Monday 28 November 2016

Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Teks: Nurfarhana Arsad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar anda di sana? Sihat?

Hari ini Ana nak kongsikan tentang Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

Lelehan faraj yang lebih dari biasa adalah normal bagi wanita termasuk ibu hamil. Lelehan yang sihat adalah cair dan berwarna seperti susu. Lelehan atau keputihan berfungsi untuk membersihkan dan melindungi vagina dari jangkitan kulat.

Namun, sesetengah ibu yang hamil akan mengalami masalah keputihan bila lelehan faraj itu menjadi pekat dan berwarna putih seperti krim. Kadang kala disertai bau yang kurang menyenangkan, rasa pedih dan gatal.

Keputihan juga boleh disertai dengan rasa sakit dan kemerah-merahan di bahagian dalam atau luar faraj. Ada juga yang mengalami rasa sakit setiap kali hendak membuang air kecil ataupun semasa bersama dengan suami.

Punca Keputihan

Keputihan terjadi disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dan peningkatan aliran darah ke vagina semasa hamil. Semasa hamil juga, faraj mengandungi glikogen iaitu sejenis gula yang tinggi.

Peningkatan hormon, aliran darah dan glikogen inilah yang menggalakkan pertumbuhan kulat. Ditambah pula kurangnya penjagaan kebersihan diri di kawasan vagina.


Masalah Jangkitan Berkaitan Keputihan

Keputihan jernih, putih tanpa bau, menunjukkan keadaan vagina yang normal dan sihat. Namun, perubahan keputihan adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria (Bakteria Vaginosis-BV), jangkitan kulat (Yeast Infection), ataupun thrush.

Sesetengah jangkitan pada vagina juga boleh membawa kepada keguguran bayi , kelahiran bayi pramatang dan masalh kecatatan pada bayi. Berikut merupakn jenis-jenis jangkitan yang berkaitan dengan keputihan.


Bakteria Vaginosis-BV

  • Perubahan hormon menyebabkan pertumbuhan bakteria yang berlebihan pada vagina.
  • Antara gejala akibat jangkitan adalah lelehan faraj berwarna putih rasa pedih dan gatal.

Jangkitan Kulat

  • Berpunca daripada peningkatan  kadar hormon estrogen dan progesterone.
  • Peningkatan  hormon  menyebabkan  peningkatan pertumbuhan sejenis bakteria yang mendiami vagina iaitu Candida secara berlebihan.
  • Antara gejalanya akiabt jangkitan adalah :
    • Keluarnya lelehan faraj yang  berwarna putih kekuningan, berbau ataupun tidak.
    • Sakit ketika melakukan hubungan seksual.
    • Vagina atau labia memerah dan bengkak serta sakit dan gatal pada vagina.
    • Rasa pedih semasa membuang air kecil.

Group B Strep (GBS)

  • Bakteria GBS menjangkiti kawasan salur air kencing, usus dan juga vagina wanita hamil.
  • Antara gejala yang dihidapi akibat jangkitan GBS ialah sama seperti penghhidap kencing kotor iaitui air kencing keruh, keputihan banyak, sakit semasa membuang air kecil, dan tidak dapt menahan  ketika terasa ingin buang air kecil.
  • Antibiotik untuk mencegah jangkitan biasanya diberikan kepada ibu semasa hamil, dan sebelum bersalin .Kepada anak pula selepas anak dilahirkan.

Trikomoniasis

  •  Parasit ini hidup dalam vagina dan berjangkit melalui hubungan seksual.
  • Antara gejala yang dihidapi akibat jangkitan adalah:

o   Keluarnya lelehan faraj berbuih yang berwarna kuning kehijauan.
o   Lelehan faraj berbau busuk.
o   Rasa gatal semasa melakukan hubungan seksual.
·      Untuk mencegah jangkitan, ubat antibiotik biasanya diberikan doktor.


Bagaimana Nak Elakkan Jangkitan Pada Vagina?

Masalah keputihan boleh dicegah dan dikawal dengan cara seperti:

  1. Basuh tangan dengan bersih sebelum dan selepas membersihkan faraj.
  2. Basuh kemaluan dari depan ke belakang setelah buang air kecil untuk mencegah penyebaran jangkitan dari anus ke faraj.
  3. Jangan gunakan sabun untuk membasuh kemaluan kerana ia akan mengganggu keseimbangan flora bakteria yang normal, menjejaskan pH dan membawa kepada jangkitan faraj.
  4. Buang air kecil secara teratur dan jangan tahan kerana menyebabkan jangkitan kuman di pundi kencing.
  5. Pastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering.
  6. Gunakan pakaian yang longgar dan seluar dalam daripada kapas.
  7. Gunakan sabuh basuh organik untuk membasuh pakaian dalam anda.
  8. Gunakan panty liner.
  9. Minum cukup air untuk membuang kekotoran dari tubuh akibat jangkitan kuman yang disebabkan keputihan.


Bilakah Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Dengan mengamalkan tips-tips diatas, Inshaa Allah keputihan boleh dikawal. Namun, jika anda mengalami keputihan yang banyak semasa hamil, berjumpalah dengan doktor. Selalunya doktor akan membuat ujian dengan mengambil sedikit cairan daripada faraj dan dihantar ke makmal untuk memastikan jangkitan yang berlaku pada faraj.

Oleh itu, keputihan yang serius bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kadangkala boleh membahayakan bayi di dalam kandungan. Apa pun, dapatkanlah nasihat dari yang pakar.

Untuk pastikan badan anda sentiasa sihat dan kuat untuk melawan sebarang jangkitan semasa hamil, amalkan pemakanan yang dapat meningkatkan antibodi ibu hamil. Anda boleh baca perkongsian ana dalam Makanan Tingkatkan antibodi Ibu Hamil dan dapatkan Set Kehamilan Shaklee.

Semoga dapat membantu anda. Terima kasih kerana membaca tentang Keputihan Banyak Semasa Hamil. Normalkah Dan Bagaimana Cara Atasinya?

No comments:

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita

Ana sertai Projek #NextLevelBlogging By Master Norita
Master Norita selaku penaja utama

PROMO MAC YOUTH SKINCARE

PROMO MAC YOUTH SKINCARE
Nak Cuba? Meh hubungi Anaa 017-9376047