Tuesday 12 September 2023

Keperluan Nutrien Wanita Mengandung Kekal Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan dengan anda, Keperluan Nutrien Wanita Mengandung Kekal Sihat.



Setiap wanita mengandung memerlukan nutrient dan vitamin yang mencukupi untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan dan untuk kesihatan ibu sendiri.

Sekiranya tidak mendapat nutrient yang mencukupi, pelbagai masalah kehamilan mungkin timbul. Antaranya, masalah kekejangan otot dan sakit gigi ketika mengandung disebabkan kekurangan kalsium.

Sakit gigi akibat kurang kalsium

Ana ada kongsikan berkenaan masalah-masalah kehamilan yang mungkin akan timbul sekiranya kita kekurangan nutrisi yang lengkap di dalam tubuh badan.

Antara perkara yang ingin Ana kongsikan di dalam Keperluan Nutrien wanita mengandung ini ialah:

✅Nutrien yang diperlukan oleh ibu mengandung dan bayi

✅Peranan nutrien untuk ibu mengandung

✅Masalah yang timbul sekiranya kekurangan nutrien



NUTRIEN YANG DIPERLUKAN WANITA MENGANDUNG


Antara nutrient yang penting untuk bayi dan wanita mengandung ialah protein, folik asid, kalsium, omega 3, zat besi, vitamin B dan vitamin C. Setiap nutrient mempunyai peranan tersendiri.

Pelbagai vitamin untuk Keperluan Wanita mengandung

PERANAN NUTRIEN UNTUK WANITA DAN IBU MENGANDUNG


Protein

  • Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembinaan sel dan tisu di dalam tubuh bayi.
  • Protein juga diperlukan untuk pembentukan placenta, tisu amnion dan penghasilan susu ibu.
  • Protein juga diperlukan untuk memperbaharui sel-sel, tisu, hormon dan enzim tubuh ibu mengandung sendiri.

Protein membantu pembentukan sel dan tisu bayi.

Asid folik

  • Asid folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi di dalam kandungan.
  • Asid folik juga mencegah kecatatan spina bifida bayi ketika lahir.


Kalsium

  • Kalsium diperlukan untuk menjamin pembentukan otot, otak, tulang dan organ-organ tubuh bayi.
  • Kalsium membantu bayi mendapat tulang dan gigi yang kuat.
  • Kalsium juga diperlukan oleh ibu untuk mencukupkan keperluan seharian dan menghalang kekejangan otot ibu mengandung semasa mengandung.


Asid lemak Omega-3

  • Omega-3 diperlukan untuk sistem saraf dan retina bayi.
  • Omega-3 juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.

Omega 3 untuk saraf dan retina bayi

Zat besi

  • Zat besi diperlukan untuk membentuk haemoglobin dalam darah ibu dan bayi.
  • Zat besi yang mencukupi boleh mengelakkan ibu mengandung keletihan dan mendapat anaemi.


Vitamin C

  • Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh ibu mengandung untuk melawan penyakit.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dalam tubuh ibu mengandung.


Vitamin B

  • Vitamin B menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Vitamin B juga membantu ibu mengandung terhindar dari stress dengan membantu kesihatan fungsi saraf ibu

Vitamin B bantu ibu bertenaga dan aktif


MASALAH YANG TIMBUL SEKIRANYA KEKURANGAN NUTRIEN


Kesan Kekurangan Nutrien mengikut jenis nutrien:


Protein

Pembentukan sel bayi tidak mencapai tahap optimum.

Folik asid

Anak berisiko mendapat kecatatan spina bifida ketika lahir.

Contoh kecatatan spina bifida akibat kekurangan asid folio
Sumber: wikipedia


Kalsium

Mudah mendapat kekejangan otot, sakit gigi semasa hamil.

Asid lemak Omega-3

Ibu mudah lupa kerana DHA diserap bayi di dalam kandungan.

Zat besi

Ibu mudah mendapat anaemia.

Vitamin C

Senang dijangkiti penyakit terutama demam, batuk dan selesema semasa hamil.

Vitamin B

Ibu mudah letih.

Ibu mudah letih bila tak cukup nutrisi


Penutup


Kita dapat lihat pentingnya nutrient untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Kekurangan nutrient boleh menyebabkan pelbagai masalah kehamilan yang boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan.

Oleh itu, ibu mengandung perlulah menambah keperluan nutrient di dalam diet seharian. Antara cara termudah adalah melalui pengambilan set mengandung Shaklee yang mengandungi nutrient-nutrien yang diperlukan ibu hamil.         

                       

Alhamdulillah, Ana merasakan kesihatan Ana meningkat apabila mengambil Set kehamilan Shaklee / set Mengandung Shaklee semasa mengandung ini. Jemput baca testimoni ana. Testimoni Shaklee Saya: Set Hamil Menyusu Bantu Jadi Ibu Sihat Dan Aktif

Kesihatan kita dan anak dalam kandungan bagi Ana sangat penting. Nikmat kesihatan adalah lebih penting berbanding wang ringgit. Kalau duit banyak tapi dihabiskan untuk membayar bil hospital, hilang lah nikmatnya. Betul, kan?


Jom hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.

Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801



#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023









No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047