yang sama aliran bisnes dengan anda. Insya Allah, anda akan lebih mudah berjaya.


Semoga perkongsian Ana ini dapat memberi sedikit sebanyak  kebaikan kepada anda dan bisnes anda. Wassalam.


Terima kasih kerana membaca Bisnes Bermentor.

Saturday 29 October 2016

Bagaimana Cara Menjadi Ahli Shaklee?



Teks: Nurfarhana Arsad



Assalamualaikum. Ana nak jelaskan tentang bagaimana cara menjadi ahli Shaklee.
Sebenarnya ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-


PILIHAN 1
  • Yuran Pendaftaran hanya RM69 (tambah Postage RM11 Semenanjung / RM22 Sabah dan Sarawak).
  • Yuran ni hanya perlu dibayar SEKALI SEUMUR HIDUP saja yer.
  • Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU



PILIHAN 2
  • Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 200 point UV (Unit Value), iaitu lebih kurang belian berjumlah RM700+ (termasuk GST),
  • ANDA DAPAT:-   
            1) *PERCUMA* Keahlian Shaklee Seumur Hidup (Bernilai rm69)
            2) *CASH BONUS* (bernilai rm30+)
            JUMLAH PENJIMATAN = RM100


Untuk mendaftar, anda boleh terus hubungi Ana di 017-9376047, Ana akan bantu daftarkan anda yer

Friday 28 October 2016

Status Halal Produk Shaklee

Teks: Nurfarhana Arsad

Assalamualaikum semua.


Baru-baru ini, ada beberapa sahabat yang nak mencuba Shaklee bertanya kepada Ana tentang status ‘HALAL’ Shaklee.  Timbul keraguan di pihak mereka kerana ia adalah produk luar negara.

Untuk pengetahuan semua, semua produk Shaklee mempunyai sijil halal. Sijil halal Produk
Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA). ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Syarat untuk mendapatkan kelulusan ISA pula sangat lah ketat dan susah. Syukurlah Shaklee berjaya mendapat kelulusan ISA.



                        
               Status Halal Shaklee, Halal Shaklee, Shaklee Halal, Status Shaklee
Ini adalah sijil halal Shaklee yang terkini untuk tahun 2016.


Semoga selepas ini semakin ramai yang yakin dengan status HALAL produk Shaklee. Jangan 
ragu-ragu untuk makan produk Shaklee ye.


Terima kasih kerana membaca Status Halal Produk Shaklee.





Thursday 27 October 2016

7 CABARAN IBU HAMIL SEMASA MENGANDUNG


Teks: Farhana Arsad


Assalamualaikum

Apa khabar anda di sana?

Ana doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Terlebih dahulu tahniah ya atas kandungan anda. Kehamilan merupakan detik yang indah bagi seorang ibu.

Alhamdulillah jika kita dikurniakan rezeki mengandung. Bukan semua wanita dapat merasai pengalaman mengandung. Jadi, jaga kendungan anda baik-baik ya.

Jemput baca entri berkaitan Kehamilan, Pemakanan Seimbang Semasa Hamil, dan Makanan Perlu Elak Semasa Hamil. Semoga perkongsian itu, sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu hamil di luar sana berkenaan kehamilan.

Kali ni Ana nak berkogsi tentang 7 Cabaran Ibu Hamil Semasa Mengandung. Semoga dapat membantu anda.

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar. Terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung. Ana pun pertama kali mengandung juga.

Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin
dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.

Apakah cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil?

·         Alahan teruk
Ada ibu hamil yang mengalami alahan pada nasi, makanan, bau, masakan, alahan sakit kepala. Ada yang lebih teruk lagi, alahan pada suami. Semasa awal kehamilan Ana alami alahan pada bau masakan. Kalau bau goreng-goreng atau tumisan, memang keluar isi perut.

·         Morning sickness
Perkara pertama yang majoriti ibu hamil akan lalui adalah morning sickness iaitu rasa pening, loya dan muntah-muntah sepanjang hari. Ada yang mengalami morning sickness yang teruk dan ada yang biasa-biasa sahaja.

