Thursday, 4 May 2023

Simpan Sini Memori Aidilfitri 2023

 

Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab singgah baca blog Ana.😊


Pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu kita berhari raya kan. Macam mana Aidilfitri anda? Yang Bestnya tahun ni ramai kata Ana dah kurus. Alhamdulillah asbab Hari Raya Dengan Shaklee juga.😊 Tahun ni raya berlima dah.





BERDEBAR TUNGGU RAYA


Mesti berdebar tunggu hari raya kan? Tahun lepas kita raya mengejut. Tahun ni pulak raya tak pasti Jumaat ke Sabtu kan. Adeiii. 

Raya mengejut tiba-tiba pada 2022

Raya tak pasti 2023. Tak pasti Raya jatuh Hari Jumaat atau Sabtu.


RAYA 


Alhamdulillah tahun ini dapat beraya di Terengganu dan Johor. Suami ana berasal dari Terengganu. Ana pula berasal dari Johor. 

Raya pertama kedua, ana beraya di Terengganu. Raya ketiga baru balik ke Johor. Alhamdulillah adik beradik suami suami 11 orang, 10 orang dapat beraya di kampung bersama mak mertua.


Menu setiap tahun Raya Aidilfitri keluarga kami seperti tempat lain juga, ada nasi himpit, rendang dan kuah kacang. Tapi tahun ini ada sedikit kelainan, adik ipar menyediakan soto ayam. Siap pakej bergedil spicy disediakan anak saudara.


Lepas solat hari raya dan bergambar bersama keluarga, kami makan dan makan. Ya Allah macam balas dendam puasa sebulan pulak. Astaqfirullah. 😣 

Rumah mak


Lepas tu kami sekeluarga gerak ke rumah mak Cik mak cik, adik beradik belah mak mertua. Kat sana bukan je disediakan sate, Nasi minyak dan Nasi impit rendang, siap disediakan tempat photoshoot keluarga. Apa lagi, amik gambar ramai-ramai jawabnya. Haha

Raya Rumah Che De

Raya rumah Kak Mek


Masa ni makan sikit-sikit je, sebab perut dah terlebih muatan. Adeiii. Rumah nak pergi banyak lagi. Rumah Seterusnya pun hanya mampu makan sikit je. Walaupun lontong tu favorite ana. Huhu.

Raya ketiga pagi-pagi lagi memang kami dah gerak balik Batu Pahat. Alhamdulillah laluan LPT lancar. Jamed ada di beberapa tempat di jalan Gambang-Segamat. Tu pun di sebabkan excident. Sampai di Baru Pahat pada 4.30 petang.

Lepas asar tu, family ana ajak beraya di rumah Mak Cik Mak Cik belah mama. Alhamdulillah dapat jugak 2 rumah. Huhu. Esok tu pulak kami ada photoshoot 1 keluarga. Ni gambar photoshoot kami sekeluarga. 









Habis photoshoot, kami sempat beraya di rumah saudara. Raya kali ni banyak ana dan keluarga kecil ana habiskan masa dengan mama ayah. Tak beraya mana sangat.

Kalau ikutkan Ana patut balik ke Terengganu Hari Jumaat pagi. Tengah kemas barang masuk kereta, tiba-tiba, kawan ayah datang inform pasal marhaban di rumah ana malam tu. Kesian pulak mama ayah berdua susah payah berdua untuk marhaban. 


Suami pun kata takpelah kita balik esok je. Bayangkan korang, tinggal kitorang masuk kereta dan gerak balik je. Tiba-tiba tak jadi balik. Huhu. Memang Kenangan sungguh lah. 


Ok korang. Alang-alang tu Ana share sikit promo bulan ni. Mesti ramai nak usaha nak turunkan berat badan lepas makan banyak masa Raya ni kan? Nak Raya Haji pulak bulan depan. 













Nak detail promo bulan ni boleh wasap Ana ya. Selamat Hari Raya Semua.😊

#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#SetRahmahShaklee2023







No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047