Tuesday 23 May 2023

Happy Birthday To Me




 

Assalamualaikum semua. Ana doakan anda semua sihat sentiasa.

Hari ni 22 Mei adalah birthday ana. Ke 33 dah. Huhu. Ya Allah rasa cam dah dewasa nya. Mohon anda semua doakan ana dipanjangkan umur dalam keberkatan dan berjaya dunia akhirat ya. 😊

Dan Alhamdulillah di usia 33 tahun ni, ana dah ada family kecil ana. Suami, ana, anak-anak (kakak, abang dan adik). Cuma ana perlu lebih kuat semangat untuk capai impian ana untuk diri ana sendiri dan family ana ni.💪💪💪 Doakan ana ya.



Sambut Birthday 🎂

Kalau ikutkan ana dikala usia 33 tahun, macam kurang rajin nak sambut birthday sendiri. Tapi mengenangkan kakak (anak sulung ana umur 7 tahun)  beriya nak makan kek, usaha jugak lah cari kek pagi tadi.

Duka cita kek yang di cari takda. Ingat nak cari kek kecik je, sebab ana tau anak anak bukanlah penggemar kek. Cuma diorang suka suasana sambut birthday tu. 

Disebabkan kekangan masa pagi tadi, akhirnya ana decide untuk buat je kek sendiri. Auto terus cari2 resepi dan cara deco.







Tapi akhirnya ana buat kek oreo design suka suki. Lebih kurang gambar kat atas. Cuma kek nipis sikit. Boleh asalkan boleh dimakan. 😆

Malam pulak tak sangka suami buat makan makan special belanja sate feveret. Nyummmm. Yang bestnya, boleh gantung kuali. Jadi makan makan lah kami sekeluarga termasuk ngan mak mertua. 

Hadiah Birthday 🎉


Hadiah Birthday yang paling best mestilah suami belanja sate feveret ana. Lepas tu kakak bagi kad birthday untuk ibu. 

Dan yang istimewa group blog ana iaitu MFMS Blog Mega dapat no 3 untuk entry Insentif Shaklee Malaysia. Alhamdulillah.



 Ini entry ana tulis yang group ana dapat nombor 3. 


 


No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047