Tuesday, 14 March 2023

KURUS SEBELUM RAYA DENGAN SET KURUS SHAKLEE

 

Assalamualaikum.Hai semua!


Tinggal berapa hari lagi kita nak berpuasa. Lepas puasa, mesti lah raya kannn. Masa raya nantilah masanya  kita nak melawa, nak nampak slim, kurus ramping bila pakai baju raya baru. Jadi, Ana nak kongsikan dengan korang cara mudah nak kurus sebelum raya.



CARA MUDAH NAK KURUS SEBELUM RAYA


Pertama, korang kena banyak minum air masak. Cukupkan pengambilan air dari berbuka hingga bersahur. Untuk 25kg berat badan, korang kena ambil 1 liter air. Jadi, kalau berat korang 75 kg, korang kena ambil 3 liter air. Kenapa kena ambil air banyak? Air ni berfungsi untuk membuang toksin dalam badan. Bila kurang toksin, lemak dapat disingkirkan., berat korang akan cepat dapat turun.

Ambil air secukuonya.


Kedua, korang kena kurangkan garam dan gula. Kenapa? Gula dan garam ni berfungsi sebagai perasan dalam makanan dan minuman. Namun, gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Garam berlebihan pula boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, bila berlebihan garam dan gula, ia akan menghalang proses penurunan berat badan dengan cepat.

Kurangkan gula dan dan garam untuk turun berat.


Ketiga, korang kena ambil makanan yang kurang kalori dari keperluan korang. Kalau pemakanan tinggi kalori, kita akan senang naik berat. Kalau kurang kalori pula, kita lagi mudah kurus. Begittu. Untuk itu korang kena amik tahu berkenaan pengiraan kalori. Antara hidangan yang kurang kalori adalah pengambilan makanan secara suku suku separuh semasa berbuka dan bersahur.

Pemakanan suku suku separuh.

Kalau anda nak cara yang lebih mudah kurus ramping sebelum raya adalah dengan mengambil Set Kurus Shaklee iaitu Set Hello New You.


𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢 𝗦𝗘𝗧 𝗛𝗘𝗟𝗟𝗢 𝗡𝗘𝗪 𝗬𝗢𝗨𝗦𝗘𝗧 𝗞𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗦𝗛𝗔𝗞𝗟𝗘𝗘 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗦


Untuk pengetahuan anda set Hello New You ini adalah set kurus Shaklee paling laris. Ramai yang dah kurus dan turun berat dengan set ni.

Namun yang sedihnya, ini bulan terakhir untuk promo Set Hello New You ni. Jadi pastikan korang grab ya.

Set Hello New You


Fungsi Set Kurus Shaklee:

1. Meningkatkan metabolisme supaya lemak lebih cepat terbakar

2. Memecahkan lemak, menghalang pengumpulan lemak & mengeluarkan toksin 

     dari hati.

3. Memberi rasa kenyang lebih lama dan mengawal craving

4. Membina otot supaya tak menggeleber apabila lemak terbakar.

5. Memudahkan pelawasan & mengeluarkan lemak dan toksin dari badan



Kini dengan SET KURUS SHAKLEE HELLO NEW YOU, korang akan dapat:

1. Nutrisi penting bantu turunkan berat badan dengan sihat : 2 tin Cinch Shake 

    Choc, 1 Omegaguard, 1 Lecithin, 1 Herblax.

2. FREE Membership (worth RM35)

3. FREE Postage (worth RM10

4. FREE Green Shaker (worth RM15) - For New Registration Only

Oh ya. 1 tin cinch shake coklat itu percuma juga ya.




Yang lagi best, apabila anda dapatkan Set Hello New You dengan Ana ni, secara automatik anda akan dapat GROUP SUPPORT PERCUMA PROGRAM IFLAT yg akan membantu anda dalam proses kurus dan turunkan berat badan.


Ini antara testimoni peserta yang mengambil set Hello New You yang jugak turut serta dalam program IfLAT.

 












Sebelum tu korang, suka Ana ingatkan. Walaupun korang nak kurus dengan set kurus Shaklee, jangan lupa jugak untuk ambil Set Puasa Shaklee. Set puasa Shaklee ni boleh bantu korang berpuasa dengan sihat, cergas dan bertenaga. Takdalah korang letih lesu melepek tepi katil sepanjang berpuasa. Huhu.

 

Oh ya. Kalau korang nak grab Set Kurus Shaklee Hello New You ni, boleh wasap Ana ya.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Sunday, 12 March 2023

DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE


Assalamualaikum semua.