·         Muntah dan loya
Muntah dan Loya
Muntah Dan Loya Ketika Hamil
Ini memang biasa lebih-lebih lagi di awal kehamilan. Tetapi, ada juga ibu hamil yang masih muntah dan loya sehingga bersalin. Muntah dan loya juga menjadi penyebab kurang selera makan sehingga ibu hamil kurang makan dan minum. Lalu, keletihan sepanjang hari.


·         Kurang selera makan
Biasanya ketika awal kehamilan, ibu hamil sering kurang selera makan. Semuanya makanan rasa tak sedap, sampai tak tau nak makan apa. Kadang-kadang makanan yang tak berbau pun, boleh jadi berbau bagi wanita hamil. Itu yang menyebabkan selera makan pun menurun.

·         Anemia
Anemia adalah disebabkan paras haemoglobin dalam darah yang rendah. Punca nya adalah kurang zat besi untuk penghasilan darah yang berkualiti. Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin. Sebab tulah ibu hamil dibekalkan pihak klinik dengan pil zat besi dan digalakkan makan makanan tinggi zat besi seperti bayam, ikan bilis, kerang dan sebagainya.

·         Keletihan dan rasa malas
Yang ni memang macam Ana rasa masa di awal kehamilan. Faktor kehamilan menyebabkan rasa letih. Semasa di akhir kehamilan, rasa keletihan tu lagi banyak berbanding awal kehamilan. Tapi ibu hamil kena lawan ya rasa malas tu.

·         Sensitif dan mood tidak stabil (mood swing)
Ada orang kata sebab pembawaan budak. Sebanarnya faktor hormon tidak stabil semasa mengandung menyebabkan mood ibu hamil selalu berubah-ubah. Sekejap gembira sekejap sedih. Kadang-kadang sebab bentuk badan yang membesar semasa hamil pun, boleh membuatkan ibu hamil sensitif. Sebab tulah, ibu hamil perlukan B complex untuk mengawal mood dan stress ibu hamil.

Lazim bagi ibu Mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti rutin harian. Namun, jangan bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja ya.

Hampir semua masalah yang disebutkan tadi dapat diatasi dengan mendapatkan suplemen tambahan bagi menambah tenaga dan membantu mengurangkan masalah-masalah ketika hamil.

Macam ana sendiri, di awal kehamilan ana mengalami loya dan muntah-muntah yang teruk sehinggakan turun 4kg semasa di awal kehamilan. Untuk mengurangkan masalah-masalah kehamilan ana mengambil Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.


Untuk info lanjut, jemput baca Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee dan Bagaimana Set Kehamilan Shaklee Membantu Ibu Hamil Sihat Cergas?

Terima kasih kerana membaca 7 Cabaran Ibu Hamil Semasa Mengandung.


NUTRISI TERBAIK UNTUK IBU HAMIL, SET KEHAMILAN SHAKLEE ATAU SET MENGANDUNG SHAKLEE


Teks: Farhana Arsad
Foto : Simpanan Peribadi

Assalamualaikum.

Kali ni Ana nak berkongsi tentang Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee

Terlebih dahulu tahniah kerana berjaya mengandung. Ana pasti ini adalah masa yang sangat membahagiakan untuk anda suami isteri. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

Ana akan berkongsi tentang persoalan-persoalan Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee yang biasanya menjadi tanda tanya ibu hamil. Semoga dapat membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, set kehamilan shaklee ni memang Ana makan tau. Alhamdulillah berkat mengamalkan set ni, kandungan Ana sihat. Ana pon cerdas sepanjang kehamilan ni. Boleh naik tingkat 5 office guna tangga masa lif rosak (lif selalu rosak. huhu).Alhamdulillah, sampai ramai kata mengandung tapi tak nampak macam mengandung sebab cerdas sangat.

Ehhh. Panjang pulak Ana cerita pengalaman kehamilan dengan Set Kehamilan Shaklee ni. Jom sambung pasal set kehamilan ni.

