Thursday 27 October 2016

SALAM PERKENALAN


Teks: Farhana Arsad

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt. Salam ukhwah untuk semua.

Latar Belakang


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama diberi Nurfarhana binti Arsad, dilahirkan pada 22  Mei 1990 di Hospital Batu Pahat, Johor. Berumur 26 tahun. Ayah saya Arsad bin Hamsan, ibu pula Junaidah binti Kasmat. Saya merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik (adik Nurfarah Ezaty binti Arsad).

Alhamdulillah, saya telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Mohd Rushdi bin Yusof pada 5 Februari 2016. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami merasa nikmat anak. Inshaa Allah, cahaya mata kami ini akan dilahirkan pada bulan Disember tahun ini.

Saya sangat suka membaca sama ada di buku, blog, dan bahan bacaan lain. Bacaan saya adalah berkaitan  keagamaan, motivasi, pembangunan diri, kejayaan dan bisnes. Saya juga suka mengumpul buku motivasi dan keagamaan. Selain itu, saya juga suka membuat kek dan biskut serta mencuba resipi baru berpandukan google.

Minat memang minat, tetapi saya juga masih dalam proses belajar dengan mencuba sendiri dan belum sempat belajar secara berguru. Inshaa Allah melalui blog ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan peroleh melalui pembacaan dan pengalaman saya dan orang sekeliling.

Pendidikan


Saya mula mendapat pendidikan awal kanak-kanak pada usia enam tahun di sebuah tadika kemas yang berhampiran tempat ibu saya bekerja. Kemudian, saya mendapat pendidikan rendah di sekolah berhampiran dengan rumah iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Lapis, Batu Pahat dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (TIGS), Batu Pahat, Johor.

Selepas itu, saya telah ditawarkan untuk mengikuti program matrikulasi Sains Hayat di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak, Muar. Setelah tamat program matrikulasi, saya melanjutkan pelajaran pula dalam bidang Sains Kimia di Universiti Malaysia Terengganu. Kemudian, saya menyambung pelajaran secara separuh masa dalam Sarjana Sains Kimia di universiti yang sama.

Pengalaman kerja                    


Sebelum menyambung pengajian di universiti, saya pernah bekerja di sebuah restoran dan kedai kek semasa menunggu keputusan SPM. Selepas tamat program matrikulasi pula, saya bekerja di pasaraya The Store Batu pahat. Pengalaman bekerja benar-benar menyedarkan saya akan betapa sukarnya ibu ayah saya mencari wang untuk membesarkan kami dua beradik.

Semasa berada di tahun dua di universiti pula, saya pernah mengikuti latihan praktikal di FAMA Rengit, Batu Pahat. Selepas  menamatkan pengajian di universiti, saya menjadi demonstrator makmal bagi makmal kimia analisis dan pembantu penyelidik sambil menyambung pengajian di peringkat sarjana.

Di sini, saya mendapat pengalaman baru belajar mengajar adik-adik junior di makmal. Alhamdulillah, dari pengalaman ini saya belajar konsep membantu orang lain dalam urusan ilmu, urusan kita pula akan dipermudahkan Allah. Inshaa Allah, pengalaman ini akan saya gunakan sebaiknya pada masa depan.

Pengalaman bisnes


Semenjak menyambung pengajian di peringkat sarjana, barulah mula timbul minat berbisnes secara sambilan. Sebelum itu, saya tidak pernah terfikir langsung pun untuk terlibat dengan bisnes. Apatah lagi kedua ibu ayah tidak berapa menyokong saya terlibat dengan bisnes. Saya bermula dengan menjual coklat homemade yang dibuat sendiri. Kemudian, popia nestum dan biskut raya pula semasa bulan Ramadhan.

Sejak 2015, saya telah menjadi pengedar bebas Shaklee di bawah empayar MFMS. Dengan menjadi pengedar bebas Shaklee, saya dapat membantu menambah baik kehidupan orang lain terutamanya dari segi kesihatan. Dengan mendapat bimbingan daripada Master Maria dan Master Firdaus, Inshaa Allah diharapkan perjalanan bisnes saya dipermudahkan Allah. Walaupun pengalaman bisnes saya tidak banyak, saya banyak mengambil pengalaman dari orang sekeliling saya sebagai panduan termasuk berguru dan banyak membaca.

Matlamat


Matlamat saya menyertai ABDR adalah untuk menuntut ilmu dan mempraktikkan bisnes online melalui pelbagai medium dan dalam masa yang sama memberi perkongsian-perkongsian yang bermanfaat secara berterusan melalui blog. Terima kasih atas tunjuk ajar daripada guru-guru ABDR terutamanya Cikgu Anys Idayu Zakaria. Semoga atas tunjuk ajar cikgu Anys dapat membantu saya dalam mencapai matlamat  ini. Semoga penulisan di blog ini mendatangkan manfaat kepada pembaca di dunia akhirat. Insha Allah.

Akhir kalam, salam ukhwah dan salam kasih sayang.

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047