Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua. Terima kasih kerana anda sudi melawat blog Ana. Ana doakan anda semua sihat sejahtera. Hari ni ana nak share dengan anda tentang vitamin E.
Apa Itu Vitamin E
Kalau anda nak tahu, Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin larut lemak dan jugak vitamin jantung. Vitamin E ni ada ciri antioksidan yang melawan radikal bebas di dalam badan.
Walau vitamin E ini bukan vitamin essential yang kita kena ambil hari-hari, ia tetap penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.
Sumber Vitamin E
Ini antara sumber makanan yang mengandungi vitamin E.
Kenapa perlu ambil vitamin E?
Ini antara kenapa anda wajib ambil vitamin E:
1) Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot
Ketika anda menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:
- Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal bebas.
- Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
2) Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat
Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:
- Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah anda.
- Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah anda.
3) Fungsi Otak Yang Lebih Baik
Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer 1. Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.
4) Meningkatkan Kualiti Sperma
Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian anda! Ia menggalakkan:
- Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
- Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
- Pengurusan andropaus yang lebih baik.
5) Meningkatkan Kesuburan Wanita
Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
- Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
- Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.
- Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.
6) Untuk Kulit Yang Lebih Sihat
Vitamin E antara bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:
- Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
- Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Ok itu manfaat vitamin E. Jadi sekarang ana nak share tips untuk anda pilih vitamin E yang terbaik untuk anda.
Tips Memilih Supplement Vitamin E yang Terbaik
Menurut hasil penulisan Dr Bruce Miller iaitu salah seorang saintis Shaklee, antara panduan memilih vitamin E terbaik ialah:
- Pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi. Biasanya sumber boleh ditentukan berdasarkan pada label sesuatu makanan (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan). Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia.
- Cari perkataan mixed tocopherol dalam label. Ini menunjukkan campuran yang baik antara alfa-tocopherol dengan lain-lain tocopherol.
- Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium. Ini antara fungsi selenium.
Itu tips pilih vitamin E yang terbaik. Kalau anda nak vitamin E terbaik, apa kata anda cuba vitamin E Shaklee. Ramai dah dapat testimoni positif. Sebelum tu ana share dulu keistimewaan vitamin E Shaklee.
Keistimewaan vitamin E Shaklee
1 kapsul Vitamin E Complex mengandungi:
- 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
- 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.
- 38mg ekstrak biji Anggur, mengandungi proantosianidin iaitu sebatian yg mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.
No comments:
Post a Comment