Monday, 5 February 2018
DILEMA GEMUK
Aku alami kegemukan. Masalah yang normal macam ramai orang bukan? Tapi, tak semua orang punya cabaran yang sama macam aku. Setiap hari aku stress, tertekan, serabut rasa nak guling-guling dengan kegemukan aku ni.
.
Paling menyeksakan, aku cepat penat. Lelah semput macam nak pengsan 44 hari kalau berjalan. Banyak aktiviti sukan yang aku terpaksa lupakan. Macam jogging ke naik basikal ke. Berlari apatah lagi. Bila bab mengejar adik-adik aku yang masih kecik, aku angkat bendera putih mengalah dulu.
.
Kalau berjalan pulak, aku selalu sakit-sakit tumit. Nak-nak bila celah peha berlaga masa berjalan. Peghhh. Melecet. Sakit wooo. Pedih dia Tuhan je yang tau. Nak jalan pun jadi payah.
.
Paling sakit hati rasa macam nak terjun laut dalam kalau nak beli baju. Susahnye lahai nak cari baju yang sesuai. Sesuai yang berkenan di hati. Dah la baju lama memang banyak yang tak muat da. Pilih punya pilih, dah berkenan sangat jatuh hati gedebuk-gedebuk da dengan design corak bunga-bunga memikat hati, tetiba tak muat la pulokk. Gerrr. Gerammmnye. Terpaksa la pilih baju yang tak berapa berkenan. Janji muat ngan badan. Redhoooo je lah.
.
Pandangan orang pulak. Mentang-mentang saiz ku cenggini, diaorang tengok sebelah mata je. Boleh pulak panggil aku makcik. Sedih pilu tak tertahan hati ni tau. Aku ni muda lagi tau. Nampak berumur sebab kegemukan je.
.
So, orang yang mengalami kegemukan ni memang kuat sangat dan tabah tau. Siapa yang pernah mengalami tu, memang faham sangat cabaran nye kan.
.
Kalau korang selim, bersyukur lah. Dan kalau kita gemuk, tak semestinya kita gemuk selamanya. Yang penting, kita usaha untuk lebih sihat, TAKDE YANG MUSTAHIL. Anaa doakan yang terbaik untuk korang.
.
FARHANA ARSAD,
Dilema gemuk suatu ketika dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Assalamualaikum.Hai semua! Tinggal berapa hari lagi kita nak berpuasa. Lepas puasa, mesti lah raya kannn. Masa raya nantilah masanya ...
-
Teks: Farhana Arsad Foto : Simpanan Peribadi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar anda di sana? Sihat? Hari ini Ana n...
-
Assalamualaikum. Hai semua. Sihat ke? Harap anda semua sihat di samping keluarga tercinta. Hari ni Ana nak berkongsi dengan anda tentang k...
No comments:
Post a Comment