Tahun ini memandangkan hari raya 2023 ialah pada 22hb April 2023, kemungkinan besar Duit Raya awal dari Shaklee pun pada 14hb April 2023, Inshaa Allah iaitu seminggu lebih lagi sebelum hari raya.

 


APA NAK BUAT DENGAN DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE?

 

Bila dapat duit raya awal Shaklee ni, banyaklah perkara kita boleh uruskan. Lebih-lebih lagi bonus Shaklee tu kita akan dapat pada pertengahan bulan April 2023 iaitu lebih kurang seminggu lebih sebelum menjelang hari raya Aidilfitri.

 

  • Kita boleh guna untuk sedekah 10 malam terakhir Ramadan.

Sedekah pada bulan Ramadan akan dilipat gandakan pahalanya. Namun, sedekah pada 10 malam terakhir Ramadanlebih istimewa kerana  adanya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Malam di mana setiap amalan pada malam tersebut akan bersamaan 1000 bulan. Sedekah RM 1 pada malam Lailatul Qadar ibarat bersedekah selama 1000 bulan.

 

Malam Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan.

  • Kita boleh guna untuk  bayar zakat fitrah, zakat dan fidyah. Semua itu kewajipan kita sebagai umat Islam.


  • Kita boleh guna untuk persiapan hari raya.

Masa inilah kita boleh gunakan duit bonus untuk beli kelengkapan hari raya yang masih belum lengkap seperti baju raya, tudung, kasut raya, kuih raya, biskut dan sebagainya.

 

Baju raya baju Melayu menjadi keperluan hari raya puasa.

  • Kita boleh guna untuk perbelanjaan balik ke kampung.

Macam  Ana sekarang tinggal di Kuala Terengganu. Untuk balik ke kampung di Batu Pahat, Johor perlu sedikit perbelanjaan untuk tol, minyak dan sebagainya. Dengan bonus Shaklee inshaa Allah boleh digunakan untuk perbelanjaan balik kampung nanti.

 

  • Kita boleh guna untuk duit hari raya kepada anak-anak ibu ayah dan sanak saudara.

Inshaa Allah dengan bonus Shaklee nanti, ana boleh berkongsi rezeki dengan ibu ayah, anak saudara dan saudara mara.

 

Raya lebih meriah bila dapat berkongsi dengan ibu ayah, anak anak dan saudara mara.

  • Dan macam-macam lagi boleh buat dengan duit raya awal dari Shaklee.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN DUIT RAYA AWAL DARI SHAKLEE?


Pertama sekali, semestinya anda mestilah ahli Shaklee yang berdaftar . Untuk menjadi ahli Shaklee, boleh bayar RM35 atau pilih mana-mana set yang Shaklee dah sediakan dengan percuma keahlian.

Ahli makan sendiri walau ambil Set Puasa Shaklee pun boleh dapat duit Raya Awal Shaklee. Inikan pula yang betul-betul nak buat bisnes Shaklee. Inshaa Allah, dengan betul betul buat bisnes Shaklee, anda pun layak dapatkan duit raya awal Shaklee.

Kedua, untuk kita layak mendapat duit raya Shaklee, banyak atau sikit bonus yang kita dapat, kita yang tentukan. Tapi, kita mesti buat minimum 150uv bersamaan jualan RM 450. Dan semakin banyak jualan maka banyaklah duit raya yang kita dapat.

Tangga bonus atau duit raya awal Shaklee yang boleh kita peroleh.


SIAPA YANG BOLEH DAPAT DUIT RAYA AWAL SHAKLEE?

Semua yang berumur 18 tahun ke atas, pelajar atau suri rumah dan juga pekerja yang ingin menambah income berpeluang dapat  duit raya awal Shaklee.

 


Yang berminat nak dapatkan duit raya awal shaklee boleh terus WhatsApp Ana ya. Jom kita sama-sama buat bisnes Shaklee dan buat duit raya awal. 


#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


Thursday, 9 March 2023

PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Tinggal 13 hari lagi menjelang Ramadan. Maka, 13 hari lagi kita umat Islam akan mula berpuasa. Macam mana persiapan anda? Dah ada set puasa Shaklee? Huhu.

 

Ok berbalik pada puasa. Puasa ni boleh kita istilahkan dengan menahan lapar dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Senang cerita, tak boleh makan minum sehinggalah azan magrib berkumandang. Gittu.


