PERSIAPAN UNTUK KEHAMILAN
·
Badan
yang sihat dan berat badan yang normal meningkatkan peluang untuk hamil.
·
Dapatkan
pemeriksaan badan yang tetap.
·
Pastikan
pengambilan protein lengkap, asid folik, vitamin-vitamin B, vitamin A, C, D, E,
zat besi, iodin, kalsium, zink, selenium, asid lemak omega-3 dan CoQ10 yang
optimum untuk mempersiapkan badan dengan kehamilan.
·
Elak
makanan diproses, tekanan berlebihan dan kafein.
KEPENTINGAN NUTRIEN DALAM
TEMPOH KEHAMILAN
Semasa hamil, penting sangat bagi ibu dan bayi untuk
mendapat nutrien penting yang cukupi untuk pencegahan kecacatan kelahiran pada
otak dan saraf tunjang, membantu janin membesar dengan kuat dan sihat dengan
berat badan normal, menyokong perkembangan mental, kognitif dan mata bayi dan
mencegah anemia.
SUSU IBU ADALAH MAKANAN
TERBAIK UNTUK BAYI
Menurut World Health Organization (WHO),
susu ibu adalah makanan terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi yang
sihat. Para ibu baru boleh meningkatkan penghasilan susu melalui sup-sup
berkhasiat atau bantuan penghasilansusu konvensional seperti alfafa dan sup rumpai laut.
PROTEIN LENGKAP PENTING
UNTUK IBU DAN BAYI
Protein merupakan nutrien ruji dari fasa persenyawaan, pra-kehamilan dan selepas
kehamilan. Dilengkapi dengan 9 asid
amino penting, protein lengkap amat penting untuk ibu untuk pemulihan yang
lebih cepat dan menggalakkan rambut dan kulit yang sihat, termasuk
penghasilansusu ibu yang berkualiti untuk tumbesaran dan perkembangan optimal
bayi.
PENGAMBILAN EPA DAN DHA
Asid lemak Omega-3 (EPA dan DHA) menyokong
perkembangan mental, kognitif dan mata bayi. Salah satu sumber untuk nutrien
ini adalah ikan. suplemen boleh diambil sebagai alternatif untuk mendapatkan
EPA dan DHA disebabkan sesetengah ikan mungkin mengandungi bahan pencemar alam
sekitar yang tinggi seperti plumbum, merkuri dan toksin yang lain. Suplemen biasanya
telah disuling bagi menyingkirkan bahan pencemar.
Kredit to: Shaklee Today
No comments:
Post a Comment