Entri ini terdiri dari 8 bahagian untuk membantu anda menjawab persoalan tentang:
·                     Review Set Kehamilan Shaklee
·                     Cabaran yang perlu dihadapi ibu hamil
·                     Pemakanan seimbang semasa hamil
·                     Set Mengandung Shaklee
·                     Manfaat setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee
·                     Testimoni pengguna Set Mengandung Shaklee
·                     Harga Set Mengandung Shaklee
·                     Cara makan Set Kehamilan Shaklee

Review Set Kehamilan Shaklee


Kami sekeluarga memang telah menggunakan produk Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.

Semasa di awal kehamilan, Ana mempunyai morning sickness yang teruk. Kejap-kejap duk uwek-uwekk. Apa yang dimakan, keluar semua. Manalah anak dalam kandungan nak dapat makanan yang berkhasiat.

Perjalanan ke universiti setiap hari pula amat meletihkan. Ditambah pula dengan sakit kepala setiap hari. Nak buat apa-apa kerja pun, terasa letih.

Alhamdulillah dengan pengambilan Set Kehamilan Shaklee yang konsisten setiap hari, sangat membantu Ana.  Apa yang Ana boleh share, dengan izin Allah, memang ianya memberi kesan yang sangat baik untuk diri Ana.

Cabaran Yang Perlu Dihadapi Ibu Hamil


Lazim bagi ibu mengandung mengalami simptom Kehamilan yang adakalanya boleh mengganggu aktiviti seharian si ibu.  Kehamilan sememangnya satu proses yang mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung.

Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan kekuatan fizikal.

Namun anda tidak perlu bimbang kerana keadaan tersebut hanya sekejap sahaja. Ana sendiri mengalami morning sickness beberapa bulan awal semasa kehamilan.

Antara cabaran-cabaran yang biasa dialami oleh ibu hamil ialah:
  • Alahan teruk
  • Morning sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan loya
  • Anemia
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing

Hampir semua masalah di atas dapat diatasi dengan mendapatkan
 nutrisi lengkap di samping rehat yang cukup. Yang penting ibu hamil
 tidak boleh stress semasa mengalami cabaran dan masalah ketika hamil. Sokongan suami juga amat penting ketika itu.

Pemakanan Seimbang Semasa Hamil


Ibu boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan semasa mengandung melalui pemakanan seimbang. Berikut merupakan makanan terbaik yang dapat membantu ibu hamil mendapat nutrisi lengkap semasa Mengandung:
•        Telur 
•        Ikan Laut Dalam (Salmon, Kod, Mackerel)
•        Kekacang
•        Sayur Berdaun Hijau

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai lagi makanan lain yang berkhasiat yang baik untuk ibu hamil.Pemakanan ibu hamil juga perlulah mengikut cadangan piramid makanan seperti di bawah :
                                                                                   

Piramid Makanan Keperluan Ibu Hamil

Namun, cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan nutrisi yang terkandung dalam makanan seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh. Penyediaan makanan seperti merebus terlalu lama menyebababkan kandungan zat di dalam makanan tinggal sedikit.

Justeru untuk membantu tubuh dan kandungan mendapat keperluan nutrisi lengkap, ibu hamil memerlukan suplemen atau vitamin. Jadi, pengambilan
set mengandung shaklee dapat membantu kita
menikmati detik indah mengandung.


Set Mengandung Shaklee


Set Kehamilan Shaklee terbahagi kepada dua iaitu untuk trimester 1 dan trimester 2 dan 3. Set kehamilan Shaklee untuk setiap trimester adalah berbeza dari segi vitamin di dalam setiap set. Bagi trimester 1, omegaguard tidak diperlukan lagi.


