Teks: Nurfarhana Arsad
Assalamualaikum Ana doakan anda semua sentiasa dalam keadaan
sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.
Hari ini ana nak berkongsi tentang Formula Mudah
Untuk Kurus. Kalori, BMI, BMR, DCR.
Untuk
kurus atau turunkan berat badan, setiap kita perlulah mengetahui
·
Konsep
Kalori
·
Apa
itu BMI, BMR dan DCR?
·
Perancangan
Penurunan Berat Badan
KALORI
u
Apa itu
KALORI?
·
Kalori
adalah satu unit tenaga. Setiap yang kita makan akan masuk ke dalam badan dalam
bentuk KALORI.
·
Kalori akan
digunakan oleh tubuh badan untuk ditukar menjadi tenaga agar badan kita
berfungsi dengan sempurna.
·
Kalori yang
berlebihan dan tidak digunakan akan ditukar menjadi LEMAK.
·
KALORI itu
digunakan untuk Nilai Kalori Dalam Makanan
·
Karbohidrat = 1gm = 4kCal
·
Protien = 1gm = 4kCal
·
Lemak = 1gm = 9kCal
BMI
(BODY MASS INDEX)
u Apa itu BMI?
·
BMI ialah ukuran statistik lemak
badan berdassarkan ukuran berat dan tinggi.
u Cara mengira BMI ialah
BMI = _____ Berat (kg)_____
Tinggi (m) x
Tinggi (m)
u Setelah BMI diketahui,
status BMI bolehlah diketahui melalui jadual di bawah.
BMR (BASAL METABOLIC RATE)
u
Apa itu BMR?
·
BMR adalah jumlah KALORI yang diperlukan oleh badan untuk semua organ
dalaman badan seperti sistem pernafasan, pertumbuhan, pencernaan dan lain lain berfungsi
secara automatik.
·
Lebih tinggi BMR, lagi banyak kalori yang TERBAKAR tanpa kita perlu
bergerak anggota fizikal.
·
BMR dipengengaruhi oleh umur, jantina, berat dan tinggi.
u Formula mengira BMR ialah
- Untuk Lelaki =
66 + (13.7 x berat in kg) + (5
x tinggi in cm ) – (6.8 x umur in tahun )
- Untuk Wanita=
655 + (9.6 x berat in kg) +
(1.8 x tinggi in cm) – (4.7 x umur in tahun)
Sila kira
BMR anda menggunakan formula di atas. Itu adalah jumlah KALORI yang terbakar
secara AUTOMATIK dari badan anda setiap hari.
DCR (DAILY CALORIES REQUIREMENT)
u
Apa itu DCR?
·
DCR adalah jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk
menjalankan aktiviti harian kita
·
Jumlah
kalori yang diperlukan juga bergantung kepada aktiviti harian kita
u
Formula Mengira
DCR ialah
DCR= BMR x
Pemberat Kadar Aktiviti
u Pemberat kadar
aktiviti boleh diketahui melalui jadual di bawah.
PERANCANGAN PENURUNAN BERAT BADAN
u
Tahu BMI,
BMR dan DCR diri sendiri dengan mengira berpandukan formula di atas.
u
Merujuk
jadual DCR di bawah..
u
Perubahan berat badan akan berlaku
seperti berikut.
u
Jika jumlah kalori DIAMBIL
MELEBIHI DCR, BERAT BADAN AKAN NAIK. Ini kerana KALORI berlebihan akan ditukar
menjadi lemak dalam badan.
u
Jika jumlah kalori DIAMBIL
KURANG DARI DCR, BERAT BADAN AKAN TURUN. Ini kerana lemak dalam badan akan
dibakar menjadi sumber tenaga.
u
Jika jumlah kalori SAMA DENGAN
DCR, berat badan akan MAINTAIN.
.
.
No comments:
Post a Comment