Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat dan ceria selalu.
Semalam ana share dengan anda tentang Keseronokan, Kekangan dan Tips produktif Ibu Kerja Dari Rumah. Hari ni ana nak share pulak tentang Tips Bisnes Online Untuk Newbie.
Walaupun kita baru masuk pertengahan tahun 2023, dah terasa dah peritnya. Bagi ana tahun 2023 ni tahun getir bagi rakyat Malaysia. Harga barang dan kos sara hidup makin meningkat tak kira sama ada di bandar dan di luar bandar. Semua barang mahal dan naik harga.
Bisnes
Ok pasal tahun 2023 ni dikirakan tahun getir hampir semua rakyat Malaysia, bagi ana kita semua ada keperluan untuk lebih berjimat cermat dan mula tambah pendapatan. Kalau berjimat sahaja tidak cukup, kita boleh tambah pendapatan tanpa ganggu kerja hakiki kita contoh nya dengan mula kerja part time, berbisnes atau melakukan bisnes online.
Bagi seorang ibu pula, kerja dari rumah atau berbisnes online itu memang suatu pilihan yang tepat jika keinginan anda nak besarkan anak-anak sendiri dalam masa yang sama ada income sendiri. Jemput baca perkongsian ana Kata-kata Motivasi Untuk Ibu Terus Kuat. Macam ana sendiri, ana memilih berhenti kerja dan bekerja sendiri dari rumah demi melihat anak-anak membesar depan mata.
Sekarang anak dah 3 orang. Wardah pun dah 7 tahun. |
Ana berhenti kerja ketika usia Wardah 2 tahun. Ada banyak masa dengan anak masa tu. Lagi-lagi anak sorang je masa tu. Sekarang ana sendiri melakukan kerja bisnes dari rumah termasuklah affiliate dan juga Shaklee secara online dari rumah.
Tips Bisnes Online Untuk Newbie
1. Mulakan dengan apa yang ada.
Zaman sekarang, nak mulakan bisnes online cukup mudah. Hanya perlukan telefon bimbit dan internet. Hampir semua orang ada dua benda ni. Cukup ada dua ini, dah boleh buat duit. Inshaa Allah.
2. Mulakan dengan bisnes yang anda minat dan suka.
Jual benda yang anda minat dan suka. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai passion atau semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Anda pun tak mudah putus asa apabila ada cabaran dalam bisnes.
3. Mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah
Anda tidak perlu bergolok bergadai hanya untuk memulakan bisnes. Anda boleh mulakan dengan bisnes yang bermodal rendah atau tanpa modal. Banyak bisnes tanpa modal yang ada sekarang contohnya bisnes affiliate.
Seperti Shaklee sendiri anda hanya memerlukan modal RM35 untuk join sebagai ahli dan anda boleh terus mulakan bisnes tanpa simpan stok. Kalau anda beli vitamin Shaklee lebih kurang RM300, anda terus dapat keahlian percuma. Ibarat mula bisnes tanpa modal.
4. Manfaatkan platform percuma media sosial
Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog adalah percuma. Rugi kalau anda tak guna sebaiknya.
Platform Marketing & Bisnes Online 2023. Tak larat tapaw semua, at least tapaw 2-3 platform yang ada.
1. FB wall peribadi, FB Page, FB group, FB marketplace
2. Insta/IG
3. Whatsapp Status
4. Insta Story & FB Story
5. Shopee
6. Twitter
7. Tik tok
8. Youtube
9. Telegram
5. Belajar ilmu bisnes.
Antara imu penting untuk newbie mula bisnes online ialah:
- ILMU MARKETING - satu teknik proven untuk kukuhkan branding bisnes anda & besarkan empayar bisnes anda. Tanpa marketing, orang lain tak tahu produk ala yang anda jual.
Marketing ibarat hebahan bisnes anda. |
- ILMU Copywriting -adalah satu skil khas yang penting untuk digunakan semasa aktiviti brand awareness, marketing & close sale. Anda wajib tahu beberapa formula copywriting untuk memujuk prospek anda. Anda kena tahu apa ayat nak cairkan hati prospek sehingga mereka sudi membeli.
- ILMU CLOSE SALE - Close sales adalah aktiviti bawa masyuk duit ke dalam syarikat. Proses pertama adalah menukarkan prospek kepada kastemer. Proses kedua adalah membuatkan kastemer membeli lagi & lagi dengan anda.
Itu antara perkongsian ana tentang tips Bisnes Online Untuk Newbie. Semoga perkongsian ana ni dapat membantu anda serba sedikit.
Sekiranya anda masih tercari-cari bisnes ONLINE apa yang patut anda lakukan anda baca perkongsian ana ini sebagai panduan.
7 Idea Mula Bisnes Online Terbaik Malaysia: Bisnes Shaklee
======================================================
Kalau anda nak mula bisnes Shaklee secara online boleh wasap ana di 0179375047. Untuk mula Bisnes Shaklee, anda perlulah menjadi ahli shaklee.
Cara Daftar Ahli Shaklee & Cara Nak Jadi Ahli Shaklee dengan cepat boleh isi borang daftar ahli Shaklee . Nak Daftar Ahli Shaklee Online dengan cara mudah dan terpantas hanya
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180801
Hubungi ana untuk dapatkan produk yang sesuai dan info lebih lanjut.
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
1 comment:
Shaklee memang bisnes terbaik untuk semua
Post a Comment