Set Kehamilan Shaklee Trimester 1 Set Mengandung Shaklee Trimester 1
Set Kehamilan Shaklee Trimester 1

Set Asas untuk trimester 1 (kandungan 1~3 bulan) terdiri dari:
·         Vita-Lea
·         B Complex
·         Vitamin C
·         Ostematrik

Set Kehamilan Shaklee Trimester 2&3 Set Mengandung Shaklee Trimester 2&3
Set Kehamilan  Shaklee Trimester 2 dan 3 
Set asas untuk trimester 2 dan 3 (kandungan 4~9 bulan) terdiri dari:
·         Vita-Lea
·         B-Complex
·         Vitamin C
·         Ostematrix
·         Omega Guard
·         Protein(Energy Soy Protein)



Manfaat Setiap Vitamin Dalam Set Hamil Shaklee

ESP Shaklee
ESP Shaklee
  • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu, enzim, hormon, antibodi dan otot ibu serta bayi dalam kandungan
  • Membantu penyerapan optimum zat dan vitamin dari makanan
  • Mengurangkan risiko janin menjadi cacat
  • Memberi tenaga berkekalan untuk ibu
  • Kulit ibu dan bayi menjadi lebih gebu dan anjal

Vita-Lea Shaklee
Vita-Lea Iron Formula 120 biji

  • Vita-Lea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • Zat besi dalam Vita-Lea membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan pitam, lesu, anemia, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi
  • Wajah tidak kelihatan pucat 

B Complex Shaklee
 B Complex 120 biji

• Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Membantu tubuh badan bertenaga dengan membantu pembebasan tenaga dari makanan 
  • Menjadikan otak lebih fokus
  • Vitamin anti stress yang membantu emosi ibu lebih stabil
  • Membantu kelembapan kulit ibu dan wajah berseri

Vitamin C Shaklee
Vitamin C 180 biji
  • Membantu membekalkan keperluan vitamin c
  • Bertindak sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi
  • Membantu penyerapan iron di dalam badan
  • Menjadikan kulit ibu hamil lebih cantik

Omega Guard Shaklee
Omega Guard 90 biji

  • Membekalkan DHA untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri
  • Membantu mengawal berat badan semasa mengandung dengan memecahkan lemak


Ostematrix Shaklee
Ostematrix 120 biji

  • Membekalkan kalsium untuk membina darah, tulang dan sel bayi
  • Mengelakkan kekejangan otot, lenguh dan sakit badan semasa hamil
  • Senang membuang dan mengelakkan sembelit

Testimoni Pengguna Set Mengandung Shaklee


Menurut pengguna ESP, berat beliau hanya naik 4kg ketika hamil. Malah, tidak mengalami kencing manis dan darah tinggi semasa hamil.

Testimoni ESP Set Kehamilan Shaklee Set Mengandung Shaklee
Testimoni Pengguna Set mengandung Shaklee

Untuk testimony yang lebih banyak lagi, jemput baca Testimoni Set Kehamilan Shaklee atau Testimoni ESP Shaklee Terbaik Untuk Ibu Hamil.


Harga Set Mengandung Shaklee


Buat ibu yang berhasrat nak memberi yang terbaik kepada bayi yang dikandungkan dan nak dapatkan Set Mengandung Shaklee yang paling lengkap, boleh hubungi Ana untuk mendapatkan Set Mengandung Shaklee yang terbaik.

Sekiranya ibu hamil mahu mencuba beberapa item, mengikut bajet anda, boleh juga hubungi Ana di 017-9376047.

  Cara Makan Set Kehamilan Shaklee


Cara makan set kehamilan Shaklee adalah berbeza bagi setiap ibu hamil. Pengambilan setiap vitamin adalah mengikut keperluan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu hamil itu sendiri. Sukatan adalah berlainan.

Contohnya pengambilan vitamin Ibu Hamil yang menghidapi anaemia tentulah berbeza dengan sukatan vitamin Ibu hamil yang menghidapi kekejangan otot.

Cara makan exclusive akan disertakan berserta consultation dalam setiap pembelian Set Kehamilan Shaklee.

Terima kasih kerana membaca Set Kehamilan Shaklee atau Set Mengandung Shaklee.



Ingin dapatkan set ini sekarang?
Boleh hubungi nombor di bawah ye. Ana sedia membantu anda. Cepat sebelum makin ramai grab dan habis pakej istimewa bersama konsultasi ni. Atau tekan link wasap:
http://farhanaarsad.wasap.my/

Salam sayang,
Farhana Arsad
0179376047




Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047