Collagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan membantu mengekalkan KEKUATAN dan KEANJALAN organ-organ badan serta kulit kita. Collagen ni boleh dikatakan macam Glue atau Rubber Band dan menjadi Rangka Sokongan dalam tubuh badan badan kita
Secara kasar, 33%
dari protein dalam badan adalah protein collagen, dan 75% kulit terdiri dari collagen.
Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan
kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen juga
terdapat pada kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang, rawan sendi, tendon,
kornea, kanta mata, gusi, saluran darah, salur darah, keratin (rambut dan
kuku), gigi, hati, tulang
sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfa.
29 jenis kolagen, 90% dari
jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh
darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang
rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler
serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti
hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran
dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang )
kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
Usia Meningkat Collagen Semakin Berkurangan
Penghasilan Collagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap
tahun selepas usia 20 tahun. Terutama selepas usia 30, ramai
orang akan yang mula nampak lebih tua dari usia sebenar. Selepas
usia 45-50 tahun pula, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada Collagen
yang ada. Jadi, semakin meningkat usia,
semakin berkuranganlah Collagen dalam badan kita.
Seperti analogi Rubber Band tadi. Semakin lama digunakan, Rubber
Band akan semakin kurang elastic. Begitu juga Collagen di dalam kulit. Semakin lama
digunakan, semakin kurang elastic yang menyebabkan kulit pun jadi mengendur.
Secara umumnya, kesan kekurangan Collagen adalan kesan-kesan
penuaan seperti kulit kusam, berkedut dan kendur, pigmentasi kulit, cepat letih
dan lesu, sakit badan dan sendi, mudah lupa, kurang penglihatan dan rambut semakin
lemah dan kurang.
Manfaat Collagen
Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual
sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kolagen
membantu dalam mengurangkan gejala pelbagai penyakit seperti
osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis.
Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur
yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit
palsu. Collagen turut digunakan untuk kegunaan kosmetik, pelembab kulit dan
anti-penuaan.
Collagen Untuk Kulit Cantik
Seringkali
kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Kombinasi Collagen dan keratin
menjadikan kulit kuat dan anjal. Kurangnya Collagen disebabkan pertambahan
usia, menyebabkan kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya
ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada
kulit.
Sumber Collagen
Kita
boleh menambah Collagen dalam badan dengan mengambil sumber Collagen. Antara
sumber-sumber kolagen ialah:
1) Tumbuhan
– kebanyakkannya telah diubah suai genetik dan tidak neutral
- seperti kacang soya, buah-buahan citrus iaitu lemon
– molekul kolagen dari tumbuhan sukar untuk diserap oleh tubuh
manusia
2) Haiwan
– Kebanyakkan kolagen diambil dari kulit ayam atau lembu
– Risiko anda terdedah kepada penyakit bersangkut dengan penyakit
haiwan
adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila “mad cow”)
adalah tinggi (cth: Penyakit lembu gila “mad cow”)
3) Ikan
– Sisik ikan mengandungi kandungan kolagen yang tinggi
– Ianya tulen dan kurang tercemar
– Molekulnya yang kecil memudahkan penyerapan secara semulajadi
kedalam
tubuh manusia
tubuh manusia
– Mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh manusia
Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut
dalam. Kolagen dari ikan mempunyai nilai protein yang tinggi dan jauh daripada
pencemaran. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan sumber kolagen adalah
daripada sumber yang halal.
No comments:
Post a Comment