Saturday, 15 July 2023

Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah


Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Minggu lepas ana dah share dengan anda tentang Vivix dan ResV. Hari ni ana nak share dengan anda tentang Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah.



Sejak kemunculan pandemik Covid-19 pada 2020, budaya kerja dari rumah yang diamalkan kebanyakan tempat kerja untuk mengekang pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Kalau dulu kita agak janggal dengan budaya kerja dari rumah, sekarang ia sudah jadi trend dan biasa kita dengar.



Bagi seorang ibu pula, kerja dari rumah itu memang suatu pilihan yang tepat jika keinginan anda nak besarkan anak-anak sendiri dalam masa yang sama ada income sendiri. Macam ana sendiri, ana memilih berhenti kerja dan bekerja sendiri dari rumah demi melihat anak-anak membesar depan mata.

Ana berhenti kerja ketika usia Wardah 2 tahun. Ada banyak masa dengan anak masa tu. Lagi-lagi anak sorang je masa tu. 😁




Kenapa Seronok Jadi Ibu Kerja Dari Rumah?


1. Bonding time anak dengan ibu sangat lama

Dari si anak bangun tidur awal pagi hinggalah dia tidur semula malam nanti, kita ada di samping anak. Gembira sedih mereka ada dipangkuan kita. 

Makan, pakai anak kita urus sendiri. Kita jugak dapat uruskan anak, ajar anak tentang pelbagai adab, rutin, sebagainya. Kita lah yang mencorakkan kehidupan anak-anak.


Ana dan anak bongsu. Sentiasa nak melekat.😁

2. Quality time dengan family banyak.

Banyak aktiviti yang dapat dibuat bersama suami dan anak-anak setiap hari tanpa tunggu waktu malam atau hujung minggu. Contohnya masak dan makan bersama, bercuti, beriadah dan sebagainya.



3. Always be there.

Sumber kekuatan berbisnes atau kerja dari rumah ialah dapat lihat anak-anak di depan mata. Jadi, kita sentiasa ada dengan mereka. Anak membesar, anak mula berjalan, anak mula bercakap pun kita dapat lihat dulu berbanding hantar ke pengasuh atau taska.

Kita juga dapat didik anak terus. Kita boleh tegur kesilapan anak dan baiki  salah silap anak untuk anak jadi orang yang berguna nanti.


4. Flexible buat apa sahaja.

Bila kerja dari rumah, kita lebih flexible. Anak sakit, perlu balik kampung, perlu urus hal sekolah anak, kita boleh buat bila-bila masa.



Contoh Kerja Dari Rumah


Antara kerja dari rumah yang anda boleh cuba untuk tambah income adalah dengan menjual produk digital, buat Bisnes Online, menjadi dropship, menjadi pengurus social media, menjadi content creator.

Macam ana, suami berniaga sendiri. Tapi ana hanya membantu suami untuk penyediaan bahan di rumah. Sambil itu ana menjadi affiliate produk digital dan fizikal serta berbisnes Shaklee. Kiranya ana kerja dari rumah sahaja. 😊




Kekangan Kerja Dari Rumah


Walau kerja dari rumah nampak best, hakikatnya kerja dari rumah semuanya tidak selalu indah. Antara perkara yang terpaksa dihadapi ibu kerja dari rumah ialah:

  • Melalui rutin yang sama setiap hari. Berdepan dengan tekanan kerja atau bisnes,
  • Kerja-kerja rumah yang tidak pernah habis.
  • Terpaksa menghadap kerenah anak-anak yang kadang-kadang sangat memeningkan kepala sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Kurang sokongan suami
  • Burn out atau gagal urus emosi dengan baik.
  • Penat mental dan fizikal

Ibu stress.


Tips Produktif Ibu Kerja Dari Rumah


Rumah kemas, anak-anak terjaga elok, kerja on track, kita tenang sentiasa memang agak susah tapi tidak mustahil bagi ibu yang bercadang kerja dari rumah. Ini antara tips anda boleh buat.


1. Kena decide apa kita nak fokus atau target dalam hidup

Contohnya untuk ketuhanan, kita fokus nak selawat 1000x sehari, berapa muka surat Al-Quran nak baca sehari. Untuk family kita nak anak-anak kita macam mana, pandai mengira membaca umur berapa. Untuk bisnes pulak kita target nak capai sekian sekian masa bila.


