Teks: Nurfarhana Arsad
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama
Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, ana
berjaya menghasilkan blog ana sendiri. Walaupun blog ini sederhana, tapi
syukurlah usaha ana berhasil. Bukan senang ye kita nak membuat sesuatu yang
tidak biasa kita buat. Huhu.
![]() |
Alhamdulillah, blog air tangan sendiri. |
Sebenarnya dah lama
dah ana berminat nak buat blog. Tapi selalu tertangguh. Alhamdulillah, selepas fokus
belajar di Kelas online dalam group kelas di facebook
dan membeli buku berkenaan
blog, bersemangat Ana nak hasilkan blog Ana sendiri. Selama ni Ana asyik membaca
dan menjelajah blog orang lain sahaja. Mungkin masa ini, orang lain pula menjelajah
blog Ana. Inshaa Allah, amiin.
Tujuan Buat Blog
Tujuan Ana membuat
blog ana sendiri adalah untuk menjadikan blog
sebagai medium perkongsian. Selama ini, banyak perkara-perkara menarik yang
berlaku di sekitar Ana. Rugi rasanya kalau tak dapat dikongsikan dengan orang
lain. Ilmu atau pengalaman yang Ana peroleh mungkin tidak di alami orang lain. Oleh
itu, mereka dapat belajar sesuatu dari Ana dan dapat diaplikasikan dalam
kehidupan mereka. Kesilapan yang pernah Ana lakukan, mungkin dapat mereka elakkan.
Mana yang boleh membantu mereka, dapatlah mereka gunakan.
Selain tu, Ana juga mahu jadikan blog Ana sebagai medium pemasaran
online. Blog boleh diibaratkan seperti kedai. Blog juga merupakan salah satu
cara untuk kita perkenalkan siapa kita, dan apa bisnes kita kepada
pembaca. Dengan blog, dapatlah Ana memasarkan produk Shaklee atau apa-apa produk
lain serta menawarkan apa-apa servis melalui blog.
Penghasilan Blog
Untuk menghasilkan
blog, Ana menggunakan BLOGSPOT PERCUMA yang tiada tarikh luput. Sebab itulah alamat blog
Ana http://farhanarushdi.blogspot.com.
Ana memilih blogspot kerana blogspot adalah percuma dan tiada tempoh tamat.Tak
perlu risau nak perbaharui atau tidak. Untung kan guna blogspot.
Banyak juga tutorial di dalam
kelas online facebook yang betul-betul Ana aplikasikan dalam penghasilan blog
ini. Dan ada juga tutorial yang Ana belajar dari blog orang lain. Contohnya cara
buat header blog, menambah gadjet penting, membuat sub menu dan lain-lain.
Beli Atau Buat Blog Sendiri?
Terdapat perkhidmatan mengambil
upah membuat blog bagi mereka yang mahu memiliki blog sendiri. Ada yang
mengambil semurah RM 50 sehinggakan berharga ribuan ringgit.
Bagi Ana, lebih baik Ana
membuat blog sendiri kerana rugi sekiranya Ana tidak mengaplikasikan ilmu
membuat blog yang Ana pelajari di kelas online. Selain itu, Ana juga berhajat
mengambil upah membuat blog suatu hari nanti atas dasar membantu orang lain
yang memerlukan blog pada harga mampu milik. Inshaa Allah. Doakan Hajat Ana
tercapai ye semua.
Terima kasih kerana membaca Berjaya Buat
Blog Sendiri.
No comments:
Post a Comment