Assalamualaikum.
Hari ni Ana nak kongsi ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU. Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang SUSU IBU DALAM AL-QURAN.
“Para ibu
HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi
yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu”
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233
Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?
PERINTAH ATAU SURUHAN MEMBERI SUSU IBU
Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya
ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh
yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak. Bagi Ana ayat Al-Quran di
atas lah yang telah MEMBERI MOTIVASI KEPADA ANA untuk menyusukan anak-anak
Ana nanti dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN. Inshaa Allah,
lepas bersalin anak sulung nanti Ana akan berusaha bersungguh-sungguh
menyusukan anak Ana.
Menyusukan bayi memang agak sukar
pada mulanya. Tetapi Ana dah berazam, walau apa pun yang terjadi, Ana takkan
sekali-kali memberi susu formula kepada anak sehinggalah berumur 2 tahun.
MANFAAT SUSU IBU
Susu ibu sememangnya mempunyai banyak khasiat yang
sangat baik untuk bayi. Sebab ia MAKANAN TERBAIK YANG ALLAH CIPTA KHAS
UNTUK BAYI, berbanding lain-lain makanan bayi. Jadi susu badan
tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula
atau makanan lain buatan manusia.
Betapa
banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi.
KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI DAN IBU
Jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita adalah yakin dan berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah. Sebenarnya, penyusuan susu ibu bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.
Semoga perkongsian ini dapat member kesedaran kepada kita tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Semoga Ana dapat menyusukan anak-anak Ana dengan penyusuan penuh sehinggga 2 tahun. Ana doakan agar anda juga dapat memberi anak-anak anda penyusuan penuh sehinggga 2 tahun.
Terima kasih kerana membaca Kepentingan Susu Ibu di Dalam Al-Quran.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk menambah susu? Supplemen kesihatan untuk anda dan keluarga? Hubungi Ana.
No comments:
Post a Comment