Alhamdulillah 2 minggu lepas, Ana selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2,8 kg pada 11.59 mlm 6 Disember 2016 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Syukur Allah beri Ana kekuatan untuk mengharungi proses bersalin dan berpantang seminggu di hospital. Cerita bersalin dan berpantang seminggu di hospital tu akan Ana kongsi di lain entri. Inshaa Allah.
Anak sulung Ana ni kami suami isteri namakan dengan nama Nur Wardah Sofiah. Cantik tak nama tu? Ni bukan sebab penangan cerita Suri Hati Mr. Pilot ye. Itu Warda. Hihi. Ana tak tengok pun cerita tu.
Sebenarnya dah lama Ana nak namakan ank perempuan Ana Wardah Sofia. Cuma tukar ejaan sedikit dan tambah Nur di hadapan. Maksud nama adalah Nur=cahaya, Wardah=bunga, Sofiah=menawan.
Wardah hari ke-6 |
Wardah hari ke-10 |
No comments:
Post a Comment