Thursday, 9 March 2023

PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Assalamualaikum semua. Tinggal 13 hari lagi menjelang Ramadan. Maka, 13 hari lagi kita umat Islam akan mula berpuasa. Macam mana persiapan anda? Dah ada set puasa Shaklee? Huhu.

 

Ok berbalik pada puasa. Puasa ni boleh kita istilahkan dengan menahan lapar dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Senang cerita, tak boleh makan minum sehinggalah azan magrib berkumandang. Gittu.


SERONOKNYA BERPUASA

 

Seronok sangat tau bila nak masuk bulan puasa ni. Bulan puasalah bulan kita berlumba-lumba melakukan amal soleh, berpuasa, mengaji, bersedekah, bersolat terawih dan mengejar malam lailatulQadar. Yang lagi best, bulan puasa ni kita dapat meluangkan masa bersama keluarga ketika bersahur dan juga berbuka puasa. Kan? Selain itu, dapat bertukar tukar juadah dengan jiran tertangga. Seronoknya puasa.

 

Namun puasa menjadi kurang seronok, kurang bermakna apabila kita letih lesu penat dan tidak produktif melakukan apa-apa kerja ketika berpuasa. Nak beribadat di siang hari terasa letih dan lapar. Nak beribadat di malam hari pula tak larat disebabkan kekenyangan ketika berbuka. Sobsss. Alangkah ruginya bulan Ramdhan datang setahun sekali tapi kita tak raikan sebaik-baiknya.

 

Sebab itulah pemakanan kita semasa berbuka dan sahur sangat penting untuk kita menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Pemakanan yang baik bantu kita lebih bertenaga, kurang lapar dan dahaga serta kekal produktif sepanjang hati sehingga berbuka puasa. Inshaa Allah.

 

RAMADHAN TANPA SET PUASA SHAKLEE

 

Pengalaman Ana berpuasa sejak dari kecil ialah setiap kali bangun  sahur mesti Ana akan makan nasi berlauk pauk. Tak kisahlah apa apa lauk pun walaupun telur goreng kicap sekalipun. Yang penting mesti ada nasi. Wajib. Huhu. Kalau berbuka puasa pula mesti makan makanan berat seperti  nasi, mee, kuih muih manis, air manis, dan makan dengan kuantiti banyak. Kononnya  lapar sebab seharian berpuasa. Aduhaiiii.

 

Semasa kecil Ana rasa masih ok dan dapat berpuasa penuh walaupun tanpa set puasa  Shaklee. Sejak dewasa dan sibuk dengan aktiviti harian, Ana rasa sangat letih dan lesu bila berpuasa tanpa set puasa Shaklee. Lebih-lebih lagi selepas berkahwin ketika mengandung. Tanpa set berpuasa Shaklee, Ana rasa sangat letih, lemau, lesu sampai tak mampu nak buat aktiviti harian terutamanya  selepas waktu zohor.

 

Sedih sangat sebab tengok orang lain boleh mengaji, boleh buat aktiviti harian macam biasa semasa bulan Ramadhan. Kita pulak tak mampu, cuma dapat berehat sahaja. Rasa macam rugi sangat tak manfaatkan kedatangan bulan Ramdhan sebaik-baiknya.

 

Teringat Ana semasa mengandung anak ketiga. Awal-awal tu set puasa Shaklee belum sampai. Memang letih lesu sangat-sangat. Baby pun kerap mengeras. Klaau anada nak tahu, baby mengeras biasanya disebabkan dehidrasi. Paling tak tahan bila sakit mengeras tu dah macam sakit contraction nak bersalin 5cm. Terpaksalah Ana berbuka puasa.

 

PENGALAMAN RAMADHAN DENGAN SET PUASA SHAKLEE

 

Sejak Ana mengandung dan menyusu, Ana akan mengambil set puasa Shaklee terutamanya ketika bersahur. Ana biasnya akan ambil ESP dan Performance Drink. ESP itu Ana akan bancuh dengan susu, kurma, nestum, oat dan sebagainya.

Semasa mengandung anak pertama dan kedua, Alhamdulillah Ana dapat berpuasa penuh dengan pengambilan set puasa shaklee. Semasa menyusu, susu pun meriah. Rezeki anak-anak. Semasa megandung anak ketiga, Ana pun dapat berpuasa penuh lepas mengambil set puasa Shaklee. Tiada lagi perut mengeras ketika berpuasa.

 

SET PUASA SHAKLEE

 

Set puasa Shaklee terdiri daripada ESP, cinch dan Performance Drink. Set puasa Shaklee ini membantu kekal sihat dan bertenaga sepanjang bulan Ramadhan.


Set puasa Shaklee

Cinch Shake Shaklee

Mengenyangkan dan mengurangkan nafsu makan semasa berpuasa


ESP

Asas kesihatan dan tenaga


Performance Drink Shaklee

Penghidratan dan tenaga berterusan

 

Set puasa Shaklee Kanak-kanak




MANFAAT SET PUASA SHAKLEE

 

Antara manfaat  apabila anda amalkan set puasa Shaklee ialah


Manfaat Set Puasa Shaklee

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca sharing Ana. Kalau nak dapatkan set puasa Shaklee boleh wasap ana di 0179376047.


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

 #shakleetriumph2023


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047