2. Planning 

Yang penting kena ada planning yang baik. Bila sesuai buat planning? Seeloknya sebelum tidur dah rancang untuk apa yang bakal berlaku esoknya. Jika tak sempat, seeloknya awal pagi sebelum mulakan kerja.

  • Bangun pukul berapa.
  • Apa nak buat.
  • Apa fokus esok.

Teknik merancang pun kena smart supaya berimpak positif dan dapat bantu kita lebih terurus.


1️⃣  Brain Dump

- keluarkan semua to do list yang ada dalam kepala di sekeping kertas atau buku to do list.


2️⃣  Eisenhower Matrix

- susun tugasan-tugasan ikut prioriti (keutamaan) supaya kita tak bazirkan masa berkualiti dengan perkara kurang berimpak.


3️⃣  Eat That Frog.

- selesaikan tugasan paling penting / paling sukar dalam kotak pertama dalam Eisenhower Matrix tadi (urgent+important).


4️⃣  Time block.

- buat jadual yang fleksible untuk siapkan tugasan² yang ada.


Untuk ibu yang bekerja, boleh juga amal planning ni supaya lebih terurus dan membantu anda daripada menjadi kelam kabut.



3.  Bina rutin sendiri.

Orang berjaya menjadikan good habit sebagai rutin. Contohnya planning. Sangat beza orang yang ada planning dalam hidup dia berbanding orang yang just keep rotate the cycle dalam kehidupan dia. Tetapkan rutin yang anda buat setiap hari. Yang penting flexible.

Untuk ulang rutin positif setiap hari, awalnya susah. Bila anda dah biasa buat rutin setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun Inshaa Allah impian yang nak, kita akan dapat.


4. Bangun awal pagi

Bangun lebih awal dari kebiasaan. Kalau anda biasa bangun pukul 6 pagi, cuba bangun 5.45 pagi pula. Then 5.30, 5.15, 5.00 hingga 4.00 pagi. Optimum sangat dah tu 4.00 pagi. Banyak benda boleh settle waktu itu. 'Me time' pun lebih lama & berkualiti. 


5.  Disiplin.

aalod rumah dipengaruhi besar oleh mood kita, si ibu. Sama juga dengan pengurusan rumah & hidup kita. Jika kita sendiri berdisiplin, anak² akan ikut contoh yang mereka nampak melalui kita. 


6. Sediakan ruang untuk bekerja

Ruang bekerja juga penting kerana kadang-kala kita perlu fokus melakukan kerja tanpa gangguan daripada si kecil. Jadi, pastikan terdapat tempat untuk anda berkerja khas walaupun hanya meja belajar.



7. Circle positif

Positive circle sangat penting untuk kita ibu yang kerja dari rumah. Walaupun kita sibuk urus anak-anak, keluarga, rumah, bisnes, masih ada kawan-kawan yang bantu beri sokongan pada kita. Sama ada nasihat, teguran atau tempat curahan masalah. 😁



8. Tenang

Bila Tenang, fikiran lebih lapang sebenarnya. Pastinya lebih positif insyaAllah. Tu yang cepat bergeliga je otak selesaikan apa-apa masalah. 


Penutup

Itu antara perkongsian ana tentang  Keseronokan, kekangan dan tips produktif ibu bekerja dari rumah. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.


==========================================================================================================

Kalau anda nak mula kerja dari rumah melalui bisnes Shaklee, boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee.


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Monday, 10 July 2023

Beza Vivix Dan ResV Shaklee

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.

Minggu lepas ana dah share dengan anda tentang Vivix dan ResV. Hari ni ana nak share dengan anda tentang Beza Vivix Dan ResV

null

Keistimewaan Vivix Dan ResV

Vivix dan ResV adalah suplemen Nombor 1 Shaklee dan merupakan supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Masing-masing ada keistimewaan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Anda boleh baca bagaimana ResV Vivix Bantu Dapatkan Sel Yang Sihat

Antara persamaan Vivix ResV ialah menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh. Kedua-dua nya diperbuat daripada bahan  utama iaitu Anggur Muscadine. 


Anggur Muscadine


Vivix


Ini adalah keistimewaan Vivix yang perlu anda tahu. Sebelum ni ana ada tulis tentang Keunikan Vivix.

Keistimewaan Vivix


ResV


Ini adalah keistimewaan ResV yang perlu anda tahu.

