Tuesday 18 April 2023

Dapat Bonus Extra Dengan Insentif Shaklee Malaysia

Assalaamualaikum semua. Terima kasih ya sebab anda semua sudi singgah blog Ana. Moga anda sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.


Pejam celik pejam celik dah tinggal beberapa hari dah nak raya kan. Bila Raya dah dekat maksudnya, Ramadhan pun dah nak tinggalkan kita. Sedihhhh. Ana harap harap kita semua dapat lah jumpa Ramadhan tahun depan. Aamiin.

Insentif Shaklee




Sebenarnya hari ni Ana nak share kat anda kelas yang ana join Sabtu lepas. Kelas ni dibuat upline ana, Master Norita secara online bersama BDM  Shaklee, Puan Amalia. Kelas ni berkenaan dapat bonus extra dengan Insentif shaklee Malaysia.

Kelas shaklee


CABARAN EKONOMI


Sebelum tu, seperti yang ramai sedia maklum 2023 tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Kesan daripada pandemik covid-19 yang melanda dunia 3 tahun lalu, ekonomi dunia masih tidak menentu. Di tambah pula dengan gangguan rantaian bekalan makanan dunia kesan perang Russia-Ukraine. 


Ini secara langsung, turut memberi kesan pada ekonomi negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kebaikan kos sara hidup


Ramai rakyat turut terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat. Jadi, nak tak nak kita terpaksa menambah pendapatan walaupun kita sudah ada kerja hakiki. Kita boleh kerja part time, berbisnes atau buat Bisnes Online jika kita sudah bekerja.


INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA


Jadi apabila Shaklee Malaysia mengumumkan program Insentif dengan bonus sebanyak RM 600 kepada yang layak, kita boleh jadikan ini sebagai peluang untuk kita tambah pendapatan kita. 


Kita boleh mulakan bisnes Shaklee dan jadikan Insentif Shaklee sebagai motivasi untuk kita berbisnes. Jom Ana terangkan lebih lanjut tentang Insentif Shaklee ini.


Tujuan Insentif Shaklee


Tujuan Insentif Shaklee yang berfokus pada  rank Supervisor dan Senior Supervisor ini adalah untuk memastikan pengedar Shaklee dapat bina bisnes dan bertahan lama dengan bisnes Shaklee. Selain menggalakkan lebih ramai dapat bonus extra dengan Shaklee. 


Untuk pengetahuan anda, supervisor adalah rank pertama selepas seorang pengedar Shaklee berjaya membuat Jualan 3000 uv bersamaan RM 10 200. Senior Supervisor pula adalah rank kedua selepas supervisor.

Rank dalam Shaklee


BONUS EXTRA DENGAN INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA


Mesti anda dah tak sabarrr nak dengar pasal Insentif Shaklee kan? Ajommm sekarang ana cerita teruslah ya. Insentif ni terbahagi kepada 3 kategori :


1) Untuk yang belum pernah rank up Supervisor. 

  • Perlu rank up Supervisor dalam bulan April, May atau Jun 2023, dan KEKAL EFFECTIVE 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


2) Bagi yang dah pernah rank up Supervisor/Senior Supervisor. Tapi tak effective pada Januari-Mac 2023.

  • Effektif sebagai Supervisor/Senior Supervisor dalam bulan April dan KEKAL EFFECTIVE sebagai Supervisor/Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


3) Bagi yang dah pernah rank up Supervisor/Senior Supervisor. Dan effective supervisor/Senior Supervisor pada Januari -Mac 2023.

  • Supervisor rank up ke Senior Supervisor dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600. 

  • Senior supervisor rank up ke Coordinator dalam bulan April or May or June 2023, dan KEKAL EFFECTIVE Senior Supervisor 2 bulan seterusnya berturut2, akan dapat CASH RM600.


Anda jugak berpeluang untuk dapatkan bonus RM 600 ini tau. Nak tahu macam mana? Meh dekat sikit ana nak bisik. 🤭



MACAM MANA NAK DAPATKAN INSENTIF SHAKLEE


Untuk berpeluang dapat Insentif bonus RM 600 ni, anda semestinya wajib menjadi ahli shaklee yang sah.


Cara Jadi Ahli shaklee


Ada 3 pilihan untuk menjadi ahli Shaklee:-


✅ PILIHAN 1

Yuran Pendaftaran hanya RM35. Anda terus layak mendapat semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee, antaranya belian dengan HARGA AHLI (DISKAUN 20%).

Jadi ahli shaklee dengan RM 35


ATAU


✅ PILIHAN 2

Buat pembelian sebarang produk Shaklee dalam 1 RESIT berjumlah minimum 100 UV (lebih kurang RM350 Harga Ahli), anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


ATAU


✅ PILIHAN 3

Buat pembelian Set Promo April Vitamin Rahmah (setong ESp dan Vitamin C Sustained Release) pada harga RM99 dan anda dapat PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE (bernilai RM35)!


set Rahmah Shaklee hanya 99 henggit 






Kelebihan ahli shaklee


Bila anda menjadi ahli shaklee, anda juga berpeluang menerima manfaat keahlian shaklee. Ini antara kelebihan anda join Shaklee di bawah team ana. Inshaa Allah Ana guide korang. Meh lah join team ana. 


Kelebihan jadi ahli shaklee dengan team Ana.


Peluang 3C


Antara INSENTIF SHAKLEE yang sangat best yang Shaklee tawarkan adalah 3C iaitu CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP. Anda jugak berpeluang untuk dapatkan Insentif Shaklee ini. Best kan?


Peluang 3C yang Shaklee tawarkan


1) Cash Bonus

Cash bonus yang boleh anda target sebelum bergelar supervisor.


Tangga bonus daripada rank Supervisor sehingga Master Coordinator.



2) Car Bonus

Kereta upline Ana yang menggunakan bonus Shaklee sepenuhnya.


3) Convention Trip ( Regional & International)

Trip Shaklee untuk cycle 2024. Letak kat goal dan jom kita kejar. Kejar point dan boleh honeymoon dengan pasangan.




JOM MULA BISNES SHAKLEE DAN GRAB EXTRA BONUS INSENTIF SHAKLEE


Jom kita mula Bisnes Shaklee. Lagi cepat lagi bagus. Lagi cepat anda bermula, lagi tinggi peluang anda dapat Extra bonus RM 600 ni. 


Apa yang perlu anda buat adalah:

1) jadi ahli shaklee.

2) Dapatkan kelebihan dan manfaat sebagai ahli shaklee.

3) Jadi Supervisor Shaklee.

4) Kekal effektif selama 2 bulan berturut- turut.

5) Terima bonus extra RM 600.



JIka anda berminat untuk dapat bonus extra, boleh hubungi ana di 0179376047.


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047