Monday 31 October 2016

Bisnes Bermentor


Teks: Nurfarhana Arsad



                       Bisnes, Business, Mentor, Tips Bisnes, Petua Bisnes, Cara berjaya dalam bisnes


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt.
                                       
                                            
Hari ini Ana nak berkongsi tentang pengalaman Ana dengan anda berkaitan bisnes. Selepas belajar banyak teknik  perniagaan online dan marketing melalui internet secara percuma dan berbayar, pergi ke bebarapa kursus, meningkatkan pembacaan berkaitan perniagaan online, mentaliliti Ana terhadap bisnes berubah.


Bisnes Mudah Jika


Bisnes lebih mudah jika kita ada mentor. Malangnya, ramai yang buat bisnes tapi tak belajar daripada pakar bisnes. Bila ditanya siapa mentor? Jawapan mereka, tiada mentor.



Mentor bisnes, bisnes, mentor, tips bisnes, cara bisnes, cara berjaya dalam bisnesMentor

Langkah pertama untuk buat bisnes adalah mencari MENTOR. Dengan adanya mentor, kita tak perlu melanggar banyak dinding dan melakukan banyak kesilapan. Tanpa mentor, mungkin boleh berjaya. Tapi agak sukar dan lambat untuk berjaya.


Fungsi Mentor

Mentor sebenarnya amat penting untuk kejayaan bisnes seseorang. Mentor ibarat tangan di atas yang menarik tangan kita untuk turut berjaya sepertinya. Mentor membantu kita berjaya dengan memberi sokongan dan nasihat serta panduan dalam bisnes. Mentor juga memberi tunjuk ajar selok belok dalam bisnes agar kita lebih cepat mencapai kejayaan.

Mentor bisnes, M.E.S.T.I, mentor, berjaya dalam bisnes, bisnes, tips bisnes, cara bisnes

  
Pengalaman bisnes tanpa mentor    

Dulu Ana juga buat bisnes tanpa mentor. Apabila lihat ada orang jual coklat homemade, Ana pun cuba jual coklat homemade sempena Hari Guru. Segala barang keperluan untuk membuat coklat Ana beli. Contohnya, acuan, plastik dan lain-lain. Stok coklat beryl pun yang Ana beli. Padahal harga sekilo coklat beryl agak mahal harganya.


Semua keperluan untuk membuat coklat itu, Ana ketahui daripada blog-blog perniagaan coklat dan blog menjual barang keperluan coklat. Ana ingat kalau Ana ada semua kelengkapan untuk buat coklat, Ana boleh berjaya dalam perniagaan coklat.


Tapi Ana silap, Tanpa mentor yang betul, Ana sukar berjaya. Tanpa mentor, Ana tidak tahu cara penghasilan coklat dengan betul dan tepat. Apa-apa berkenaan pemasaran coklat juga Ana tidak tahu. 


Ana sekadar cuba-cuba dan perlu melanggar banyak dinding jika ingin berjaya dalam perniagaan coklat. Hasilnya, Ana mengalami kerugian modal kerana membeli banyak barang kelengkapan dan stok coklat tapi tiada keuntungan yang masuk.


Mentor bisnes, M.E.S.T.I, mentor, berjaya dalam bisnes, bisnes, tips bisnes, cara bisnes, mentoring,peranan mentor, fungsi mentorBisnes Bermentor

Alhamdulillah sekarang Ana pun dah ada mentor untuk Shaklee dan Blog Ana. Mentor Ana juga selalu memberi coaching dan sudi membantu apabila Ana memrlukan bantuan mereka.


Pengajaran

Kalau nak buat bisnes, carilah mentor yang betul. Bisnes kedai makan  ke atau bisnes tuisyen ke, tidak kira apa sekali pun bisnes anda. Carilah mentor yang sama aliran bisnes dengan anda. Insya Allah, anda akan lebih mudah berjaya.


Semoga perkongsian Ana ini dapat memberi sedikit sebanyak  kebaikan kepada anda dan bisnes anda. Wassalam.


Terima kasih kerana membaca Bisnes Bermentor.

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047