Keistimewaan ResV



Beza Vivix Dan ResV

Antara perbezaan Vivix dan ResV ialah:

  • Beza bentuk
  • Beza kekuatan dan kelebihan
  • Beza ramuan
  • Beza penyimpanan
  • Beza waktu pengambilan
  • Beza harga



Beza Bentuk


Vivix berbentuk cecair. ResV pula berbentuk soft gel.


Beza Kekuatan Dan Kelebihan



VIVIX

1. Energy for Life (Tenaga Untuk Kehidupan)

2. 10% lebih berkuasa berbanding resveratrol tunggal

3. Memiliki 3 patent: Gabungan Polifenol, Diproses Secara Cold Filling Extraction, dan Semulajadi, Tanpa Pengawet dan Cecair yang stabil.

4. Vivix mempunyai 4 bahan utama iaitu anggur Muscadine, lobak ungu, Elderberries dan Japanese knotweed (Polygonum cuspidatum)

5. Digunakan untuk meningkatkan kesihatan

6. Jangka hayat setiap botol adalah selama 12 bulan

7. Sangat stabil, telah berada dipasaran selama 11 tahun


RESV


1. Live Vibrantly

2. 30% lebih berkuasa berbanding Vivix

3. Memiliki 6 patent: 3 patent Vivix ditambah dengan 3 patent baharu

4. ResV juga mempunyai 3 bahan dari vivix dengan tambahan beberapa bahan lain – buah delima, anggur Pomace, Chebulic myrobalan, anggur merah dan black currant

5. Digunakan secara tradisi untuk mengekalkan kesihatan

6. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk

7. Jangka hayat setiap botol adalah selama 24 bulan

8. Didaftarkan secara rasmi di Malaysia dalam Bahagian Perubatan Tradisional dan Kontemporari.


Beza Ramuan


Ramuan Vivix Dan ResV



Vivix


Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee adalah:

  • Purple carrot
  • Muscadine grape
  • European Elderbery
  • Japanese Knotweed

Ramuan Vivix




ResV


ResV mengandungi lebih 4 bahan berbanding Vivix. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam ResV Shaklee adalah:

  • Muscadine grape
  • Japanese knotweed
  • Purple carrot
  • Chebulic myrobalan
  • Pomegranate
  • Black currant
  • Grape pomace and red grape


Ramuan ResV



Beza Penyimpanan


Untuk Vivix, kerana berada dalam bentuk cecair dan bebas bahan kimia berbahaya, disarankan disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) untuk mengekalkan nutrisi polifenolnya. Anda tak perlu risau, Vivix takkan membeku kerana tidak dicampur air atau gula.


ResV yang berbentuk sofgel pula, boleh disimpan pada suhu bilik saja (tak perlu freezer apatah lagi peti sejuk). Teknologi untuk mengkapsulkan ResV ni telah dipatenkan. Khas untuk mengekalkan nutrisi polifenol. 


Oleh sebab tu, kalau anda jenis yang selalu outstation, suka travel, contohnya, disarankan memilih ResV. 


Beza Waktu Pengambilan


1 sudu makan penuh Vivix pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari. ResV pula 2 gel lembut diambil pada waktu malam sebelum tidur untuk memperbaiki sel badan semasa tidur.




Beza Harga


Harga Vivix

RM498.75 harga pasaran 

RM399 harga ahli  

• Percuma pos jimat Rm10 

• Percuma keahlian jimat Rm35


Harga ResV

RM535 harga pasaran

RM428 harga ahli 

• Percuma pos jimat Rm10 

• Percuma keahlian jimat Rm35


Penutup

Itu antara perkongsian ana tentang Beza Vivix Dan ResV. Kalau anda nak dapatkan Vivix dan ResV boleh contact ana ya. Ada promo best tauuuu.


Nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee, boleh baca di sini:

https://anakkuwira.com/siapa-perlukan-vivix-shaklee


Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Thursday, 6 July 2023

Keunikan Vivix Shaklee Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.


Minggu lepas ana dah share dengan anda tentang Vivix dan ResV. Jemput baca jugak Beza Vivix Dan ResV Shaklee. pulak, ana nak share dengan anda tentang Keunikan Vivix yang merupakan vitamin nombor 1 shaklee. Vivix ni sangat premium antara suplemen yang tinggi dengan kandungan antioxidant. 



Vivix juga adalah supplement yang berjaya menembusi sel sehingga ke peringkat DNA. Kenapa kena tembus sampai sel? Bila sel kita sihat, ia akan membantu hasilkan sel sel sihat yang lain dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Anda boleh baca Bagaimana ResV Vivix Bantu Dapatkan Sel Yang Sihat.