SERONOKNYA BERPUASA

 

Seronok sangat tau bila nak masuk bulan puasa ni. Bulan puasalah bulan kita berlumba-lumba melakukan amal soleh, berpuasa, mengaji, bersedekah, bersolat terawih dan mengejar malam lailatulQadar. Yang lagi best, bulan puasa ni kita dapat meluangkan masa bersama keluarga ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Kan? Selain itu, dapat bertukar tukar juadah dengan jiran tertangga. Seronoknya puasa.

 

Namun puasa menjadi kurang seronok, kurang bermakna apabila kita letih lesu penat dan tidak produktif melakukan apa-apa kerja ketika berpuasa. Nak beribadat di siang hari terasa letih dan lapar. Nak beribadat di malam hari pula tak larat disebabkan kekenyangan ketika berbuka. Sobsss. Alangkah ruginya bulan Ramdhan datang setahun sekali tapi kita tak raikan sebaik-baiknya.

 

Sebab itulah pemakanan kita semasa berbuka dan sahur sangat penting untuk kita menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Pemakanan yang baik bantu kita lebih bertenaga, kurang lapar dan dahaga serta kekal produktif sepanjang hati sehingga berbuka puasa. Inshaa Allah.

 

RAMADHAN TANPA SET PUASA SHAKLEE

 

Pengalaman Ana berpuasa sejak dari kecil ialah setiap kali bangun  sahur mesti Ana akan makan nasi berlauk pauk. Tak kisahlah apa apa lauk pun walaupun telur goreng kicap sekalipun. Yang penting mesti ada nasi. Wajib. Huhu. Kalau berbuka puasa pula mesti makan makanan berat seperti  nasi, mee, kuih muih manis, air manis, dan makan dengan kuantiti banyak. Kononnya  lapar sebab seharian berpuasa. Aduhaiiii.

 

Semasa kecil Ana rasa masih ok dan dapat berpuasa penuh walaupun tanpa set puasa  Shaklee. Sejak dewasa dan sibuk dengan aktiviti harian, Ana rasa sangat letih dan lesu bila berpuasa tanpa set puasa Shaklee. Lebih-lebih lagi selepas berkahwin ketika mengandung. Tanpa set berpuasa Shaklee, Ana rasa sangat letih, lemau, lesu sampai tak mampu nak buat aktiviti harian terutamanya  selepas waktu zohor.

 

Sedih sangat sebab tengok orang lain boleh mengaji, boleh buat aktiviti harian macam biasa semasa bulan Ramadhan. Kita pulak tak mampu, cuma dapat berehat sahaja. Rasa macam rugi sangat tak manfaatkan kedatangan bulan Ramdhan sebaik-baiknya.

 

Teringat Ana semasa mengandung anak ketiga. Awal-awal tu set puasa Shaklee belum sampai. Memang letih lesu sangat-sangat. Baby pun kerap mengeras. Klaau anada nak tahu, baby mengeras biasanya disebabkan dehidrasi. Paling tak tahan bila sakit mengeras tu dah macam sakit contraction nak bersalin 5cm. Terpaksalah Ana berbuka puasa.

 

PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

 

Sejak Ana mengandung dan menyusu, Ana akan mengambil set puasa Shaklee terutamanya ketika bersahur. Ana biasnya akan ambil ESP dan Performance Drink. ESP itu Ana akan bancuh dengan susu, kurma, nestum, oat dan sebagainya.

Semasa mengandung anak pertama dan kedua, Alhamdulillah Ana dapat berpuasa penuh dengan pengambilan set puasa shaklee. Semasa menyusu, susu pun meriah. Rezeki anak-anak. Semasa megandung anak ketiga, Ana pun dapat berpuasa penuh lepas mengambil set puasa Shaklee. Tiada lagi perut mengeras ketika berpuasa.

 

SET PUASA SHAKLEE

 

Set puasa Shaklee terdiri daripada ESP, cinch dan Performance Drink. Set puasa Shaklee ini membantu kekal sihat dan bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.


Set puasa Shaklee

Cinch Shake Shaklee

Mengenyangkan dan mengurangkan nafsu makan semasa berpuasa


ESP

Asas kesihatan dan tenaga


Performance Drink Shaklee

Penghidratan dan tenaga berterusan

 

Set puasa Shaklee Kanak-kanak




MANFAAT SET PUASA SHAKLEE

 

Antara manfaat  apabila anda amalkan set puasa Shaklee ialah


Manfaat Set Puasa Shaklee

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca sharing Ana. Kalau nak dapatkan set puasa Shaklee boleh wasap ana di 0179376047.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

 #shakleetriumph2023


Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047