Keunikan Vivix




1. Mempunyai hak ekslusif iaitu 5 paten terhadap Vivix.

Shaklee mempatenkan hak ke atas 4 tumbuhan yang hebat tanpa sebarang pengawet. Shaklee jugak mempatenkan “Cold Filling Extraction” Process ekslusif utk Vivix Shaklee.



2. Merupakan gabungan resveratrol dan 16 jenis polifenol.


Resveratrol adalah sebatian semulajadi yang terdapat dalam beberapa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, biji-bijian, anggur, dan produk anggur yang diperolehi seperti wain merah.

Vivix mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Resveratrol iaitu kandungan di dalam Vivix telah dirujuk di lebih 2500 penerbitan penyelidikan termasuk kajian yang dijalankan oleh University Harvard.

Vivix yang terdiri dari campuran polyphenols dan resveratrol terbukti 10 kali lebih baik daripada resveratrol sahaja, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Kebanyakan produk antioksidan lain hanya mengandungi 2-3 jenis polifenol sahaja kerana proses nak extract polifenol ni sangat mahal.

Untuk anda yang nak tahu apa Itu polyphenols, boleh tengok gambar ya.



Ini pulak kebaikan polyphenols.



3. Terdiri daripada tumbuhan yang tinggi nilai ORAC 


ORAC (Oxygen Radical Absorbancy Capacity) ialah keupayaan sesuatu makanan menentang radikal bebas. Semakin tinggi nilai ORAC, maka semakin kuatlah antioksidan untuk melawan kerosakan sel terhadap radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.



Bahan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine mempunyai nilai ORAC tertinggi berbanding tumbuhan lain. Sebab itulah Vivix ramai yang ambil untuk awet muda.


4. Bahan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine diambil dari kulit dan biji.


Anggur Muscadine bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa. Ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak.




Kalau anda nak tahu, kadar dan kepekatan polifenol adalah tertinggi pada biji dan kulit. Sebab itulah bahagian biji dan kulit Anggur Muscadine sahaja yang di extract untuk pembuatan Vivix.






5. Menggunakan bahan semulajadi, berkesan dan selamat serta baik untuk kesihatan menyeluruh.



Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee adalah:


Purple carrot

Muscadine grape

European Elderbery

Japanese Knotweed


1. Anggur Muscadine 

  • Anggur Muscadine atau Muscadine grape sejenis anggur yang lain daripada anggur lain kerana mempunyai extra kromosom. Extra kromosom ini membantu menyihatkan sel-sel manusia yang rosak serta betulkan kerosakan genetik.
  • Muscadine grape ini baik untuk kesihatan jantung. Membantu salur darah sentiasa sihat & tidak tersumbat.
  • Kaya dgn antioksidan yang melawan radikal bebas.
  • Kaya dengan RESVERATROL. Resveratrol membantu melindungi badan daripada kolestrol melekat di badan.


2. Purple Carrot

  • Merupakan salah satu daripada superfood
  • Mempunyai Astaxanthin dan Anthocyanin dan kaya dgn antioksidan.
  • Warna ungu pada carrot mempunyai pytochemical yang sgt bagus utk kesihatan manusia.
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat
  • Meningkatkan keanjalan salur darah



3. Japanese Knotweed

  • Mempunyai bahan yang sangat bagus untuk kesihatan perut.
  • Melindungi daripada penyakit jantung dan kanser.
  • Bantu merendahkan tekanan darah tinggi.
  • Bantu menyihatkan sel pankreas pesakit diabetes dan bantu penghasilan insulin semulajadi.


4. European Elderberry




  • Sangat bagus utk kesihatan pernafasan
  • Meningkatkan kesihatan sistem imun badan
  • Bantu lawan selesema, demam dan serangan influenza.
  • Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak membantu melawan kanser dan jankitan virus/bakteria.



Vivix juga mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Kebaikan Vivix

Ini antara kebaikan Vivix.



Itu antara perkongsian ana tentang Keunikan Vivix.  Kalau anda nak dapatkan Vivix boleh contact ana. Ada promo tauuuu.

Nak tahu siapa perlukan Vivix Shaklee, boleh baca di sini:

https://anakkuwira.com/siapa-perlukan-vivix-shaklee

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801


Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info produk lebih lanjut.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047